21 Apr 2013

gwiyomi

Assalamualaikum.

makin ramai pulak buat gwiyomi.
=.=
kalau cute takpe, (bukan jeles)
ini kes buat-buat cute.
eh pelissslah.



satu-satunya gwiyomi yang paling cute aku pernah tengok.



my favourite gwiyomi sepanjang zaman.lols. 


kbai.




18 Apr 2013

i-Hack vs PC Fair


Assalamualaikum.

Jumaat, 12 April 2013.
Hari tu lain sekali dengan jumaat-jumaat yang sudah berlalu.
Meskipun kelas java tetap ada dari 8:30 pagi- 10:30 pagi,

Lain sekali.
Lain sebab hari tu aku nekad nak pregi PC Fair nak beli printer.

Nekad sangatlah senang citer, printer punya pasal kann.
Habis je kelas java, terus pergi seksyen 2.
Sampai seksyen 2 naik bas U80.




Shit. Tak dapat tempat duduk.
Jenuh 1 jam berdiri nak sampai ke Bangsar nanti.

Bosan berdiri aku kira-kira waktu aku dijangka sampai.
Mungkin sampai dalam pukul 12:30 tengahari macam tu.

Mengantuk pun mengantuk,
Kalau dulu naik bas sardin dekat Kuala Pilah,
Memang saat-saat ni aku dah start buat taik mata dah, eventho tengah berdiri.
Tapi apakan daya skill tu tak menyerlah pulak kat shah alam ni.

30 minit.

1 jam.

Tiba-tiba. Pak cik bas tanya.

“Ada asap keluar ke?”

Orang belakang pon jawab.

“Aah”

Aku time tu muka je harap cool,
Dalam hati dahh mengucap panjang, kot bas tu meletop, (choiii!)
Sempatlah mengucap sekali dua.






Pak cik tu park bas tepi jalan.
Aku tak tahu pakcik tu nak troll kitorang ke hape,

Tapi beliau berjaya mengulang kata-kata :

“Cepat turun, cepat turun.”

dengan nada risau tapi riak muka nak troll orang.
Sungguh aku tak paham.



Cis !

Alih-alih aku sampai KL Convention Centre pukul 1.
Elok-elok je aku sampai,
Aku start pening-pening.

Aku rasa ada kena mengena dengan wan tan yang aku makan tadi.
Sangat tak berbaloi bila dah sampai, pastu tetiba nak balik.
Jadi aku lepak kat taman jap, tido.

Tak boleh tido. Bengang sekejap.
Tetiba rasa nak muntah.
Laju-laju aku masuk KL Convention Centre.
Cari tandas. =.=




Maka muntahlah aku dalam jamban duduk.
Walaupun ada rasa eww-eww,
Namun aku buat-buat yakin akan kebersihan tandas tersebut,
Tempat-tempat orang kaya kann.

Lagipon aku bukan jilat mangkuk tandas tu.
Lega sikit lepas muntah.

Dah lega, teruskan misi cari printer dalam PC Fair.
Survey Canon punya.

Elok-elok sampai Canon punya booth “dia” mai balik dah.
Pening hoi.

Punya pening sampai aku pergi landing kat dinding berdekatan.
Duduk. Tutup mata. Tido .







Naiss sangat.
Memang aku keluar duit tambang, pergi PC Fair,
Semata-mata nak tumpang muntah and tido kat KLCC.
Memang .
Sebab lepas tu aku rasa tak tahan gila macam nak sondol semua orang kat situ.
Memang satu je rasa masa tu. Rasa nak balik.

Tapi memang sempat pulak aku tengok cooler RM16.
Dah siap-siap keluar wallet nak beli dah,
Sekali dalam dompet ada...

RM 1...
RM 1...
RM 1...
RM 1...
Baucer buku RM200

RM 4 kau nak beli hape? Sobs.sobs.
Kenapa lah boleh lupa keluarkan duit dulu?
Hampa.

Aku terus balik, since aku dapat satu mesej last minute,
Mesej pasal ajk i-HACK ada perjumpaan after solat jumaat.
On the way balik, aku terus memanfaatkan masa dengan tido dalam bas.
Dan pening pon hilang saat aku jejak kaki di fakulti.
Nyatalah, tido itu baguss.



p/s:

Oh benda paling annoying kat PC Fair ialah
Orang yang promote broadband.
Percayalah.

Lokasi dorang dekat-dekat pintu exit. Strategik betul.
Sebab kau wajib melepasi dorang dulu baru jumpa pintu exit.
Aku dah lah pening, boleh pulak secara giat promote kat aku.


“Akak pakai unifi kak”

“Akak beli broadband kak”

“Akak pakai apa kak”

Yang ini aku jawab:

“Unifi!” (angkuh gila bunyi)

“Tu kat rumah kak...kat U pakai apa”

Memang ada yang nak makan penampar sulung terulung aku ni.
Nasib aku tengah weng-weng.
Ikut hati mahu balas:
“Pakai uitmsalamstudent”
lol.
walaupon line dia macam mengundang kau
mencarut selama 3hari 2malam.





lagi satu yang naissss,
esok aku ada 2 test dan aku  takde koje update blog.

naisss indeed.









13 Apr 2013

Sengkuang

Assalamualaikum.

Isnin hari tu,
aku ada beli sengkuang.
kebetulan aku sedang lapar lepas kelas koko tu.
dan kebetulan nampak ada kedai jual sengkuang.


well, agak lama sebenarnya aku tak jumpa sengkuang ni,
makanan ruji masa sekolah rendah bila habis kelas kot.
So konon nak mengimbas kenangan lalu...

"Bang, sengkuang ni berapa?"

"RM 2"

mak aihhh mahal gilaaa.

"Besar mana?"

"Besar ni."





Masa tu timbul penyesalan. Aku macam nak maki diri, Kenapa kau gatal-gatal tanya?

Tak mahu memalukan diri disadur dengan ego yang tinggi aku pon beli je lah.
Kang abang tu cakap aku takde duit, kedekut.

Dan masa abang tu sibuk-sibuk siapkan sengkuang tu,
baru aku perasan kat banner ada tulis harga,
punyalah at the edge of glory dia punya harga,
memang pandang 2-3 kali baru nampak.
perh. Strategi berniaga namanya.



Dulu makcik belakang sekolah jual 50 posen je.
Kalau aku tahu baik aku balik rumah buat sendiri,
dah ah banyak gila gula.
Still tak dapat tandingi rasa sengkuang zaman sekolah dulu.
Kacang punyalah banyak.
Ini, just letak kuah rojak warna hitam tu je.
Tak berapa nak kembalikan nostalgia langsung.


Ikut hati nak je meniaga sengkuang 50 posen sebelah kedai abang tu.
Biar abang tu rasa tercabar.
Nak berniaga biar murah hati.



11 Apr 2013

Mengembara bersama akak Naramas Aman

Assalamualaikum.

Lately aku sangat busy, busy gilaaaa.
Pahtu, 2 minggu yang lalu,
laptop aku buat hal, bawak pergi centre,
ghupanya overheating punya probs, hard disk rosak.
nasib baik ada warranty, so iolls tak perlu bayar satu sen.
melainkan duit transport pergi low yatt.sobs.
punya gigih dari UiTM pergi ke Low Yatt,
konon berdikari.

so that's why aku tak update blog.sekian.



Before this, aku ada join satu giveaway.
First time join, so agak eksaited.
tambah-tambah owner blog bagi hadiah yang bukan calang-calang,
mai dari China woiii.
Alhamdulillah, tak dapat pergi China, barang dari negara China pon jadi.





punyalah berdebar-debar tunggu keputusan,
finally, dapat jugak.
disebabkan jadual universiti yang agak pack,
maka aku balik 2 minggu selepas barang diposkan.
bila sampai rumah terus aku tanya:


"Ma, hadiah ira mana?"


nampak kan betapa eksaitednya di situ?
Bila dah bukak hadiah,
mak aku pulak duk tepi.

"Hmmm cantik magnet fridge ni, boleh letak kat peti ais"

lol, mak aku pon eksaited secara tiba-tiba bila tengok magnet fridge yang comel itu.
memahami hint yang mak aku bagi tu, aku pon.

"Jap eh ma, ira nak tangkap gambar dulu.Nanti ira letak kat peti ais"



Pada kalian-kalian, sudi-sudilah follow blog akak Naramas Aman ni,
totally worth it, well bila baca blog ni,
terus ada feeling-feeling jadi lone ranger backpacking pergi negara orang.
Feeling je lah  since duit pon nan hado.sobs.sobs.sobs.


Seronok je baca post-post akak Naramas Aman ni,
Ada part cuak, part kelakar, means the way she deliver the story memang sangat natural.


Terima kasih kepada akak Naramas Aman sebab sangat murah hati.
Sayang punya pasal, tempat letak pensil tu tak terisi lagi pon dengan pensil.
HAHHAH.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.