30 Jul 2013

Buat Menu Tab Comel!

Assalamualaikum.

Kemain kauu tajuk. Guna barang fghee memanglah comel ye tak. Hai, tutorial 'Buat Menu Tab Comel' ni bukanlah dari aku actually. Aku just nak add up sikit-sikit je. Bagi kengkawan yang rasa diri korang noob sangat mahupun yang baru buat blog dan kepingin nak hias bagai blog korang,this one maybe bantu sedikit sebanyak lah kan.




Tak nak cakap lebih, apa yang you alls perlukan adalah klik link ini untuk tutorial yang pertama :


Dah selesai? Bagus. Then korang proceed ke tutorial ni pulak. 



Pastu mesti korang pelik en, awat tadak tulisan kat gambaq? Haa jawapannya, ekau edit la sendiri aih.

"Macamane nak edit?"

Untuk edit-mengedit, aku sarankan kau guna photoscape. Senang, sebab aku pon guna photoscape je. Klik Editor>Object>Text . Taiplah guna font apa pon. I'm not sure about paint, boleh kot. Tapi syaratnya mesti lah kena save image dulu dalam laptop hatta pc korang pun. Pastu edit lah sesuka hati.



"Takde photoscape lah..."

No worries. Kau google je 'Photoscape free download'. Nescaya ada. Free je punn. Kalau malas tuu, tak tahu la nak buat macam mana kan. Dah siap edit, tinggal nak upload and dapatkan url image je.



"Tapi gua takde akaun photobucket la bro. nak buat kang, banyak pulak akaun, gua dahlah alzheimer..."

Jangan risau, aku pemalas lagi pelupa ini ada alternatif lain. Hang bukak facebook hang, hang upload gambaq-gambaq yang hang dah edit dekat situ. Kalau rasa-rasa tak nak bagi orang tengok, privatekan je lah gambar-gambar tu. Pastu kan, right click dekat gambar yang diupload tadi dan tekan copy url image. Kan dah dapat tuh. Tinggal tempek kat mana yang patut je.

Kbai.




28 Jul 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya

Assalamualaikum.

Lately tiba-tiba terasa nak join contest. Sebelum ni selalu usha-usha je orang masuk contest. Tapi lepas baca tips Abang Eq dalam entry ni : sila klik. Terus ter'inspire'. Wah kauuu. Tips dia simple je jangan give up. Jadi bertitik tolakkan itu, makanya aku cuba join lagi satu contest.


"Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya"

.sila klik gambar.

Contest ni memerlukan kau menggunakan skill nujum pak belalang kau. Kau kena teka jumlah duit syiling berdasarkan gambar yang diberi. Macam game teka kacang gitu. Tapi ini teka jumlah duit syiling, kalau rajin boleh lah mengira tapi kalau jenis stok macam aku haruslah main bedal je. Ada rezeki insyaAllah, aku cuba-cuba je.


Makanya aku teka jumlah dia : RM 73.94

Yang lain, moh la join. Contest ni tarikh tutup dia on 5th August 2013 jam 11:59. Hurry Up! Sempat lagi. Hadiah-hadiah pun menarik. Come, brush up skill nujum pak belalang korang.



Ramadhan 2013

Assalamualaikum.

Peeps, acaner Ramadhan y'alls?

Ramadhan pun dah nak pergi pass baton sama itu Syawal. Yet, ramai lagi leka dengan dunia. Yep, including me. Sobs. Rasa macam sedih pulak, sebab i didn't grab the chances to upgrade my iman. Leka. Setan tak ada tapi well yeah nafsu pulak kacau. Hope this remaining days can be fully utilized. Hope so.

Allah, awat liat sangat aku ni haaa?

Senang-senang, free-free je Allah kasi chances nak rebut pahala berlipat ganda. Rasa macam nak ketuk diri sendiri pun ada. Dah tekad nak kurangkan tidur dah masa bulan Ramadhan kali ni, yet i still overdose. Aigoo.

Hey, hey actually i've got something to tell ya'! I dah terminat dengan sorang ustaz ni. No, i mean dari segi penyampaian lah. Cool tahap gaban. Tapi ustaz ni dari tanah seberang, kalau yang dah biasa tengok sinetron insyaAllah no problem lah kot, yang tak tengok sinetron pon insyaAllah faham sebab bedanya dikit aja. Haa kan. Speaking indonisi terus yah. 

Kadang-kadang kita nak attend majlis ilmu, tapi kekangan yang tak dijangka buatkan kita tak dapat attend kuliah-kuliah agama. So dengan kewujudan youtube, actually sangat membantu if y'alls pandai guna ke arah menuju kebaikan. Banyak video-video dakwah yang korang boleh cari, taip je Dr. Zakir Naik, Nouman Ali Khan just to a name few. Kena rajin cari je, sebab ilmu tu kena cari, bukan ilmu cari kita.

Berbalik pada cerita ustaz tadi, nama ustaz tu Felix Siaw. Pertama kali dengan ceramah dia kat youtube, (which i found it on tumblr) tajuk 'Membangun Habits'. Terus:

'Baiklah, gua suka sama ini ustaz, sempoi bangatt'

Subhanallah hebat pengisian beliau. Tengoklah pulak ada Ir. tu kat depan. InsyaAllah kejayaan fiddunya walakhirah. 


Ini video pasal syahadah. Yang pasal habits tu nak tempel kat sini tak jumpa pulak bila search. Kalau nak tengok boleh bukak youtube then taip :

'Membangun Habits' 

then klik link yang tajuk :

' How Master your Habits - Kajian Membangun Kesuksesan - Habits - Ust. Felix Siauw'

Korang yang ada free time tu, lepas baca Al-Quran boleh lah usha video ceramah Ustaz Felix Siauw ni. Dengar sampai habis, insyaAllah banyak yang y'alls dapat. Selalu asyik cari music video je kan kat youtube, why not in this holy month ubah angin sikit dengar ceramah. Oh this one, a video on a beautiful recitation of Surah Al-Mulk by adik Youssef Edghouch. Cewahh,adik. Err susah jugak nak mengeja aih namanya.




 Orang lain asyik sebut adik Fatih Seferagic je kan, tau lah die hensem. Gelak-gelak masa baca comment "muslimah-muslimah" kat page Fatih Seferagic, siap ada unsur-unsur nak mengorat lagi. Kemain kau.

Kbai.





26 Jul 2013

"Caption The Image" Contest

Assalamualaikum.

Dah lama tak berkesempatan update blog. Well, straight to the point. Anda bosan? Tak tahu nak buat apa sambil menunggu waktu berbuka? Maka sudi-sudi lah bertamu ke blog  Abang Eq dan laju-laju join contest yang dianjurkan Abang Eq ni :

.sila klik gambar.

Nak join tapi tak tahu nak buat apa? Lemme explain :

First usha dan tatap gambar ni lama-lama, sampai termimpi-mimpi pun tak apa. Second, fikir caption apa yang paling sesuai nak letak dekat gambar ni. "Makan lemang secara berjemaah" ke, "Makan lemang mengeratkan silaturrahim" ke. Ok cukup la sampai di situ, meleleh pulak air liur bila terbayangkan lemang. Ikut kreativiti y'alls lah kan. Pastu sebar-sebarkanlah berita gembira ini kepada rakan-rakan bagi memeriahkan lagi contest ni. Pehtu, letak link dekat comment box dannn jangan lupa email caption anda yang kreatif itu ke :

eqbalzack@yahoo.com

done. Pastu jangan lupa doa, kalau ada rezeki insyaAllah. Oh oh, tarikh akhir nak submit adalah pada malam 31 Julai 2013. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Kalau nak tahu hadiah apa jangan lupa click dekat gambar. Maka marilah join secara berjemaah ! :))



p/s : Moga-moga makin murah rezeki Abang Eq.


17 Jul 2013

Kedekut Ilmu

Assalamualaikum.

Sejak duduk  U ni banyak yang aku jumpa jenis kedekut ilmu, tapi ada juga yang jenis pe'murah' ilmu, sampai lebih-lebih tahap pemurahnya berkongsi ilmu. Kau tak tanya pon, beliau dengan rasa gumbira share info-info, fakta-fakta, ilmu-ilmu, gosip...erk.

Tapi disebabkan tak nak lari daripada topik, aku just straight to the point. Aku kadang-kadang agak bengang dengan orang yang kedekut ilmu. Kalau jenis yang tak berani kongsi sebab takut nanti dia terputar-belit cerita, itu lain cerita dia. Ini yang jenis kongsi ilmu tak nak, unless kau bagi upah. No money no talk. Hatta secebis ilmu pengenalan pon dia tak bagi. I know ilmu kena cari sendiri, but kalau tak ada bayangan pon pasal ilmu tu, kau nak search pakai google nak taip apa? Lain lah benda yang boleh discover sendiri.




 Bukan tak pernah try main search dekat google semberono. Pernah. Tapi bila kau taip dekat search box soalan yang samar-samar, maka jawapan pon samar-samar lah. Nak jelas taip soalan jelas-jelas, baru dia boleh process apa yang kau nak cari sebenarnya.

Bila baca buku teks IPK503: Information Technology Ethics, katanya ilmu seelok-eloknya disebarkan secara percuma, nak kenakan caj pon maybe untuk tanggung kos lain macam kalau kau buat buku, maybe caj untuk kertas etc. Tapi kalau yang jenis depan-depan kau tanya elok-elok, tiba-tiba dan tanpa mukadimah ...


"Kalau kau nak, aku boleh bagi consultation kat kau, tapi kena bayar sikit ah."


Bukan tak boleh kenakan caj bro, tapi berpada-pada lah. Kalau aku consult kat kau, confirm ke aku dapat sepenuh-penuh ilmu yang pernah kau dapat masa kau join kursus? Kau tak ada ke sorok cebis-cebis ilmu, so that kau remain hebat. Kursus yang kau pergi pon mostly bukan berbayar, under U. Kalau mampu begitu, i don't even mind untuk bayar kat kau, biar kawan-kawan sendiri untung. Tak gitu? 


Bila aku jumpa situasi macam ni, aku hanya mampu...

"Meleis..."


Padahal orang cina, berlumba-lumba majukan bisnes dorang sambil tolong kengkawan dorang so that boleh bangun dan maju sama-sama. Kau pernah dengar ke sihir-menyihir, santau-menyantau sesama dorang?


Only meleis doh.Kbai.


16 Jul 2013

Kerana SQL aku ke Shah Alam

Assalamualaikum.
Hari Ahad hari tu supposedly aku nak pulang buku yang aku pinjam. Right after aku habis exam database. Gigih la aku menapak kan, pergi library nak pulang buku. Since dah lewat dari due date untuk pulang, so nak tak nak mesti pulangkan jugak. Due date dia on 12th July, hari Ahad pulak 14th July. Daripada menanggung denda lewat pulang buku yang banyak, aku amik lah inisiatif untuk pulangkan segeraaa. Tak kuasa nak bayar duit denda banyak-banyak oii. Lagipun bukan selalu aku pinjam buku, melainkan situasi yang memerlukan je. Baik gunakan duit aku untuk beli benda yang bermanfaat bagi aku. Beli aiskrim paddlepop rainbow misalnya. [Eheh.Wujud lagi ke aiskrim tu?]
Tapi malang kan tak berbau. Elok-elok aku menapak pergi library fac. engine, bila dah sampai dia tutup pulak. Bahagia kan, tak gitu? Aku lupa bahawa pada hari Ahad library tutup pukul 4:45 petang. Aku sampai sana pulak pukul 6:05 petang. Jauh beza jarak waktu dia kan? Maka balik lah hari tu dengan membawa dua buku yang menambah jumlah kg dalam beg aku. Tak ada function langsung, sebab baca pun idok. Sampai penyek aku punya roti gardenia vanilla kena himpit dengan buku tu.

So, today aku tekad pergi UiTM Shah Alam dengan niat yang jitu dan padu untuk tak nak tanggung denda banyak-banyak. Pukul 8 pagi lagi dah gerak dari rumah. Naik LRT dan sampai bout pukul 10 pagi. Standard ah 2 jam kalau naik pengangkutan awam , nak laju naik kereta, sejam dah sampai dah dari rumah aku. Kalau tak jam lah.  On the way tu sempat jugak lah aku baca novel MURTAD by Fixi.
Sampai sana, terus menapak pergi library. Pergi kaunter pulang buku. Dah prepare siap-siap dah singgit nam puloh sen. Tunggu. Sekali pak cik tu cakap :

"Dah."

"Aikk... tak ada denda? "

"Kenapa ? Nak bayar denda ke?"

"Sebab sebenarnya saya kena pulang on 12 hb."

"9hb September tarikh pulang."

Aku yakin masa aku renew kat laman web dia, due date on 12hb ni, kalau aku tahu boleh pulang sampai 09092013, baik aku tak payah pergi, simpan dulu dan baca sampai habis. Tak ada lah aku asyik tido je kejenya. [Konon.]


Balik UiTM tu ingat nak singgah KLCC. Konon nak cari kerja, daripada membongkang tak kira masa kan. Aku pergi big apples ke dunkin donuts entah. Kat situ tampal iklan nak pekerja. Sekali bila tanya kat cashier kata tak ada pulak. Ini antara perkara yang aku bengang masa cari kerja. Dah tahu dah cukup pekerja, rajin-rajin lah cabut iklan tu. Nak tahu troll orang je kejenya. Dah lah aku penyegan sikit. Hikhiks. Pastu pergi Parkson since pernah kerja sana, so konon familiar ah. Masuk je;

"Eh awat macam ramai ni, macam dah cukup pekerja je." getus hati aku.

Aku blah. Maybe kau nak marah cakap apasal aku tak try tanya dulu kot ada kerja kosong ke idak. Tapi entahlah, tiba-tiba segan pulak nak tanya sengsorang. Before this aku kerja sana, pergi tanya kerja kosong bertemankan dua orang kawan aku. Kali ini aku sengsorang. Rasa lain macam, tambah-tambah bila mengingatkan kes cuti sem lepas, bulan Januari. Dekat Parkson jugak.

"Assalamualaikum. Kak, sini ada kerja kosong?"

"Ada. Kitorang memang memerlukan pekerja yang bersemangat macam adik. Isi borang dulu."

Bersemangat gila dia cakap. Siap senyum lagi. Harapan aku pon mula bercambah.

"Dah. Ini dia."

"Okay, nanti ada pape kita call you okay."

Sampai sudah dia tak call-call aku. Ya aku tahu dia duduk kat bahagian Customer Service bukan Human Resource yang tugas dia uruskan pengambilan pekerja baru. Tapi dia tak sepatutnya bagi harapan yang sebegitu rupa kat aku. Sudahnya aku yang kecewa sebab perasan sengsorang. Why? Why? Why?. sobs. So that's why tadi aku macam serba salah je nak masuk tadi. Soal kerja ni aku tak berapa cerewet sangat, asalkan aku dapat solat dengan selesa. Itu je. Setakat ni Parkson je la aku tahu dan jumpa, kasi pekerja dia solat. Means ada sediakan tempat solat. Tapi tu pon ada yang tak solat gak. =..=




Eh by the way, Shah Alam tengah musim bunga woh. Tapi kat tempat aku pon bunga berkembang gak. HOHHO. Pastu kan, korang ada dengar en pasal lab budak sains gunaan terbakor haritu? Sempat jugak lah aku tengok. Teruk gak. Tadi pon ada bomba lagi. Nak siasat punca kebakaran lah tu agaknya. Nak tangkap gambar, aku dalam bas, segan pulak. Nanti dikatanya orang, aku jakun pulak.




Kbai.


15 Jul 2013

ITS571 itu DATABASE

Assalamualaikum.

Kes 14072013.

Heaven yeah. Exam dah habis, sejak semalam. Dan aku lah antara golongan yang ada paper semalam. Padahal banyak bebudak lain dah balik rumah berjimba. Kalau bebudak yang balik hari last exam selalunya dialog mereka serupa begini kalau nak jawab pertanyaan :

"Eh kau habis exam bila?"

"14 hari bulan, geng 'tutup pagar' UiTM"

walaupun tutup pagar itu tugas pak gad  polis bantuan UiTM , tapi itu hanyalah kata-kata memohon simpati walaupon orang lain memang harapan nak simpati kat kau. Peduli apa dorang sama kau. Aku pernah habis exam awal masa semester 1 je. Tu lah galak sangat gelakkan orang habis exam lambat, mungkin salah seorang yang 'teraniaya' tersebut telah berdoa dan doa beliau termakbul. Hasilnya, dari semester 2 sampai semester 4 aku golongan yang ada paper hari last exam.

Oh. Semalam paper database. Macam biasa, style study last minute aku pakai. Masa malam sebelum exam, yakni 13072013, jam 0815, setelah selesai berbuka ayam Uncle Bob dan solat Maghrib aku boleh sibuk packing barang nak balik. Masalahnya, habuk pon aku tak baca lagi untuk paper database. Malam tu jugak aku balik rumah sebab tenet kat rumah lagi laju, harap kat Mawar, humphh siput boleh dianggap sebagai sedang berlari kalau nak dicomparekan. Mungkin nampak tak bersyukur, tapi memang agak tak bersyukur. HAHHAH. Nak bukak youtube pon sekat-sekat. Susah i nak belajar, tengok tutorial bagai. [Masa exam je]


Oh yeah. Sampai rumah makan lagi. Lepas tu baru sibuk nak buat nota dari bab 1, naisssss angatt. Stay up. Buat notes, tengok tuto kat youtube diselang-seli kan dengan aktiviti membuat taik mata sampai pukul 10:30 pagi. Pastu gerak pergi UiTM, parents hantar. 11:30 pagi sampai UiTM, pulang kunci bilik kat pejabat kolej. Pastu terus gerak pergi bilik balik. Stay baca notes kat bilik je since aku tak kunci bilik. Masuk zohor.

Aisehh, aku tak bawak telekung. Acaner nak solat?

Kalau diikutkan boleh aja aku turun bawah pergi surau. Tapi since kena ada dekat fakulti lima belas minit awal sebelum pukul 2:00 petang, aku terpaksa cari alternatif lain sebab nanti kang nak bersiap pakai tudung bagai, berjalan ke fakulti lagi memang makan masa. Aah aku gerak pergi fakulti jalan kaki, meskipun dia atas bukit. Harapkan bas, maybe aku sampai dulu lah kot walaupon muka penoh peluh. Unless aku naik bas rapid.


Alternatif itu adalah...Aku solat atas katil. Yep, dah telekung tak bawak, mana datangnya kerajinan bawak sejadah pulak?



Best kan. Bila dah pakai ikut syariat, boleh solat on-the-go je. HAHHAH. Tapi kalau ikutkan, aku lagi selesa kalau pakai telekung. Dah terbiasa mungkin. 1:35 petang aku terkocoh-kocoh berlari anak keluar bilik menuju ke fakulti. Sampai fakulti je, tengok kengkawan still bersidai luar dewan baca notes. Ini betul-betul peluang. Ya, peluang hafal notes saat-saat akhir. 


Bila bukak kertas soalan... Perghhh perghhh. Satu je aku fikir;


Macam mana aku nak goreng jawapan untuk soklan-soklan dalam paper database ni?


Actually soalan tu tak susah kalau kau baca secukupnya. Tapi bila habis exam, sume kengkawan aku cakap susah. Maka, susahlah kot? Aku dah redha dah. Banyak je budak keluar awal. Samada dapat jawab atau tak dapat jawab je kemungkinan dia. Sebelum masuk dewan aku ada gak cakap dekat kawan aku Asma :

"Rasa macam nak balik sekarang dan ambil paper ni sem depan, biar lah dia catat tak hadir dari dapat fail"


Sebabnya, aku tak well prepared. Dah study last minute, nak well prepared apa nya? Tapi aku agak bengong, tunggu jugak dekat situ sampai pengawas exam panggil masuk. Sebut pasal pengawas exam, kawan aku kena psiko dengan satu pengawas exam. Boleh lak pengawas exam bagi pandangan yang minta penampar, pandangan dia macam :


"Tak dapat jawab lettew." diiringi bunyi hmphhh dan jeling.

Aku cuma bayangkan berpandukan cerita kawan aku. Kalau aku kena tu, mahu panas hati. Bulan-bulan pose nak bikin hati orang panas aje. Tak perlu lah sinis sangat pandangan tu bro, kau jawab paper database ni, kau tahulah nak insaf sebab bagi pandangan sinis ke tak.




Pastu, dah diuji dengan soalan susah, tiba-tiba pensil tekan aku lead dia habis. Konon nak topup balik, cari-cari, hmppphh. TAK ADA. ILEK. Aku lupa bawak. So terpaksa lukis dan sketch pakai pen. Memang lagak seorang pro. Perut aku pon time-time cenggini laju je buat bunyi-bunyian.


Dah habis exam, balik bilik solat asar. [Again, atas katil]. Pukul 6:30 petang naik bas rapid pergi Seksyen 2, pukul 7 naik bas ke Bangsar. Aku buka puasa dengan roti gardenia perasa Vanilla dalam bas tu after dengar azan dekat radio. Saat-saat tu baru sibuk nak bukak IKIM FM. HAHHAH. Apapun aku nak ucapkan :

"Terima kasih pak cik bas yang baik hati. Sanggup memandu membawa kami ke destinasi kami tanpa pentingkan diri berbuka dengan rakan-rakan di kedai-kedai makan Seksyen 2"

Macam lah pak cik bas tu baca kan. Rasa terharu gila atas kebaikan pak cik tu. Pak cik YOU ARE THE BEST pak cik! Sampai dekat LRT Cempaka pukul 8:15 malam something since my bapak sama emak yang jemput. Keluar dari stesen LRT, aku nampak kereta MyVi kuning.


Maybe bapak aku guna kereta abang aku kot untuk jemput aku.

Kata aku dalam hati. Pastu aku intai sikit since cermin kereta tu gelap. 

Aikk, macam orang muda, abang aku ke yang jemput nih?

Aku pergi intai lagi dekat. Orang dalam kereta pon dok tengok aku balik.




Aku ke belakang, berfikir. Nak tengok no plat kereta, aku tak hafal pulak no plat kereta abang aku. Dah kereta dia, buat apa aku nak hafal. Yang aku ingat no plat kereta bapak aku. Itu pon aku ingat part 'WJB' aje sebab bunyi dia macam 'WAJIB' . Bila dah ke belakang sikit tu baru aku ternampak bapak aku park tak jauh dari situ. Aisehmen, salah kereta doe, mesti mamat tu cuak tahap gaban sebab tengok orang asing tetiba nak masuk kereta dia, dibuatnya awek dia nampak, NAYA. Tapi rasanya mamat tu Chinese. Aku terus berlari-lari anak pergi kereta bapak aku. Malu. Pastu bukak pintu, tak menyempat nak masuk kereta, aku dah bantai gelak. Cerita kat mak dengan bapak aku, dorang pon bantai gelak. Bapak aku cadang kalau termasuk kereta tu tadi, buat ayat coverline :


"Sorry ah, i mahu rehat sikijap, apa pasai lu punya aircond slow ah" [sambil adjust aircond]

Memang tak lah. Tadi pon dah sebaldi SEGAN aku tanggung. HAHHAH.


Itu je, kbai.


11 Jul 2013

Ramadhan bersama projek 2.

Assalamualaikum.

kes 10072013

Supaya nyata, jelas dan terang, sila baca yang ini dulu.


Pagi tu, kitorang patutnya the first group yang present yakni tepat pukul 08:30 pagi, tapi nak buat acane, documentation pun tak fully siap dengan tak print lagi. Bella try call puan untuk mintak consideration. Then, pagi 10 Julai tu, balik dari PTAR1 pukul 8 pagi tu, kitorang terus bersiap dulu tapi versi tak mandi, just tukar baju. Dah tukar baju, semua jadi Running Man pergi bawah balik sebab nak pergi print pulak. Hampir 2 jam kitorang lewat untuk present. Tapi nasib baik panel-panel benarkan group yang lain present dulu.


Pastu dah sampai, tunggu group yang tengah present kat depan habis present dulu. Later, giliran kami. Masa presentation, it doesn't turn well. Kena teruk jugak dengan panel. Yana, Bella dah fikir repeat paper, fail. Aku ada terfikir jugak time tu, tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cam tenang gila je waktu tu. Tak tahu kenapa. Dah mengantuk sangat lah kot.


Lepas present, aku, bella,dengan yana bantai tidur kat belakang. Jo, aku suruh dia balik, tapi dia tak balik, tunggu group Arif present katanya. Same goes to aidil, hilmi classmates aku. Sebab arif banyak tolong dorang buat sistem katanya. Aku tak tahulah panel nak cakap apa. Yelah dah la group kitorang datang lambat pastu boleh pulak tidur waktu kawan lain present. Minta maaf kawan-kawan, kami ngantuks gilaa. Dalam pukul 1:43 petang camtu, tiba-tiba panel-panel kata nak balik, walhal ada lagi dua group tak bentang. Tak nak tunggu lagi. Salah satu panel tanya :

"Group arif pukul berapa sepatutnya?"

 ada sorang jawab :

"Pukul 1:30 petang."

Pastu panel cakap dorang tak boleh tunggu dah. Then panel keluar. Masa tu budak kelas aku semua dah macam risau dekat dua group tu. Group mira lambat sebab tengah print while group arif sebab arif terlambat bangun. Yelah, dah stay up for 2-3 days for sureee penat punya.

Arif sampai je, kitorang suh group dorang try slowtalk dengan panel-panel. Untuk pengetahuan anda-anda ye, lecturer-lecturer kitorang memang hampir semua tegas-tegas belaka. Kalau final year project kau hantar lambat, beberapa minit je pon, nescaya final year project kau tu akan berkubur depan pintu lecturer macam tu aje. Call call, entah berapa banyak call akhirnya salah satu panel mesej. Bunyi dia lebih kurang macamni:




Minta maaf, present lain kali. Panel-panel semua dah penat.


Yang risaunya part 'lain kali' tu. Banyak maksud kot bagi kami words 'lain kali' tu. Kalau repeat paper memang seksa ah, banyak kerja kot subjek ni. Dah lah subjek ni subjek untuk 3 sem. Means ada 3 part. Kalau tak lulus memang tak boleh maju ke part yang lain. Tapi lastly, dalam 20 minit gitu, dorang dibenarkan untuk present on 11th pukul 10 pagi. Kawan aku kata Alhamdulillah presentation dorang okay. Lega jugak lah, kalau tak mana nak cekau 40% marks. Final just 60%.


Papepon semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih pada yang tolong ajar kitorang buat documentation (terima kasih Ain!) dan terima kasih pada bebudak lelaki yang kongsi ilmu dengan Jo masa buat sistem. Aku tak tahu sebab jo buat sistem duduk kat side lain, arif la kot. Since bebudak lelaki sanggup tidur krohh krohh krohhh dekat dewan kuliah daripada tidur kat bilik untuk tunggu group Arif present. Terima kasih jugak dekat Nur sebab pinjamkan kereta untuk topup perut kami-kami yang kosong.HAHHAH

Berkerut-kerut kau, muka yana.

Susah tahap sentuh hidung.


Lastly, terima kasih pada group mates yang banyak bertungkus-lumus. Apa pun yang terjadi semua ada hikmahnya. Keep praying. Apapun yang terjadi, keputusan dia, aku harap aku kuat. You guys pun.
Petang, habis present tu, aku tidur sepuasnya, sebab nanti nak menghadap paper database on 14th July nak kena berjaga lagi. Sem 4 ni aku rasa aku nak namakan 'Sem Stay Up' tak pon 'Sem Tak Cukup Tido' tak pon 'Sem Azab'. Sem lain tak ada nama, sem ni je aku rasa bermurah hati nak bagi nama.
Bila dah tido puas-puas, maka haruslah kau memikirkan perihal perut pula. Dah tu buka kau nak makan apa? Pukul 6:30 petang terus pergi DC. Banyak pulak kedai yang tutup, kedai yang bukak pulak semua penuh. Nak beli ayam Uncle Bob pulak, hari tu dah beli. Maka datang inisiatif gila menapak ke Bazaar Ramadhan.


Punya gigih aku menapak, pukul 7:05 petang sampai sana. Dan, sumpah nak nangis bila melihatkan semua pakcik makcik yang jual makanan sibuk kemas barang. 2-3 kedai je yang bukak, tu pon sebab makanan dorang tak habis lagi. Semua dok serbu kedai tu, ye lah dah itu je pilihan yang tinggal. Kalau cenggini, memang untung jual makanan waktu bulan puasa, sebab at the end, bila takda pilihan makanan lain, dorang akan beli kat kau juga walaupun makanan kau tak begitu menarik sebab they alls tak masak kat rumah dan kalau nak masak pon tak sempat. Maka bedal saja apa yang ada. HAHHAH.
Sedih, tobat dah nak pergi bazaar Ramadhan. Pengajarannya, waktu puasa  janganlah kau beli makanan last minute, memang debu je kau dapat. Kecewa, aku pergi Restoran Popiah SS Ali, ingat nak makan rojak ah, sekali RM 5.00. Kat pasar malam RM3.50 je pon. Keluar. Disebabkan tak nak orang pandang sinis sambil kata;
"HAHHAH, pergi bazaar, tapi tak beli pape. Makanan dah habis lettew.Beli lambat lagi.HAHHAH"
Maka aku pergi speedmart, nak coverline skett. Beli biskut, maggi, keropok Cheezels. Bismillah dan keropok cheezels selamat dalam mulut aku.

p/s:
Malam semalam punya terawih, suara imam tak macam masa first day terawih. Kurang feel sikit. Malam ni tak tahu lah macammana.








 

Ramadhan bersama projek.

Assalamualaikum.

kes 09072013


Yeah dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Selasa haritu aku terpaksa stay up di library demi menyiapkan projek. Dugaan tahuu. Kala warga kolej Mawar ada yang dah balik sebab dah habis exam, ada yang sedang bertungkus-lumus menelaah pelajaran bertemankan facebook di sisi meja, aku dengan ahli group aku bersengkang mata menyiapkan projek. Itu memang dugaan. Dugaan memang dugaan tapi aku dan ahli group aku tak lepaskan peluang untuk menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan. Kitorang release tension, penat buat projek dengan solat terawih. Lokasi : Masjid Sultan Mizan, UiTM Shah Alam.



Ini masa awal-awal lagi, so tak ramai lagi yang datang. Kang snap masa ramai orang kang, segan pulak i'olss sebab handphone i punya kamera bila snap picture ada bunyi. Honestly, tak tahu macam mana nak silent kan bunyi phone baru ni. *Motif, nak cakap dah beli phone baru, HAHHAH.


Waktu first day terawih, kat ceruk mana pun ramai punya lah. Same goes to Masjid UiTM Shah Alam ni. Ramai giloss bila solat isya'. Full. Orang kata fully utilized la space untuk jemaah perempuan solat. Lelaki punya space aku tak tahu, tak de pulak aku mengintai nye. HAHHAH. Malam tu, terawih aku hampir khusyu' lah kot, tak berani pulak nak kata full khusyu'. Reason aku cakap macam tu sebab, start azan isya' je, bilal punya suara masa alunkan azan tu, perhh, merdu. Cair tau dengar, hati keras pon boleh jadi cair. Melting dengar baq hangg. Then, terawih. MasyaAllah, imam punya suara masa alunkan surah Al-Fatihah, surah-surah lazim, perhh, mantap, merdu. Lagi sekali aku cair. Double melting. jatuh hati tauu. Kalau masuk CD tu, insyaAllah aku beli. That's y la kot aku rasa cam khusyu' je. Sangat merdu, memang menghayati gilaa lah masa tu. Masa tu dalam hati asyik 'Subhanallah merdu'. Kalau macam ini, hari-hari pon aku sanggup terawih kat masjid. Yeah, suara imam sedap adalah antara faktor jemaah masjid gigih untuk berjemaah sama. Bukan racist pada imam yang lain, i'm just saying suara imam kadang-kadang boleh menjadi point of attraction.


Lepas terawih, aku, yana dan bella naik balik PTAR1 (Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam) nak sambung kerja documentation. Projek ni, kitorang kena buat sistem, but sistem kitorang ni dibuat oleh Jo, satu-satunya lelaki dalam group aku. So tugas Jo ni coding buat sistem, payah jugak sebab selalunya yang buat sistem mesti sorang, kalau banyak sangat tangan campur, mungkin sistem kau bakal tak siap atau lambat siap. Jadi aku, bella dengan yana takeover bahagian documentation. Bunyi macam senang, tapi erhhh, bila dah menghadap tu, boleh buat kau rasa nak pitam. Documentation tu siap kena dengan diagram bagai, kena tally dengan sistem. Yeah, documentation pun kena guna otak. Memang kena perah otak fikir.


Documentation sangat penting dan kalau kerja buat documentation pon dah boleh dapat duit yang buat kau kata walawehhh. That's what Information System Engineering is all about. Documentation untuk course ini sangat crucial. Kalau Computer Science more on coding (*sangat best okayy) dan tup-tup dah siap sistem. Tapi bagi kami, bebudak ISE, kami kena start with documentation on the development process baru buat sistem. Jadi dua kerja pulak kann? Nak buat macam mana.


Since dari tengahari membawa ke lepas terawih aku, yana dengan bella tak makan maka haruslah perut ini melakukan mogok mahukan makanan. Even masa terawih, aku dapat rasakan perut aku bergelora, keluar guruh bagai. Rasa bersalah pulak kot orang sebelah rasa getaran ke hape kann result dari perut kosong aku. At 3:15 AM, baru aku, yana, bella dapat pinjam kereta Nur, classmates aku. So dapatlah buat sesi Jalan Jalan Cari Makan sekejap sebab buat documentation pun tak boleh fikir sebab lapar gilaaaa, dengan sejuknya kat PTAR1 tu. -.-


That day, first time aku terpaksa try makan dekat mamak. Last attempt lah kot untuk makan mamak. Tak mahu lagi dah makan kat mamak. Peduli apa kalau orang kata tak sporting tak makan kat mamak. I don't know, just my mother won't allow me to eat at mamak restaurant. Hari tu memang desperate gila, terpaksa sebab nak makan KFC pon ayam dia tinggal rangka. Ayam-ayam stok model. Kau gila? dah kebulur hampir 24 jam pastu nak makan tulang ayam aje, mahal pun satu hal. Makan mamak pon aku beli maggi goreng je, tak berani nak try nasi goreng bagai.


Pukul 5:00 AM baru kitorang sampai PTAR1 balik, sebab KFC seksyen 2 kekurangan pekerja, so service agak lambat banyak bukan sikit, ditambah dengan kekurangan pilihan makanan. Itu ini tak ada. So KFC baik tak payah buat dua puloh empat jam. Punahkan harapan orang aje, kesian staf awak juga in case kalau ada pelanggan yang coba-coba mencarut dalam hati. Masa aku,yana, bella,jiera beratur tu tiba-tiba, pap pap pap, berduyun pulak orang beratur belakang kitorang. Nak beli makanan sahur macam kami barangkali. Aku beli bubur KFC untuk sahur, yang dekat mamak tadi tu untuk dinner, herherher. Mungkin kau nak cakap,

"Jadah apa dinner pukul 3 pagi?"




Tapi, peduli pulak aku kannn. Sampai je PTAR1 makan bubur KFC jap, naik atas terus sambung kerja, dah dapat tenaga kan. Click sini untuk sambungan dugaan kami di bulan Ramadhan.


kbai.





8 Jul 2013

01072013 : Stars Archery, Times Square


Assalamualaikum.


kes 01072013.
part 2.



Sebelum ini aku ada post pasal aku, fariz dan yana pergi stars archery without gambar kan? Nah, ini kali with gambar. Tapi ceritanya kau baca je lah post yang ini.





since kitorang pergi hari Isnin, so memang tak ramai orang dan seolah tempat tu kitorang yang punya, HAHHAH. Baiklah, yang kiri sekali tu, no.14, aku punya, yang tepi dia yakni yang tak ada no. tu yana punya dan sebelah yana punya tu, fariz punya. Adalah sekali tu aku ter'attack' dekat no. 14 tu, kau nampak kan ada sebiji arrow sesat kat situ? Lepas aku attack terus camera dia jadi malap. Rupanya aku ter'panah' dekat camera dia. Nasib baik lah orang tu, tak mintak ganti rugi, hewhewhew. Dahlah kopak, muflis terus jadinya nanti. Tapi as y'alls can see,kat tempat aku tu ada 2-3 biji arrow kat tengah betul-betul. Aku rasa kalau aku dapat board yang ada satu target dan bukannya empat target cenggini, aku dah menang dah. Hebat jugak aku kan! HAHHAH. *muntah
(maafkan aku atas istilah salah yang digunakan, sesungguhnya aku hentam sesuka hati, sesedap rasa.)



this is yana in action. photo taken by fariz.



tarik.


le me (baju hitam) and yana (baju putih). Photo taken by fariz, since kami 3 orang je yang available hari tu untuk main panah-memanah. Padahal patutnya ramai lagi, tapi yelah musim exam, ramai busy, tinggal kami je yang pergi berjimba eh beriadhah release stress. Fariz dok kata, tangan kami salah, well kami first-timer. Dan peduli pulak aku kan, asal kena target sudah, HAHHAH. Tak peduli tu yang sampai bangun pagi esoknya tangan sakit-sakit.-..-
lepas.



excited yana.

le me. Nasib baik gua berhati perut, kalau tak habis bro tersebut. Nampak macam serial killer pulak, macam lah. Nak bagi panahan cinta pun, err tak payahlah, bukan taste gua.



gambar ni aku amik, sebab nak tangkap gambar pasangan berdua tu. sweet kan? Err lagi sweet kalau mereka dah bernikah secara sah. Halalan Toyyiban. Oh aku memang suka tangkap gambar senget-senget, bagi aku, nampak lagi art. Aku sorang je ke yang suka tangkap gambar senget-senget ni? 


cenggini lah environment Stars Archery, Times Square.




time ni aku dengan yana dah habis main, since kitorang main 36 arrows je sebab berkongsi. Fariz tak habis lagi. Makanya, yana menjadi bosan lalu main calling-calling siap entah. Aku bosan, aku amik camera fariz, capture gambar(s). Tekan untuk tumbesaran gambar yang maksima.




fariz in action.


fariz punya no. 8.

fariz, muka puas. (photo by me)

(photo by me)

i don't know y, tapi aku rasa yana memang photogenic. (photo by me)

yana and fariz.

happy nauu.



oh ini anak foreigner mana entah aku capture. Pastu kantoi, itu yang dekat gambar atas sekali dia macam pandang "kau nak apa haa?!" HAHHAH. Peduli apa aku, tapi macam cuak jugak, kot bapak dia siku aku ke lepas amik gambar  anak dia.

step by step. Tekan untuk tumbesaran maksima.



lastly, this is me. err nampak pendek, tapi tinggi gua 158cm okayy. (photo by fariz)





masa balik tu kitorang main lari-lari atas tangga piano. Pastu, posing cenggitu haa. Maklumlah, kat masjid jamek, tangga pianonya dah rosak, padahal baru beberapa mingu pasang waktu tu.

Dah habis. Oh, motif letak 'photo by me' segala? Saja promote diri kot rasa gambar senget yang aku amik tu cukup art, boleh hire aku jadi photographer. herherher. Untung-untung boleh tangkapkan gambar wedding korang. herherher. Cumaaa, bagi dslr sebijik (pinjam,bukan bagi terus), sediakan pengangkutan (jemput aku), sediakan makanan. Itu aje, aku tak kenakan caj, since ini pon untuk trial & error, suka-suka. Oh semua ini telah di edit gua, kalau rabun, click kat gambar supaya jelas, nyata dan terang.


Perhh, ye lah, siapalah gua, gua tahu gua takde bakat dalam bidang photography. sobsss. *Lari ke penjuru dinding menangis.*

kbai.








6 Jul 2013

Hanya budak rajin

Assalamualaikum.

Kes 05072013
2215


Separuh dah pulang.Lagi 5 buah belum pulang.





First time selama aku duduk kat UiTM Shah Alam dan seumur hidup aku lah kiranya, aku pi pinjam 11 buah buku banyaknya. Kira cipta rekod cuma tak masuk Guinness Book Of Record je. Semua ini gara-gara projek. Terpaksa hipokrit untuk jadi rajin sebentar. Err tapi tak termasuk 3 biji novel yang kat atas tu. herherher.


Yolah, asalnya eden pinjam 3 biji novel tu nak buat isi masa senggang, konon-konon bolehlah baca waktu bosan masa tak ada kerja, daripada melayan facebook yang lagha tu, ish ish ish. (geleng kepala). KONON je lah.


Bila dah start baca satu novel, tanpa disangka-sangka dan diundang - undang, phewphew, menderu-deru projek menjelma. =..=. Dalam hati mahu aja mencarut sopan dan berkata;



Pantang tengok orang senang sikit. Maka bila dah projek datang tanpa henti perlukah kau buat tak tahu, keep calm dan baca novel? Haruslah tidak, kalau dah projek tu makan 30%, 40% untuk markah final kau. Maka 11  tolak 3 novel itu lah hasilnya. 4 buah untuk projek ethics , 1 buku tebal ya amat untuk projek java (sampai meleleh air liur basi baca) , dan 3 untuk projek database. Untuk 11 buku ni je, 3 sekali perpustakaan aku ziarah. Budak-budak UiTM Shah Alam tahu lah kot, PTAR1,2,4 aku ziarah. Gigih tak gigih?

Dah tu je lah, motif aku pun, nak show off aku pinjam 11 buku sekaligus je.HAHHAHH. Kau ada? Dan buat pengetahuan bebudak UiTM yang tak pernah pergi library (sentap tak?HAHHAH) , untuk student korang boleh pinjam 20 buah buku untuk dibaca sampai mata korang rabak. Tempoh pinjam 2 minggu. Mungkin kalau kau pembaca jenis drift mampu lah kot habiskan baca 20 buku dalam 2 minggu. Mungkin. Jenis aku, kalau tak habis baca pastu nak dekat deadline untuk pulang buku je, aku laju-laju renew dekat web library UiTM. Punyalah kedekut, nak bayar duit denda, HAHHAH. Ini pun 2-3 kali jugak aku renew, semata-mata nak elak bayar denda.


Bagi peminat novel tegar, novel kat PTAR selalunya lama-lama, old school orang kata. Kalau baru pun, tak ada lah baru sangat, dan dia akan jadi macam buku dah lama sebab berkat tangan siapa lah yang pinjam sampai buku tu jadi hodoh, macam dah lama gila buku tu ada kat PTAR tu. Buktinya, 3 novel yang aku pinjam tu. Korang baca ke, korang buat ujikaji atas novel tu hah?



Ape-ape pun, aku tetap rasa aku rajin bila dah pinjam 11 buah buku sekaligus cenggini. kbai.










1 Jul 2013

Stars Archery



Assalamualaikum.

Kes 01072013
1200-1515

Hey, mentang-mentang baru lepas paper hari Ahad, dah nak meronggeng. Yeah, aku pergi berjimba tadi, disebabkan paper seterusnya hari Khamis, makanyaaa. Kau tahu lah kan nak jawab ape. Kemon peeps, kita bukan robot, jadi mengapa harus tension hari-hari? Sekali-sekali haruslah beriadhah. Haa kan.


Tadi aku, yana, dan fariz pergi beriadhah di pagi hari dekat Times Square. Mungkin kau nak kata:


"Jadahnya beriadhah dekat Times Square? Aku rasa naik roller coaster bukanlah satu bentuk riadhah yang nyata."


Secara jujur, kami bertiga main panah-memanah tadi. Bukan panahan asmara yang pasti. Bagus kan sibuk-sibuk study, stress pasal study last minutes, kami sempat beriadhah menjaga kesihatan badan. Tambah-tambah sukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Bagus kan kitorang? *Baik kau kata bagus!*


Sepatutnya kitorang main archery ni dekat Sunway since dah book kat Groupon. Tapi pergi haritu, tengah renovate pulak, (sekarang dah bukak balik rasanya) pergi hari ni pulak main dekat Times Square since aku pon bercadang untuk terus balik rumah after main, tak mau aku terperap dekat UiTM saat-saat kewangan tak berapa kukuh ni. Duduk rumah makan pon free. HAHHAH.


Gambar?Nanti aku update untuk later post. Since kamera fariz yang punya. Macam pintu lah, kan Ahmad Albab yang punya. 




Kitorang guna Groupon punya voucher dapat 78 arrows for RM 18. Harga asal dia RM40. Nampak tak skill kitorang menguruskan kewangan? HAHHAH. Aku kongsi dengan yana, so 36 arrow sorang, yang kemudiaannya aku musykil sebab rasa macam main 18 arrows je. Nyesal tak kira awal-awal arrows before main. Tapi kalau aku kira kang dikatanya paranoid pulak. HAHHAH. Fariz pulak dia bantai main 78 arrows, ye tangan dia memang kebal. Yana pulak bila dah habis main rasa tak puas, rasa nak main lagi. Tapi aku pulak dah sakit tangan, risau nanti nak jawab soalan exam IPK pakai apa. Kaki? So kesian yana tak dapat main sebab aku.


Dah habis main, MAKAN! Yana kali ini bermurah hati untuk sponsor makan aku dengan Fariz, KFC lagi, yang katanya sedap hingga menjilat jari kaki. Maka dapatlah gua Snack Plate untuk makan tengahari. kehkeh. 


Dah habis makan-makan, balik. Naik monorail dengan yana dekat Imbi. Pastu aku boleh lupa pulak acane nak balik rumah by monorail. I mean, nak tukar kat stesen mana bagai tu lah. Blur. Mungkin sebab dah lama tak balik rumah la kot. Kalau setahun tak balik mungkin aku tak tau nak naik apa untuk balik rumah, nasib baiklah mak aku suruh laju-laju balik rumah. Asyik telefon tanya:


"Bila nak balik? Exam habis bila? Hari sekian-sekian ada exam? Balik hari apa?"


Rindu kat aku lah kot.HAHHAH. Baiklah cukup, kita sambung. Yana suruh aku berhenti dekat Hang Tuah since kat situ, turun je tukar naik LRT, lepas tu terus tak yah tukar dah. Terus sampai Cempaka. So sampai lah Hang Tuah. Yana cakap:


"Nad turun je pastu lalu dekat laluan yang tak payah masukkan token tu"

Aku keluar dari monorail. Aku dan yana berpisah kat situ. Turun tangga, busy toleh-toleh signboard. Lepastu;

"Awak, awak lalu sini"

"Hmmm??" (kasi angkat kening sket)
Haruslah pelik, tiba-tiba ada orang tegur. Kena tegur pulak dengan orang yang naik monorail dengan kau tadi. Pastu secara sukarela nak tolong tunjuk arah pulak. Mahunya tak pelik. Tapi apapun, terima kasih bro, moga Allah balas. Oh in case kau wonder, dia takde lah tahap hensem, tapi okaylahh. Aku tak usha okayy. ter je, ter.

"Dia kata tadi terus je kan? Tak payah masukkan token kan?"

"Err aah."

Menonong je aku ikut mamat baju hitam tu .Masa tu serupa macam aku tak pernah datang KL. Mungkin mamat ni ingat aku tahap kritikal, tak pernah naik LRT dan SESAT serta memerlukan bantuan. Oh mamat ni duduk sebelah yana masa dalam monorail tadi. 

Jadinya dia curi-curi dengar perbualan kitorang tadi? Begitu? Jeng jeng jeng.


Dah kau cakap serupa nak bagi satu monorail dengar, mana lah mamat tu tak dengar

Oh dia tanya aku belajar mana. Aku jawablah UiTM. Shah Alam. Dia jawab jauh. Aku pun macam?



Pastu aku pun ia kan aje lah. Pastu dia cakap;

"Awak kena pergi yang belah sana, nak turun masjid jamek kan, saya punya kat sini"

Aku pun ia kan aje, sebab memang aku ada state nak pergi masjid jamek tadi. Aku pun blurr aku nak pergi mana. Sebab aku konfius ingatkan kalau nak pergi Cempaka kena pergi Masjid Jamek dulu ke, since aku betul-betul lupa nak amik platform yang mana satu. Aku hampir nak turun pergi platform menghala Masjid Jamek. Mamat tadi dah turun kat platform lagi satu dah. Aku baca signboard balik. Yeah, aku kena amik yang menghala ke Ampang sebenarnya, tak payah nak pergi Masjid Jamek. Saat itu baru lah memori aku berfungsi balik dan saat itu aku berdoa mamat tu tak toleh belakang, nanti dia ingat aku psiko pergi ikut dia pulak.



Sampai LRT Cempaka. Since tak ada sesiapa yang menjemput dan hujan pula, mak aku suruh naik teksi dan bukan bas. Teksi pertama, terlepas. Teksi kedua pun ada orang cop dah. Tunggu dan tunggu. Teksi ketiga sampai, dalam pada aku nak serbu tu tiba-tiba ada chinese boy ni meluru ke pintu teksi. Dah tak ade rezeki kan, aku patah balik dan tunggu. Sekali uncle tu berhenti kat tempat aku tunggu, dia tanya pergi mana, aku cakap Saga, dia suruh naik sekali. Pastu ada lagi dua budak perempuan cina yang naik sekali. Kira sekali harung lah kot. Sebab budak lelaki tadi turun Teratai, dua orang lagi Taman Tasik. Tak jauh mana. Mula-mula, aku rasa cam baik lah pakcik cina ni. Senang. Tak payah ulang-alik. Dia hantar satu-persatu. Aku punya, second last. Chong chang ching chong lah aku dengar dia cakap. Yang aku faham 'Saga', 'Tasik', 'Teratai' aje. Bila sampai je rumah aku, aku baru sedar aku kena tipu, aku kena bayar RM7.00 untuk tambang yang sepatutnya RM 5.00. Mana taknya, dia pusing ceruk mana-mana, hantar budak dua orang tadi aku kena bayar lebih. Tapi takpelah pakcik, pakcik ni bijak sebenarnya, amiklah rezeki pakcik.


End.



P/S: Oh aku tak ada niat apa-apa, just gambar meme tu cam kelakar dan macam sesuai dan comel juga.hiksss. Tak ada niat   
        politik apa okayy.
P/S1 : Gambar akan diupdate pada post akan datang, insyaAllah.











.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.