7 Mar 2013

RM50 dan redha

Assalamualaikum.


Catatan 5 Mac 2013.

Hari selasa habis kelas pukul 4:00. Disebabkan kelas arab takde kelas lagi, maka haruslah aku merajinkan diri balik awal. Terus gerak pergi Seksyen 2.
Kalau dekat Shah Alam, kalau pukul 5:00 petang baru kau nak gerak balik rumah, di mana rumah kau dekat Ampang, maka ia adalah silap besar. silap BESAR. Sebab apa? sebab jam gilaaaaa. Sampai boleh stress kau duduk dalam bas. Unless kau macam aku, boleh relaks dan menggunakan masa itu untuk merasai nikmat tidur.
Bukak-bukak mata, dah sampai Bangsar. Maka gigih aku cek duit ptptn dah masuk ke belum. Alhamdulillah masuk. Keluarkan RM40 buat topup kad rapid. Tapi aku topup RM30 sebab still ada balance RM10.10 dalam kad. Maknanya, total dalam kad rapid ada RM40.10.

KL Sentral-Pasar Seni.

Masa kat Stesen LRT KL Sentral ada satu auntie omputih masuk. Pastu ada pakcik tegur dia. Maka aku pun curi dengar.


"Where did you get it?"

"At the station.You know it's kinda rarely to get them. I got this only for RM10"
Lebih kurang macam tu lah. Dia pegang buku Narnia. Bagi seorang yang gemar pada buku, dan pantang dengar 'Jualan Buku Murah', aku sanggup berhenti dekat Pasar Seni dan tukar platform pergi patah balik ke KL Sentral.
Dan disebabkan keghairahan aku tu, aku tercicir kad rapid yang baru aku top up. BARU TOP-UP.
TOP-UP RM30. Sedih. Dah lah tak jumpa buku yang sama macam omputih tu. Sedih gilaa. Aku dapat beli ni je dengan harga RM 3.00 , since tak jumpa buku yang dicari dan baucer buku pun tak ambil lagi.




Tiga empat kali aku round cari kad. Tak jumpa, rasanya dah ada orang amik. Aku try redha, rupanya susah jugakkan nak redha.
Teringat masa kawan kelas aku Ain, hilang duit limaploh hengget kat kedai makan, tambah-tambah nak dekat hujung sem dikala ramai warga UiTM yang dahulunya boros belanja duit ptptn tak ingat dunia mula buat pesta maggi. Pandai betul aku nasihat Ain suruh redha bagai. Sekarang ni baru aku rasa macam mana.


"Redha itu sukar, tapi tidak mustahil."

Dah dah, jangan ingatkan aku pasal kad rapid warna merah tu lagi, aku dah redha dah nih.


Pakwe siapa?

Assalamualaikum.

Catatan 5 Mac 2013

Kelas ITS544 tadi cuma sesi pengenalan, lect. bercakap kat depan dan aku yang mengantuk mula boring. Bila boring aku menconteng. Sampai lah kitorang kena divide masuk dalam group untuk projek.


Tiba-tiba lecturer berhenti depan meja aku. Kawan aku panggil aku. Aku tengok lecturer. Lecturer pon :


"Ini siapa punya? Siap ada gambar lelaki. Ini pakwe siapa?"

(maaf gambar tak clear.Cukuplah kau tahu tu lelaki)


Ah sudah. *palmface* . Tak pasal-pasal lecturer tu cop aku asyik ingat dekat boipren. Puan, sumpah saya takde boipren puan. Kalau boleh saya nak suami terus puan, baru halalan toyyiban puan.HAHHAHA.


Segan aku. Habis satu kelas tahu rahsia guwa. Jangan salah faham sudah. Guwa mahu asah bakat, itu aja dong.
Umur aku muda lagi beb, apa barang fikir awal-awal?

Teringat kes 4 Mac 2013.

Aku terserempak dengan abang aku on the way nak naik bukit balik rumah, dan dia pulak nak turun servis kereta. Disebabkan riak muka yang tak dapat disembunyikan (aku tak tahu macam mana dia tahu aku penat) , maka abang aku tumpangkan and drop aku depan rumah. Lepas tu dia blah. Then mak aku bukak pintu, mak aku pon tanya :

"Siapa hantar?"

"Pakwe hantar.HAHHAH"

"Alhamdulillahh!!"

"Kenapa ma?"

"Yelah, anak mama dah ada pakwe! HAHHAH"

Baiklah, mak aku kelihatan sungguh gembira. Serik pulak aku nak bergurau macam tu lagi.


"Mak, anak mak muda lagi, kalau iye pon, anak mak tak mau ada pakwe, tak mau.Usha-usha je. HAHHAH"

"Maka janganlah engkau menghampiri zina"

If i'm not mistaken. Do make du'a for me. Du'a that i will keep strong and always avoid ikhtilaat, and avoid 'Couple' word from existing in my life dictionary.

Entah betul entah tidak aku taip English. Lantak.





6 Mar 2013

diskriminasi dan si buta

Assalamualaikum.

Catatan 5 Mac 2013.

Masuk hari ni dah dua hari aku berulang-alik dari ampang ke UiTM Shah Alam gara-gara tak dapat kolej but now Alhamdulillah dapat. Pukul 6 pagi lagi aku dah bertolak dari rumah ke Stesen LRT Cempaka. Memang pecah rekod tahunan bangun pukul 5:30 pagi. Sampai KL Sentral pukul 6:58.
A lil' bit more early than yesterday (4 March_13). So, tunggu lah dekat bus stop KL Sentral akan kedatangan bas U80. Hari ini a bit different than yesterday. Di stesen bas kelihatan dua orang buta (awat macam ayat karangan!) which is dekat belah kanan and belah kiri aku. Tak jauh, 3-4 tapak je dari aku. Don't worry, mereka masing-masing ditemani seorang lelaki dewasa dalam anggaran 50-an umur mereka. Tapi salah seorang daripada orang buta tu (belah kanan aku) terpaksa ditinggalkan sebab bas pakcik yang teman dia tadi dah sampai.


Aku masih lagi memerhati dan menunggu dengan setia bas U80 aku yang tak reti-reti nak muncul padahal aku datang awal hari ni. Di sebelah aku, ada auntie amoi.Eh?. Maksud aku, ada auntie cina selang dua tapak dari aku. Then orang buta tadi pon, terpaksa cari orang lain minta tolong since pakcik yang teman dia dah selamat masuk dalam perut bas.


"Hello.Hello.Hello?"

 Orang buta jalan menuju arah auntie tu dan aku. Maybe nak minta tolong lah. Apa yang buat aku terkejut, auntie cina tu siap boleh elak. Yelah orang tu kan buta, so cepat-cepat auntie tu jalan laju pergi side lain. Diskriminasi gila! Aku macam whatthefish? Kesian kot. Awat nak discriminate dia sampai macam tu, Dia buta je pon dan nak minta tolong tengokkan nombor bas. Bukan dia nak pukul guna tongkat pon. Kesian. Aku macam... evil doe makcik ni!



"Hello? Hello?"

 "Ye?"

"Boleh tolong tengokkan bas U69?"

"Boleh sokmo!"
(Baik aku tipu, aku jawab boleh! je)


So dari situ, kitorang start berbual. Apa yang aku dapat base on perbualan kitorang, dia nampaknya dah pergi banyak tempat. Aku cakap je aku duduk Taman Saga, dia terus dapat detect siap tambah Taman Melur, Tasik Tambahan. Aku tanya macam mana tahu? Dia cakap dia dah selalu pergi sana. Dalam hati aku, buta-buta pun dia, dia dah pergi banyak tempat, bila sebut bas nombor berapa, dia dapat jawab bas tu pergi mana. Quite impressive.



Kata dia, dia kerja Customer Care apabenda entah. Kind of macam customer service tapi dekat hospital. Dalam bahagian tu ada seorang je yang jaga. Dia kata busy gila sebab dia sorang yang uruskan in case ada panggilan telefon untuk doktor, appointment and bla bla bla. Orang buta pon boleh cari kerja sendiri. Berdikari. Kenapa orang sihat tubuh badan, sempurna fizikal hanya tahu minta derma?


Aku tahu bila menderma hati kena ikhlas, orang kata:

"Biarlah dia nak tipu, Allah tahu niat kita, dia dapat bahagian dia, kita dapat bahagian kita"

For me, aku selalu elak bagi derma dekat orang yang sempurna tubuh badan dan tak tua (below 50) . First, takut sindiket. Second, bila asyik bagi derma dorang akan bergantung, dah bergantung dorang akan malas cari kerja and depend kat aktiviti minta sedekah semata untuk dapat duit. I have my own reason, aku taknak buat orang tu bertambah malas. Orang cacat boleh buat, yang sempurna tak boleh buat? Funny. That's why kalau orang yang minta derma, selalunya aku akan perhati dulu, my favourite tentulah yang main music, bukan sebab menghiburkan hati but EFFORT. At least ada usaha, at least dia ada buat sesuatu untuk dapat duit, bukan meminta semberono.



Again.
Orang buta bukan untuk di diskriminasi. Mereka manusia. Sama seperti kita

5 Mar 2013

First day & Jalan Tar

Assalamualaikum.

Catatan 4 Mac 2013

First day pergi UiTM Shah Alam pagi-pagi naik LRT dari rumah. Kesian dekat diri sendiri, gara-gara tak dapat kolej, maka kena berulang-alik. 6:15 pagi bertolak dari rumah ke Stesen LRT Cempaka.  jam gila. Tapi nasib baik keluar KL Sentral dalam 5 minit dah ada bas U80. Makan 2 jam jugak ke Shah Alam sesak macam tu.

Pukul 8:09 pagi, bas sampai Seksyen 2. Aku nampak dua bas berhenti dekat bus stop. Selalunya, bas T603 je yang berhenti kat situ. Satu bas kat depan, satu bas kat belakang. Aku dengan konfiden naik bas yang kat depan sebab apa-apa pun bas depan gerak dulu. Tanpa tengok nombor bas, almaklumlah konfiden. Bas bergerak. Hampir je masuk pintu masuk UiTM tu , tiba-tiba bas tu go straight don't belok-belok. Aku bermonolog sendirian :


"Eh, ni bas T603 kan? Aku salah naik bas ke?"

Aku yakin semua budak dalam bas tu budak UiTM. Muka semua innocent.selamba.


"Dorang ni kelas kat mana, kat intekma resort ke? Habislah aku, burn satu kelas." 

Penuh syak wasangka, aku masa tu. Nak tanya budak sebelah malu. Dikatanya aku tak pernah naik bas pulak. Ah tawakal je lah. Muka aku masa tu memang tak boleh blah. Muka cuak. Tapi aku maintain try cover, bagi tak jelas muka cuak tu.

Sekali bas tu round lagi sekali, dan sekali lagi menghampiri pintu masuk UiTM... dan aku, Yes!, memang tak salah bas. Tuhan yang tahu betapa bersyukur gila aku masa tu,HAHHAH.


.................................................................................................................
 
 
Aku balik pukul 11:30 pagi, lecturer tak de. Disebabkan awal lagi, aku decide nak meronda-ronda dekat Jalan Tar. Jalan Tar tu dah macam jalan ruji dah. Untuk Februari-Mac, hampir 4-5 kali aku turun Jalan Tar, mostly secara solo.
 
 
Aku ingat nak cari 'Kedai Riben' yang kononnya ada jual bawal satu tone RM5. Tanya akak kat Nagoya, sekali dia tunjuk kedai yang jual riben. Disebabkan cari-cari tak jumpa, maka, inilah hasil tangkapan aku masa hari tersebut yang tiada kena mengena dengan tudung bawal :



 
 bias tape dan hot glue gun.
 
 
 
 

Bunga Reben pon jadi lah. =.=
 
 
Harga hot glue gun tu actually RM 15.90. Bias tape ada 2, so RM0.60 X 2 = RM 1.20. About RM17.10 lah en, tapi entah macam mana amoi tu kira dapat RM16.00. Jimat RM1.10. lol
 
 
Balik tu, aku ingat nak try nak LRT Stesen Bandaraya which is that is the first time secara solo naik LRT kat situ. Before, in february kawan aku pernah bawak sekali which aku ingat-ingat lupa. Sebab memang aku for most of the time pergi and balik naik dekat LRT Masjid Jamek.
 
Maka, aku dengan yakin cari Stesen Bandaraya. Sampai tiba-tiba aku stop, aku pandang kiri-kanan. Dan tiba-tiba ada pakcik dari belakang tegur :
 
"Haa nak pergi mana tu? Sesat lettew."

Pakcik tu gelak keji. Sah tak boleh travel solo oversea macam ni. Senang-senang je kena tipu nanti. Pakcik tu tanpa membantu dah jauh ke depan, aku pon konon-konon yakin, gerak ke depan then belok kiri. Dalam hati, konfiden kejap lagi for sure sampai stesen Bandaraya. Aku tengok depan :

"Awat LRT tu ada kat sana, tapi stesen dia tak da?"


Rupa-rupanya aku sesat. Sepatutnya aku kena cross jalan then turn right. Nasib baik aku pandai. lol.


Makanya, kalau kau rasa tak sedap hati, itu tanda kau salah jalan.


"dan aku harap skill kemahiran hidup aku masih hidup, at least, untuk menghidupkan hot glue gun tersebut"

Sekian.


3 Mar 2013

Timetable

Assalamualaikum.

 
4 Mac dah kena masuk kelas balik. Seriously rasa tak nak masuk kelas. Dulu time awal-awal cuti, rasa bosan dan rasa ingin belajar tu mencanak-canak. Tapi sekarang malas nak bangun pergi kelas. Mungkin dah jumpa benda menarik untuk di buat. All this time i've been watching movies, sleeping anytime i want, eat anytime, facebooking, tumblring, blogwalking and not to forget, an attempt to read english books. No study related things. UiTM pon dah tak ingat dah logo dia warna apa. HAHHAH.  Melampau la tu, just kidding, no butthurt okay. UiTM kan sentiasa di hatiku. Okay stop.


Waktu cuti memang tak ada niat, intention, or rasa nak godek-godek langsung apa yang bakal di pelajari untuk sem 4. Dah 2 tahun jugak aku dok UiTM Shah Alam without realising it. Well nak belajar apa, notes semua dekat i-Learn portal and boleh bukak only kalau you dah daftar subjek tu. Daftar subjek pulak bila dah dapat result exam and nearly bukak sem. I do really think notes tu are accessible anytime. Just click, and read or download. Eventhough belum daftar subjek tu lagi. Senang untuk orang-yang-kunun-rajin-nak-belajar ni baca waktu cuti. Tengok sekarang, habis masa cuti dipersiakan dengan benda yang lagha. Oh lagi fun kalau kita boleh access fakulti lain punya notes, saja tambah ilmu. Feeling-feeling jadi budak engine pon not bad.

 
 
Well maybe ada sebab la tu dia tak buat camtu. Kot. So examination result dah keluar, and dah nak masuk sem baru. Dannn aku pon dah daftar subjek. Baiklah bila dah nak habis cuti yang banyak dipersiakan dengan benda lagha, jangan mimpi aku akan jadi bersemangat untuk baca notes yang sekarang sudah available to be download seperti mula-mula cuti dulu. See! amat penting nota tu available to be downloaded anytime. Instead of reading the notes, i'm too excited to make my lovely timetable. LOVELY lah sangat padahal...
 
 
 
 
Guna word je pon. Tapi tak tahu tiba-tiba jadi eksaited sebab dia warna-warni.*palmface*. Jadual sem ni sangat pack daripada sem 3 sebab tambah Kokurikulum yang supposedly ambil waktu sem lepas. Baiklah Kokurikulum Pengucapan Awam yang nampak best sebab aku ingat kena cakap depan kelas je, seems tak lah begitu seronok bila kena buat assignment on what you will present in front of the class. Baru ingat nak relaks-relaks. Itu untuk sem 3 but sem 4 ni more untuk Pengucapan Awam bila dalam Majlis, my friend cakap siap kena guna microphone cakap. Amboi kau microphone! Fobia~
 
 
You see, walaupon pack sebab banyak subjek, berkat usaha yang gigih, i try arrange jadual bagi tak de rasa penderaan emosi sangat bila tiap kali tengok jadual. Dalam jadual tu tak dimasukkan waktu rehat which is from 12:30 till 2:00 pm so that's why nampak ohmygod pack gila! I'm quite happy with my own effort.LOL. Walaupon sem lepas lagi best sebab jumaat takde kelas dan hari Khamis petang pukul 4 tu terus boleh balik rumah , (I live somewhere in Ampang) dan enjoy sampai malam Ahad tu baru balik. Tapi tak ada lah selalu balik pon sem lepas, sengaja kosongkan jumaat tu so that ada masa relaks and banyak masa buat assignment semua. Relaks tu betul but esaimen, hnnssssssff!
 
 
I am an expert on Procrastination field though
 
 
Sem ni happy jugak sebab only Isnin and khamis balik lambat. Isnin walaupon balik lambat tapi ada banyak masa untuk tidur. Yeay!. Dan still boleh balik awal, habis kelas 12:20 terus boleh bagpack ke rumah.
 
 
Oh yesterday , i've been reading on a post, talk about introvert things which then i realise i'm in the same boat as her, being an introvert person. Finally there , having someone doing the same things as me. Not all but most. Reading through her post made me nod all the way and keep saying:
 
Yeah that's me! I do the same thing!
 
At the end of the post, she do give a link on having a personality test. Seems interesting enough. Too much question to answer. T.T. Yeah at least for a lazy person like me. I got INFJ. Again, too much word for a lazy person like me. Just go through the words. Tapi tak introvert sangat kot still boleh bercampur. Rasa yang kadang-kadang lagi seronok bersendirian dalam certain-certain situation. Tak kronik la kot sampai berkurung dalam bilik, tak campur orang. More kepada independent lah kot.
 
 
Sejak bila ada inisiatif nak tulis in english ni? HAHHAH. I'm sorry if there are errors in grammar, sentences structure. I'm just trying.
 
 
 
Oh lagi satu, untuk sem 4 ni aku tak  dapat kolej. T.T. Kena tindakan tatatertib. Kat surat amaran pakcik tu tulis :
 
 


'Benda hitam tergantung di tingkap' 

Dan sebenarnya benda hitam tu adalah 'swimming suit'. Pakcik, swimming suit, pakcik! Terima kasih lah pakcik, tak de lah saya sedih sangat dapat surat amaran tu, penuh humor juga ye pakcik ni. =.=


Kbai.




2 Mar 2013

Life Of Pi a MUST watch movie (2013)

Assalamualaikum.





just finished watching Life Of Pi.
no...
i didn't go to the cinema,
it's been a long time i didn't go there,
i DOWNLOAD it from the internet instead.Yeay!
HAHAHHA.


oh kau tiba-tiba omputeh pulak kan.
orang dah tengok lama dah, aku baru terkinja-kinja mendownload.
well untuk penjimatan optimum,
i don't care even bertahun baru dapat tengok.
cukup puas bagi aku bila dapat tengok free.
HAHAHHA again.


well, cerita ni mainly pasal seorang budak lelaki yang survive daripada tragedi kapal yang karam.
kapal yang bawak family dia, yang bawak haiwan-haiwan dari zoo milik keluarga dia.
too bad family dia terkorban waktu tidur.
somehow it does remind me to the TITANIC though.
mungkin takde kaitan,
tapi entah, kapal karam-orang tersayang terkorban-cuba untuk survive.


tapi for sure lah lain kan.
on the way keluar cari bantuan,
dia dipaksa untuk naik bot penyelamat untuk selamatkan diri bersama beberapa orang.
tapi tiba-tiba ada kuda belang lompat atas bot tu dan semua yang dekat dalam bot terpelanting keluar,
kecuali dia. yup dia.


pastu ahli dalam bot tu bertambah.
dari dia dan kuda belang,
tambah pulak hyena, sekor rimau dan orang utan.
orang utan tu sangat pandai okay,
selamatkan diri dengan naik atas bekalan pisang yang terapung.

pisang boleh terapung?

ha tu kau kena buat eksperimen sains sendiri dekat laut ye nanti.


hyena tu sangat jahat, dia bunuh kuda belang,
pastu dia bunuh orang utan. sob.sob.sob.


\


part yang mendebarkan masa mula-mula budak lelaki yang nama dia Pi Patel ni dengan harimau.
dup dap dup dap aku masa tu.
kalau tengok 3D mahu jantung terkeluar kot.
oh harimau tu nama Richard Parker sebab tertukar dengan nama owner dia yang dulu.


cerita ini seriously a must watch.


mula-mula cerita,
from what i've seen,
family Pi Patel ni sangat terbuka pasal agama.
Pi Patel dibiarkan untuk cari agama yang dia sendiri percaya.
kristian, islam, hindu dia sendiri yang tentukan.


oh dorang pandai cakap france,
tak guna dubbing suara kot.
teringat pulak kat cerita melayu yang ada babak cakap jepun,
tapi dub suara.
geli pulak dengar, macam cerita doraemon, hilang selera nak tengok.


oh aku ada tertanya-tanya,
masa mula-mula cerita macam mana harimau tu makan kambing tu.
muat eh kambing tu masuk kat jeriji besi ?
sebab ganas sangat ke harimau terkam, maka kambing tu termasuk ke dalam?


at the end of the story,
penonton akan dihidangkan dengan dua cerita yakni pilihan cerita yang Pi sampaikan.


mula-mula aku tak nampak 'twist' nya cerita ni,
aku percaya bulat-bulat cerita Pi survive dengan harimau tu betul,
nothing much to think i guess.


sehinggalah jumpa review kat blog Cik Epal.
sekarang aku dah ragu-ragu pulak yang mana satu betul.





pasal Pi survive dengan harimau or pasal pulau karnivor,
which you will get more clearer view by reading review dari Cik Epal sendiri.
Man! aku tak terbayangkan langsung pulau karnivor tu sebenarnya mayat mak Pi.
tapi i do realise lah yang bentuk pulau tu bentuk badan orang.


Pi Patel kata :


"Kau percaya cerita pertama ke cerita kedua? Kalau kau percaya yang pertama, then kau percaya Tuhan"


apa yang aku dapat setelah berfikir secara sesuka hati dan sesedap rasa :

Kalau kau percaya cerita pertama, kau percaya Tuhan. Cerita pertama seems mustahil gila. Kau boleh pulak hidup dengan harimau untuk tempoh yang lama. Tapi benda yang nampak mustahil boleh aje jadi dengan kehendak Tuhan. Itulah kot apa yang dia nak sampaikan. Orang putih tu pon nak cari kebenaran pasal kewujudan Tuhan kan, dia pilih cerita yang pertama walaupon nampak cam ragu-ragu.So Pi berjaya lah kot realisasikan kehendak orang putih tu.



Kalau kau percaya cerita kedua, kau tak percaya Tuhan. Well aku rasa statement ni merujuk kepada scene yang Pi bunuh tukang masak dan Pi makan mayat emak dia sendiri which symbolise yang dia ni tak bertamadun , tak kuat iman , tak percaya Tuhan dan balasan Tuhan sampai sanggup bunuh orang dan makan mayat emak dia. Itulah kot maksud dia.


Aku rasa nak percaya cerita pertama, sebab sanggup pulak dia nak makan mayat emak dia.
Entahlah, dah ah tak nak fikir, pening aku.


Baiklah bagi sesiapa yang spesies macam aku, yakni tengok movie download punya,
Kat sini aku bagi link which you can download the movie selagi link tu tak rosak lah kan;


Download Link:
 
 
 
 
 
Yang ni takde sari kata. Pandai-pandai lah cari sendiri. Kalau tak, jadi lah macam aku, bila part dia cakap Hindi and France, kau buat-buat aje faham. Daripada dalam versi Hindi yang sepatah haram jadah pon kau tak faham. Alhamdulillah lah dapat jugak jumpa versi English yang boleh di download.
 
 
Audiobook (Youtube)
 
 
 
 
Kalau yang ini, pandai-pandai lah kau imagine kan situasi dia acane. Dah bagi yang boleh tengok, tapi kau degil nak dengar yang audiobook punya, maka sesungguhnya kau mempunyai imaginasi yang kuat.



Kbai.








1 Mar 2013

#01 Novel Secondhand

Assalamualaikum.

currently mencari sesiapa yang berminat untuk beli novel secondhand.
takde space dah bilik ni,
dengan barang bersepah.errr.

target customer;
warga shah alam,
more specific warga uitm shah alam.
sebab takda servis pos-mengepos.
yang jadi tukang pos nya aku lah.

lainlah yang dekat dengan kawasan perumahan aku.
Taman Saga, anyone?

yang nak berjinak-jinak dengan novel boleh jugak.
buku semua in good condition lagi,
sebab aku baca sekali je.

nak bayar guna baucer buku pon boleh,
kahkah.
agak desperate jugak bunyinya.

for the first post,
aku pilih untuk promote novel versus by hlovate ;


 
RM 14
 
 
 
novel lain akan dipromote dari masa ke semasa.
tapi kalau dah tak sabar usha page Kedai Ithnaan

lagi afdhal kalau like sekali,
tak nak like pon share kat kengkawan kot-kot ada yang nak beli second punya.

oh novel-novel kat page tu pon akan ditambah dari semasa ke semasa,
base on ke 'busy' an owner dia.


eh one more thing,
big bad wolf come again peeps!
28th Feb till this 4th March.
boleh guna BB1M lagi you alls.
sesuai untuk yang selalu borong buku or spend over limit.
HAHHHAHA.






kbai.




.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.