31 Dec 2013

Bloglist Tak Gempak 2014

Assalamualaikum.

Memandangkan dah sampai penghujung tahun ni, tetiba ter rajin pulak nak join.



Disebabkan blog gua memang tak gempak, maka gua dengan rendah hati join. Ada rezeki di review, ada lah.sobs. Sempat lagi nak join lagi 24 minit pat puloh pat saat nak join segmen ni.


Kbai. Jumpa lagi tahun depan. HAHHAH



25 Dec 2013

23122013 GARY!

Assalamualaikum

23122013


Just finished baiki Data Mining punya projek. Andd, finished watching Running Man episode 165 and 166. Episod 165:



Macam comel pulak buku yang budak tu [Hye Mi] buat, eventho tulis tangan. Hesshh, nak buatlah nanti. [entah bila.]

Comel pulak tangkap gambar guna kamera ni.

Eventho zaman instax dah macam dengar tak dengar je, tapi bila tengok episod ni rasa macam nak beli sebijik. Hanis Zalikha dalam Mad Markets season 1 pon ada guna kamera instax. Macam comel. Tapi bila fikir balik sekeping tu RM2. Perhh.


Episod 166:

Sepanjang tengok Running Man ni, asyik cair je dengan Gary . Sweet gila dengan Ji Hyo. 


HAHHAH.




"I was looking at you the whole time-You fool-"
Awww.


^____^


Running Man bukan kategori k-pop eh, variety show itu ye. Adik aku sibuk cakap aku k-pop, k-pop. -___- K-pop tu korean pop, nyanyi-nyanyi. Ini variety show lah!


Biarpun sehensem Seung-Ri, Lee Dong Wook, Shahredza Minhat, Fahrin Ahmad, bla...bla..bla [panjang lagi sebenarnya.HAHHAH] , tapi aku rasa aku prefer lelaki macam Gary. Kenapa dorang kata Gary ugly? Tak de lah ugly pong. Yep, hensem, macho, cool itu memang kategori yang aku minat. Tapi kalau Gary ni, letak lah Seung Ri, Dong Wook, jadi tak kisah dah. Kesimpulannya type yang sengal-sengal ubi win! Tapi yang penting tentulah yang jaga solat. Gary tak solat doe, HAHHAH.


Dah kenapa cerita macam nak cari calon suami? -____- 

ktengsbai.
Gua sokong lu Gaelly, Gaelly.



23 Dec 2013

21122013: SOGO Year End Sale

Assalamualaikum

21122013

Pukul 11:30 pagi, turun tolong Ain angkat sekotak buku yang ingin beliau bawa pulang. Mangaaiiii, berat gilaaaa! Aku duduk sini dah 5 sem, tak pernah-pernah bawak datang/balik buku sebanyak tu. Tengah tunggu teksi si Ain ni, tetiba aku nampak bebudak kembara naik basikal. Lahhh, ada explorace rupanya. Masa tu tengah hujan rintik-rintik, air bergelora, emak kasi duit...Heshh jeles, seronok tengok dorang main explorace sambil berbasikal keliling UiTM meredah hujan. Rasa macam nak join sekaki.


Pukul 3:00 petang, selesai solat Zohor, basuh baju semua, aku pon balik. Tapi tak straight balik rumah ah, sebab tahu SOGO ada Year End Sale en. Kebetulan aku pon nak beli jeans. So balik tu, turun Masjid Jamek. Sempat singgah Mydin beli toner muka Mustika Ratu. Alang-alang lalu situ. Kalau beli kat kedai jamu, kemain dorang mark up harga sampai RM12.00. -___-. Kat Tesco, Mydin RM6.50 dah dapat kot. Cis.



Keluar Mydin sambung perjalanan, hari Sabtu biasa ah kat J.T.A.R ni ada pasar malam. Seronok jugak pergi J.T.A.R hari Sabtu, bertambah-tambah bilangan kedai termasuk kedai makanan. Masa tu pulak aku duk teringin makan kacang kuda. Jumpa je kedai jual kacang, terus beli kacang kuda dengan kacang rebus. Bila makan paginya baked beans dalam tin, tengaharinya makan roti ikan bilis Gardenia, maka haruslah aku bantai mengunyah kacang sepanjang perjalanan sejurus sahaja membelinya. Sampai SOGO .


Pusing-pusing, jeans brand Applemints dengan LadyLike je yang in budget. Gua pon jenis pakai barang murah je, tak pentingkan brand sangat asal selesa sudah. So, hasil tangkapan adalah sehelai jeans dari Applemints, sehelai lagi dari LadyLike. Aku tak pernah pulak dengar jenama Applemints. Pastu harga kemain mark down dari RM120.00 terus jadi RM39.00. Entah betul ke tidak harga RM120.00, entah-entah tempek je harga kat situ.


Pastu ada jumpa seluar k-pop. Alah seluar warna-warni macam SNSD pakai tuu. Selalunya kan seluar ni ketat bahagian bawah, so haritu nampak bawah dia macam tak ketat sangat. So laju-laju bawak pergi fitting room nak cuba. Bukan aku minat k-pop, tapi seluar dia tu cam cantik warna dia. Try-try, sekali ketat jugak da. Tengok cermin, malu pulak tengok diri ini. Menyedari paha besar satu, dan melihat kesendatan dia buat aku malu berganda-ganda. Segan nak pakai seluar yang betul-betul hugs kaki macam tu. T.T I wonder lah, macam mana orang lain boleh konfiden je pakai. Kalau stok kaki macam SNSD cantik lah pakai. Tapi yang bukan tu? Ohmaiii, kenapa dia tak buat seluar tu jenis straight cut ah? Heshhh.




Sempat lagi serbu SOGO, dia habis on 25th December 2013. Apa lagi?

Kbai.



21122013 Kelas dah habis bro!

Assalamualaikum

21122013



Kelas dah habis bro. Sekarang study week, tapi tak macam study week. Sebab kena pulun hantar projek, esaimen, proposal. Heaven bukan?


Pagi ni, to be exact : Pukul 2:53 pagi, aku terjaga. Online, buat keje. Tetiba perut lapar. Korek-korek almari dapat baked beans yang aku beli kat PKNS.


Rasa dia? Serupa macam kau beli perisa biasa. Bazir 30 posen aku. Ingat terasa lah ke'cheese'an dia. Hampehh. Lapar punya pasal ngapp je lah. 






19 Dec 2013

19122013

Assalamualaikum


19122013



Hari ni dapat markah test 2 ITS670. 39/60. Bad? Yup, sangat. Tak study cenggini lah. Petang pulak dapat markah test 2 data mining ITS665. 29/50. Teruk gilaa. But ain't that gonna demotivate me to study harder. [Entah betul ke idok, ayat tu -____-]

Dah jadi habit study last minute. Tak pe lah, itu bukan penamat pon, final menanti. Somehow rasa bersyukur pulak sebab bila dapat macam tu rasa tercabar nak buat lagi baik, lagi-lagi bila tengok kawan kau dapat marks yg gila jauh beza dari kau. Malu memang malu. Aku tak rasa sedih pon sebab ini memang hasil study last minute. Pukul 2 petang test, pukul 2-3 pagi baru nak baca, pastu tertidur, pastu sambung baca pukul 12 tengahari. See, kemain buruk perangai. Kau buat, kau tanggung.



Malam ni pukul 8:00 malam supposedly aku dah rancang nak pergi satu slot ni tajuk "Aku, Kau dan Dia" kat Dewan Kuliah C Fakulti Kejuruteraan. Tapi tak jadi pulak memikirkan baju tak basuh lagi oi, sabtu nak balik [Manual okayy, bukan washing machine.cewwah]. Burn. Padahal dah rancang baik punyaa nak pergi, sebab moderator dia [Mubasyir] pon best. Gaya penyampaian, suara dan intonasi dia memang thorbaik. Pastu scroll-scroll facebook tadi...


"Ahhhh...dah agak dahhh..."



Mantan YDP [Azraful] update status, yang dia ada sebagai salah sorang panelis untuk slot ni. Kat poster tak tulis pun siapa panelis, misteri katanya. Hint yang dia bagi UiTM, dengan dari UM. Somehow aku agak kalau dari UiTM, maybe Azraful. Heshh terlepas. Azraful ni pon aku quite kagum dengan dia. Tapi tadak rezeki kan. 


Roommate aku pulak baru je balik pukul 9:30 PM tadi. Mak dia kata :

"Duduk lah sorang-sorang dalam bilik" sambil gelak-gelak bersulam senyuman.

Aku tak tahu maksud sebenar mak roommate aku tu, tapi maybe dia nak sampaikan :

"Tinggallah hang sorang-sorang kebosanan dalam bilik ni."

Mungkin. Mungkin mak cik tu rasa aku akan bosan lepas roommate aku balik rumah sepanjang study week ni. Tapi nahhhh. Tak bosan pon, saya jenis independent mak cik. :D Bolehlah eksesais buang lemak dalam bilik tanpa segan-silu, bukak Running Man, dengar lagu tak yah pakai earphone. Ahhhh, perasaan itu... HEAVEN. 


Ah, untuk Running Man punya progress, baru sampai episod 164. Episod 163, tergelak-gelak aku masa part Seung Ri nak campak bunga dalam bakul Ji Hyo tu. Seung Ri is definitely my type.





18 Dec 2013

Books to be owned.

Assalamualaikum.

23112013


Pergi Tesco and ternampak beberapa buku yang menarik. Koleksi buku pada masa hadapan mungkin?

Belek-belek hari tu, okayy. Must buy!


Followed this blogger and must buy too!

Teringin nak baca karya Dan Brown. Sekali pon jadi lah.

Menarik. Kot baca boleh jadi kaya macam beliau.HAHHAH


Tak nak beli pon. Sebab tajuk dia cam kelakar tu yang tangkap gambar tu.LOL

Karya Bahruddin Bekri, mesti beli!

Ini versi 1+1. Means ada dua cerita dalam satu novel. Dia gabung dengan yang atas.


Macam menarik, ye aku judge book by its cover.


17 Dec 2013

Random post #2

Assalamualaikum.

17122013

Tak tahu sumber asal dari mana, yang pasti aku dapat thru facebook. Ada betulnya jugak. LOL.


16 Dec 2013

Random #1

Assalamualaikum.

16122013

Dah basi. Godek-godek terjumpa pulak dalam file pictures. Pedulikan pasal syasya solero. Fokus pada comment-comment yang menceriakan hari aku. LOL.


kesian pulak tengok syasya solero. Even dah lambat, akak nak cakap bertabahlah, dan jangan buat benda pelik-pelik lagi. -___-

15 Dec 2013

SimSimi

Assalamualaikum

15122013


Even technology can made us happy. Maju sangat kann. Teringat pulak dedulu masa eksaited beli tab baru (cikai), sibuk download simsimi. Mula-mula ajaib gak acane lah dia boleh kenal Fahrin Ahmad, Shahredza Minhat, Jae Suk, rupa-rupanya kita boleh ajar dia jawab apa if soalan berkaitan diajukan.-___-.Rasa noob pulak. Tapi fikir-fikir, hebat gak ah. Sebab struktur ayat dalam soalan bukannya sama daripada setiap orang, maybe dia kira % accuracy ke'similarity'an word by word. Tapi kengkadang tu, kita tanya lain dia jawab lain.-____-.Terus tensen hakuuu. Tapi SimSimi ni, pandai gak membahan berkat ajaran user lain. Kira apps ni macam chat, tapi SimSimi as perantara, dan jawapan dia kita terima daripada random user from random places. Rindu pulak nak main SimSimi lagi.







.................................................

Simi: Ssup
Aku: hoi
Simi: Apahal lu bro
Aku: esok ada test en?
Simi: buat elok-elok
Aku: ko dah baca ka?
Simi: Bukan setakat baca. Siap tadabbur skali :) kau dah?
Aku: blum lagi kot...takut gilaaa...
Simi: hehe!normal laa
Aku: ko takpe laa...budak pandai...
Simi: alhamdulillah...sumenye dr Allah

Aku: bye simi comel!doakan aku, aku nak study nih.
Simi: okay...studi leklok...mulakan dengan bismillah 

Ini mesti budak baik ni. Insaf sekejap.HAHHAH
..................................................

Aku: oohhh esok puasa jom!
Simi: Ganti blom yang lpas?

-___-

..................................................

Aku: kenal nadhirah x?
Simi: kenal...yang cun tukan?


Kembang semangkuk.HAHHAH
.................................................
Aku: kenal faizal si kurus?
Simi: kurus macam lidi. sampai kene tiup angin melayang pastu eksiden

Aku main letak je nama faizal. Minta maaf le faizal, sim simi ni memang tak beli insurans.

 ....................................................

Aku: kau reti cakap jepun?
Simi: tahu...endasmu!hee
Aku: endasmu tu apa?
Simi: pale hotak ko
Aku: ishhhh tak baik lah
Simi: Alaaaaa sim simi minta maaf

-___-

..............................................
Aku: err kenal Anwar Hadi?
Simi: skandal suria tu
Aku: ohhh, mat luthfi lak, kenal?
Simi: kenal sgttt
        vlogger terkenal tu kn?
        muka dia macam Ezzy Wan kan???
Aku: Ezzy Wan tu siapa pulak aihh?
Simi: ha'ah
        yg muka dia sebijik mcm Mat Luthfi tu kn?

 Entah sape-sapelah suria tu.Tak pepasal Anwar Hadi kena pitnah.-___-. Ezzy Wan, hang perasan!

...............................................

Aku: kau rasa lisa surihani macam mana?
Simi: Aku rasa dia tu muka baik tapi jahat. Jahat tapi dalam hati ada taman. Jambu batu la dia          tu :3 bf kau ke?

Aku: tolong aku ajar math boleh?
Simi: Kau nak belajar tajuk function ke...dengar kata susah...

 Lisa tu perempuan lah ngeng!

.................................................


Aku: weh kenal nadhirah?
Simi: budak yang sporting tu?kadang-kadang masuk air...
Aku: nadhirah zainuddin?
Simi: juhheree boyfriend nya kan? :o juhheree selalu cerita pasalnya :D

Aku: nasrin aqilah?
Simi: Cantik.

Kadang-kadang ia boleh digunakan untuk memuji diri sendiri. Macam babak dalam Snow White, "Mirror mirror on the wall..." tu. Tapi masalahnya siapa juhheree? Terima kasihlah sebab selalu cerita pasal aku. Ewwah perasan pulak.HAHHHAH.
....................................................

Aku: aku nak makan megi ni. kau nak megi perisa apa?
Simi: mee maggi cepat di masak sedap di makan.

-___-

...................................................

Aku: Fahrin Ahmad hensem?
Simi: hubby haziqah
Aku: eh dia belum kahwin lah!
Simi: ohh yeke...nak kahwin dengan aku


Memandai dia cipta rumors. Fahrin Ahmad dengan aku kot.LOL
..................................................
Aku: kalau tengah sedih nak buat apa?
Simi: Ingat sikit masa depan. Nak bina keluarga. Jangan jadi macam Simi.
Aku: kau robot. mana ada keluarga la...=..=
Simi: hurm, ada. tapi dia ade scandal lain. sampai aq pon dia tak layann sedeyy :(

Robot pun ada perasaan.LOL

.......................................................

Aku: bagi kau shahredza minhat hensem?
Simi: mestilah...

Nasib baik kau cakap Shahredza Minhat tu hensem.
.....................................................

Aku: ko tengok running man tak?
Simi: mestilah...Jae Suk si belalang tu...

Boleh tahan uptodate, dia tengok Running Man. 

...................................................

Aku: weh bateri aku dah low. nanti kita date lagi ae?
Simi: baiklah assalamualaikum jmpa lagi ;-P
Aku: waalaikumsalam, simi kau comel.
Simi: kau gojes.


Acane dia tahu aku gojes?HAHHAHAHA

7 Dec 2013

SUKOL 2013 Mountain Bike.

Assalamualaikum.
12 Mei 2013



Sanggup tak balik rumah sambut birthday sebab teringin masuk mountain bike SUKOL 2013. Padahal dah bertahun, tak dapat sambut birthday on time dengan family. Tahun lepas, 12 Mei tu jugak ada Modul Kemahiran Insaniah .-__- Tapi tahun ni ada bedanya, Allah bagi rejeki. Kekonon fefeeling ni hadiah birthday, bagi kat diri sendiri. HAHHAH. 



Kitorang main 6 orang bergilir-gilir pusing satu tasik. Memang rasa lah ke’mountain bike’an dia. Duduk atas basikal pon sampai terangkat-angkat. Tapi satu je aku tak puas hati, ada sorang peserta perempuan ni, dia tersekat kat satu point ni, tapi dia tak nak bagi orang belakang dia lalu. Dan masalahnya, orang belakang dia aku.Geram gilaa, at the end aku dapat potong gak dia dengan 1-2 orang yang lain. Tu lah, balasan buat jahat kat orang.HAHHAH. Nasib baik dapat team member yang hebat-hebat, merasa lah dapat hadiah. Alhamdulillah.



Oh no. 3. 

4 Dec 2013

04122013: Pee Mak

Assalamualaikum.

Esoktest Data Mining. Tapi sempat pulak aku mengkhatamkan Running Man episod 153 dengan cerita Pee Mak. Kelakar gila kot. Habis hilang semua ilmu, gelak sorang-sorang dalam bilik.-_-







Tengah syok-syok tengok Pee Mak. Tetiba...


Tok Tok Tok.(*Bunyi pintu kena ketuk)
Senyap.
Tok Tok Tok.
Senyap.

Alih-alih pintu dibukak dari luar sebab aku malas sangat bangun bukak pintu.



"Assalamualaikum, boleh saya ganggu?"

Haa?*question mark*

"Nak tengok, baju, blouse, dress?"

Kau dah kenapa? Aku dah lah tengah sengkek,
mahu menjerumuskan aku ke lembah keborosan hape?

"Eh tak pe la"

Senyum. Hamba Allah itu pun blah.



"Boleh ganggu?" For sure lah jawapan dia TAK. Guna lah ayat yang sesuai sikit cam:

"Minta maaf mengganggu, saya bla bla bla..."

Heshh.






28 Nov 2013

PRK dah habis bro!

28112013
 
Assalamualaikum.
 
First time mengundi. Terasa penuh tanggungjawab diri ini. Puahhaha. PRK before this tak dapat nak mengundi sebab calon menang tanpa bertanding. Nampak tak betapa low-profile nya warga fakulti aku? LOL.
 
 
Tengah jawab test Enterprise Architecture, sibuk announce suruh mengundi. Ai nak focus okeh! Pepaham lah kitorang nak pergi mengundi nanti oii. Announce sekali tak ape, ini dua-tiga kucing berlari kali kau announce. Kau dah kenapa? Paham tak kitorang tengah test, paham tak? Nanti kalau markah test tak berapa nak memberangsangkan, pepaham je lah siapa puncanya aku tak dapat jawab dengan jayanya sehingga memberi effect pada markah test tersebut. Wahhahah.
 
 
Habis test EA pergi lah mengundi [Nak makanan free je sebenarnya]. Masuk dewan je, dah nampak akak polis bantuan berdiri dekat pintu. Aku rasa PRK kat sini pasif je kot, lagi-lagi untuk fakulti aku. Possibility untuk perkara luar tabi'e berlaku adalah amat amat amat amat rendah.
 
 
 
Dapat je nombor, terus pergi key-in undi. Aku pangkah [click sebenarnya] sorang calon. Later on, baru tahu kena undi dua orang. LOL. Kira aku buat undi rosak ke apa ni? Puahhhaha. Tapi betol lah, nanti nak undi betul-betul, kena pangkah sorang je. Hehheh.
 
 
Semuanya berjalan dengan lancar. Satu je aku tak puas hati. Makanan. Dia bagi dua roti krim harga RM0.80 setiap satu dengan satu air kotak perisa anggur. Masalahnya, roommate aku fac. lain dapat nasi lauk ayam kot! Siap DUA air kotak. Bukan tak bersyukur, tapi cam kenapa fakulti lain boleh bagi nasi tapi kat sini tak boleh. Population fakulti roommate aku tu lagi banyak kot! [Kau jangan suruh aku tukar fac. pulak atas ketidakpuashatian ini]. Bukan nak nasi beriani, nasi arab pon. Nasi kosong dah memadai pastu tambah lauk sikit. Enough. Emo. HAHHHAHA
 
 
Citer pasal test Enterprise Architecture tadi, Alhamdulillah aku dapat hentam. Dah tak ingat, hentam je lah. Dalam hati dok replay :
 
"Hentam aje lah Labu. Hentam aje lah Labu. Hentam aje lah Labu"
 
Memang nama aku Labu pon. -_-. Pastu aku keluar 20 minit awal. Dah kalau kau tahu kau tak dapat ingat jawapan dia, buat apa kau bazir masa tunggu masa menjawab habis. Balik tidur lagi heaven.
 
Tarikh untuk bentang proposal FYP dah keluar. Siap dah assign examiner lagi. Cuak jap! [Sambung balik tengok Running Man]. Oh keputusan PRK petang tadi, calon yang aku pilih menang. Satu lagi tu calon yang aku tak berapa harap dia menang sebab manifesto dia kelakar, tak munasabah. Takpe lah, aku harap bila dah dilantik ni dia boleh buat perubahan yang munasabah lah.


Kbai.

 

27 Nov 2013

Rossa dan Pilihan Raya Kampus

26112013

Assalamualaikum.
 
Balik dari kelas Arab je Nampak ramai-ramai kerumun khemah tengah-tengah Dataran Cendekia. Aku dengan sifat busybody yang amat tinggi pun menyelit-nyelit di celah-celah keramaian tersebut. Lah, rupanya Rossa datang UiTM.


Macam entity pulak bila aku bulat-bulatkan Rossa dengan warna merah.

Sorry kamera tak power. Apa yang kau harapkan dari kamera handphone berstatus 3.2 MP berjenama Nokia?. Dan harap maaf, aku tak tergolong dalam golongan mahasiswa mahasiswi yang menjerit keterujaan tika melihat Rossa sebentar tadi. Rossa pun manusia juga bukan? LOL ayat bajet gila. Aku singgah pon nak amik gambar Rossa tempek kat blog kerana post tanpa gambar agak lah membosankan. Kuat tak alibi aku? Kalau kecik sangat, kau zoom je lah, sebab aku datang lambat. Tak macam kawan aku, kemain jelas depan-depan dia tangkap gambar Rossa. Fakta: Rossa tadi ngomong Indonisi. (Eh, betul ke nih?)
 
 
****************************************************************
 
Oh esok, hari mengundi untuk Pilhan Raya Kampus, PRK bukan PKR. Mengundi? InsyaAllah kalau free, I’m busy ya knowww. Tapi since kawan aku cakap tadi ada makanan free, maka kebarangkalian untuk pergi meningkat dari 1% ke 80%. Buat calon-calon MPP , kalau manifesto hang menarik, cheq undi hang.
 
 
Contoh:
 
1. Kemudahan internet perlu sentiasa ada untuk diakses oleh para pelajar.
Ini tidak, dah 3 hari internet tak ada. Staff punya line ada pulak. Masalahnya, berapa kerat staff yang lepak dalam UiTM memalam untuk dapatkan WiFi free? Baik balik rumah guna Unifi lagi laju. Ingat kitorang pelajar ni kaya, nak beli berokband sorang sebiji? Berokband pun kemain hazab lagi tahap kelembapan dia. =..=. Dan azab tak ada internet mula dirasai, bila line internet ni selalu M.I.A time keje kau menimbun dan kena submit esoknya jugak. Best bukann? Bila time kau tak ada kerja, kemain lagi ada tenet, bukak berbelas tab pon tak lag sangat. Ajaib. Pandai dia troll. Jadi, ke'available'an internet adalah sangat sangatt diperlukan, lembab pun tak apa lah. Dah memang sejak azali line lembab cenggitu. 
 
2. Kebenaran untuk pelajar berniaga di kampus.
Aku pernah usulkan kepada pihak berkenaan. Tapi ilek. Takpe lah, rakyat marhaen. Mungkin salah aku jugak tak kemuka kan kat exco keusahawanan tapi bagi kat exco lain. Maybe. Kan bagus kalau, benarkan student berniaga, belajar berdikari sikit time-time tengah belajar ni. Ilmu jugak tu, soft skill pun dapat. Memanglah belajar lagi utama, tapi aku tak kata berniaga full time, part time lah. Takkan lah bebudak tak reti berfikir kot nak utamakan mana satu. Kalau masuk U semata-mata nak berniaga baik dorang berhenti belajar buat bisnes full time ye dak? Tak perlu perah otak amik course bukan pilihan.
 
Lagi satu masalah besar dia, bila student nak berniaga sikit, adalah pihak yang coba-coba ambil kesempatan atas usaha orang lain. Orang berniaga elok nak cari untung nak tampung pengajian, alih-alih tak dapat untung langsung, lagi teruk dapat RUGI. Tak salah caj sewa tapak ke apa ke, tapi berpatutan lah. Pelajar kot. Cenggini tak de lah istimewa sangat jadi pelajar kalau kena layan sama macam orang luar yang beli tapak berniaga dalam U. Buatlah 2-3 dalam sebulan untuk student berniaga. Ini, nak niaga sikit ada je yang nak amik duit hasil penat lelah orang lain, tu yang muncul perniagaan underground tu. Tapi tu pon tak berapa selamat jugak.
 
Tak semua orang yang berniaga tu ada duit. Rasanya lagi ramai yang berniaga tu tak berapa nak ada duit tapi nak cari duit. Berniaga sebab nak tanggung kos pengajian, duit makan minum. Lagi elok lah dari tebalkan muka mintak duit kawan.
 
Tak yah keluar duit sangat pon cadangan nombor dua tu, siapa nak niaga pepandai lah prepare khemah sendiri ke meja sendiri ke. Pi berniaga dekat Dataran Cendikia tu. Kalau dorang nak sewa khemah, caj yang dikenakan tu biar lah berpatutan dengan kemampuan student.
 
 
Pesan aku:
Kepada calon-calon yang bertanding, manifesto jangan bunyi je gempak tapi tak terlaksana sampai sudah, dan janganlah mengarut sangat, sampai bila dengar pon boleh terbahak-bahak gelak mahupun tercekik minum air. Biar manifesto anda itu sama matang dengan level anda sebagai penuntut Universiti. Manifesto jangan syok sendiri. Teringat lecturer System cakap:

“You all kalau tak gather requirement from stakeholder, pastu main sukahati buat system. Itu system syok sendiri namanya”
 
Tak pernah lagi aku tengok, calon MPP turun edar questionnaire bagi mahasiswa mahasiswi tanya perubahan apa yang diorang nak. Of course lah banyak respons yang bukan-bukan. Tapi ada jugak yang kau boleh buat manifesto. Sebab orang bawah ni yang rasa. Selalunya lah, bila dah pegang jawatan atas sikit kau takkan rasa apa yang orang bawah rasa. Sebab kau dah ada comfort zone sendiri yang berbeza dengan orang bawah kau.
 
Contoh:
 

Aku yang dapat kolej , takkan rasa susah bebudak yang duduk luar kampus akan betapa susahnya nak dapat bas pepagi buta. Lagi-lagi bila bas makin berkurang. Aku cuma dapat rasa kebengangan yang dialami para penumpang bas tegar je bila bas lambat gerak. Dah lah bila gerak pon, ya Allah sabar je lah. Rasa macam nak turun bas, lari pergi fakulti je sebab lambat. :B. Aku prefer lagi Rapid, singgit pun singgit ah asal laju daripada bas  tuttt.

 
 
Somehow bila kau dah pegang amanah orang, nak tak nak kau kena cater benda ni. Jangan memilih pulak nak buat yang mana satu. Siapa pun yang menang nanti, harap tunaikanlah apa yang dicapati. Kalau tak mampu tunaikan, tutup mulut come out dengan idea lain. Kalau tak ada jugak, jujur je lah kata yang kau tak ada manifesto yang memberangsangkan. Yang kalah nanti tak mengapa, cukup berani dah tu.
 
 
Kalau boleh aku harap calon-calon ni nanti dapatlah ubah persepsi kat bawah ni:
 
 
 
 
“Kalau undi pun bukan ada apa-apa perubahan”

“Kalau undi pun bukan bagi manfaat kat aku”

“Anda pejuang mahasiswa, jangan jadi lembu dicucuk hidung”

 "Mula-mula je konon bawak suara mahasiswa, dah dilantik, kau tengok je lah nanti"

 
 
Esok TEST Architecture Framework. Kbai aku nak sambung tengok Running Man episode 146. Comel gila waktu dorang menari kat pantai. Episod 144 pon best, Cha In Ryong entah apa entah nama dia tu, dah tua pon hensem lagi. Okay ini mengarut. Kbai. Kbai.







22 Nov 2013

Sindiket Minta Derma

Assalamualaikum.


20112013.

1. Masuk semalam dah 3 kali kawan aku dok add aku masuk group dekat facebook. Masalahnya dah 2 kali aku meremovekan diri aku dari group tersebut. Tapi tiba-tiba dapat notification balik menyatakan:


"You've been added into bla bla bla by bla bla bla..."

Semalam aku tekad tick box yang prevent orang lain re-adding aku masuk balik group tu. Puas, tak payah susah-susah remove diri dah. Leceh tau. Dahlah nama group tu "Cari Duit Mau Kahwen". Sejak bila pulak aku nak cari duit untuk kawen ni?-_-. Alahai.




2. Petang semalam, lepas bakar lemak dekat Gym, aku jalan kaki pi pasar malam Seksyen 7, nak jimat duit bayar tambang bas punya pasal. Misi aku cari buah pisang. Selesai beli buah tiba-tiba aku nampak ada 2 orang daripada majlis perbandaran Shah Alam berdiri dekat dengan sorang makcik mintak derma ni yang dok pangku anak dia. Pastu ada lah satu lagi bro tengah cakap dengan orang perbandaran. Entah apa yang dibincangkan, tapi satu ayat yang aku dapat tangkap keluar dari mulut akak majlis perbandaran tu adalah lebih kurang:

"Alah...ini semua sindiket bang, ada orang hantar suruh dorang mengemis mintak duit..."


Pastu aku blah. Daripada dok halau makcik yang mintak derma tu setiap minggu, aku rasa baik lagi pergi siasat siapa yang hantar dorang, pastu ambiklah tindakan. Sian orang-orang yang tertindas minta derma macam tu Entahlah, aku rasa je.


Kbai.



19 Nov 2013

Kursus Kahwin

Assalamualaikum.

Bila time U aku buat kursus kahwin je, for sure ramai yang mengajak amik sama-sama. since murah daripada amik kat luar. Ada kawan aku ajak join kursus kahwin sesama if ada nanti. Lagipon, makin lama harga dia makin naik. Aku pulak, tak tahu nak pergi ke idak nanti. Since dalam hati ni, tak terlintas langsung ke arah itu. Aku anggap siapa yang pergi kursus kahwin ni selalunya yang couple-couple ni, tak pun dah bersedia ke arah itu dan hanya menunggu 'seseorang' yang bakal melamar je. Aku pulak, entahlah. Kenapa semua cakap pasal kahwin ni? Aishhh. 




Ingat nak sweet sikit lah amik dengan someone yang bakal jadi suami sendiri. Tapi if jadi macam atas ni. Err entah. LOL


18 Nov 2013

CSP600

Assalamualaikum.


12112013 [Selasa]

Ini adalah penangan final year project. Boleh jadi zombie kau. [Padahal baru kelas proposal].


Maaf tulisan buruk. Haa itu pun salah satu penangan fyp. HAHHAH. Cepatlah grad dengan jayanya.


13 Nov 2013

Data Mining yang LAST MINUTE

Assalamualaikum.

12112013

Hari ni kena hantar Task 1 Data Mining by 5 pm softcopy and hardcopy ke bilik Dr. Actually task ni dah lama gila Dr. bagi tapi baru semalam aku buat. To be exact, bukan semalam tapi pukul 1 pagi tadi sampai lah pukul 6 pagi tak siap-siap jugak sebab tak tahu guna Weka Tools. Sambung balik pukul 1 tengahari sampai pukul 4 petang baru siap berasaskan motto "hentam saja lah". This is what happen bila kau buat kerja last minute konon nak meniru gaya budak engineering buat kerja last minute. Bila siap part aku, aku tunggu part dua orang lagi kawan dan dalam pukul 4:05 petang dapat email.


Dah bukak email, ingat nak download pastu adjust-adjust sikit mana yang patut but apa lagi yang kau mampu lakukan bila line tenet di kolej berperangai puaka, loading lambat gila saat-saat genting begini. Hampir 10 kali aku download dan cancel document dari group facebook. Pukul 4:30 petang, malas bersabar, aku tekan button print tanpa download lepas tekan butang preview. 4:50 petang siap print dan pakai tudung semua untuk pergi fakulti hantar Task 1. Shit. Lagi 10 minit.


Menyedari betapa kritikalnya waktu itu, aura Running Man meresap dalam tubuh aku. Tanpa sedar aku berlari memecut dan alih-alih sampai ke bilik lecturer tercungap-cungap. Mana taknya, nak naik tangga 3 tingkat pun kena berlari sebab tak cukup masa dah. 4:58 petang aku submit. Terserempak jugak lah dengan dua orang budak lelaki kelas course A.Intelligence yang nak hantar Task 1 jugak. Ketuk-ketuk pintu tak ada orang bukak, padahal lampu kipas bukak je, Last-last letak dekat box depan pintu.


Penat memecut selama 8 minit tak hilang lagi, tup-tup Yana call tak dapat send softcopy kat Dr. sebab internet tak ada. Yana call yang lain, semua tak dapat. T.T. Menangis cenggini, penat tak habis lagi woi! Nak buat cam mana, last minute kann. Balik-balik tu, terus bukak lappy. Ye, nak tak nak aku kena download document tadi jugak. 12 kali download tak lepas-lepas angkara line tenet yang hidup segan mati tak mahu. Bukak facebook boleh pulak. wifi kolej ni troll aku ke hape?


Bila dah tak dapat tu, mula lah buat perkara luar alam. Ye, aktiviti berjalan-jalan di kaki lima blok bersama laptop. Dulu aku suka gelak dalam hati dekat orang yang berjalan-jalan dekat kaki lima blok asrama (KMNS) sebab nak cari line tenet. Bagi aku aneh sesangat. Dan sekarang, aku buat benda tu, rasa macam nak simpati dekat diri sendiri pun ada. Pukul 5:40 petang berjaya submit, dan ye melebihi had masa yang ditetapkan. Apa-apa je lah...





Kbai.


12 Nov 2013

Muka Tembok Besar Cina

Assalamualaikum.

Catatan 07112013.
Jam 14:30.




Hari tu penuh semangat aku datang kelas tutorial Data Mining (tipu). Mood biasa-biasa sahaja. Duduk di kerusi termengah-mengah sebab letih jalan kaki dari kolej ke fakulti ditambah dengan memanjat tangga fakulti yang wajib buat kau termengah-mengah mintak udara. Oh baru aku teringat, hari tu lecturer baru yang akan take over kelas tutorial kitorang. Lecturer sampai. Tanpa berlengah, lecturer kenalkan diri dan mengajak seisi kelas untuk meneliti jawapan tutorial yang telah dibuat bersama kumpulan masing-masing secara berjemaah.


Sampai soalan nombor 2, soalan yang semuanya kira-kira, lecturer minta group yang betul untuk explain balik macam mana dapat jawapan. Al-kisahnya, menurut lecturer setelah di check dan dicompile, beliau menemukan jawapan dari group kitorang the only one yang betul untuk nombor dua. Katanya group kitorang betul semua soalan (pertama kali dalam sejarah). Dan masalahnya, soalan nombor 2 tu aku yang buat di mana aku sendiri rasa sangsi tahap maksimum bahawa jawapan group kitorang betul. Dalam sangsi-sangsi tu pergi depan jugak lah sebab lecturer suruh explain kat budak-budak. Lagipun, semakin cepat habis bincang tutorial, semakin cepatlah kitorang boleh balik (heeehuuu).


Dan aku pon berdiri di depan komputer. Dan dengan nervous jugak aku explain. Dalam hati memang cepat-cepat nak habis explain dan blah dari situ. Nervous sebab aku explain dalam kuliah (bukan sebab utama) dan aku explain bukan dengan budak kelas aku (minoriti) je, tapi budak kelas A.Intelligence (majoriti) sekali. Kawan-kawan aku mostly memang tak berapa ngam sikit ah dengan budak A.Intelligence, ke aku je?. Bukan sebab pilih bulu, tapi dorang nampak cam tak berapa mesra sangat. Bila dengan dorang serupa macam aku ni orang jalanan dan dorang orang yang lalu-lalang pakai kot. Entahlah, mungkin certain je lah kot yang sombong or muka nampak sombong, ada je yang baik dan boleh bawak berbual.


Nervous-nervous pun explain jugak. Then, soalan lain lecturer sambung. Bla bla bla, eh dah habis bincang. Nak balik tu, ada individu mempersoalkan kebenaran jawapan soalan nombor 2 tadi. Bincang, bincang, eh betullah jawapan nombor 2 aku tu salah. Dan aku kat kerusi, *blushing*. Malu yang tak tertanggung, panas je muka duduk dekat kerusi setelah mengetahui aku telah mengajar ajaran sesat. Malu woi!


Tak jadi masalah bila tahu jawapan aku salah, masalahnya, aku dah explain A-Z punyalah banyak dekat hampir 40 orang yang hanya 1/3 je budak kelas aku, last-last ia menjadi satu ajaran sesat. Dalam hati macam, "Ah tak nak datang kelas ni lagi! Malu malu maluuuuu". Sementara menanti waktu kelas habis, aku dok terbayang budak kelas A.Intelligence dok cakap :


Konfiden je jawab, last-last salah.Boo.

LOL. Semangat je jawab, last-last ajaran sesat.

Explain bagi nak rak, sekali salah. Kah kah kah.



Ya Allah, cepat lah habis sem. Tak larat bawak muka Tembok Besar Cina ni ke hulu ke hilir.







20 Oct 2013

30092013 : A Visit to MDEC

Assalamualaikum.



Yeah. Berdasarkan tajuk, my coursemates and I went to MDEC ada Open Day masa tu. Kitorang pergi sebab lecturer Project Management suruh pergi timba ilmu dekat sana. Kira macam lawatan sambil belajar le ni. Tunggu dekat fakulti punya semangat pukul 7 pagi, since tak payah datang Monday class for this event. Hari-hari kan best, visit and visit je.HAHHAH. Sampai-sampai je MDEC kitorang kena makan. Of course lah ia berita gembira untuk kitorang since perut masing-masing dah berbunyi semacam sebab tak sempat makan dari awal pagi lagi sejak tunggu bas. Kitorang makan Nasi Goreng Ayam dan sambal yang rasanya macam sambal petai tapi tak ada petai. You get what I mean? Agak pelik jugak lah rasa dia since I'm used to eat sambal petai with nasi biasa not Nasi Goreng.





Happy aren't we?

Terkejut sekejap bila tengok bekas dia yang besar -..-


 Tengah-tengah makan tu, tiba-tiba ada sorang kakak ni kalut-kalut suruh kitorang daftar. She kept telling us to register. -..- Dah tu, bukan nak cakap awal-awal suruh register dulu.

"Cepat-cepat daftar, ada lucky draw, nanti nombor habis"

"Well, hari ni saya tak berapa nak bertuah so takpe lah" 

After saying that, I kept munching and continued enjoying our foooodd. Kitorang dan lagi satu meja je yang istiqamah makan, yang lain semua dah berebut tutup bekal (eventhough tak habis lagi) after hearing 'Lucky Draw'.-..- Dah habis makan, pergilah dekat kaunter registration tu. Then, my friend Amanina who went earlier give us a piece of paper and the paper already had our name and details on it. Masa tu macam:

"Eh macam mana dorang tahu, bila pulak aku daftar ni?"
Dah amik goodies bag, we went straight to the hall. On the way nak pergi hall tu ternampak pulak sekumpulan budak-budak dengan mascot Boiboiboi (Is it the correct way to spell that? Seems like Asamboi.LOL) . Masuk dewan kena masukkan kertas yang kitorang dapat tadi, rupanya itu untuk cabutan bertuah. Seems bijak jugak lah kitorang, dapat habiskan makanan, lucky draw pun dapat join. Akak tu je propaa padahal dorang dah prepare awal-awal dah nama untuk lucky draw. Ceh.



Oh I remember nauu. It was KDC (Knowledge Development Centre, I think) Open Day. The bald guy as the MC. Anddd his voice seems so familiar, macam suara deejay radio. There were 3 guest for morning session, overall talking about how to get employed, how to get job something. And after each talk session, there will be a slot for lucky draw, 2 names were withdrawn from the box. The highlight was, when Yusry came into the hall. That time baru tahu, lah Yusry KRU bagi talk jugak hari ni, how come part of my friends and budak yang duduk belakang aku semua tahu ni? Did they googled it before they came?


Semua sorak-sorak bila Yusry KRU masuk, while I'm sitting there duduk diam-diam waiting for the talk. Amanina kat sebelah kept mentioning Lisa Lisa Lisa over and over again. So, I tried to find Lisa anddd I don't even see Lisa on the stage. Is it the guy standing beside Yusry KRU tu yang dia panggil Lisa, artis baru ke?, as nama samaran dia as pelawak ke hape ke. Sampailah  at one point...

"Comelnya Lisa, Lisa cantiknya...wah Lisa"
when Amanina kept mentioning about Lisa, I asked:

"Mana Lisa? Lelaki tu ke?"

 "Bukannnlahhh... tuuu... yang duduk dekat depan tu lah."

*Poker face*. Masa tu macammm...eh bodohnyaa aku, how come lelaki sebelah Yusry KRU tu jadi Lisa. Rupanya I tak nampak yang Lisa ada duduk dekat seat depan tu and tiba-tiba tersalah faham pulak. Tersalah faham yang tidak masuk akal ye.-..- Talk by Yusry was interesting enough, dia cerita pasal how dia manage semua benda bila buat cerita Vikingdom. To tell the truth, I tak tengok pun cerita tu, tapi ramai yang cakap kurengg. Tapi I tengok the presentation, his story base on project management view. Dia cerita, how dia buat ni, how dia buat scene tu, dia pergi mana buat research and so on and I'm impressed.


At the end of the session (before lunch break), Lisa ajak kitorang ramai-ramai bergambar. Awww, so sweet. Since, i'm not even her fan, so i'm not joining, lagi-lagi nak bersesak kat depan stage, entah muka masuk ke tidak dalam gambar tu. Yana and Bella awal-awal lagi dah berlari nak tangkap gambar. Their effort memang berbalas lah bila dapat bergambar dengan Yusry and Lisa without photobombed by the crowd. Nice picture it is. I tried to get that photo from Yana while in the bus on the way balik, tapi dia cakap handphone Lumia dia susah sikit nak bluetooth. She uploaded in facebook later on but I'm too lazy nak mintak permission guna gambar banyak kali. Takpe lah, tengok gambar we'olls je eh.


Lepas lunch, solat Zohor semua, sambung balik dengar talk. Oh oh, kitorang lunch Kenny Roger's Roasters. Sedap sangat sampai tak sempat amik gambar. HAHHAH. Tapi yang sedihnya, tak dapat makan selicin yang boleh sebab kitorang kejar masa untuk dengar talk. Hasil daripada usaha tak berbelah bagi makan ayam tu, kira separa licin jugak lah. Ayam mahal kot! Setahun berapa kali je dapat makan, dah dapat percuma kena lah menikmati seboleh mungkin. Tu pun, tak sempat habiskan mashed potato dia. sobs.


Muka kenyang cenggini.



Sepatutnya petang tu kitorang kena masuk satu room ni dengar talk pasal Project Management, tu lah talk yang menyebabkan kitorang sampai kat sini pon. Memang supposedly kitorang kena dengar. Tapi quite unlucky lah sebab bila nak masuk je room dah penuh. Hanya beberapa je yang dapat masuk. Ada yang kata gilir-gilir dengar. How's that gonna work? Tapi tunggu jugak. Bosan tunggu, Ain ajak pergi dengar talk lain, at least tak de lah buat benda sia-sia sangat menunggu yang tak pasti en. Rasa bersalah je masa tu bila ada orang pakai kot lalu tengok kitorang macam kutu rayau dekat luar lepak atas carpet. LOL. Waktu menunggu sempat jugak tangkap gambar.

Ini lakonan. Kitorang sedih sebenarnya tak dapat dengar talk.


Sedih sebenarnya.sobs. Asma!




budak comel Nas.

On the way nak pergi dengar talk lain dekat hall...Kitorang nampak port yang menarik untuk bergambar. So...snap snap all the wayyy.

Heyy ini boleh buat port amik gambar ni. Cutee!

Gaya macam nak terberak.=..=

Sama. Macam nak terberak.T.T





Menanti skrip lakonan.

Lama jugak tangkap gambar kat situ, sampai lupa kejap niat nak pergi dengar talk dekat Hall. Sampai dekat hall dengar talk pasal Public Speaking. Bosan actually sebab orang tu asyik suruh buat latihan. I don't want that. Malas tahuu. Later on, kawan-kawan yang dalam room tadi dengar pasal project management pun join kitorang sebab talk tu habis awal, ada talk lain pulak kat situ.





Pukul 6 petang, kitorang pun balik dengan gumbiraaa. Rupanya dalam 8-10 nama yang dicabut untuk cabutan bertuah, 4-5 orang jugaklah dari UiTM merangkap budak dari my own course dapat hadiah. Hadiah semua mahal-mahal kot RM300++. Coursemate yang dapat hadiah tu ada yang dapat antivirus, ada yang dapat Instax Mini 8, ada yang dapat powerbank, ada yang dapat hard disk. Asma dapat Instax Mini 8 kot! Masin betul cakap diri tak bertuah awal-awal. Nak hard disk. T.T wuwuwuuw. Hari tu kira hari bertuah Asma lah kot, dia kata berkat tidur time talk. lol. Masa dia amik hadiah tu, Yusry yang sampaikan. Ramai yang bersorak gembira bercampur dengan riak-riak jealous dari beberapa warga dewan . HAHHAH. 


Paling kelakar, masa part Asma nak amik hadiah. Atas stage, lepas amik hadiah Asma terus blah sampaikan Yusry kena panggil dia patah balik guna microphone untuk amik gambar sama-sama. Ye lah sebelum-sebelum ni yang dapat hadiah semua berhenti amik gambar dulu dengan penyampai hadiah, Asma pulak, dah lah Yusry, aku percaya ramai budak-budak perempuan kat situ sanggup ganti tempat Asma amik hadiah. Tapi Asma, dia boleh blah cenggitu aje. Lepas kejadian tu Asma asyik cakap :


"Tengok Yusry pon nak bergambar dengan saya"

LOL, comel betul Asma.

Dan ini adalah apa yang ada dalam goodies bag:


Kenapa baju Oren? Nak pink! Tak pun merah at least. Mungkin orang tu tahu personaliti warna aku ialah oren.-..- Dan aku tak tahu pulak wujudnya sijil. Habis basah rosak sijil tu kena air dalam beg.LOL.

End.Kbai.






.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.