13 Feb 2014

12042014: Riadah

Assalamualaikum.



Lately, cewwah omputeh sangat. Okay, semenjak minggu lepas, aku kemain semangat pergi jog dekat tasik seksyen 2. Kalau tak tahu, pi google map. Nak kurus punya pasal, memang gigih lah aku jogging kat tasik seksyen 2 tu, nak nak dah duduk kolej jati. Tiap Isnin sampai Khamis memang turun punya ah, setakat ni tak miss lagi. [Jumaat-Ahad aku balik rumah.]


So, tadi seperti kebiasaan, aku pi tasik seksyen 2 jalan kaki dari kolej Jati. Tapi mood aku pulak yang tak berapa biasa hari ni. Semua ni gara-gara aku tak dapat focus dalam kelas oracle tadi. Entah apa aku fikir entah. Nak kata boipren, calon pon tadak. Semua yang trainer cakap main touch n go je dengan telinga kiri kanan aku, langsung tak singgah otak. Dan aku mula benci command prompt. Kronologinya, aku blur --> tak sempat taip command --> bertimbun-timbun error keluar dekat command prompt. Bencik.





Pastu, masa balik dari kelas oracle tu, aku start sedar yang earphone aku rosak! Spoil gilaaa. Padahal baru beli ahad lepas. Selama ni, paling cepat earphone aku rosak pun 2 minggu kemudian, memang pecah rekod betul. Padah membeli earphone murahan. Dasar earphone 10 hengget!




Jadi nak hilangkan rasa stress, aku jogging. Dan beberapa insiden yang berlaku buat stress aku hilang. Antaranya :


Bro ketul-ketul yang nampak gagah tapi mempunyai keinginan untuk bergambar yang tinggi. 

Badan bro tu sumpah berketul-ketul. Tangan dia, peh . Kena tumbuk, seminggu baru kau sedar. Masa tengah jogging, tetiba dia mintak budak depan aku tangkap gambar dia. Nak masuk dalam instagram lettew. Nasib baik dia tak suruh aku yang tangkap gambar dia, takut belum sempat aku tangkap gambar, aku dah tersembur bantai gelak depan dia. 




Kaki pelari yang seksi.

Yang ni sebenarnya penambah stress. Hari tu aku jogging dan stress sebab semua ada basikal. Kali ni aku stress sebab tengok kaki orang-orang yang jogging kat sini semua kurus-kurus, kecik-kecik. Compare dengan aku... baiklah jangan compare, nanti ada yang menangis penuh sesal. Ada laki tu aku jumpa, kaki dia macam perempuan! Kecik gilaaa. Jeles. Agaknya berapa lama untuk gua dapatkan kaki sebegitu? Dan lagi satu, ramai kat sini lari laju macam ferrari, aku tak tahu lah dia makan biskut tiger ke apa sebelum lari. Hesh, tension.



Thumbs up.

Semenjak 2 hari ni, gua asyik terserempak dengan mamat baju putih dengan logo kacang ngan yin kat belakang. Entah betul ke tak aku eja. Somehow baju tu la motivate aku untuk terus lari, lari dan lari sebab logo dia tu seolah-olah tunjuk thumbs up kat aku. So termotivate kejap, bila mamat tu dah lesap, gua jalan lenggang balik. Bytheway, mungkinkah mamat itu mempunyai stok baju kacang ngan yin yang banyak di rumah. Dah dua hari pakai baju sama, mustahil tak berpeluh jogging satu tasik. Apa-apa je lah.






kbai.




No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.