30 Jun 2013

Perihal perut.

Assalamualaikum.

Inilah pantang aku. Bila tengah exam gatal bukak blog, padahnya gian nak taip post baru.


Kes 28062013.
Jam 1445-1745.

Untuk pengetahuan umum, exam aku start jumaat semalam punya semalam. Ya, 28 Jun 2013. Dan seperti exam-exam yang lalu, bila exam dalam dewan haruslah ia sejuk beku macam duduk kat antartik sana. Aku sampai sekarang tak faham bulu apa yang mereka pakai sampai tak rasa sejuk. Aku sampai parkinson nak tulis jawapan, dengan performance otak pun sekali menurun susah nak generate idea. Tapi bila nak compare dengan semester lepas-lepas, kali ini sejuk dia kurang sikit. Tak sampai tahap parkinson. Namun otak susah nak keluarkan jawapan sebab study last minute. Itu makan dia!



Heh.
Dan secara normalnya bila exam aku selalu tak makan, later habis exam baru makan. Yelah study last minute, masa harus dimanfaatkan sebaiknya. Maka bila tak makan, dengan cuaca yang sejuk tak berapa khatulistiwa sangat dalam dewan exam, haruslah perut aku berbunyi memainkan lagu Keroncong Untuk Ana.


Ye kali ini sama. sebijik sejibon perut aku buat hal dalam exam. Berbunyik-bunyik tahuu.
Aku dapat buat konklusi yang "Perut berbunyi, itu tradisi, tanda minta diisi, agar tidak berbunyi lagi."


Masa masuk dewan tu, punyalah aku berjaga-jaga pilih tempat. Pilih tempat dekat depan belah hujung. Tak ada orang depan , tak ada orang kat belah kanan. Yang ada kat belakang, tu pun classmates aku. Kalau berbunyi tak adalah malu sangat sebab aku percaya classmate aku yang sorang ni. Baik orangnya, confirm kalau perut aku bunyi pon risiko untuk disebarkan adalah 0.00%. Yakinkan aku?


Tengah tenang-tenang. Tiba-tiba, ada budak laki sorang datang duduk belah kanan. Shit. Tak lama lepas tu ada sorang lagi laki duduk belah depan aku. Double shit.
Berpeluh-peluh aku memikirkan macamana nak coverline andaikata perut aku berbunyi. Hohoi, jatuh saham cenggini. Dibuatnya dia jadi watak Kiah dok sebar citer kat orang lain, tak ke naya.

"Hoi, nak tahu budak perempuan yang duduk sebelah aku tadi, perut dia bunyi tak boleh blah! Macam bunyi guruh bhai!"

Ngaaaa. Nasi dah jadi bubur, aku cuba berfikiran positif, sambil berdoa perut aku untuk behave selama duduk dalam dewan peperiksaan. Lepas je 30 minit exam start, perut aku berbunyi. -.-
Whyyyyy whyyyyy whyyyy. Bunyi serupa guruh, tu pun penat aku tahan, sedut perut ke dalam (what the fish?) , tahan nafas lah. Mesti terganggu budak depan, kanan dengan classmate aku yang kat belakang. Nasib baik semua pandai coverline jaga hati aku. Semua buat relaks. Terima kasihlah semua. Terharu, sobss. Nasib baik tak ada yang tegur cenggini;


"Alamak bunyi guruh, nak hujan."
Maaf, itu bunyi perut saya. sobss. Takpun gelak. Kalau ada orang gelak, mahu time tu jugak aku keluar dewan mintak permission kat pengawas nak makan. 4 kali jugak bunyi guruh, pastu ada skali tu bunyi "Oink". Bunyi macam comel, tapi kuat bhaii. Mahu sorok muka bawah meja.





Pastu yang sengsara lagi, bila ada sorang pengawas lelaki tu asyik merayau je kat kawasan aku tu. Tolonglah merayau kat belakang hui. Tapi nasib baik perut gua bunyi masa pengawas tu kat tempat lain. Kalau pengawas exam tu dengar, mahu dia bantai gelak time tu jugak. Bencana namanya kalau cenggitu, mahu satu dewan tahu. Mahu nanti bebudak panggil aku "Budak perutku berbunyi". =..=


Dan kali ini aku tak keluar awal. Kawan aku tanya:

"Okey tak?"

"Tak, kalau keluar lambat tandanya tak dapat jawab lah tu. Kalau keluar awal, tanda dapat jawab"

Keluar exam aku dengar kawan aku bising-bising kata soalan spot yang di post dekat group fb keluar dalam exam. Aku yang pasang telinga lalu berkata : Shitt.


Nak buat acane, bukan tak percaya soalan spot, tapi aku jenis nak baca semua. Padahal tak sempat baca semua pon. Entahlah dari dulu lagi, pmr, spm. Dok salin soalan spot, bila esoknya exam baca semua sebab apa yang aku salin entah letak kat mana-mana. Tapi tu lah, kecewa jugak.HAHHAH. Kenapalah aku bukan jenis yang bergantung dekat soalan spot? Takpelah mungkin aku ikhlas menuntut ilmu lah kot.HAHHAH. Sumpah. Nak. Muntah.



Kbai.











29 Jun 2013

Exam

Assalamualaikum.

Sepi.
Yeah. Sudah lama tak jenguk blog.Tak berupdate-update. Meskipun dengan intention untuk syok-syok sendiri, namun hati ni gian lah jugak nak update blog.Hari tu tak berupdate sebab projek berlambak.Kali ni pulak habis projek, exam pulak. Orang lain study week sempat baca buku, kitorang bebudak ISE duk siapkan projek -..-. Apa itu study week? Gua tak tahu apa itu study week.


Mungkin ada yang kata,

"Tu lah buat last minute lagi, itu makan dia!"

Guyss. Seriously?. Sobss. Mungkin betul, mungkin tidak. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya budak ISE yang tahu  situasi kitorang macamana. Kalau aku, baik avoid terjebak dengan course ni unless kalau kau MINAT. Kalau kau minat mungkin kau tak jadi macam aku, asyik mengadu je kejenya. HAHHAH. Kalau nak rasa sangat maii masuk maii. Kami engineer, walaupun bukan duduk dekat fakulti engineer. (sobbss tak dapat usha abang-abang engineer). Tapi susah course ni memang hell yeah macam engineer, dah amik nama engineer haruslah buat benda last minute macam budak engine. Ke aku je? sobss.



Yeah, seperti yang dikatakan sebelum ini, insyaAllah aku akan update blog. Tapi dengan post yang basi. Ye, sebab aku update event yang dah berlalu long long time agooo, tapi gatal nak update jugak sebab ngada-ngada nak bagitahu satu dunia yang aku dah buat itu, ini. Gua pun aktif kat facebook je since upload je gambar tak payah nak mereka ayat, kalau blog tangan ni gatal-gatal nak menaip.


Kbai. Gua habis exam 14 Julai. Kbai, itu je nak bagitau, kalau lepas-lepas tu tak reti nak update blog, gua tak tahu nak bagi alasan apa dah. (harus reka alasan baru!).







nah gambar bubu.

Mungkin post akan datang. Konon sneak peak. Mungkin juga bukan. Tapi yang sure akan keluar jugak post pasal Gunung Bubu. Haruslah hebah pada satu dunia yang gua dah naik Gunung Bubu , kahkah. Dah ah gua nak layan facebook (banyak) study (sikit). Doakan gua dapat hidayah untuk study dengan bersungguh-sungguh bukan study dengan tersengguk-sengguk. Ya, next paper gua esok pagi. Doakan jugak, sebab setakat ini gua tak baca pape lagi, tapi boleh pulak update blog. -..-


.29062013.
.Jam 1114.







17 Jun 2013

bahana tak prepare untuk test

Assalamualaikum.


11062013
test Arab pukul 2:10 petang.
oral test.
saat itu berlaku satu peristiwa yang tak dijangka.



oral test waktu tu dijalankan dengan cara,
pilih satu pasangan,
satu gambar diberi,
kau diberi masa untuk buat 10 dialog,
yang ada soalan dan jawapan.
lantak lah bagaimana, macam mana kau nak goreng.


aku dan partner aku ain,
dapat gambar pasal hobi,
which is senang actually.
5 minit habis tanpa kitorang sedar,
tanpa menyusun soalan dan jawapan betul-betul.

aku cemas,
ain lagilah cemas.


saat-saat aku cemas tu lah semua yang aku baru hafal,
hilang.
ya, hilang.
aku ingat pangkal soalan 'mataa' untuk bila,
'aina' untuk dimana dan 'ma'a man' untuk dengan siapa.


oleh sebab itu je yang aku ingat,
itu sahaja yang aku harapkan untuk di goreng.

aku pilih hobi berenang,
ain pilih hobi tidur.
sebabnya dua-dua senang nak pronounce.


masa berlatih,

Aku : "ma'a man tumarisin hiwayatuki?" (dengan siapa kamu mempraktikkan hobi kamu?)

Ain : Jangan tanya soalan tu, kalau awak tanya soalan tu, kita nak jawab kita tidur dengan sape?


dalam hati aku mengiakan.
ye lah dengan siapa pulak Ain nak tidur?
mestilah sorang-sorang ye dak.


dan giliran aku dan Ain dipanggil,
kitorang berdua bersoal jawablah dengan gunang (gugup,tenang)
sampailah satu saat,
otak aku jam,blur.soalan apa pulak aku nak tanya nih?


aku hanya ingat 'ma'a man',
maka dengan selambanya aku menyoal Ain.
Ain dah cuak tak tau nak jawab apa.
Dah sebut baru aku perasan.

dan terpaksalah Ain menggoreng bahawa
dia mempraktikkan hobi tidur dia dengan kawan.
nasib baik Ain pandai goreng,
walaupun soalannya sangat-sangat awkward.














16 Jun 2013

#115



mata,
kuatlah menanggung kapilari-kapilari darah
yang tersumbat, yang menghitam.

aku nak cakap yang,
mata kuatlah dikau walaupun
terpaksa menyerupai mata panda sekejap.
be strong mata!

oyyeahhh!
wo ai ni Allah!

semai,semai,semai,semai, rasa cinta hambaMu ini terhadapMu Ya Allah.

15 Jun 2013



teka-teki yang asalnya aku nak aju kat kawan aku.
tapi tak di aju-ajukan lagi.



------------------------------ramaramaterbang----------------------------------------------


dalam banyak-banyak nama,
nama apa yang boleh direpresentkan dengan satu huruf?





jawapan:  Ain

                macammana?
                amik kertas, tulis huruf ain dalam tulisan jawi tu.

                khas buat yang bernama ain seluruh dunia.
               
                anda patut rasa special.
                kenapa susah-susah nak eja ain-ya-nun dalam jawi?
                tulis huruf 'ain'.done.
                hih.


                and yeah kawan aku tu namanya ain.

14 Jun 2013

#114



Atan: aku download asyik error.
          mati, stop tengah jalan.
          pastu keluar error message.

          dah lah!

*pang*[hempas pintu]

Abu:   oih oih mau pigi mana hah?

Atan: mengadu,mintak petunjuk kat Allah.


--------------------ramaramaterbang-------------------------------




heavenyeah!
bila susah ingat sama Allah,
bila senang syukur pada Allah.
ohsemm.

13 Jun 2013

#113



sumpah rasa tenang bila baca ayat-ayat chenta Allah.
sumpah tak tipu.


kalau hang rasa aku tipu hang,
hang amik wudhu' hang try baca.
heh.



---------------------------------ramaramaterbang---------------------------------------


mampu update ini.
untuk update memori yang lalu belum mampu,
dek busy dengan hesaimen, projek.
Allah, kuatkan muscle-muscle hati hamba-Mu ini.

as I always believe, trust and have faith in you.





12 Jun 2013

#112



setiap kali ada masalah mesti titeww ngadu kat boyfriend titeww,
rasa disayangi, difahami, dan di-caring sungguh , awww.
you ada?

---------------------------------------*ramaramaterbang*---------------------------------

hai dan hello;
i don't have and doesn't need boyfriend.
i only need my god Allah,
my mama and my papa,
my adik and my abangs,
and my girlfriends,
much happy ever after.

super duper rasa disayangi au au au.


10 Jun 2013

#111


aku nak pergi mengadulah,

mengadu pada siapa?

mengadu pada Allah.

#oh how sweeet :D




letakkan Allah dalam hatimu,
nescaya kental jiwamu.

6 Jun 2013

kelas pengucapan awam

Assalamualaikum.


Rabu 5/6/2013
18:09


Hang tak reti nak bertolak-ansur,
Maka cheq hadiahkan hang kuasa psiko kuasa lima puloh lima.



oh busy gilaa dengan projek
(padahal aku berpuloh-puloh kali bukak facebook dalam sehari)

jadi disebabkan kebusy-an itu,
aku tak dapat update,
tunggu bila diberi kesempatan dan hidayah update blog.

banyak gilaaa nak cerita.
banyak gilaa nak hambur kat sini.
kbai.

1 Jun 2013

mama papa

Assalamualaikum.


Just wanna share something from page Dato' Sahol.
Sebelum ni aku so-so je baca post-post kat page tu,
but this one aku baca sampai habis.
Dah habis, aku terharu.
Bila dah terharu, aku post kat blog,
dengan harapan aku akan ingat sampai bebila.


*****************************************************************************

Sekadar berkongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.... "Nak, boleh tolong saya?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.Hari ini pegawai tu takde.."
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
'Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor...
Dalam hujan renyai...
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu


Kepada semua pelajar:


*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..




Source:

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

********************************************************************


sumpah banyak pengorbanan mak dengan ayah aku.
Rasa bersalah bila ingat yang aku pernah merajuk
sebab mak aku suruh pilih course yang aku tak minat.
which at the end aku dapat course tu.
no engineering for me sebab mak aku tak kasi.
dalam UPU aku tak isi sebab mak aku tak kasi.

fikir balik, yeah ada hikmah.
mungkin aku perlu berkorban sikit,
nak dibandingkan dengan pengorbanan parents aku.


seriously sedih baca,
i don't know.
macam mana lah pakcik tu nak survive, sara keluarga yang kat rumah pula.
aku harap anak dia belajar bersungguh-sungguh,
do make your parents proud.

baiklah aku pun sama.*palmface*


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.