1 Feb 2014

31012014

Assalamualaikum.






Hari ni, termasuk dalam hari yang aku tak berapa produktif sangat. Layan tenet je kojenye. Since parents aku pi kelantan tengok anak makcik aku kahwin, nampak lah jugak rasa tanggungjawab aku tu terserlah bila lipat kain, basuh pinggan-mangkuk semua. Basuh baju pon guna manual. Pasaipa tak guna washing machine? Entahlah aku pon tak tahu, dah terbiasa lah agaknya dengan style dok kolej basuh baju guna tangan pasai nak jimat duit.


Dah kata tak produktif, ada jugak lah aku bukak video youtube sini-sana. Pastu nampak video berani mati. Nak pergi jihad okay lagi, yang ini memang sengaja cari ajal tu sendiri. Paling aku whoaaah masa ada satu part tu, mamat tu siap buat workout tangan pulak dekat besi tu. Kau tengoklah sendiri. Aku yang tengok ni pon dup-dap-dup-dap takut dia mati. Padahal kenal pun tak. Adik aku lagi best, dia kata:


"Ini kalau aku jadi dia, mahu terkencing-kencing"












Patutnya sorang kena pegi jumpa dorang, tampar sekoq-sekoq kata :


"Kau tak sayang nyawa kau ke!"






Hesh.Kbai

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.