29 Aug 2013

Subuh

Assalamualaikum.

05072013.
Subuh.



Sibuk melaung sana-sini tegakkan kebenaran. Mahu tegakkan Islam. Namun perjuangan itu nyata perjuangan mulut sahaja. Biasa sangat tanam tebu dekat bibir. Nau you tell me, kalau beginilah jemaah lelaki waktu subuh dekat masjid, macam mana kau nak tegakkan Islam? Tak gagah langsung eh. Oh, for your information kolej lelaki dekat je dengan masjid U aku ni. 5 minit jalan lenggang-lenggok dah sampai. Kalau pakai kuasa turbo maybe 2 minit dah sampai. Ini hari biasa, waktu bulan Ramadhan tu walaupon mengecewakan, still boleh dibanggakan sikit ah, kira double sikit jemaah berbanding hari biasa. Oh for your information, aku bukan stalk dorang, aku menyiasat je. Kbai.



28 Aug 2013

Doodle

Assalamualaikum.




random doodle.
err... agak gelap.











26 Aug 2013

First Day

Assalamualaikum.



Raya pertama dengan arnab. Nasib baik tak kena tangkap =..=. Btw bukan arnab aku. Arnab anak saudara aku. Sekor nama Pupi sekor lagi Pipu. Haih macam-macam.




25 Aug 2013

Pesan Adam

Assalamualaikum.

Saudari,
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa malu mendekatimu,
apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?


Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa malu memikatmu,
apa kau tidak merasa resah pada tindakanku?



Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa segan merayumu,
apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?



Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tidak boleh menjaga kemuliaan ketika berdekatan denganmu,
apakah kau tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?


Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa merasa berdosa berani menyentuhmu,
apakah kau tidak takut Allah murka padamu?
masihkah kau percaya pada ucapanku?
tidak curigakah kau padaku?
tidak inginkah kau menjauhiku?
atau kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu,
sehingga kau tidak mampu menolakku
meskipun kau tahu semua ucapanku "Mencintaimu kerana Allah" adalah palsu.



Ketahuilah saudariku,
Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah,
aku tidak akan berani menyentuhmu,
bahkan hatimu sekalipun.
Kerana aku malu pada Allah
jika bayanganku mengganggu kekhusyukan ibadahmu.



Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah,
aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu,
bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.
Kerana kau belumlah halal bagiku.
Aku malu jika membuatmu lebih banyak mengingatiku daripada mengingati-Nya.



Sedarlah saudari,
jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana Allah,
aku hanya akan berani merayumu, menggodamu,
dan menyentuhmu setelah engkau menjadi halal bagiku.




Got this from Skuad Penyayang UiTM Shah Alam, panjang sangat. Malas nak taip so aku just ambil part yang aku prefer je. Kalau ada typo tu biasalah. Doodle tu je yang aku lukis.





7 Aug 2013

SKTT

Majulah Sukan ke-20


Maju majulah sukan
Majulah sukan sekolah kita

Sama sama mengejar
sama mengejar kejayaan

Kalah dan menang bukannya ukuran
Semangat sukan diutamakan

Menitis peluh tidak dipeduli
Temasya sukan kali ini

Temasya ke-20
Bersama kita gegarkan

Temasya ke-20
Bersama gegarkan

Tuah merah lambangnya berani
Jebat hijau lakasanakan gergasi

Lekir biru teguhnya perpaduan
Lekiu ungu tiada bandingannya

Kasturi kuning diraja
Megah megahlah berjuang

Inilah suara ikrar kami
Semangat dari SKTT

Gegarkan temasya sukan SKTT




Oh SKTT

Di sini kita bertemu
Lantas terbina ikatan yang mesra

Kita bersama
Bersatu setia

Di bawah bumbung
sebuah menara

Kita menangis bersama
Jua riang dan ketawa

Namun semua itu
Hanyalah sebuah kenangan

Oh SKTT

Kau dalam kenangan
Di sinilah bermulanya cinta

Oh SKTT

Impian dan harapan
Sebuah warisan
Anak bangsa tercinta

Namamu sungguh indah
Kan ku abadikan
Di dalam sanubariku

Apa yang pasti
Suatu masa nanti
Kitakan terpisah jua

Bersama sebuah harapan
Bersama satu kecekalan

Apa yang telah dijanji
Demi bakti kepada negara



Tetiba fefeeling semangat sukan pulak. Padahal esok raya dah. Baiklah, SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR & BATIN. :)) Rindu pulak zaman sekolah. Tak banyak yang pentingkan diri. Paling jahat pun, yang type dia buli orang pastu curi kasut orang senyap-senyap. Esok-esok datang mengaku kasut tu dia punya. Maksud tersirat, aku nak kata aku mangsa pencuri kasut. HAHHAH. Okayy, tak lawak. -.-. Baiklah hati-hati di jalan raya. :D



3 Aug 2013

Review: Biore Pore Pack Black

Assalamualaikum.

Umum mengetahui aku mempunyai masalah blackhead di hidung. Kalau tak tahu pon buat-buat aje lah tahu. Yep, untuk itu aku cuba mencari solusi. Antaranya adalah dengan mengunjungi Watson untuk mencari produk yang sesuai. Dan saat itu aku ternampak Biore Pore Pack Black ni. Aku pun macam :

"Uikss, macam boleh dipercayai ni."



Aku terus ambil, pergi kaunter dan bayar. Balik rumah terus tak sabar nak cuba. So lap-lap sikit hidung guna tisu yang dah direndam dengan air panas. Lepas tu, terus tempek. Dan hasilnya :



Aku tahu kau tak nampak. Yelah, handset tak canggih mana mampu zoom in sampai nampak Encik Blackhead. Aku bukak je nose strip tu, terus kecewa sebab bukan je sikit tapi kecik-kecik je yang dia berjaya tarik. Hakikatnya banyak lagi kat hidung aku ni haaa. Nak beli produk lain mahal lah pulak. Sekarang ni aku tak tahu sama ada blackhead aku yang degil sebab dah jadi penduduk tetap atau memang nose strip ni yang bermasalah.


Comment : Bolehlah. Sedikit kecewa.
Re-Purchase: NO.



2 Aug 2013

Tips Ramadhan : Bersederhana ketika Berbuka Puasa

Assalamualaikum.


"Oi Timah oi, puasa dah nak habis dah oi, baru nak bagi tips bagai apa kes?"

*Deshumm*.
Jamilah menjeling, lalu laju-laju masuk dalam rumah. Mahu teruskan kerja-kerja memasang kain langsir baru barangkali.

Tetibe nak update tips  masa Iftaar apa kes kan? Nak-nak bila bulan Ramadhan dah nak pass baton sekat bulan Syawal. Nak buat macam mana, busy bereksperimen. Baru sekarang dapat buktikan hipotesis. Berikut adalah step by step on how you can minimize your food consumption during Iftaar. Sangat bagus sekali diamalkan oleh golongan-golongan yang terlanjur makan banyak masa Iftaar sebelum ni sehinggakan rasa nak berdiet lantas bertaubat takut size bertambah nanti baju raya tak muat *macam aku*. 


1. Doa Berbuka Puasa & Doa Makan



Iye, tahu lapar. Tapi takkanlah tak menyempat nak baca doa berbuka puasa dan doa makan sekejap.

2. Buah Kurma



Ikut sunnah Nabi. Ambil dan makan 1-2 biji pun dah okay dah.

3. Air Putih



Isi 1 atau 2 gelas penuh air putih/kosong/suam dalam gelas. Teguk perlahan-lahan kalau tak mau tercekik.

4. Susu Kotak



Yang ini kena ada, tak kisah lah perisa apa, full cream, low fat, strawberry, chocolate, tak kisah. Jenama apa pun tak kisah, Good Day ke, Dutch Lady ke Magnolia ke, tak kisah. Tuang dalam satu gelas penuh-penuh atau 3/4 daripada gelas. Mahal? Hang beli lah stok yang murah-murah. Pastu kurangkan lah duit belanja dekat bazaar tu labur dekat duit beli susu lagi elok. 

5. Freedom



And then you are free to eat anything. But still, dalam portion yang terkawal. Tak kisah lah nasi, macaroni, spagetti, meehoon, laksa ke. Maksimum saiz hidangan adalah sebesar genggaman tangan korang. Means, makanan tu mesti banyak dia besar SATU genggaman tangan korang. Jangan ngengada guna tangan orang lain.

6. Optional

Kalau masih lapar, tambah minum segelas air putih or minum segelas susu kotak or minum secawan teh hijau yang dibancuh panas-panas. InsyaAllah.


Setakat ni aku follow Alhamdulillah berjaya je kenyang sampai sahur pagi esok, kalau korang terasa nak makan jugak, i guess tu bukan lapar, tu nafsu mata. Adalah baik kiranya korang jauhkan diri daripada makanan-makanan yang menarik di atas meja dengan memerapkan diri dalam bilik mahupun tidur. Oh ye, applicable untuk sahur jugak, tapi selalunya aku minum teh hijau after makan nasi. Aku percaya bahawa :


"Lagi banyak kau makan, lagi kenyang dan lagi cepat pulak kau lapar"

Kena ingat Ramadhan bukan 'Bulan Makan Sedap-Sedap' tapi merasa bagaimana kesusahan yang dihadapi orang lain. Membazir tu kan amalan syaitonn. Bila makan banyak confirm punya lah liat solat Maghrib, membawa sampai solat Isya' dan solat Terawih. Apatah lagi baca Al-Quran, boleh tumbang agaknya sebab perut penuh sangat.


"Kalau tak sempat buat masa Ramadhan kali ni, tahun depan kan masih ada. Dengan izinNya".


Kbai.




1 Aug 2013

Kad Raya

Assalamualaikum.

Zaman dah berubah, dunia dah maju. Teringat zaman sekolah dulu-dulu, kengkawan dok main tukar-tukar alamat sebab nak bagi kad raya. Kalau stok yang malas nak mengepos kad raya dan nak jimat duit, dorang dah prepare awal-awal dah kad raya so that masa last day sekolah tu boleh bagi kad raya tu sambil berkata :


"eh, kau jangan bukak dulu eh balik ni, raya nanti baru bukak."




Taat pada perintah sungguh bila time raya baru bukak kad raya tu, kalau time tak sabar, 2-3 hari lepas dapat terus bukak. HAHHAH. Nostalgia sungguh. Hari tu kemas bilik pastu terjumpa kad raya kawan-kawan sekolah bagi, comel pulak bila diingatkan. Yep, aku memang jenis suka menyimpan barang sampai mak aku dok bebel setiap kali waktu aku balik cuti :


"Buanglah mana-mana yang tak patut tu, penuh dah almari semua dengan barang"


Memories. You can't simply throw them away. Hatta yang pahit pon. Sebab sepahit-pahit memori pun, one fine day, kau akan terkenang dan gelak pada memori yang lalu.

Sebenarnya, tujuan utama aku nak citer aku dapat kad raya dari Abang Eq je. HAHHAH. Antara blogger yang friendly. Aku tau sebab, 2-3 tahun yang lalu, aku ada satu blog and follow Abang Eq ni, sebab busy sangat aku tutup blog tu, and now buat blog baru. Baiklah, terharu kejap. Aku rasa ni lah first and last kad raya aku dapat tahun ni kot sebab semua dah maju kan, stok wish raya dekat facebook je. Kalau nak glemer, upload dekat youtube. Tadi tengok setem dekat sampul, *tetiba usha setem* mahalnya setem, tambah terharu pulak. 






Kbai.





.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.