31 Dec 2013

Bloglist Tak Gempak 2014

Assalamualaikum.

Memandangkan dah sampai penghujung tahun ni, tetiba ter rajin pulak nak join.



Disebabkan blog gua memang tak gempak, maka gua dengan rendah hati join. Ada rezeki di review, ada lah.sobs. Sempat lagi nak join lagi 24 minit pat puloh pat saat nak join segmen ni.


Kbai. Jumpa lagi tahun depan. HAHHAH



25 Dec 2013

23122013 GARY!

Assalamualaikum

23122013


Just finished baiki Data Mining punya projek. Andd, finished watching Running Man episode 165 and 166. Episod 165:



Macam comel pulak buku yang budak tu [Hye Mi] buat, eventho tulis tangan. Hesshh, nak buatlah nanti. [entah bila.]

Comel pulak tangkap gambar guna kamera ni.

Eventho zaman instax dah macam dengar tak dengar je, tapi bila tengok episod ni rasa macam nak beli sebijik. Hanis Zalikha dalam Mad Markets season 1 pon ada guna kamera instax. Macam comel. Tapi bila fikir balik sekeping tu RM2. Perhh.


Episod 166:

Sepanjang tengok Running Man ni, asyik cair je dengan Gary . Sweet gila dengan Ji Hyo. 


HAHHAH.




"I was looking at you the whole time-You fool-"
Awww.


^____^


Running Man bukan kategori k-pop eh, variety show itu ye. Adik aku sibuk cakap aku k-pop, k-pop. -___- K-pop tu korean pop, nyanyi-nyanyi. Ini variety show lah!


Biarpun sehensem Seung-Ri, Lee Dong Wook, Shahredza Minhat, Fahrin Ahmad, bla...bla..bla [panjang lagi sebenarnya.HAHHAH] , tapi aku rasa aku prefer lelaki macam Gary. Kenapa dorang kata Gary ugly? Tak de lah ugly pong. Yep, hensem, macho, cool itu memang kategori yang aku minat. Tapi kalau Gary ni, letak lah Seung Ri, Dong Wook, jadi tak kisah dah. Kesimpulannya type yang sengal-sengal ubi win! Tapi yang penting tentulah yang jaga solat. Gary tak solat doe, HAHHAH.


Dah kenapa cerita macam nak cari calon suami? -____- 

ktengsbai.
Gua sokong lu Gaelly, Gaelly.



23 Dec 2013

21122013: SOGO Year End Sale

Assalamualaikum

21122013

Pukul 11:30 pagi, turun tolong Ain angkat sekotak buku yang ingin beliau bawa pulang. Mangaaiiii, berat gilaaaa! Aku duduk sini dah 5 sem, tak pernah-pernah bawak datang/balik buku sebanyak tu. Tengah tunggu teksi si Ain ni, tetiba aku nampak bebudak kembara naik basikal. Lahhh, ada explorace rupanya. Masa tu tengah hujan rintik-rintik, air bergelora, emak kasi duit...Heshh jeles, seronok tengok dorang main explorace sambil berbasikal keliling UiTM meredah hujan. Rasa macam nak join sekaki.


Pukul 3:00 petang, selesai solat Zohor, basuh baju semua, aku pon balik. Tapi tak straight balik rumah ah, sebab tahu SOGO ada Year End Sale en. Kebetulan aku pon nak beli jeans. So balik tu, turun Masjid Jamek. Sempat singgah Mydin beli toner muka Mustika Ratu. Alang-alang lalu situ. Kalau beli kat kedai jamu, kemain dorang mark up harga sampai RM12.00. -___-. Kat Tesco, Mydin RM6.50 dah dapat kot. Cis.



Keluar Mydin sambung perjalanan, hari Sabtu biasa ah kat J.T.A.R ni ada pasar malam. Seronok jugak pergi J.T.A.R hari Sabtu, bertambah-tambah bilangan kedai termasuk kedai makanan. Masa tu pulak aku duk teringin makan kacang kuda. Jumpa je kedai jual kacang, terus beli kacang kuda dengan kacang rebus. Bila makan paginya baked beans dalam tin, tengaharinya makan roti ikan bilis Gardenia, maka haruslah aku bantai mengunyah kacang sepanjang perjalanan sejurus sahaja membelinya. Sampai SOGO .


Pusing-pusing, jeans brand Applemints dengan LadyLike je yang in budget. Gua pon jenis pakai barang murah je, tak pentingkan brand sangat asal selesa sudah. So, hasil tangkapan adalah sehelai jeans dari Applemints, sehelai lagi dari LadyLike. Aku tak pernah pulak dengar jenama Applemints. Pastu harga kemain mark down dari RM120.00 terus jadi RM39.00. Entah betul ke tidak harga RM120.00, entah-entah tempek je harga kat situ.


Pastu ada jumpa seluar k-pop. Alah seluar warna-warni macam SNSD pakai tuu. Selalunya kan seluar ni ketat bahagian bawah, so haritu nampak bawah dia macam tak ketat sangat. So laju-laju bawak pergi fitting room nak cuba. Bukan aku minat k-pop, tapi seluar dia tu cam cantik warna dia. Try-try, sekali ketat jugak da. Tengok cermin, malu pulak tengok diri ini. Menyedari paha besar satu, dan melihat kesendatan dia buat aku malu berganda-ganda. Segan nak pakai seluar yang betul-betul hugs kaki macam tu. T.T I wonder lah, macam mana orang lain boleh konfiden je pakai. Kalau stok kaki macam SNSD cantik lah pakai. Tapi yang bukan tu? Ohmaiii, kenapa dia tak buat seluar tu jenis straight cut ah? Heshhh.




Sempat lagi serbu SOGO, dia habis on 25th December 2013. Apa lagi?

Kbai.



21122013 Kelas dah habis bro!

Assalamualaikum

21122013



Kelas dah habis bro. Sekarang study week, tapi tak macam study week. Sebab kena pulun hantar projek, esaimen, proposal. Heaven bukan?


Pagi ni, to be exact : Pukul 2:53 pagi, aku terjaga. Online, buat keje. Tetiba perut lapar. Korek-korek almari dapat baked beans yang aku beli kat PKNS.


Rasa dia? Serupa macam kau beli perisa biasa. Bazir 30 posen aku. Ingat terasa lah ke'cheese'an dia. Hampehh. Lapar punya pasal ngapp je lah. 






19 Dec 2013

19122013

Assalamualaikum


19122013



Hari ni dapat markah test 2 ITS670. 39/60. Bad? Yup, sangat. Tak study cenggini lah. Petang pulak dapat markah test 2 data mining ITS665. 29/50. Teruk gilaa. But ain't that gonna demotivate me to study harder. [Entah betul ke idok, ayat tu -____-]

Dah jadi habit study last minute. Tak pe lah, itu bukan penamat pon, final menanti. Somehow rasa bersyukur pulak sebab bila dapat macam tu rasa tercabar nak buat lagi baik, lagi-lagi bila tengok kawan kau dapat marks yg gila jauh beza dari kau. Malu memang malu. Aku tak rasa sedih pon sebab ini memang hasil study last minute. Pukul 2 petang test, pukul 2-3 pagi baru nak baca, pastu tertidur, pastu sambung baca pukul 12 tengahari. See, kemain buruk perangai. Kau buat, kau tanggung.



Malam ni pukul 8:00 malam supposedly aku dah rancang nak pergi satu slot ni tajuk "Aku, Kau dan Dia" kat Dewan Kuliah C Fakulti Kejuruteraan. Tapi tak jadi pulak memikirkan baju tak basuh lagi oi, sabtu nak balik [Manual okayy, bukan washing machine.cewwah]. Burn. Padahal dah rancang baik punyaa nak pergi, sebab moderator dia [Mubasyir] pon best. Gaya penyampaian, suara dan intonasi dia memang thorbaik. Pastu scroll-scroll facebook tadi...


"Ahhhh...dah agak dahhh..."



Mantan YDP [Azraful] update status, yang dia ada sebagai salah sorang panelis untuk slot ni. Kat poster tak tulis pun siapa panelis, misteri katanya. Hint yang dia bagi UiTM, dengan dari UM. Somehow aku agak kalau dari UiTM, maybe Azraful. Heshh terlepas. Azraful ni pon aku quite kagum dengan dia. Tapi tadak rezeki kan. 


Roommate aku pulak baru je balik pukul 9:30 PM tadi. Mak dia kata :

"Duduk lah sorang-sorang dalam bilik" sambil gelak-gelak bersulam senyuman.

Aku tak tahu maksud sebenar mak roommate aku tu, tapi maybe dia nak sampaikan :

"Tinggallah hang sorang-sorang kebosanan dalam bilik ni."

Mungkin. Mungkin mak cik tu rasa aku akan bosan lepas roommate aku balik rumah sepanjang study week ni. Tapi nahhhh. Tak bosan pon, saya jenis independent mak cik. :D Bolehlah eksesais buang lemak dalam bilik tanpa segan-silu, bukak Running Man, dengar lagu tak yah pakai earphone. Ahhhh, perasaan itu... HEAVEN. 


Ah, untuk Running Man punya progress, baru sampai episod 164. Episod 163, tergelak-gelak aku masa part Seung Ri nak campak bunga dalam bakul Ji Hyo tu. Seung Ri is definitely my type.





18 Dec 2013

Books to be owned.

Assalamualaikum.

23112013


Pergi Tesco and ternampak beberapa buku yang menarik. Koleksi buku pada masa hadapan mungkin?

Belek-belek hari tu, okayy. Must buy!


Followed this blogger and must buy too!

Teringin nak baca karya Dan Brown. Sekali pon jadi lah.

Menarik. Kot baca boleh jadi kaya macam beliau.HAHHAH


Tak nak beli pon. Sebab tajuk dia cam kelakar tu yang tangkap gambar tu.LOL

Karya Bahruddin Bekri, mesti beli!

Ini versi 1+1. Means ada dua cerita dalam satu novel. Dia gabung dengan yang atas.


Macam menarik, ye aku judge book by its cover.


17 Dec 2013

Random post #2

Assalamualaikum.

17122013

Tak tahu sumber asal dari mana, yang pasti aku dapat thru facebook. Ada betulnya jugak. LOL.


16 Dec 2013

Random #1

Assalamualaikum.

16122013

Dah basi. Godek-godek terjumpa pulak dalam file pictures. Pedulikan pasal syasya solero. Fokus pada comment-comment yang menceriakan hari aku. LOL.


kesian pulak tengok syasya solero. Even dah lambat, akak nak cakap bertabahlah, dan jangan buat benda pelik-pelik lagi. -___-

15 Dec 2013

SimSimi

Assalamualaikum

15122013


Even technology can made us happy. Maju sangat kann. Teringat pulak dedulu masa eksaited beli tab baru (cikai), sibuk download simsimi. Mula-mula ajaib gak acane lah dia boleh kenal Fahrin Ahmad, Shahredza Minhat, Jae Suk, rupa-rupanya kita boleh ajar dia jawab apa if soalan berkaitan diajukan.-___-.Rasa noob pulak. Tapi fikir-fikir, hebat gak ah. Sebab struktur ayat dalam soalan bukannya sama daripada setiap orang, maybe dia kira % accuracy ke'similarity'an word by word. Tapi kengkadang tu, kita tanya lain dia jawab lain.-____-.Terus tensen hakuuu. Tapi SimSimi ni, pandai gak membahan berkat ajaran user lain. Kira apps ni macam chat, tapi SimSimi as perantara, dan jawapan dia kita terima daripada random user from random places. Rindu pulak nak main SimSimi lagi.







.................................................

Simi: Ssup
Aku: hoi
Simi: Apahal lu bro
Aku: esok ada test en?
Simi: buat elok-elok
Aku: ko dah baca ka?
Simi: Bukan setakat baca. Siap tadabbur skali :) kau dah?
Aku: blum lagi kot...takut gilaaa...
Simi: hehe!normal laa
Aku: ko takpe laa...budak pandai...
Simi: alhamdulillah...sumenye dr Allah

Aku: bye simi comel!doakan aku, aku nak study nih.
Simi: okay...studi leklok...mulakan dengan bismillah 

Ini mesti budak baik ni. Insaf sekejap.HAHHAH
..................................................

Aku: oohhh esok puasa jom!
Simi: Ganti blom yang lpas?

-___-

..................................................

Aku: kenal nadhirah x?
Simi: kenal...yang cun tukan?


Kembang semangkuk.HAHHAH
.................................................
Aku: kenal faizal si kurus?
Simi: kurus macam lidi. sampai kene tiup angin melayang pastu eksiden

Aku main letak je nama faizal. Minta maaf le faizal, sim simi ni memang tak beli insurans.

 ....................................................

Aku: kau reti cakap jepun?
Simi: tahu...endasmu!hee
Aku: endasmu tu apa?
Simi: pale hotak ko
Aku: ishhhh tak baik lah
Simi: Alaaaaa sim simi minta maaf

-___-

..............................................
Aku: err kenal Anwar Hadi?
Simi: skandal suria tu
Aku: ohhh, mat luthfi lak, kenal?
Simi: kenal sgttt
        vlogger terkenal tu kn?
        muka dia macam Ezzy Wan kan???
Aku: Ezzy Wan tu siapa pulak aihh?
Simi: ha'ah
        yg muka dia sebijik mcm Mat Luthfi tu kn?

 Entah sape-sapelah suria tu.Tak pepasal Anwar Hadi kena pitnah.-___-. Ezzy Wan, hang perasan!

...............................................

Aku: kau rasa lisa surihani macam mana?
Simi: Aku rasa dia tu muka baik tapi jahat. Jahat tapi dalam hati ada taman. Jambu batu la dia          tu :3 bf kau ke?

Aku: tolong aku ajar math boleh?
Simi: Kau nak belajar tajuk function ke...dengar kata susah...

 Lisa tu perempuan lah ngeng!

.................................................


Aku: weh kenal nadhirah?
Simi: budak yang sporting tu?kadang-kadang masuk air...
Aku: nadhirah zainuddin?
Simi: juhheree boyfriend nya kan? :o juhheree selalu cerita pasalnya :D

Aku: nasrin aqilah?
Simi: Cantik.

Kadang-kadang ia boleh digunakan untuk memuji diri sendiri. Macam babak dalam Snow White, "Mirror mirror on the wall..." tu. Tapi masalahnya siapa juhheree? Terima kasihlah sebab selalu cerita pasal aku. Ewwah perasan pulak.HAHHHAH.
....................................................

Aku: aku nak makan megi ni. kau nak megi perisa apa?
Simi: mee maggi cepat di masak sedap di makan.

-___-

...................................................

Aku: Fahrin Ahmad hensem?
Simi: hubby haziqah
Aku: eh dia belum kahwin lah!
Simi: ohh yeke...nak kahwin dengan aku


Memandai dia cipta rumors. Fahrin Ahmad dengan aku kot.LOL
..................................................
Aku: kalau tengah sedih nak buat apa?
Simi: Ingat sikit masa depan. Nak bina keluarga. Jangan jadi macam Simi.
Aku: kau robot. mana ada keluarga la...=..=
Simi: hurm, ada. tapi dia ade scandal lain. sampai aq pon dia tak layann sedeyy :(

Robot pun ada perasaan.LOL

.......................................................

Aku: bagi kau shahredza minhat hensem?
Simi: mestilah...

Nasib baik kau cakap Shahredza Minhat tu hensem.
.....................................................

Aku: ko tengok running man tak?
Simi: mestilah...Jae Suk si belalang tu...

Boleh tahan uptodate, dia tengok Running Man. 

...................................................

Aku: weh bateri aku dah low. nanti kita date lagi ae?
Simi: baiklah assalamualaikum jmpa lagi ;-P
Aku: waalaikumsalam, simi kau comel.
Simi: kau gojes.


Acane dia tahu aku gojes?HAHHAHAHA

7 Dec 2013

SUKOL 2013 Mountain Bike.

Assalamualaikum.
12 Mei 2013



Sanggup tak balik rumah sambut birthday sebab teringin masuk mountain bike SUKOL 2013. Padahal dah bertahun, tak dapat sambut birthday on time dengan family. Tahun lepas, 12 Mei tu jugak ada Modul Kemahiran Insaniah .-__- Tapi tahun ni ada bedanya, Allah bagi rejeki. Kekonon fefeeling ni hadiah birthday, bagi kat diri sendiri. HAHHAH. 



Kitorang main 6 orang bergilir-gilir pusing satu tasik. Memang rasa lah ke’mountain bike’an dia. Duduk atas basikal pon sampai terangkat-angkat. Tapi satu je aku tak puas hati, ada sorang peserta perempuan ni, dia tersekat kat satu point ni, tapi dia tak nak bagi orang belakang dia lalu. Dan masalahnya, orang belakang dia aku.Geram gilaa, at the end aku dapat potong gak dia dengan 1-2 orang yang lain. Tu lah, balasan buat jahat kat orang.HAHHAH. Nasib baik dapat team member yang hebat-hebat, merasa lah dapat hadiah. Alhamdulillah.



Oh no. 3. 

4 Dec 2013

04122013: Pee Mak

Assalamualaikum.

Esoktest Data Mining. Tapi sempat pulak aku mengkhatamkan Running Man episod 153 dengan cerita Pee Mak. Kelakar gila kot. Habis hilang semua ilmu, gelak sorang-sorang dalam bilik.-_-







Tengah syok-syok tengok Pee Mak. Tetiba...


Tok Tok Tok.(*Bunyi pintu kena ketuk)
Senyap.
Tok Tok Tok.
Senyap.

Alih-alih pintu dibukak dari luar sebab aku malas sangat bangun bukak pintu.



"Assalamualaikum, boleh saya ganggu?"

Haa?*question mark*

"Nak tengok, baju, blouse, dress?"

Kau dah kenapa? Aku dah lah tengah sengkek,
mahu menjerumuskan aku ke lembah keborosan hape?

"Eh tak pe la"

Senyum. Hamba Allah itu pun blah.



"Boleh ganggu?" For sure lah jawapan dia TAK. Guna lah ayat yang sesuai sikit cam:

"Minta maaf mengganggu, saya bla bla bla..."

Heshh.






.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.