29 Dec 2012

Tiga Juta

Assalamualaikum.
bukak facebook.
scrolling jap.
found this.

(nak lagi besar.tekan.)


like seriously?

peduli pulak aku pad insurans tiga juta.
walau obses mana pun anda dengan produk yang anda jual,
sila jangan buat begini.

aku pulak yang malu.Alahai
selalunya orang letak nama ,
dalam kurungan dia letak status , jawatan , nama panggilan etc. ,
yang merujuk kepada dia sendiri.

contoh:


Ah Chong (Retiss)
Minah (Tunang Abu)
Fahrin Ahmad (hensem)

ehemm.

haa macam tu lebih kurang.
tapi kes ni...
kes ni...

aku bayangkan...
Haih.


Pad insurans tiga juta ada facebook?
kau ada?
aku ingat orang je yang mempunyai laman sosial,
pad pun ada huii.
*facepalm*


minta maaf.
kerana imaginasi saya terlalu jauh.
mohon tukar, buang, atau tambah perkataan "penjual",
boleh?




28 Dec 2012

Big Bad Wolf 2012

Assalamualaikum.



Kali ini baru betul aku nak cerita pasal big bad wolf.
pebende tuh?
itu reaksi pertama aku masa mula-mula dulu.

then, i discover that it is some kind of bookfair lah.
di mana buku-buku dijual dengan potongan harga yang gila gempak.
diskaun 75%-90% bro.
harga serendah RM3.00.

aku of course eksaited.
sales kan dah sebati dalam jiwa wanita.
lol.

pada mulanya nak pergi dengan kawan.
tapi disebabkan segan dengan family beliau,
maka tak jadi.
so nak dijadikan cerita,
UiTM dah masuk study week,
makanya aku balik.

bila balik,
pujuk bagai parents,
padahal parents aku tak tahu mines kat mana.
gigih aku google.
effort itu penting.

maka aku dan parents aku pergi pada 22 Disember 2012,
dengan rasa was-was samada sampai ke destinasi,
atau sesat.

masa pergi tu,
kitorang sesat masuk palace of the golden horses.
tanya pak guard baru la dapat petunjuk.
masa tu dah...



"big bad wolf, i'm coming"
bila sampai.
park kereta dulu.
ada rimau besar kot.
so tangkap gambar sekejap bermodelkan mak aku.



 
(emak yang ohsem)
 
 
kena merentasi jambatan dulu.
 
 
 
 
bila masuk miecc pejadah tu.
nampak kereta-kereta mewah.
khabarnya owner tu yang punya kereta.
cantik pulak hoi.
 
(sumpah menawan yang warna merah)

 
 
 
aku baru nak berangan tangkap gambar dengan kereta tu,
sekali ada pagar.
ada lagi satu kereta hitam.
smart jugak.
nak tangkap gambar?
boleh.bak mai RM1O untuk sekeping gambar.
=.=
 
 
dah abaikan.
mari kita masuk.
 
 
 
 
bila masuk tu.
hommaiii.hommaiii.
tak terkata.banyak gilaaaaaaaaaaaaa buku.
speechless.


 
 
(baju kotak tu bapak aku yang ohsem)
 
 
masuk sana.
aku terus terjah bahagian young adult, teens bagai.
 
semua tempat aku jelajah.
melilau mata aku tengok.
semua buku murah-murah,
novel eventho kulit tebal still RM8.00 yaww.
 
 
finally, aku dapat beli 2 buku.
1 betul-betul buku, satu lagi english manga.
which only costs RM9.00 untuk kedua buku tu.
 
 
sebab kenapa dua buku sahaja:
 
1. Banyak gila buku, sampai kau taktau nak search macam mana.

2.mostly kisah adventures and crimes.
3.buku-buku tak menarik, sebab tulisan dia kecik bagi aku yang nak
   menjinakkan diri dengan buku omputih.
   buku tulisan besar ada.
   buku kanak-kanak.haih.
4.yelah.mungkin event ni suitable untuk yang hardcore punya ulat buku.
   yang dah biasa baca novel omputih.
5.i found that mostly novel romantik orang putih ada cerita pasal sex ,
   even watak dia teenagers.
   aku pernah terbaca kat kedai buku.
   so kat sana probably ada.
   so section romantics tu memang dah out of list.
 
 
rumusan
 
nak pergi sana lagi?
it is definitely NO for me.
yelah 30 minit dalam jam untuk mendapatkan 2 biji buku?
parents aku mesti kecewa.lol
aku rasa hati dan jiwa aku serasi dengan novel melayu lagi.
 
tapi peminat tegar novel omputih,
hang memang patut pergi sana.
biar juling mata hang tengok buku.
biar lembik kaki hang jalan cari buku.
 
overall event ni gempak.
 
 
(big bad tiger?)
 
 
 

 

26 Dec 2012

Fahrin Ahmad.

Fahrin Ahmad hensem.

25 Dec 2012

virus si dajjal komputer

Assalamualaikum.

tadi gua eksaited nak update pasal big bad wolf,
sebab da edit pic bagai.

namun perasaan eksaited itu tergendala
kerana laptop gua mengesan entiti yang dinamakan virus.
ikutkan hati mahu mencarut.
namun mengenangkan setiap carutan bernilai satu dosa,
hmmm tak apalah.

jerit.





marah sungguh.
ini yang aku malas nak cucuk pendrive asing,
atau cucuk pendrive aku ke laptop asing.

bila tanya kawan aku semua macam :




"hah.takde virus."



"scan lambat lah."


wadefish, kau ingat nyawa laptop aku ini tak bernilai ke.
keselamatan laptop aku.
bukan kau punya laptop senang ah.
kalau jadi kes macam ni kan dah encourage aku mencarut.

maka aku nak ingatkan kawan-kawan aku.
walaupun dorang tak baca,
kalau laptop hang ada virus,
jangan segan silu nak mengaku.
ini dah buat naya kat laptop aku hoi!

tak selamat dunia akhirat kalau orang teraniaya mula berdoa.
ecceh...

ye aku teraniaya.
sob.sob.sob.

ha kan.kan.
kan da jadi entry lain dah.
langsung kena edit tajuk.

pisang takkan berbuah lapan kali.
makanya,
hang nak cucuk pendrive hang,
aku akan scan dulu.

peraturan ini akan berkuat kuasa mulai sekarang!

fuh lega sikit luah kat blog.
terapi jugak nih.
kot siapa stress bolehlah maki di blog.
sekian.




woi ngaku cepat pembawakan virus siapakah ini!




23 Dec 2012

kurus dengan kuih?

Assalamualaikum.

kalori generally adalah source of energy dalam hidup seharian.
kira macam fuel untuk kereta lah.
fuel tu sebagai bahan bakar so that kereta tu dapat bergerak.

so kalori, bila kita melakukan kerja seharian ,
dia akan dibakar.
kau nak buat kerja berat?
maka makanlah benda yang banyak kalori.
nak bagi tenaga kan.

kau nak kurus?
make sure consume kalori yang diperlukan oleh badan kau SAHAJA.
sebab extra kalori yang tak dibakar akan jadi lemak.
yang menyumbang kepada OH KENAPA SELUAR AKU DAH JADI LEGGING ?

kau nak makan banyak tapi nak kurus?
boleh.possible.
tapi kau kena eksesais lah.
swimming 1 jam baru dapat bakar 500 kalori macam tu.
mampu?
kalau mampu silakan.
dan after swimming mungkin kau akan lapar balik.
dah tu nak makan apa pulak?

aku pernah terbaca.
pemakanan menyumbang highest percentage
dalam usaha untuk kau kurus.
eksesais?
eksesais cuma 10% je bro.
10%.

sudah.
kembali ke topik asal.
kurus dengan kuih?
para penggemar kuih-muihan tak perlu tersenyum lebar.
sebab kau tahu tak?
kalori yang ada pada kuih boleh tahan tinggi.
membuatkan kadang-kadang aku rasa bersalah
beli karipap kat cafe fakulti.

kau tahu tak, sebiji karipap bersamaan 130 kalori?
kalau aku, mana cukup sebiji.
tak kenyang bro.
paling-paling tak 3 biji.
kenyang tu tak tapi cukup untuk alas perut.
3 biji 390 kalori.
tengahari aku nak makan apa pulak?
macam tu baik aku makan mihun sup.
kenyang pun dapat.
kenyang dia insyaAllah sampai tengahari.











jadi kau nak kurus?
sila elak or kurangkanlah makan kuih.



ini atas kegigihan aku membaca bahan-bahan di internet.
nak kurus punya pasal.
kalau terma yang aku gunakan salah,
minta maaf para penasihat kesihatan sekalian.
aku pon on the way nak dapatkan ideal weight.
post ini minta-minta dapat mengingatkan aku untuk kurangkan makan kuih.

baru tadi jiran bagi kuih kaswi.
dan...
apalagi aku ngapp!
nyata masih kurang lagi kesedaran aku.


(klik untuk pencerahan)



20 Dec 2012

kawan

Assalamualaikum.


kawan waktu susah tak banyak ,
kawan yang tukang menyusahkan memang banyak .

10 Dec 2012

Mari main tukar-tukar tren.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah presentation subjek BEL dah selesai.
lega.
BEL tu sort of cam English Language.
cuma nama tu dorang nak komersialkan kot.
lol.

Pukul 5:00 petang tadi,
yakni habis kelas BEL,
dengan hajat untuk balik,
maka aku pon balik.
sampai seksyen 2,
alangkah frust bila melihat 48 minit lagi bas U80 akan tiba.
lama hoi!
sumpah sempat aku tidur.

makanya melihatkan masa yang berbaki sebegitu banyak,
aku pon membawa diri dan perut yang kosong berjalan.
perut yang kosong mengadu mahukan Uncle Bob.
namun nasib tak begitu menyebelahi,
Uncle Bob baru nak panaskan minyak.
nafsu kata :

"takpe, i'll wait!"

tapi perut berubah fikiran :

"ah apa-apa je lah.aku lapar ni.SILA isi"

aku ikut kata perut dan pergi 7E.
since nafsu je yang mengada dan perut tak berapa kisah,
aku beli roti coklat sama roti inti kacang merah.
Uncle Bob aku pandang sebelah mata.

'lambat!'

aku blah.
tengok-tengok seberang jalan,
bas U80  dah tenung-tenung.

"hoi aku kat sini!" -bas U80
nampak tak?nampak tak hikmah aku tak beli Uncle Bob?

melihatkan bas tersebut sudah penuh dengan manusia,
aku segera melintas jalan, khuatir ditinggalkan.
nanti membazir tenaga dan duit tambang sahaja.

aku berlari terkedek-kedek.
fuh lega dapat naik.


........................................................................................

bas sampai stesen LRT Bangsar.
naik.

"Pasar Seni"

"Masjid Jamek"

aku turun.

"eh kenapa macam salah stesen"

naik balik.
disebabkan malu,
aku masuk balik ikut pintu lain.

"Kampung Baru"

oh shit.
aku tersedar.
ya aku patut turun Masjid Jamek.

naik tren balik,
menghala Masjid Jamek.
berhenti.
keluar dan panjat tangga.

nampak tren.
terus naik.

"Hang Tuah"
"Pudu"
"Chan Sow Lin"

time ni dah gembira dah.
siap call parents minta dijemput.

"Cheras"

=.=

"Mak cik , ini tren ke Sri Petaling ke?"
"Aah"

=.=

turun.
pergi platform seberang.
menghala Chan Sow Lin balik.

"Stesen Chan Sow Lin , untuk ke laluan Ampang sila buat pertukaran di Platform 2A"

tren berhenti.
nampak pintu tren kat platform 2A sudah sedia terbuka.
bimbang terlepas , aku melulu masuk.

saat itu kau akan rasa puas.
puas sebab dapat naik tren balik rumah.

tapi...

"Cheras"

saat itu jugak,
kau rasa mahu terbalikkan tren itu.
Dua kali bhai.
DUA kali salah naik tren bhai.

sumpah aku rasa pak cik polis dekat stesen Cheras tu dah cam aku.
pergi platform seberang.
ke Chan Sow Lin.
sampai.

i've learned my lesson,
kali ini jangan salah lagi.
aku tunggu.
tren ke Ampang sampai.
naik.
sekian.


pengajarannya RETI-RETI kanlah diri baca destinasi tren ke mana.
=.=

9 Dec 2012

SAF

Assalamualaikum.

ini bukan pasal rapatkan saf waktu solat.
SAF dalam post ni stands for Sukan Antara Fakulti.

ya.
tadi aku join SAF kat UiTM Shah Alam tu haa.
acara indoor rowing.

indoor rowing tu macam ni.




dia rowing but guna machine.
pasal tu le namanya "indoor".
tapi itu bukan permasalahan atau cerita utama yang ingin aku bangkitkan di sini.

baiklah sebelum tu aku nak bangkitkan jugaklah kategori apa aku masuk.
aku masuk 1000m punya kategori.
dia ada 500m, 1000m, 2000m.
kalau aku dapat 2000m,
haih.
haihh.
haihhh.

nampak tak?
nampak tak?
nampak tak betapa banyak aku mengeluh di situ.
minta simpang 48 kalau dapat 2000 m.
mahunya aku tidur 48 jam kepenatan.

untuk yang 1000 m,
ada berapa banyak fakulti pun aku tak tahu.
entahlah.yang aku tahu dia banyak.
12 kot kalau tak salah.

dari 12 tu dia akan pilih 8 peserta dengan masa yang terbaik.
yang 8 tu akan ke semi final.
aku salah sorang.
1000m +1000m =2000m

dari semi final tu,
dia pecahkan group A and B,
masing-masing 4 orang.
dari 4 orang dia pilih 2 dengan masa yang terbaik.
2 dari group A,
2 dari group B.
2+2 =4 ni akan ke final.

Alhamdulillah aku ke final.
jadi 1000m+1000m+1000m=3000m

nampak tak kat situ.
penat hoi!

dan aku dapat tempat keempat.
aku kecewa tapi apapun Alhamdulillah.
dapat medal gak kot!
warna gold lagi.lol.
sampai kawan aku yang dapat gangsa jeles.
lagi satu dapat tuala , adalah logo SAF kat situ.
dia tahu banyak peluh maka dia hadiahkan tuala.
lol.

yang 2000m dia pilih 4 masa yang terbaik terus.
500m sama macam aku,
main tiga kali bersamaan 1500m.

tapi aku rasa kategori aku paling penat.
3000 meter.
ya, 3000 meter.

aku berlatih selalu 1000m,
pastu balik kolej.
penat dia ditentukan dengan jangka masa tidur aku.
lama gila aku tidur.
kalau tidur pukul 8 boleh mencecah ke subuh.

sekarang ni kau bayangkan untuk 3000m,
berapa banyak masa tidur yang aku perlukan sekarang?

dah lah.
semakin jauh aku membebel gayanya.

aku cuma nak cerita yang abang indoor rowing tu hensem.
hensem tahap piwwwiit piwwiit!

sudah.
gila apa kau nak aku piwwwiit piwwiitt jejaka-jejaka tersebut.
jatuh saham nanti.
dah kasar tak malu pulak orang kata.
cukuplah maintain dengan kasar.



ya aku buat kerja sampingan yakni lagha tadi.
sambil tunggu turn sambil mengusha.
bila dah rowing adalah tak logik kau nak mengusha.
jadi sambil menunggu sambil mengusha.
ibarat menyelam sambil minum air.

sorang tu bet t-shirt biru seluar hitam.
sorang tu ber t-shirt oren seluar putih.
t-shirt biru budak sport rec ,
t-shirt oren budak fsppp.

memang aku jakun.
ye lah dalam fakulti aku tak pernahnya jumpa yang hensem kacak bergaya.
boring.
bila nampak dorang aku macam...

"oh, wujud lagi lelaki hensem di dunia ini. terima kasih Tuhan"

*sila sepak aku laju-laju*

tapi...
sumpah hensem.
cuma aku tak faham,
y y y mesti dorang pakai seluar pendek?
tutup aurat kan lagi bergaya.

sumpah tak senonoh,
usha senyap-senyap.
sekejap-sekejap tengok muka baju oren.
sekejap-sekejap tengok muka baju biru.
lol, teringat zaman sekolah menengah,
kala waktu kita-kita ada someone yang kita admire.

tapi waktu nak final tu,
si baju oren blah menghilangkan diri.
sebab tu lah aku kalah kot.
demotivate kejap.

lol.
tak lah.
rezeki kan Allah yang bagi.

yang baju biru memang stay sebab dia urusetia.
memang dia nampaklah segala kerutan , kehodohan ,
muka aku kala aku berusaha menarik benda alah tu.

(macam lah dia tengok kan.lol.)

tapi ada satu saat indah ,
aku tak ingat waktu semi-final or final.
urusetia lagi satu tersalah set ke 2000 m.
bayangkan aku dan 3 orang lagi dah pulun-pulun tarik.
dah dekat 200m dah kot.
then kena reset balik.
so, aku biasa je.stay cool.
mamat hensem ada kena jaga behaviour.
takkan nak flip rowing machine tu kot.
tapi memang tak rasa nak marah pon.

so aku buat muka relax, muka cool.
sekali mamat baju biru tu tanya

"ok tak?"

sangat hensem bila dia senyum begitu.
omg.time tu sumpah nak senyum lebar-lebar.
tapi... cover.cover.
dah lah hensem.prihatin pula.
aku angguk sambil buat muka cool.
sekali dia tanya orang sebelah.

"ok tak?"

aishh.baru nak perasan.
takpelah, aku orang pertama yang dia tanya.

(aceceh pujuk hati,pujuk hati.lol)


then urusetia lagi satu tanya  aku

"ok tak?"

aku angguk.
musykil aku.
neves memanglah neves.
tapi aku rasa aku dah buat muka cool sehabis baik.
aigoo.

lantak.
abang baju biru oh,
abang baju oren oh.
dua-dua hensem.
tak tahu pilih yang mana.
kesudahannya usha silih berganti.lol.
sumpah ini keseronokannya bila kau single.


kepada abang baju biru, berseluar hitam pendek,
dan abang baju oren, berseluar putih pendek,
saya cuma nak cakap abang-abang ni hensem.
lagi hensem kalau tutup aurat,
kalau tutup aurat still boleh bersukan.
itu sahaja.
kesimpulannya abang berdua ni memang hensem.


adoi kemaruk rasanya aku ni.
berapa kali aku cakap hensem.

baju oren seluar putih tu,
muka dia macam kim joon dalam boys over flower.
aku ingat dia non-muslim,tapi since ada orang panggil 'Samad' waktu dia rowing,
maka aku tahulah dia Islam, tapi tak  tahulah kot nama orang lain ke kan.
yang 'Samad' pulak tetiba duduk sebelah aku masa tengok rowing.
nasib baik ada jarak tau.
mahu aku pelangkung kalau rapat-rapat.
sehensem mana pun, kalau takde manners tak bawa ke mana pon.



hensem satu.
hensem dua.


dah.
aku cuma nak cerita pasal two handsome guys ni je.
kau nak kata aku gatal?
lantak pi.



hidup ni indah, tak perlu nak hodohkan ia dengan dengar kata orang lain.
i'm only appreciating kurniaan Allah.lol.
ironi kan?

dah.
bye.











5 Dec 2012

sendiri post, sendiri like

Assalamualaikum.

Straight to the traffic light.

Sampai saat ini aku masih tak faham.
kenapa.mengapa seseorang itu mengeLIKE statusnya sendiri di facebook.
apa yang dia rasa eh bila like status sendiri?

bahagiakah?banggakah?sedihkah?

apa tujuan dia weyhhh?
aku bukannya apa.
aku penat berfikir.

adakah dia berasa eloklah dia mengeLIKE supaya at least adalah orang yang mengeLIKE,
daripada tiada sesiapa mengeLIKE walaupun yang mengeLIKE itu dia sendiri.

atau adakah dia berasa terlalu eksaited dan obses terhadap status yang dipostnya sendiri,
sampai tidak dapat menahan nafsu dari mengeLIKE?

fuuuuuu.
serius tak dapat generate.
=..=

2 Dec 2012

Karangkraf dan borong

Assalamualaikum.

Semalam yakni 1/12/12 ,
aku tak bertugas di MAHA
aku overdose tido.
aku syak ini penangan Musang King.

bangun-bangun pukul 8:30 pagi.
lapansetengah pagi tu lah waktu bas nak gerak pergi Serdang.
apa lagi.

burn RM50 aku.
ye kalau jaga booth sehari dapat RM50.
apa nak buat kalau bukan rezeki.


makanya ini waktu yang sesuai menunaikan hajat.
ye hajat aku sebelum ni untuk pergi ke Karangkraf.
aku ingat tak dapat pergi,
the fact that aku jaga booth kat MAHA 30Nov sampai 2Dis.
ini peluangnyaa.
HAHHAH.

satu masalah yang timbul.
TRANSPORT.
ye aku takde transport.
tapi kalau ada transport pon macam lah aku tau tempat dia.

maka minta bantuan en.GOOGLE.
ada orang share kat fb kena naik bas rapid T529.
disebabkan aku eksaited,
tutup laptop.
terus pergi bustop.
naik bas.
pergi seksyen 2 .

in case you are wondering...
i'm going there alone.






alone
alone
alone
alone

adventure tak adventure,
gila tak gila.
padahal i have no idea where i should turun nanti.
dasar bengong aku ni.


tunggu punya tunggu.
bas sampai.
naik T529.
then,bas tu berhenti jap kat hentian near Anggerik Mall.
aku tanya pakcik tu.

"pak cik,bas ni pergi seksyen 15 ke?"

"tak.dia tak lalu."

aku tunjuk alamat Karangkraf.

"kalau pergi Karangkraf ni, bas ni lalu tak?"

"Bas ni tak pergi sini."

"Bas yang lalu berhampiran dengan sini bas yang mana?"

"Naik T527, dia lalu kat roundabout tu,pastu kena jalan sikit"

"Terima kasih pak cik."

tukar bas.
nasib baik tanya.
fuh.

12:00 tgh bas T527 bertolak.
10 minit camtu dah sampai.
pak cik bas tu berhentikan kat roundabout.
menapak dalam 10 minit jugak lah.
not sure kat sana memang tak de jejantas or aku yang tak nampak.

sempat jugak lah aku melakukan aksi berbahaya tadi.
kereta semua laju-laju atas jalan.
tak bagi chance.
terkedek-kedek aku lari bila jalan kosong sikit.


dah sampai.
 
 
borong.
borong.
borong.
 
hasilnya...
 
 
 
 
dah lah burn RM50,
aku boleh kreditkan pulak duit aku sebanyak RM109.00
=.=
ya Allah, kawan-kawan kalau nak post kat fb,
hang please jangan post pasal sale.
inilah natijahnya.
 
 
dah buang duit,
haruslah balik,
bagi mengelakkan
kecenderungan untuk membeli datang kembali.
 
waktu balik sekali lagi,
aku melintas cara berbahaya.
sampai ada akak tu hon.
aku pon x tau motifnya.
kereta dia pon jauh lagi.
mungkin datang "hari yang itu"
 
pergi memanglah dalam 10 minit berjalan kaki
dari roundabout ke Karangkraf.
balik tu...
bila nak pergi stesen bas,
mak aihhh nak dekat 25 minit menapak.
 
time tu baru aku tersedar
kenapa aku beli buku banyak?

berat lagi bahu memikul,berat juga kaki melangkah.

 
scary gila duk kat bustop tu.
Alhamdulillah 30 minit kemudian bas sampai.
dan ia pakcik bas yang sama hantar aku tadi.
 

"da lama tunggu bas?"

 

"30 minit"

 
aku senyum.
 

"oh tak de lah lama sangat."

 
errr.
=.=
tak de lah lama sangat
tak de lah lama sangat
tak de lah lama sangat
tak de lah lama sangat
 
mungkin penat berjalan menyebabkan
aku rasa tempoh 30 minit menunggu bas itu sangat lama.
 
tapi yang dah lepas biarkan.
Alhamdulillah buku dapat.naik bas pon dapat.
dibuatnya dapat buku tak dapat bas,
tak ke naya?
 
 
 
-tamat-

1 Dec 2012

MAHA 2012 1

Assalamualaikum.
Tajuk sengaja aku letak 1 sebab
takut, kot terexcited nak menyambung cerita pasal MAHA lagi.

Semalam 30/11/12.
second time pergi MAHA.

MAHA stands for Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism.
Kalau rasa salah, pergi google dan betulkan mana yang patut.

first aku pergi sabtu sebelumnya,
time perasmian.
semalam second time and aku pergi
bukan atas dasar merayau but bertugas menjaga gerai.

pagi-pagi bertolak.
dalam pukul 9 pagi.
9:40 sampai Serdang.

masa nak pergi booth tu,
amik kesempatan naik traktor pebende ntah.
first time naik.seronok.
dia macam bas yang kau naik untuk bersiar-siar dalam zoo negara.
tapi yang ni ke arah pertanian sikit.

pagi hingga malam aku jaga booth.
petang tu ada akak senior bagi kupon.
kupon ice blended cappucino percuma hoi.
rezeki jangan ditolak.
cepat-cepat aku redeem.
sumpah sedap.


sekali kau slurrrpp.
nak lagi.nak lagi kau rasa.

time petang sempat lah merasa takoyaki dan dim sum.
takoyaki sotong 4 biji RM4.50.
i found that dim sum lagi sedap dari takoyaki.
aku makan dim sum fghee sebab aku jaga booth dim sum.
jangan risau, dim sum aku makan yang halal punya.

petang tu jugak, ada kunjungan
orang kenamaan dari Pahang,
katanya puteri Pahang something.
maafkan aku yang lack pengetahuan isu semasa.
which i found that, dia ada datang ke gerai yang aku jaga,
dan akak senior yang jaga booth dengan aku tersasul sebut 'akak'
masa beliau datang tengok booth kami.
Beberapa minit kemudian barulah Aziz Desa war-warkan kunjungan itu
thru microphone.
patut ler beliau senyum je bila dipanggil 'akak'.
=.=.Ampun.ampun.

malam tu,
pak cik bas yang sepatutnya amik kitorang sesat,
jadi sepatutnya naik bas pukul 11 malam,
jadi kepada 12 malam.
sementara menunggu,
senior lelaki kelab MyAgrosis offer makan dughian.
dughian Musang King kau.
Satu fakta yang perlu kau tahu adalah :
Musang King amat sedap lagi-lagi bila fghee


melahap lah aku makan dughian.
Alhamdulillah keinginan aku nak makan durian,
dah dimakbulkan Allah.
tak yah keluar duit.
fyi, kat sana Musang King sekilo hanya RM9.
sangat murah katanya.

pergi sana jangan lupa beli appolo melon.
ia sangat manis hoi.
RM3 sebiji apedehal lah kan.

Aku sampai kolej dalam pukul 12:50 something.
Alhamdulillah ada kakak senior sudi hantar.
sebab bas berhenti kat kolej Seroja.
ikutkan, aku nak bas turunkan aku kat kolej aku.
tapi akak tu dah tawarkan untuk hantar.
well.grab that chance.

aku minta akak tu drop by kat luar.
takut akak tu pulak kena bebel dengan polis bantuan.
lepas bye bye say thank you semua,
aku masuk.

masuk masuk je...

"adik, dik, meh sini"
 "ye kenapa?" 
"tulis nama dulu."

what the fish.aku tak salah dan aku tak nak tulis nama kat pondok pengawal.
bukan aku tak tahu kalau tulis nama nanti kena tindakan.

"encik saya baru balik dari MAHA, aktiviti UiTM"

"ada surat?"

jadah ada surat pulak.kot ye ada surat takkan aku nak bawa selalu.

"takde.tapi ni buah ni bukti saya pergi MAHA."

sambil tunjuk appolo melon.
aku takde idea lain.semua aku jawab dengan jujur.

"setakat buah tu kat kedai mamak pun boleh beli."

nada sinis.
sumpah aku mahu mencarut depan pak guard tersebut.
mereka marah dipanggil pak guard.
mahu dipanggil polis bantuan.
nama pak guard tak hina pon.
aku tak faham betul.
eh lari topik.

saat tu aku rasa macam nak hempuk
kepala sorang-sorang pak guard tu dengan appolo melon yang aku beli.
dua orang pak guard.dua-dua muda.
tak hensem.jangan risau.
dahlah tak hensem.mulut pulak celopar.
aku punyalah penat beli kat MAHA appolo melon ni,
dia boleh kata aku beli kat kedai mamak.

sabar.
"betul encik saya pergi MAHA, saya pakai t-shirt kelab pon."

jujur.
dorang tak percaya.
"tadi tu lelaki yang hantar awak kan?"

ah aku rasa memang aku nak hempuk dorang.
tak tahu pulak aku lelaki memang pakai tudung labuh.
dan tak tahu pulak dorang punya mata ada super power.
duduk dalam pondok mata boleh nampak sampai luar.

"ya Allah encik, perempuan yang hantar saya encik.saya pun tak nak berduaan dengan lelaki"

sumpah.
aku tahu batas.aku tahu hukum.
Alhamdulillah setakat ni couple pon,
aku tak pernah terjebak.
"Kitorang ni dua orang , boleh lah masuk pondok ni sekali?"

otak tengah generate.
fikir-fikir balik.
maybe dua pak guard tu ingat aku tak nak berdua dengan lelaki,
tapi nak kalau dengan lelaki dua tiga orang.

kalau aku dapat generate benda ni kat pondok semalam.
maunya aku kata bodoh bangang dengan pak guard tu.
tak de akal.bangang sangat bangang.
okay emo.

dia ingat aku kempunan sangat nak berboyfriend,
taksub berdua dengan lelaki.
maaf, aku bukan perempuan itu.

aku buat muka.toya.dah cakap yang benar tak percaya.

"dahlah pergi naik."

aku berjalan naik blok.
pastu aku dengar...

"dik...dik tulis nama dulu"

bunyi dalam pondok.
aku buat derk dan blah.
inilah tip dan kunci bila kau berhadapan dengan makhluk sebegini.

KAU BUAT PEKAK DAN BLAH.

sakit hati.
kalau VC dengar,
aku nak saman dua orang tu.
bior dua orang tu tade keje.
tapi fikir balik biar Allah yang balas atas fitnah dorang tu.

kebahagiaan makan Musang King pun hilang.
sakit benar.mahu aku tembak dua makhluk tu.

tamat.
hati aku tak nak maafkan makhluk bertopeng berdua itu.
post ni pon sebenarnya more untuk cerita pasal
perangai bangang mereka berdua.









.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.