26 Feb 2014

23022014 : Syira's Wedding

Assalamualaikum.


23rd February 2014.


Ahad haritu, my coursemate punya wedding. Kitorang bebudak kelas panggil dia Syira. Syira ni sweet dan baik orangnya. Penuh sifat keibuan. Cenggitu. Masa dia jemput dan war-war kan tarikh pernikahan dia dekat bebudak kelas, aku cam terkejut sikit. Srsly, Syira nak kahwin dah? Haa cenggitu lah. Tak sangka sebab kawan sendiri dah berani sahut tanggungjawab as isteri dan satu hari nanti sebagai ibu. Aku? HAHHAH. Blank.



Well, kagum sebenarnya dengan Syira ni. Dah lah cantik, pandai pastu sangat pandai urus masa dengan berbisnes. *Search Syirakiru eh kat facebook* . So, sangatlah yakin bahawa insyaAllah Syira ni dapat galas tanggungjawab as a wife dengan baik. Eventhough tak rapat sangat dengan Syira, aku dapat conclude kan yang suami Syira sangat beruntung dapat Syira. Happy sebenarnya bila kawan-kawan dah kahwin. Aku rasa kahwin awal tu bagus untuk prevent seseorang tu ke jalan zina. Nak pegang-pegang pon tade sape nak kata haram, tade sape nak suuzzon dah. Hidup ni pon perlu redha Allah bukan? Acane nak dapat redha Allah kalau seharian continuously buat dosa? Well aku tak fokuskan kepada couple aje, benda lain pon. Dan aku pon kena take note. 



So, citer pasal majlis pulak. Majlis diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Mula-mula tu memang ingat tak pergi lah, since tade transport. Last minute punya cerita, Yana ajak naik kereta Fariz. Bagai mengantuk disorongkan bantal, aku pon join. Terima kasih lah Fariz eh. Kalau tak, tak merasa tengok live Syira dengan baju pengantin, tengok kat facebook je. Nanti ada masa insyaAllah kitorang lawat kau kat Jasin eh. Kalau tak lawat tu, maknanya tak ade masa la tu. wakkaka.


Menyempat.



Masjid Wilayah.




Well bila dah sampai, takkan tak nak bergambor dengan pengantin kan? Serious cantik baju Syira haritu. Tetiba rasa menyesal pulak jogging petang-petang dekat Seksyen 2 sebelum-sebelum ni. Kulit daku yang gelap makin gelap! 



Delegasi. 


Gambar bawah ni, kengkonon nak buat muka hodoh lah. Sebab selalu tengok orang lain buat muka hodoh. Tapi masalahnya... orang lain buat muka hodoh still nampak cute, tapi kau? Buat muka hodoh nampak hodoh jugak lah. T.T. Me is no photogenic. *nangis hantuk kepala kat cermin. Jeles dengan Yana, prettayh as always. *hantuk lagi sekali kat cermin.




Barakallahulakuma, Syira dan pasangan. May Allah bless both of you. Semoga kekal till Jannah. :'D 

Kbai.



15 Feb 2014

Result Final Semester 5

Assalamualaikum


14012014

Hari ni boleh tahan tarikh keramat ah untuk bebudak degree kat UiTM. Sebabnya, result keluar hari ni. Start dari semalam lagi sibuk kat newsfeed facebook citer pasal result kuar hari ni. -..- Tapi terima kasihlah jugak, kalau tak aku tak tahu pon result keluar bila, sedangkan tarikh masuk untuk semester 6 ni pon aku tak tahu bila. lol. (Takpe , yang ni pon bakal dihebohkan di facebook nanti.)



Selalunya kalau hari ni keluar result, 12 tengah malam or 3 pagi sebelumnya result dah dihantar kat email dah. Khusus bagi golongan yang tak reti nak sabar tengok result, ekkeke. Tapi bagi yang cuak-cuak, stok tenang-tenang, result bolehlah diakses kat student portal pada pukul 9 pagi. Entah kenapa kali ni aku tak cuak sangat bila result nak keluar. Aku sebenarnya dalam golongan yang tak reti bersabar, even cuak mana sekali pun kau, result tu tetap keluar jugak, lagipon itu lah effort kau, so kenapa nak takut sangat. Aku pukul 12 tengah malam dah start bukak email, tapi hampa tak ada. Since esok ada class dan aku dah ngantuk aku tidur ah.


Pagi tu, pukul 5:15 pagi aku terjaga. Memang ajaib betul, sebab selalunya aku bangun pukul dalam 6:15 pagi sebab kat Jati ni senang sangat nak dengar azan Subuh dia. Tapi kali ni boleh terbangun sejam lebih awal pulak, supposedly rasa penat sebab petang semalamnya dah jogging 1 1/2 round tasik seksyen 2 seperti hari-hari lain, tapi eh eh boleh segar pulak mata ni.


Mula-mula konfius jugak nak bukak masa tu or tunggu 9 pagi, last-last aku bukak jugak. Alhamdulillah . Alhamdulillah tak jadi pi Melaka. Kenapa Melaka? Sebab, if ada paper kena repeat memang kena pi kampus baru kat Jasin Melaka, sebab semua batch bawah-bawah kitorang dah kena pindah kat sana bulan Mac ni dan lecturer kebanyakannya kena pindah sana. Kat Shah Alam tinggal lecturer yang mengajar untuk sem 6 aje. Aku tak kisah sebenarnya pi Melaka, Tapi yang aku kisahkan kalau-kalau kena repeat Final Year Project. Mahu setahun kena extend. Yang lecehnya, nak kena cari tajuk baru dan kena cari stakeholder baru.


Course lain elok je boleh buat apa-apa sistem yang dorang rasa nak buat even dorang tak belajar subjek tu. But course kitorang ise ni, HELL NO. Kau kena buat sistem yang orang perlukan, tak boleh syok sendiri. Kau kena cari orang yang ada masalah dan propose sistem untuk solvekan masalah dorang. Tapi masalahnya, memang susah nak cari orang yang perlukan sistem dan bila dah jumpa dorang malas nak entertain engkorang.



Citer pasal result, bila atas pukul 9 pagi je mesti penuh newsfeed facebook aku dengan ucapan-ucapan berkisarkan tentang result. Contoh:

"Alhamdulillah."

"Alhamdulillah, terima kasih kepada dot dot dot."

Aku bukannya apa, sometimes rasa annoying pun ada. Well nak bersyukur, cakap  sendiri-sendiri sudahlah. Nampak macam show off pun ada, kesian kat kawan-kawan yang tengah down tengok status engkorang. Lainlah status korang tu berupa ayat-ayat motivasi buat rakan-rakan yang tengah down. Kau takkan tahu selagi kau tak alami sendiri. Lagi better kau bentang sejadah, solat dan sujud syukur cakap dengan Allah lagi afdhal. Kat facebook, apa yang kau dapat? Like? Aku serius tak faham tujuan sebenar engkorang. Pastu ada yang type bagi ucapan macam bagi ucapan kat radio, 

"Terima kasih kepada ibu di dapur yang sedang memasak, ayah yang sedang mencuci kereta ..."

Padahal mak bapak kau dalam rumah, cakap je lah face to face. Apa kebendanya kau nak post status bagai. Kau bukan study oversea pun. Kalau nak ucap terima kasih dekat group member pun boleh mesej apa. Kalau tak nak guna duit, inbox je kat facebook. Bukannya kau nak ucap dekat every single friend kau dekat facebook pun kan? Kalau ya, itu aku tak kisah. Kalau nak bagitahu pasal dapat konvo pun aku boleh consider lagi since itu berbentuk pemberitahuan. Mungkin aku suudzon, tapi kalau nak bersyukur pi dating dengan Allah. Kalau post status sebagai tanda bersyukur, maknanya kitorang yang tak up status ni kira tak bersyukur lah ye?



Apapun igauan aku gagal 2 subjek dah berakhir. Terima kasih kat Ustaz Ibrahim, lecturer bahasa arab yang sempoi even aku submit projek lambat. Lecturer FYP walaupon aku rasa aku agak merapu dalam proposal. Even kali ni carry mark, banyak yang low, alhamdulillah keputusan okay. Apa yang aku nak cakap even carry mark kau makan portion besar sebanyak 50% pun, just percaya kat diri, percaya kat Allah. Kau usaha, kau dapat. Jangan biar carry mark korang tu downkan semangat korang untuk jawab soalan exam. 


Exam kali ini ajar aku supaya jangan spot-spot tajuk yang masuk exam sangat, even lecturer kau bagi spesifik pun. Baca semua. Kalau tak sempat padan muka, siapa suruh tak study awal-awal. Aku lah tu. HHAHHAH. Sebab exam kali ni memang soalan dia unexpected gilaa, keluar dewan semua mulut herot-berot membebel pasal soalan exam. Kawan aku penat-penat siap buat list soalan yang selalu keluar dalam exam semester-semester before this, last-last tak keluar. Tentu kau tahu apa rasa dia bukan? Bila jadi macam ni, apa yang kau perlu ada adalah skil menggoreng. Goreng soalan sampai hangus macam aku. Apa nak buat, dah kau tak prepare awal-awal. Usaha tu yang penting, Allah mesti tolong punya. 








Kalau semester ni tak berapa berjaya, well perjalanan masih panjang. Takkan nak menyerah dah kot. Allah kan ada. Fikir dan ubah kesalahan yang lalu. Mungkin kau tak cukup usaha. Mungkin sebab kau selalu dok kutuk-kutuk lecturer. Mungkin kau selalu jadi sleeping partner dalam group. Mungkin jugak kau jarang jumpa Allah. Apa pon, untuk berubah kau still ada masa. Anggap ini ujian Allah, belajar redha, learn from mistakes dan insyaAllah kau akan rasa tenang gila. Well, aku teringat pulak dulu-dulu aku baca buku 'Berani Gagal'. Somehow buku motivasi macam ni buat kau lagi bersemangat. Sebab buku tu jugak lah, bila aku gagal je aku tak berapa nak sedih sangat compare dengan bebudak lain. Siap cakap kat mak lagi.

"Ma, ira gagal subjek KH. Dapat 37. Nombor rumah kita. HAHHAH"

"Kenapa boleh gagal?!"

"Kita kena berani gagal ma! Buku tu cakap, orang gagal akan berjaya kemudian."


Time ni dah tingkatan 1. Mak bapak aku pun dah malas nak pukul kalau dapat markah corot. Memang berani la aku jawab macam tu. lol.
Kbai.



Ingat, belajar kerana Allah bukan sebab nak lulus exam. Bila belajar kerana Allah, kau gagal pun kau boleh relaks aje. :DD




13 Feb 2014

12042014: Riadah

Assalamualaikum.



Lately, cewwah omputeh sangat. Okay, semenjak minggu lepas, aku kemain semangat pergi jog dekat tasik seksyen 2. Kalau tak tahu, pi google map. Nak kurus punya pasal, memang gigih lah aku jogging kat tasik seksyen 2 tu, nak nak dah duduk kolej jati. Tiap Isnin sampai Khamis memang turun punya ah, setakat ni tak miss lagi. [Jumaat-Ahad aku balik rumah.]


So, tadi seperti kebiasaan, aku pi tasik seksyen 2 jalan kaki dari kolej Jati. Tapi mood aku pulak yang tak berapa biasa hari ni. Semua ni gara-gara aku tak dapat focus dalam kelas oracle tadi. Entah apa aku fikir entah. Nak kata boipren, calon pon tadak. Semua yang trainer cakap main touch n go je dengan telinga kiri kanan aku, langsung tak singgah otak. Dan aku mula benci command prompt. Kronologinya, aku blur --> tak sempat taip command --> bertimbun-timbun error keluar dekat command prompt. Bencik.





Pastu, masa balik dari kelas oracle tu, aku start sedar yang earphone aku rosak! Spoil gilaaa. Padahal baru beli ahad lepas. Selama ni, paling cepat earphone aku rosak pun 2 minggu kemudian, memang pecah rekod betul. Padah membeli earphone murahan. Dasar earphone 10 hengget!




Jadi nak hilangkan rasa stress, aku jogging. Dan beberapa insiden yang berlaku buat stress aku hilang. Antaranya :


Bro ketul-ketul yang nampak gagah tapi mempunyai keinginan untuk bergambar yang tinggi. 

Badan bro tu sumpah berketul-ketul. Tangan dia, peh . Kena tumbuk, seminggu baru kau sedar. Masa tengah jogging, tetiba dia mintak budak depan aku tangkap gambar dia. Nak masuk dalam instagram lettew. Nasib baik dia tak suruh aku yang tangkap gambar dia, takut belum sempat aku tangkap gambar, aku dah tersembur bantai gelak depan dia. 




Kaki pelari yang seksi.

Yang ni sebenarnya penambah stress. Hari tu aku jogging dan stress sebab semua ada basikal. Kali ni aku stress sebab tengok kaki orang-orang yang jogging kat sini semua kurus-kurus, kecik-kecik. Compare dengan aku... baiklah jangan compare, nanti ada yang menangis penuh sesal. Ada laki tu aku jumpa, kaki dia macam perempuan! Kecik gilaaa. Jeles. Agaknya berapa lama untuk gua dapatkan kaki sebegitu? Dan lagi satu, ramai kat sini lari laju macam ferrari, aku tak tahu lah dia makan biskut tiger ke apa sebelum lari. Hesh, tension.



Thumbs up.

Semenjak 2 hari ni, gua asyik terserempak dengan mamat baju putih dengan logo kacang ngan yin kat belakang. Entah betul ke tak aku eja. Somehow baju tu la motivate aku untuk terus lari, lari dan lari sebab logo dia tu seolah-olah tunjuk thumbs up kat aku. So termotivate kejap, bila mamat tu dah lesap, gua jalan lenggang balik. Bytheway, mungkinkah mamat itu mempunyai stok baju kacang ngan yin yang banyak di rumah. Dah dua hari pakai baju sama, mustahil tak berpeluh jogging satu tasik. Apa-apa je lah.






kbai.




8 Feb 2014

Aku Ada Wali

Assalamualaikum.


Currently i'm watching Aku Ada Wali. Nasib baik ler ada hamba Allah rajin muat naik ke Youtube. Makanya insan yang tidak mempunyai tv ini dapatlah tengok. kehkehkeh. Pendapat aku masa tengok episod pertama adalah penggunaan bahasa yang skema dan tidak bersahaja untuk watak perempuan. Puteri chi chi, betul ke nama dia puteri chi chi? Comel pulak haii namanya. Ah, apa yang aku nak cakap adalah puteri chi chi tu eventhough dia pon guna bahasa yang agak skema tapi tak nampak skema pun, bersahaja. 


Pelakon lelaki tak ada pulak guna bahasa skema. Oh maii, aku tetibe terminat Zahiril Adzim (take note: suami orang) dalam citer ni. Kelakauu. Pandai dia bawak watak. Before this aku tak berapa minat mamat nih sebab bagi aku dia tak hensem. Mohon syera tak marah. Tapi dalam citer ni, watak dia telah menghinopsiskan aku supaya percaya dia hensem. Sekian. 


Bawah ni sort of reminder yang aku dapat masa tengok episod 1. Ayat dalam scene tu lain sikit sebenaqnya, aku tak ingat so aku gubah ayat dia balik sesuka hati aku.


Belajau nad belajauu.T.T



Nota random:
Terbaca pasal dua orang budak yang pi naik basikal dari semenyih ke shah alam semata nak tengok Maharaja Lawak Mega. Salute sebab berani gila dorang naik basikal dalam jarak yang jauh atas jalan, gua pun cuak-cuak nak kayuh atas jalan luar, setakat dalam UiTM je pastu bila bas rapid lalu kat sebelah mula dup dap dup dap. LOL. Tapi yang gua tak leh terima tu, niat sebab nak pi tengok MLM, jadah? *insert jackie chan's meme*

7 Feb 2014

06022014

Assalamualaikum.


06022014.


Dapat layanan first class woh naik bas hari ni. Kau bayangkan aku sorang je yang naik bas dari kolej mawar ke kolej jati. Pakcik bawak bas tu langsung tak berhenti kat perindu dengan seroja , padahal aku rasa ada je yang nak pegi seksyen 2 cam aku. Bila pakcik tu straight je bawak tak berhenti either kat perindu or seroja padahal stop wajib kot, mula lah aku su'udzon. Kot nak bawak aku memana ke kan, dalam otak dah prepare nak bukak langkah silat dah kalau pape jadi. ecehhh. Tapi alhamdulillah tade pape.


Yang tak boleh blah , pak cik sikit rambut tu panggil aku baby. -...-. Pastu bahasakan diri dia abang. -..-'. Lagu pulak kemain dia pasang lagu dangdut. Nasib baik aku tak terjoget layan lagu dangdut tu.


Aku besar gamak cenggini dipanggil baby? Memang tak patut. *geleng-geleng*

Kbai.

6 Feb 2014

Tinggal di Kolej Lelaki?

Assalamualaikum.


Hai, right nauu i'm in Shah Alam. Kala kengkawan aku dok lepak-lepak tengok Running Man siapkan final year project, aku kat sini dok menghadam ilmu yang baru tak berapa baru. I'm taking Oracle database class for about 1 month. 27th January sampai le 24th February. Aku stay kat Kolej Jati, yupp kolej lelaki. Namun, janganlah suuzzon sangat. Aku bukan duduk diam-diam kat bilik boipreng ke whatsoever. I'm single and unavailable okayy. Well, sesape yang amik course dari Prestariang memang dia kasi dok sini.



First time aku duduk kolej lelaki wehh. Jakun bukan? Kolej Mawar dah, Kolej Melati dah, Kolej Seroja dah, kali ini Kolej Jati. First time masuk, wah hijaunyaa dan habukk. Banyak gila kauu habuk. Ada 3 bilik, setiap bilik ada dua katil. Mak aku suruh ambik bilik depan sekali since bilik depan paling besauu. LOL. Tapi, bilik-bilik ni semua tak ada tombol pintu. Aku agak ah, bila dorang lapar, pastu malas nak turun beli makanan, dorang pi makan tombol tu. -___-

Budak mechanical agaknya.

Final mood turn on  off.

Sejuk hati. Ada ayat Bismillah 6.


Sinki dia memang tak boleh blah. Aku tak tahu la berapa lama dorang tak cuci sinki tu. Pastu tingkap tak ada langsung kat sebelah uh. Memang open view. Port baik untuk mengusha rumah depan kalau ada gadis-gadis lah. Aku pon boleh mengusha jejaka idaman dalam tempoh sebulan ni. HAHHAH. Tapi lupakan, gua tak jumpa langsung wajah-wajah yang memikat hati setakat ni. Semua muka tak ada emosi.

Tingkap untuk usha bas.


Bilik air dia, aku sukaaa. Besau dan selesa. Boleh mandi dan membuang dalam satu masa or secara bergilir-gilir. Sekejap buang sekejap mandi sekejap buang...okay tak senonoh. Ampaian dia ada kat dalam dan luar rumah. Setakat ni tak berani lagi nak jemur kat luar takut terbang ditiup angin phiuu phiuu~. Jemur kat dalam je eventhough tak berapa kering sangat.


Tempat cucuk plug gila tinggi. Aku nak masak ayaq guna heater pun tak boleh. Kena labur duit beli extension pulak dah. Oh oh, almari dia besar gila, banyak compartment. Aku rasa lelaki tak perlu kot banyak-banyak compartment, dorang simple as always, budak pompuan je suka banyak-banyak compartment ni. Nak letak makeup lah, baju lah macam-macam.

siap ada cermin kauuu. mesti budak laki ni jenis melaram pi kuliah ni.



Tapi aku musykil sikit kat bilik aku ni. Banyak gila semut. Memula ingat tak payah ler beli Ridsect since semut-semut tu lalu tepi dinding je tak kacau aku even kuantiti dorang banyak gilaaa. Tapi lately, badan, kaki, tangan aku ada gelembung-gelembung gatal-gatal. Aku syak dorang naik atas katil dan gigit waktu aku tidur. Bijak bijak. Tergaru-garu aku. Dalam kelas tak ada lah garu-garu, kaver kaver. Bebudak laki yang tinggal kat sini before this, aku nak tanya sikit;

"Hang buat apa sampai banyak semut cenggini? Hang bela kah semut-semut ini? Pasaipa tak bawak balik sekali? Kebuluq dorang kott."




I met new friends here! Not human. LOL. Tommy yang warna oren dan Jimmy warna hitam. Tapi aku tak sure tu betul Jimmy ke tak sebab ada lagi 2 ekor yang serupa macam tu. I really can't distinguish them. Yang aku pasti Jimmy mesra macam Tommy, kalau kembar Jimmy dua ekoq lagi tu tak berapa mesra, dorang akan lari kalau pi dekat. Memang sukati aku je bagi kucing orang tu nama lain.  


Lagi satu yang kurengg duduk kat Jati ni adalah, kau tak dapat internet. Nak kena tanya kat pejabat. Bila pulak aku nak tanya kalau kelas pukul 8:30 pagi balik pukul 5:00 petang. You tell me. Disebabkan tiada internet lah aku terlepas tengok rancangan yang aku nak tengok. Contoh Kembara Backpackers Moji, Ke Korea Ke Kita. Tapi aku tak tahu ler KKKK tu ada live streaming macam Kembara Backpackers Moji ke idok. :b Time ni jugaklah terfikir, kan best blogger.com ni ada butang download post, so that time tade wifi cenggini aku still boleh baca post orang lain.


Since dah duduk Jati ni, aku rasa aku kena rajinkan eksesais lah. Alang-alang dah dekat dengan Tasik Seksyen 2 tu. Series aku nak kurus weh! Kbai.

5 Feb 2014

28012014 Oracle Softskill Class.

Assalamualaikum.


2nd Day Softskill class. Trainer dia Mr. Ng yang sangat sporting and funny too. Hari ni ada group presentation. Propose a system untuk clients. Clients tu bebudak group lain yang jadi. Rasanya group kitorang paling banyak kali diberi tepukan. Even, aku cakap aku sore throat pon Mr. Ng suruh dorang yang lain tepuk. Kata Mr.Ng;

“Give a clap for her, sore throat pon still coming” 

Sore throat je pon. -__-

Untuk individual evaluation masa present, Mr. Ng cakap kat aku:

“Ms. Brown you look very confident today. Yesterday I’ve noticed you a little bit. But now, waaahh I notice you more. “


Terima kasihlah sebab sir perasan kewujudan saya. LOL. Masa at the end presentation tu ada beberapa soalan daripada so-called clients yang kononnya nak beli system kitorang ah. Selalunya masa Q&A session untuk presentation dekat class, aku memang jenis diam je sebab member lain terer bab goreng-menggoreng ni. Aku terer goreng atas kertas jawapan exam je.


Tapi tadi ada 2 daripada soalan yang ditanya tu berkenaan part yang aku present, mula-mula aku ingat Omar boleh tolong gorengkan jawapan ah. Sekali dia suruh aku jawab  -__-, kuang asam Omar. First tu, dia tanya apa beza RFID yang kitorang guna dengan current market, ada improvisation tak. Aku dah ah main pilih je teknologi  RFID untuk kawal masuk stock in/out semalam, dah tu mananya nak study kejadahnya RFID ni. 


“It is the same as the RFID used in current market”

"Yes."

“So what makes you difference than other companies before?”

“What makes us different is not the RFID, but our additional system features”

Aku rasa budak yang tanya ni nak balas dendam sebab group dorang tak dapat jawab on technology yang dorang guna bila Omar (group aku) tanya sebelum tu. Kemain konfiden aku jawab. Padahal main hentam je .

Second question lak, ada orang tanya what if maggi ke, keropok ke, takkan nak guna RFID gak ? Part ni pon aku hentam.

“As I’ve explained before, the mobile computers and RFID reading will read the RFID tags, 1D and 2D barcode, so…”

Aku nak explain lagi, tapi since dia dah angguk-angguk faham aku pon okay je ah, sebab otak aku pon tak sempat nak construct ayat seterusnya.Entah celah mana datang rasa konfiden pi goreng jawapan. 


***

Sesi petang pulak cerita pasal interview session. Ada lah buat mock trial interview session sikit. Mr. Ng as interviewer. Dia pilih 3 orang secara random. Bila dia nak pilih orang ketiga tu, time tu tetiba je rasa berdebar-debar.


'Janganlah Nadhirah, janganlah Nadhirah, janganlah Nadhirah...'

“Na-dhi-rah , siapa Nadhirah”

Shit. Menyumpahh jugak aku kat situ. Selalu jadi macam tu. Kalau benda-benda cenggini memang nama aku yang kena, bila lucky draw tak de pulak yang kena. Hesh. So masa interview tu Mr.Ng berlakon as boss yang busy. Asyik ada incoming call je. Entah bila lah dia suruh Meor berlakon cakap yang kereta aku block lori. -__- Nasib baik, otak ni cargass nak generate kena buat apa. Dan nasib baik aku tak jawab;

“Eh saya tak bawak kereta datang sini, saya naik public transport.”

 LOL. Kalau jawab cenggitu mesti Meor tak tahu nak buat apa dah. HAHHAH. Tapi series pandai betul Meor ni berlakon. Pastu bukan tu je dugaan dia, Mr.Ng ni kata dia nak hire aku so dia nak tahu apa yang aku boleh contribute pada company. So aku cakap ah aku boleh buat system blablabla since dari ISE. 

"You boleh buat email, website and set-up network connection for our company ah?"

"Actually, i don't have much knowledge in network since it's not in my area but i'm willing to learn."

"You must willing to do also lah."

"Yes. Yes i'm willing to learn and do it also."

"You boleh curi line ah?"

"No sir, because it is unethical."

"Ala, dia tak nampak maaa"

"No, sir. If sir insisted, i don't want to work here."

ceh. Nampak baik bukan? LOL.

"For the salary i give you RM1000 can?"

"Sir, can I mark up my salary  a little bit , since i have a degree"

"No. Cannot. But we give allowance for food, dorm, facilities. Can ah?

"Oh alright. Yes, can."

Kalau tak ada kemudahan sape nak woi, baik aku kerja Parkson balik je. OhMyEnglish betul aku jawab. At the end Mr. Ng komen;

“You are able to handle the interview well, even banyak gangguan, saya angkat call semua. And you looks friendly and approachable…”

Well, saya memang friendly pon. 



Lepas je settle interview aku. Mr. Ng tukar konsep lak, dari 1 to 1 jadi 5 to 1. Ada satu masa tu, 5 interviewer budak laki, sorang yang jadi interviewee tu pompuan. Memang nebes ah dia. Tapi Mr. Ng kata tu lah real environment of interview kat luar sana. Kita tak boleh nak expect pape . Well seriously, Mr. Ng sangat lah kelakar, enjoy je sepanjang 2 hari ni. Mr. Ng ni sangat lah bagus sebab dia bagi kritikan yang membina so that orang lain tak rasa demotivate and sentiasa rasa ada chances nak improve. Thank you Mr. Ng. J

***

6:30 petang. Gerak masuk UiTM. Sebab nak guna wifi.  Tunggu-tunggu tak de bas. So plan B, aku gerak jalan kaki masuk dari Seksyen 2 pergi Mawar. Gigih tak gigih? Padahal nak bukak facebook je pon.






Mula-mula kat Mawar. Pindah pulak PTAR 3 sebab Mawar tak de tempat nak cucuk charger laptop. Rupanya PTAR 3 tutup. So lepak ler sengsorang depan PTAR 3 layan facebook. Entah lah, bila fikir balik. Gila jugak aku ni eh?

Mawar.

Tutup pulak dahh.

Misi perlu diteruskan.

Nasib baik tak ada entiti yang sesat time aku bergambor.


Balik.

Bukan selalu nak nampak aku bersila kat bus stop.





4 Feb 2014

27012014

Assalamualaikum.


27012014


First day kelas SoftSkill. Trainer dia Mr. Ng tu sangat lah funny and sporting. Esok pulak kena buat mock trial, propose system dekat clients. Since, aku tak tahu password wifi kolej Jati, aku terpaksa stay sat kat fakulti . Nak buat acane, broadband pon tadak, itu je la alternative yang ada. Sedar-sedar pukul 6:30 petang dah. Asar aku dah siap solat dah awal-awal. So, gerak pi Mawar nak amik bas balik Jati. Tunggu punya tunggu sampai pukul 7 bas still takde. Pi Melati pulak ingat nak solat Maghrib ah, sekali boleh pulak surau dia kunci.-_________-




Maka menapak lah balik naik bukit pi fakulti solat. Entah kenapa tak berapa nak rasa seram pulak solat kat fakulti, eventhough aku rasa aku sorang je kat area fakulti aku tu. Padahal boleh tahan penakut gak aku ni. Dah solat, terus tunggu bas dekat fakulti pergigian. 40 minit tunggu baru bas sampai. -___- Nasib baik tak meletup kat situ. Lamaa gila kot, bapak susah nak dapat bas. Aku dah ah selsema tahap hidung badut sarkas, dengan rasa mengantuk yang amat lagi. Ni pasal wifi Jati ah nih. Aku dah tanya abang pembantu am pejabat tu mintak password, dia boleh pulak suruh tanya pengurus kanan blablabla. Supposedly bukan dia sepatutnya tahu ke? Ke dia memang tak tahu?Aghhhh Stressss!


Another random post yang merepek.Kbai.

2 Feb 2014

26012014 : Laman Seni


Assalamualaikum.



26012014




Back to UiTM Shah Alam. Kolej Jati. Sempat singgah laman seni. Nasib baik parents sporting melayan anak dia nak bergambo. HAHHAH. Before bergambar tu sempat makan ABC jap. Tengah dok-dok tunggu ABC tu tetiba bapak aku nampak mak cik yang buat ABC tu dok garu-garu perut. Kejap-kejap garu. Dah le tangan tu tak pakai plastik pastu garu-garu then amik buah and wafer guna bare hand cucuk dalam ABC. Bapak aku dok perhati je, rasa bersalah pulak aku bawak makan kat situ. Tapi nasib baik ah ABC kitorang ada kakak lain yang buat. Yang mak cik tu buat tu dia hantar kat 3 orang budak laki belakang kitorang. Kalau le dorang nampak tadi...HAHHAH. Sorry ah kat laman seni tu pose tak berapa nak kreatip sangat.





Nampak macam raksasa tertinggal bas pun ada. -..-

Wingardium Leviosa

Encik Zainuddin melayan kerenah anak dia.

Slurpee fghee jap.

Bapak aku bukan tak minum ais ke?



Favourite.



Warna-warni dia buat rasa macam dekat Korea. Tetiba.

Aku memula ingat Yuna. -.-


Entah gambar siapa aku snap.






For those yang wonder, laman seni kat belakang kedai-kedai runcit, fotostat, 7E je. Kat lorong belakang kedai ah kiranya. Kedai-kedai ni pulak betul-betul belakang food court seksyen 2. Nanti datang sini, boleh ler berposing bagai dengan sanak-saudara.


Kbai.



.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.