9 Dec 2012

SAF

Assalamualaikum.

ini bukan pasal rapatkan saf waktu solat.
SAF dalam post ni stands for Sukan Antara Fakulti.

ya.
tadi aku join SAF kat UiTM Shah Alam tu haa.
acara indoor rowing.

indoor rowing tu macam ni.




dia rowing but guna machine.
pasal tu le namanya "indoor".
tapi itu bukan permasalahan atau cerita utama yang ingin aku bangkitkan di sini.

baiklah sebelum tu aku nak bangkitkan jugaklah kategori apa aku masuk.
aku masuk 1000m punya kategori.
dia ada 500m, 1000m, 2000m.
kalau aku dapat 2000m,
haih.
haihh.
haihhh.

nampak tak?
nampak tak?
nampak tak betapa banyak aku mengeluh di situ.
minta simpang 48 kalau dapat 2000 m.
mahunya aku tidur 48 jam kepenatan.

untuk yang 1000 m,
ada berapa banyak fakulti pun aku tak tahu.
entahlah.yang aku tahu dia banyak.
12 kot kalau tak salah.

dari 12 tu dia akan pilih 8 peserta dengan masa yang terbaik.
yang 8 tu akan ke semi final.
aku salah sorang.
1000m +1000m =2000m

dari semi final tu,
dia pecahkan group A and B,
masing-masing 4 orang.
dari 4 orang dia pilih 2 dengan masa yang terbaik.
2 dari group A,
2 dari group B.
2+2 =4 ni akan ke final.

Alhamdulillah aku ke final.
jadi 1000m+1000m+1000m=3000m

nampak tak kat situ.
penat hoi!

dan aku dapat tempat keempat.
aku kecewa tapi apapun Alhamdulillah.
dapat medal gak kot!
warna gold lagi.lol.
sampai kawan aku yang dapat gangsa jeles.
lagi satu dapat tuala , adalah logo SAF kat situ.
dia tahu banyak peluh maka dia hadiahkan tuala.
lol.

yang 2000m dia pilih 4 masa yang terbaik terus.
500m sama macam aku,
main tiga kali bersamaan 1500m.

tapi aku rasa kategori aku paling penat.
3000 meter.
ya, 3000 meter.

aku berlatih selalu 1000m,
pastu balik kolej.
penat dia ditentukan dengan jangka masa tidur aku.
lama gila aku tidur.
kalau tidur pukul 8 boleh mencecah ke subuh.

sekarang ni kau bayangkan untuk 3000m,
berapa banyak masa tidur yang aku perlukan sekarang?

dah lah.
semakin jauh aku membebel gayanya.

aku cuma nak cerita yang abang indoor rowing tu hensem.
hensem tahap piwwwiit piwwiit!

sudah.
gila apa kau nak aku piwwwiit piwwiitt jejaka-jejaka tersebut.
jatuh saham nanti.
dah kasar tak malu pulak orang kata.
cukuplah maintain dengan kasar.



ya aku buat kerja sampingan yakni lagha tadi.
sambil tunggu turn sambil mengusha.
bila dah rowing adalah tak logik kau nak mengusha.
jadi sambil menunggu sambil mengusha.
ibarat menyelam sambil minum air.

sorang tu bet t-shirt biru seluar hitam.
sorang tu ber t-shirt oren seluar putih.
t-shirt biru budak sport rec ,
t-shirt oren budak fsppp.

memang aku jakun.
ye lah dalam fakulti aku tak pernahnya jumpa yang hensem kacak bergaya.
boring.
bila nampak dorang aku macam...

"oh, wujud lagi lelaki hensem di dunia ini. terima kasih Tuhan"

*sila sepak aku laju-laju*

tapi...
sumpah hensem.
cuma aku tak faham,
y y y mesti dorang pakai seluar pendek?
tutup aurat kan lagi bergaya.

sumpah tak senonoh,
usha senyap-senyap.
sekejap-sekejap tengok muka baju oren.
sekejap-sekejap tengok muka baju biru.
lol, teringat zaman sekolah menengah,
kala waktu kita-kita ada someone yang kita admire.

tapi waktu nak final tu,
si baju oren blah menghilangkan diri.
sebab tu lah aku kalah kot.
demotivate kejap.

lol.
tak lah.
rezeki kan Allah yang bagi.

yang baju biru memang stay sebab dia urusetia.
memang dia nampaklah segala kerutan , kehodohan ,
muka aku kala aku berusaha menarik benda alah tu.

(macam lah dia tengok kan.lol.)

tapi ada satu saat indah ,
aku tak ingat waktu semi-final or final.
urusetia lagi satu tersalah set ke 2000 m.
bayangkan aku dan 3 orang lagi dah pulun-pulun tarik.
dah dekat 200m dah kot.
then kena reset balik.
so, aku biasa je.stay cool.
mamat hensem ada kena jaga behaviour.
takkan nak flip rowing machine tu kot.
tapi memang tak rasa nak marah pon.

so aku buat muka relax, muka cool.
sekali mamat baju biru tu tanya

"ok tak?"

sangat hensem bila dia senyum begitu.
omg.time tu sumpah nak senyum lebar-lebar.
tapi... cover.cover.
dah lah hensem.prihatin pula.
aku angguk sambil buat muka cool.
sekali dia tanya orang sebelah.

"ok tak?"

aishh.baru nak perasan.
takpelah, aku orang pertama yang dia tanya.

(aceceh pujuk hati,pujuk hati.lol)


then urusetia lagi satu tanya  aku

"ok tak?"

aku angguk.
musykil aku.
neves memanglah neves.
tapi aku rasa aku dah buat muka cool sehabis baik.
aigoo.

lantak.
abang baju biru oh,
abang baju oren oh.
dua-dua hensem.
tak tahu pilih yang mana.
kesudahannya usha silih berganti.lol.
sumpah ini keseronokannya bila kau single.


kepada abang baju biru, berseluar hitam pendek,
dan abang baju oren, berseluar putih pendek,
saya cuma nak cakap abang-abang ni hensem.
lagi hensem kalau tutup aurat,
kalau tutup aurat still boleh bersukan.
itu sahaja.
kesimpulannya abang berdua ni memang hensem.


adoi kemaruk rasanya aku ni.
berapa kali aku cakap hensem.

baju oren seluar putih tu,
muka dia macam kim joon dalam boys over flower.
aku ingat dia non-muslim,tapi since ada orang panggil 'Samad' waktu dia rowing,
maka aku tahulah dia Islam, tapi tak  tahulah kot nama orang lain ke kan.
yang 'Samad' pulak tetiba duduk sebelah aku masa tengok rowing.
nasib baik ada jarak tau.
mahu aku pelangkung kalau rapat-rapat.
sehensem mana pun, kalau takde manners tak bawa ke mana pon.



hensem satu.
hensem dua.


dah.
aku cuma nak cerita pasal two handsome guys ni je.
kau nak kata aku gatal?
lantak pi.



hidup ni indah, tak perlu nak hodohkan ia dengan dengar kata orang lain.
i'm only appreciating kurniaan Allah.lol.
ironi kan?

dah.
bye.











No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.