31 Oct 2014

Annabelle, Conjuring dan Lif Menara S&T

Assalamualaikum.


30102014


Dah kenapa tetiba "Lif Menara S&T" pulak?  apa kaitan dengan Annabelle, dengan Conjuring? HAHHA. Bersabar ya nak...


Annabelle



So semalam, yakni 29 Oktober 2014, selesai sudah tengok Annabelle. Adik aku download, aku pun join sekaki tengok. Aku yang ajak dia tengok sebenarnya, kang tengok memalam sengsorang scary lah pulak. Lagipun aku tahu, yang dia pun takut tengok sengsorang. HAHHHAHA


Normally citer hantu yang melibatkan patung ni aku tak berapa sangat, macam Chucky ke apa tu memang aku tak berapa layan sangat. Bukan sebab takut ke apa, tapi sebab aku tahu dia tak scary. Tapi kalau orang bukak, aku tengok je lah, well aku kan sporting. HHAHAHHA.


Tapi yang sebenarnya,  citer Annabelle ni aku nak tengok pasal terbaca komen-komen kat group facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) dok sembang citer pasal nampak hantu while travelling. Ada satu komen tu tulis citer 'Conjuring' lagi scary dari 'Annabelle'. Aku tetiba rasa curious nak tahu ke'scary'an kedua-dua citer tu. Tanpa melengahkan masa, aku suruh adik aku download dua-dua cerita tu.



So malam semalam aku tengok lah Annabelle dengan adik aku dalam bilik, pastu tutup lampu untuk mendapatkan feel . Dan akhirnya, seperti yang aku agak, sound effect dia je yang kuat. Ada lah  1-2 kali aku terkejut manja. Kalau dari segi keseraman memang tak seram kot. Tapi baby dalam citer tu cuteeeeee gilaaaaaaa! Ahhhh rasa nak geram-geram je baby tu, omgg tolonglah paham.




Conjuring






Citer Conjuring pulak aku baru je settle tengok tadi dengan adik aku dalam bilik, pun tutup lampu jugak. Tapi aku rasa ni Conjuring 1 kot sebab aku google tadi nampak ada Conjuring 2. Lantak lah Labu...aku layan je. Tapi betul lah Conjuring ni scary sikit dari Annabelle yang tak scary tu. SIKIT je lah tapi. Sebab make up hantu dia kot. Tapi part paling scary, masa dia meracau atas kerusi, masa nampak muka dia separuh tu.


Yang tak scarynya, time kemunculan hantu badan besar tu. Aku rasa kalau hantu kurus je kot boleh nampak scary dan lebih hodoh. Kalau hantu gemok, kau buat lah mekap macam mana pun, aku tetap rasa ia kelakar dan comel.



Lif Menara S&T


Alang-alang citer pasal hantu-hantu nih. Aku nak citer sikit pasal satu kejadian misteri yang terjadi kat aku masa kat UiTM Shah Alam. Tak de kaitan pun dengan Annabelle & Conjuring sebenarnya. Tapi bila aku tengok Annabelle part pompuan tu stuck dekat lif, aku jadi teringat-ingat lak kes dekat UiTM Shah Alam.


Being an ISE student memang selalu kena stay up buat project, esaimen. Yang tak stay up tu samada dia rajin atau pandai berlebihan, sebab tu siap awal. Okay esaimen tu kalau stay up selalu stay up dalam bilik je.



Kalau bab buat projek, system yang kena buat secara berkumpulan selalunya kitorang selalu lepak kat library fakulti engineering. Tapi ada je group yang tak buat kat library ni, tapi tu lantak dorang ah, yang pasti group aku buat kat sini. Kalau nak test, nak exam, kengkadang aku prefer lepak library jugak pasai kalau duduk kat bilik memang harammm nak baca buku. 5 minit je dah boleh terbongkang, kira tahap nobita jugak lah aku ni kalau bab-bab tido. HAHHHA


So malam tu, aku tak berapa ingat sangat apa aku buat kat library, maybe group discussion. Yang pasti malam tu aku tak pergi library sengsorang. Library kat fakulti engineering ni ada 2, tapi 1 je yang bukak 24 jam. Kitorang selalu lepak yang dekat 24 jam, stay sampai pagi. Subuh baru balik.


Alkisahnya malam tu, dalam pukul 1-2 pagi aku rasa nak terkencing. Masa first time pergi library ni, kalau nak pergi tandas selalunya aku ikut kawan yang sama-sama nak gi tandas. Tapi bila dah beberapa sem duk UiTM ni, aku dah berani pi sorang-sorang tandas fakulti engine ni walaupun pukul 1-2 pagi. Selalu gak kawan tanya nak teman tak? Tapi aku selalu cakap tak payah pasai aku tahu dorang bukan nak buang ayaq pon, dan aku tak nak susahkan dorang semata-mata nak teman aku.



Kalau ikutkan pernah je aku pergi pukul 3-4 pagi tandas kat fakulti kejuruteraan tu. Pasai cirit-birit. Gara-gara minum Teh Herba Orang Kampung. Masa tu nak kurus punya pasai, tapi serius lah, kalau minum je teh tu konfem cirit 6-7 jam kemudian. Rasa nak cirit tu sudden gila, tapi kalau dah selalu minum and minum pada waktu yang sama dengan hari yang lain, kau dah boleh agak lah effect cirit tu datang pukul berapa.



Kes aku, aku minum waktu maghrib pasal takkan nak minum waktu ada kelas lak en, pastu effect dia pulak akan datang pepagi buta. Cirit punya pasal, pukul 3-4 pagi pun aku redah pi jamban, tak kesah lak waktu aktif hantu keluar ke apa, aku tak kesah. Janji tak terburai dalam seluar, malu ooo depan abang-abang engineering. HHAHHHA


Kalau kau nak tahu, tandas dia bukan kat dalam library. Dalam library ni takde tandas. Kau kena keluar dari library pastu naik tingkat 3 atau 4 , jalan sikit belok kanan baru jumpa tandas. Library tingkat 2. Aku selalu pi tingkat 4 pasal tandas tingkat 3 pintu dia selalu tak leh tutup. =..= So memang tingkat 4 tu kira jamban favourite la kalau stay up kat sana.


Okay back to the story, malam tu pukul 1-2 pagi cenggitu ah, tetiba rasa macam nak terkencing. So macam biasa aku keluar sorang pi tandas walaupun kawan aku offer diri untuk teman. Naik tingkat 4, masuk tandas, buang ayaq kecik. Keluar tandas cam biasa tekan butang lif. Masuk lif, tekan butang tingkat 2.



Disebabkan dah terbiasa aku relaks je lah dalam lif tunggu lif turun bawah and tunggu lif tu terbukak. Tak de lah pandang arah indicator yang tunjuk aku kat level berapa. Aku just menung kosong, tengok lantai, tengok pintu lif menanti masa dia bukak. Masa tu rasa macam duk dalam lif lama sikit dari biasa. Tapi aku tak perasan sangat masa tu. Sampai lah masa pintu lif terbukak.


"Eh apasal macam lain ni? Tak macam level bawah pun"

Bisik hati aku. Aku tengok indicator lif. Lah level 10 rupanya. Aku tekan butang tutup, tekan butang 2. Tapi lif still naik dan dia berhenti kat tingkat 13 or 14 aku tak berapa ingat. Pintu lif terbukak. Kau tahu tak masa tu, aku rasa macam dalam citer hantu pun ada. Lif terbukak pastu lampu kat depan kelap-kelip, bukak-tutup-bukak-tutup.


Aku tak keluar lif, aku tekan butang tutup. Pintu lif tertutup. 10 saat kemudian pintu lif terbukak balik. Aku tekan butang tutup balik. 10 saat. 20 saat. Pintu lif still tak tutup. Aku tekan lagi butang tutup. Sama. Kali ni aku tekan kuat sikit pastu, tekan banyak kali sikit butang tutup. Sama. Pintu lif still terbukak luas. Masa tu aku dah start cuak. Walaupun masa tu tak kelam-kabut tapi rasa cuak tu adalah sikit. Nasib baik dapat control.


Gila lah. Mana tak cuak kalau aku sorang je kat atas tingkat 13  pukul 1-2 pagi tu, dengan lampu disko lagi, kalau jadi pape pun orang tak tahu. Dah lah handset pun aku tak bawak, main tinggal atas meja library. Aku try tenangkan diri, aku keluar lif , pastu tekan butang turun dengan harapan menjadi lah. Itu je alternatif lain yang aku dapat pikirkan masa tu.


Nasib baik pintu lif tu akhirnya tertutup and turun sampai tingkat 2. Aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa turun tangga dari tingkat 13 ke tingkat 2 pagi-pagi buta macam tu. Dah lah tangga emergency tu suram je orang jarang lalu.

Alhamdulillah, aku selamat masuk library balik. Sampai sekarang aku musykil lagi pasal kejadian hari tu. Lif tengah bengong ke? Ada 'benda' nak gurau-gurau ke? Entah lah. Allah Maha Mengetahui. Tapi sejak kejadian tu, setiap kali aku stay up and nak buang ayaq pagi-pagi buta, aku tak pernah kena lagi macam tu. Bukan nak mintak benda tu jadi lagi. But somehow aku rasa macam nak buktikan yang kejadian misteri tu memang sebab lif tengah bengong.


Logik aku, kalau lif tu bengong mesti akan ada satu hari tu aku akan kena benda yang sama. Dibawa naik ke certain tingkat and stuck kat situ. Tapi Alhamdulillah lah tak jadi lagi walaupun kerap jugak aku lepak library stay up sampai pagi.

So tu je lah kisahnya, aku dan Lif Menara S&T.


p/s:
Masa lif terbukak tu, dengan lampu diskonya, aku bayang macam-macam. Aku bayang ada 'benda' muncul depan pintu lif. Nasib baik tak jadi betul-betul. Ini semua pengaruh citer-citer hantu. Nasihat aku, toksahlah tengok citer hantu banyak-banyak sangat. Nanti jadi macam aku dok baying bukan-bukan. HAHHAH
kbai.






26 Oct 2014

Dream Trip to Macau

Assalamualaikum.

Olá!
nǐ hǎo ma?























Hari ni rasa eksaited betul bila nampak contest anjuran Nuffnang dan Macau Government Tourism Office (MGTO) ni.
 

 


Sebagai seorang yang memiliki impian untuk travel ke setiap pelusuk negara di muka bumi ini, maka haruslah Macau pun tidak ketinggalan menjadi destinasi perlancongan pilihan aku. Tambah berkobar-kobar aku nak pergi Macau bila RunningMan episode 133 buat penggambaran kat sana.
 


 
Setelah buat research secara tekun sampai tidur pukul 2 pagi selama 2 hari berturut-turut, top 3 tempat paling best, wajib dilawati, paling nak pergi bagi aku adalah :


1. Macau Tower



Kalau sesiapa yang minat adventure, nak rasa adrenaline rush, sudah tentu Macau Tower adalah tempat-wajib-pergi. A-MUST-GO. Pilih je nak sky walk, tower climb, sky jump atau paling horror bungee jumping.


Skywalk


Skywalk ni, kau kena berjalan buat pusingan kat luar menara Macau Tower. Senang sangat bunyinya? Perlu diingatkan, masa tu kau akan berada pada ketinggian 233 m/744 kaki tinggi tau. Tapi kalau nak dibandingkan dengan tower climb and bungee jump, ini lah yang paling senang. Satu pose yang aku rasa menarik adalah duduk dekat hujung dia tu sambil selfie senyum tunjuk gigi padahal dalam hati Tuhan je yang tahu macam mana rasa dia. For sure mesti ada yang jeles, pastu nak gi Macau buat macam tu jugak. Contoh terdekat, aku. HHAHHAH


Tower Climb


Nakkan lebih cabaran? Try tower climb. Kau akan panjat Macau Tower setinggi 338 m/1109 kaki tu dengan menaiki tangga setinggi 100 m. Lepas tu boleh lepak enjoy view kat atas, sambil pipi ditampar manja angin sepoi-sepoi bahasa. Perghh. Mesti bangga dan puas dengan pencapaian sendiri lepas dah sampai puncak tu. Dianggarkan duration untuk memanjat adalah 2 jam 30 minit sehingga 3 jam. Pheww. Aku tengok kat website, crew dorang kata ini paling scaryyy. Dan aku terpaksa setuju. Terketar-ketar lutut membayangkan. Tapi kan, kalau ada orang kat depan aku, aku nak jugak cuba panjat.

 Boleh bayangkan tak tower climb ni scary tahap mana, kalau tengok muka Jae Suk? HAHHA
 
  
Sky Jump

Sky jump ni nampak je macam bungee jumping. Tapi tak pun. Sky jump ni kau akan accelerate dari ketinggian 233 m ke bawah ala-ala stunt man. Rasa dia sudah tentu lain daripada bungee jumping. Kau akan lompat ke bawah dan kau akan accelerate ke bawah dalam posisi menegak sebab badan kau dah diattach dengan wire cable. Less scary than bungee jumping tapi scary lah jugak bila slow-slow turun dari ketinggian 233 m/ 764 kaki tu.


Bungee Jump

Macau Tower punya bungee jumping ni paling tinggi, 233 m kot! Kalau ada duit ke, orang belanja ke, memang aku nak try bungee jumping ni. Takut tu memang ada, pasai aku ni jenis gayat le jugak. Tapi bila tengok Running Man, part Ji Hyo lompat tu, memang aku rasa tercabar as perempuan. Cool gilaaaa. Lagi-lagi Lee Dong Wook, terpikat terus hati ini rasanya. HAHHAH.

 
 
 
Bungee jump ni malam-malam pun ada, tapi ada spesifik waktu untuk winter and summer season. Mungkin rasa scary tu akan berkurang bila lompat waktu malam. Mungkinlah.
 
 
 
Amacam? Best kan semua aktiviti-aktiviti kat Macau Tower ni? Sumpah rasa nak try semua pastu post gambar buat kawan-kawan jeles, so that dorang pon berazam nak pi Macau try gak. HAHHAH. Tapi serius lah aku nak try bungee jumping ni, secara jujurnya aku memang gayat, tapi at some point tu, rasa macam nak atasi ketakutan aku terhadap ketinggian. Sebab ketakutan kita terhadap sesuatu tu sebenarnya boleh diatasi dan dikawal cuma kita lah yang kena amik tindakan whether nak atasi ketakutan tu atau tak. Jadi ini lah sebab utama aku rasa nak pergi Macau and buat aku rasa Macau adalah tempat wajib pergi!
 
 
Untuk lebih info klik : Macau Tower


2. UNESCO Heritage Spots & Cultural Experience

Pergi tempat orang mestilah nak tengok budaya dorang gak kan. Kalau nak tahu, Macau merupakan antara lokasi Bandar warisan di China. Bila dah tersenarai dalam UNESCO World Heritage List for sure lah tempat dia awesome dan memang kena lawat kan?
 
 
Since aku tak pernah pergi Macau so aku bergantung kat google and Macau Government Tourist Office je untuk tahu tempat-tempat menarik kat Macau. Serius banyak okay! Tapi jangan risau as mostly tempat-tempat dia kadang-kadang berdekatan je. Boleh jalan kaki je. Serius tempat-tempat dia lawa, senibina dia wallawehhh! Selalunya kalau aku pergi sesuatu tempat tu, aku suka hayati senibina-senibina bangunan kat tempat tu. Lagi klasik, lagi tradisional, lagi aku suka.
 
Fisherman Wharf


Seriously senibina bangunan-bangunan dekat Fisherman Wharf tu sangat memikat hati. Fisherman Wharf ni merupakan sebuah outdoor park yang menempatkan pusat beli-belah dan restoran sepanjang jalan. Pastu jangan lupa bergambar di Colliseum. Boleh habis berjam-jam jugak lah kat Fisherman Wharf ni sebab banyak port-port menarik untuk tangkap gambar. St. Lazarus District pun tak kurang hebatnya, aku baca kat situ banyak rumah-rumah style colonial. Serius mesti pergi tengok!
 
 
Banyak lagi tempat menarik ada dalam list kalau dapat pergi Macau. Contohnya, Senado Square, Tashi Square, Coloane Village, A-Ma Cultural Village, dan paling femes Ruins of St. Paul's Cathedral. Tengok kat Trip Advisor, sampai ada yang kata, tak lengkap lawatan ke Macau tanpa pergi Ruins of St. Paul's Cathedral ni.





3. Hiking in Guia Fort or Penha Hill

My bucketlist kalau dapat travel luar Negara adalah kalau boleh nak pergi satu dua tempat nak hiking. So untuk Macau ni aku jumpa beberapa laluan yang sesuai untuk buat aktiviti hiking seperti Taipa Grande Trail, Taipa Pequena Trail 2000, and Hác Sá Long Chao Kok Family Trail. Feel hiking kat tempat orang tu memang lain. Kalau dapat pergi Macau aku decide nak pergi hiking dekat Guia Fort dengan Penha Hill. Penat mendaki for sure hilang bila sampai puncak dan dapat tengok view yang cantik.




So inilah Top 3 tempat yang aku paling nak pergi kalau dapat pergi Macau. Ini lah yang buat Macau amazinggggg sangat di mata aku. Tapi ikutkan hati ni banyak lagi sebenarnya, nak tengok Panda kat Macau Giant Panda Pavilion, tengok DreamWorks Character Parade, pergi The Venetian fefeeling kat Venice dan banyak lagi. Dah pergi tempat orang, rugi kalau tak teroka macam-macam tempat. Lagi satu kalau pergi Macau, dapatlah belajar bahasa baru. Seronok! 


Is it possible for me to touch/hug panda in Macau? Because I really love panda! [Source]


 Kenapa Nuffnang dan Macau Government Tourist Office perlu pilih saya ?

  • Saya tak pernah pergi luar negara, tak pernah naik kapal terbang apatah lagi ke Macau. If saya terpilih, ini lah first time dapat merasa pengalaman ke luar negara dengan menaiki kapal terbang dan menyaksikan sendiri keunikan Macau. Pengalaman yang sudah tentu akan diingati sampai bila-bila!
 
  • Saya suka berjalan kaki ke mana-mana. Jadi kalau dapat ke Macau, saya tak kisah kalau saya perlu berjalan kaki untuk jangka masa yang lama atau jarak yang jauh. Saya jenis yang tak suka lepak dalam bilik lama-lama bila pergi satu-satu tempat, saya prefer keluar jalan-jalan ambil angin. Lagi banyak berjalan, lagi banyak tempat boleh teroka, dan lagi banyak pengalaman untuk dicerita dan dikongsi. Nanti, pengalaman-pengalaman tu bolehlah dikongsi melalui medium sosial seperti blog(sudah tentu!), instagram, facebook dan kepada rakan-rakan lain. Mungkin juga pengalaman tersebut akan dirakamkan di dalam video.
 
  • For travelling, saya prefer style backpacking. Moga dengan pengalaman ke Macau dapat dikongsi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Macau kepada rakan-rakan yang bercita-cita ke Macau. Mungkin juga sedikit tips kepada rakan-rakan yang beragama Islam yang teringin untuk menjejakkan kaki ke Macau. Seperti yang semua orang tahu, wanita dan shopping memang  takkan dapat dipisahkan, jadi mungkin peluang yang diberi ini dapat digunakan untuk tolong surveykan lokasi-lokasi shopping yang best. HAHHAH
 
  • Masa yang dijadualkan untuk ke Macau (sebelum 31 Mac) memang sesuai sangat untuk saya pergi bercuti dan menenangkan diri melihat negara orang setelah berbulan menghadap coding membuat sistem dan sebelum stress semula untuk menjalani latihan praktikal. :DDD



So kalau korang nak pergi Macau jugak why not join the contest. Mana tahu rezeki korang. All-expenses paid trip ke Macau tu! Tak rugi pun kalau try.

 
Korang boleh rujuk official website Macau Government Tourism Office untuk tahu lebih lagi pasal Macau. Serius, laman web dia well organized betul. Suggested place to visit pun dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Satu lagi yang aku suka dengan website ni adalah, korang boleh rancang initerary dalam website tu jugak dengan cara 'drag-and-drop'. Kalau malas sangat, boleh je ikut prepared initerary dalam website. Pilih je itinerary nak bercuti untuk 1 hari? 2 hari? 3 hari? . Senang gilaaa, tak payah fikir pasal itinerary dah, pikir pasal kemas barang je.

 
 
Boleh 'drag-n-drop' je untuk buat itinerary, atau guna itinerary yang disediakan.
 
 

 
For more detailed informations and updates, do visit:

Macau Government Tourism Office:


Nuffnang :



24 Oct 2014

Day 8 Part 1 Melaka : Jalan-jalan ke Muzium Kapal!

Assalamualaikum.

Annyeong!

10082014


Hari ini hari Ahad. Lepas breakfast, terus naik lepak bilik. Bukak tingkap, letak laptop nyanyi lagu AKMU-200% kuat-kuat. Langsung tak sedar diri kot orang sebelah terganggu tido pasal aku dok memekak nyanyi lagu Korea, lagu Sleeq-Tepi sikit. Serius aku lupa orang sebelah ada. Mungkin dah beribu perkataan dorang maki aku selama 1 jam aku nyanyi dekat tingkap tu.


Tempat ni lah aku citer yang aku sidai stokin tu. 

Bilik masa tu tade orang, Ann pergi church kat bandar. Sab pulak belum balik dari rumah dia kat Ampang lagi. Jadi, sesi melalak tak hengatt dunia pun bermula. Memang tak hengatt dunia aku menyanyi. Nyanyi style lepas, penuh perasaan. Puass betul rasa dia oih. 


Waktu lunch lak, Umi dengan Fa dah plan dah petang tu, dorang nak pergi jalan-jalan tangkap gambo kat A Famosa semua tu. Aku tanpa berfikir panjang terus decide nak join, Ann pun aku tak tahu dia balik church pukul berapa. Lepas Zohor je aku, Umi dengan Fa terus gerak keluar. So berjalan lah kitorang 10-15 minit menikmati kehijauan air Sungai Melaka. Tempat pertama yang kitorang pergi adalah Bukit St. Paul. Kalau hang kata A Famosa femes, Bukit St. Paul ni pun femes gak, pasai dia kat atas bukit. Alah naik tangga sikit je Cik Pe'ah oi. Tapi selalunya orang kalau nak pergi Bukit St. Paul ni dia akan cakap cenggini:
 
"Eh nanti nak naik lah atas A Famosa tu"
 
Aku punn...
 
"The fish? Apasai aku tak tahu A Famosa tu ada tangga boleh naik?"

Dua ekor anak kucing. [Gereja Lama Bukit St. Paul]

Tanpa aku sedar, banyak jugak aku photobomb gambar Umi. Ampunn.
Tapi serius gambar pertama nampak macam psikopat. HAHHAA 


View dari atas Bukit St. Paul

 Gigih je aku nak duduk panjat.
Kalau jatuh tak ke mati sia-sia? HAHHAH

Kiri - Bukit St. Paul
Kanan - A Famosa  
 
 
Since waktu tu panas gilaa, sebab kitorang degil jalan awal-awal petang cenggitu, jadi lepas je bergambar kat A Famosa tu, kitorang decide nak lepak chill out jap dalam Kompleks Dataran Pahlawan yang berhawa dingin. Kompleks Dataran Pahlawan dekat je Pe'ah oi, tak sampai 5 minit jalan kaki pun. Kau jalan sikit belah kanan A Famosa tu, dah jumpa pintu belakang untuk masuk situ. 
 
 
Tapi sumpah lah barang-barang kat situ mahal. Semua kedai jenis yang berjenama terkenal belakaa. Rasa macam jalan dalam KLCC pun ada bila tengok kedai-kedai mahal belah kiri ngan kanan. Umi pulak ajak usha tengok bebarang kat Victoria Secret, survey barang hantaran dia. Aku ingat Victoria ni jual baju dalam seluar dalam je, idok le ambe tau ada jual perfume sekali. Kitorang try berjenis-jenis perfume jugak ah kat dalam tu. Alah, spray kat tangan pastu gosok-gosok. Langsung hilang bau peluh jalan-jalan kat luar tadi. HAHHAHA
 
 
Round lagi dalam tu pastu kitorang pi singgah Guardian jap pasai Fa nak beli Pil Chi-Kit-Te-Aun [sumpah aku lupa cara eja dia]. Aku pulak beli wet tissue ngan Petroleum Jelly, buat letak kat hidung. Kulit hidung aku asyik terkupas je. Ini semua pasai, aku selesema teruk 4-5 hari sebelum ni. Menjadi seorang manusia yang tak tahan sejuk dan berhidung sensitif lalu duduk di dalam bilik yang disetkan bersuhu 20 darjah Celsius selama 12 jam sudah cukup untuk membuat aku selsema teruk.
 

Duduk dalam dewan asyik dengar bunyi aku Srott Srett sedut hingus je. Sampai ada budak group side kanan group aku datang menyatakan mereka simpati melihat kondisi hidung aku yang merah bagaikan hidung badut. Ye, mereka yang prihatin itu bernama Nisa dan Sofea. Memula aku pelik jugak ah tetiba datang hai hai pulak kat aku. Bukan tak nak kawan, tapi tiba-tiba sangat. Padahal nak kata dekat sangat jarak dengan meja group dorang, tak pun. Memula aku ingat aku buat salah lah ke apa kann. Alah macam cite omputehh, tetiba je pembuli datang tegur. Tapi dorang baik ah. Tapi sampai sekarang aku still musykil, atas sebab apa dorang amik inisiatif datang ke meja aku. HAHHAHA. Sumpah terharu kejap masa tu, pasai aku selsema pun ada orang kesian. Selalunya tade pun. Mungkin teruk sangat kott. Bhahahah.
 
 
Tapi, yang aku pelik, masa dalam bilik, Sab dengan Ann langsung tak rasa sejuk. Ann siap kata dia rasa panas lagi. Ada satu malam tu, aku terbangun pasai sejuk tahap gaban, gigil habis badan walaupun selimut hotel tu tebal. So aku bangun and try slowkan aircond ke 27 darjah, tak lama kemudian tu, tetiba Ann pusing-pusing badan bukak selimut semua. Eh, badan aku tak panas lagi kot. Aku biar beberapa minit, lepas tu aku terus tukar ke 24 darjah balik takut Ann terjaga. Maka bertabahlah aku dalam selimut tu sampai pagi. Pakai kulit jenis apa lah dorang nih. Bangun solat Subuh pun aku rasa macam nak tayammum je tanak amik wudhu pasai belum amik wudhu pun dah terketar-ketar macam kena Parkinson.
 
 
hoi
Well, berbalik kepada cerita kat Guardian tadi, bila dah amik je  barang yang aku nak beli tu, aku Nampak Umi kat bahagian makeup, alah bahagian lipstick semua tu lah. Umi tengah try-try lipstick. Secara jujur lah kan, aku tak pernah try tester lipstick kat Guardian ke, Watson ke, apa-apa lah. Paling koman, aku test kat belakang tapak tangan. Bukan pasai kotor ke hape. Tapi pasai aku segan nak try, pastu aku takut kalau aku try, akak-akak guardian tu pulak datang tanya nak beli ke? Tu yang tak try langsung tu, walaupun dalam hati meronta-ronta nak test kat bibir. ecewwah. Yelah, nak tau gak warna apa yang sesuai dengan bibir sendiri, kat rumah pun aku mana ada lipstick, lip gloss bagai. Ada lip balm je. Sebab lip balm murah. Sekian. 

 
Umi ajak aku join sekaki. Aku tak cakap apa-apa memula. Segan. hihhik. Bila tengok Umi, Fa dah asyik test lipstick ni lipstick tu, aku pun amik join try pakai sekali. Bila lagi kan? Wakkaka! Terima kasih lah Umi dengan Fa buat benda gila-gila cenggitu. HAHHAH
 
Kau maybe kata :


"Euwww, pakai bekas orang!"

Pedulikk. Lap je lah dengan tangan. Simple. Lagipun bukan laki pakai pun. Unlesss...HAHAHAH. So bila dah pakai lipstick pilihan memasing, kitorang keluar dengan keyakinan baru. Makeup settle, jadi... mari kita teruskan berjalan! Keluar je dari Kompleks Dataran Pahlawan tu, kitorang amik side kiri. Jalan je sikit korang akan nampak replika keretapi and kapal terbang. Maka sesi berselfie tanpa monopod pun bermula.
 

Dah tangkap gambar semua, kitorang ingat nak pergi Muzium Samudera atau senang cerita kitorang panggil Kapal Besar. Tapi malangnya semua tak tahu cara nak pergi sana macam mana. Last aku pergi masa matriks dulu, tapi aku pun tak ingat macam mana aku boleh sampai kat Kapal Besar tu.

Disebabkan semua berkobar-kobar nak pergi Kapal Besar, jadi gigih lah kitorang tahan satu beca ni, tanya kat abang tu macam mana nak pergi Kapal Besar tu. Rupanya Kapal Besar tu seberang je dari tempat kitorang berdiri. Tade lah depan mata gituh, kena jalan dalam 8-10 minit cenggituh lah jugak.
 
 
 
...Bersambung...









22 Oct 2014

22102014 : Movies

Assalamualaikum

Annyeong!

Hai hari ni aku nak citer movies yang aku dah tengok sejak minggu lepas lagi tapi la ni baru nak citer. HAHHAH. Sepanjang minggu lepas aku Berjaya khatam 3 movies. Dan seperti biasa jugak movies yang aku tengok ni bukanlah cerita yang baru di pasaran. Tapi peduli apa aku baru ke tak.

 





1. 99 Cahaya di Langit Eropa 2

Aku memula pun tak sangka ada sambungan dia. Nasib baik ternampak kat suggestion Youtube tu. Kali ni lagi banyak konflik tapi konflik dia tu sekejap je dileraikan. Sama macam yang first, still best. Apa yang baik boleh lah diamalkan, kalau yang tak berapa baik tu toksah la amalkan ye.
 
Kalau dapat baca novel dia lagi best kot aku rasa.
 
 
2. Alangkah Lucunya Negeri Ini

Memula aku ingat nak tengok Negeri 5 Menara. Sampai habis aku tengok citer ni. Citer ni pasal seorang graduan yang still menganggur cari kerja tapi asyik tak dapat je. Sampailah satu tempoh tu dia dapat idea untuk berkolaborasi dengan kumpulan pencopet kanak-kanak. Tapi niat dia baik, dia nak transform bebudak tu dari pencopet jadi tukang jual. At least dorang tak de lah buat dosa lagi dengan mencuri dompet orang lain.

Bila tengok sampai habis baru aku tertanya-tanya:


Apa kaitan cerita ni dengan tajuk?  Mana 5 menaranya?

 
Aku tak tau lah metafora ke ada maksud tersirat sebalik cerita yang aku tak dapat tangkap ke apa. Malas nak google aku baca komen kat Youtube je. Lahhhh, rupanya yang upload tu salah letak tajuk. Cehhh. Tengok komen baru aku tahu tajuk cerita ni "Alangkah Lucunya Negeri Ini", tapi kalau nak tengok search "Negeri 5 Menara".
 
Bagi aku cerita ni best jugak jalan cerita dia. Kira kalau rating 3.9/5 lah aku bagi. Tak complicated sangat citer ni. Boleh lah lepak hari Ahad sambil tengok cerita ni.

 
3. Hunger Games
 
OMG. Cerita ni best gilaaaaaaaaa. Aku tau aku noob baru tengok, tapi peduli apa macam aku cakap kat atas. Kalau aku tahu, aku tengok awal-awal dah. Dah lama dah ada dalam lappy tapi tak tengok-tengok. Aku tengok pun sebab nak free kan space lappy takut berat sebab nak download Dreamweaver.
 
Wehhhh, aku suka gila Katniss! Cool gilaaaa. Okay aku tak lesbian tak pengkid ke apa okay, Just aku suka tengok cerita yang watak utama perempuan dia tak terlalu lemah, kena buli bagai. Aku prefer watak perempuan yang jenis reti berdikari dan berani. Tak de lah asyik kena dera pastu asyik menangis mengenang nasib.=..=
 
Tapi dalam citer ni, kesian gila aku tengok Rue. Mesti dia kena paksa jugak join game ni. Comel je budak tu tapi sayang mati awal[dalam citer ni]. Aku rasa besar nanti mesti dak tu lawa. Pastu aku kesian kat Gale. sobs. Tapi aku suka Peeta gak, walaupun Gale Nampak lagi hensem. Tapi sebab perwatakan Peeta ni kot buat aku tak jadi untuk tak suka mamat ni. HAHAHAH

Bila aku tengok cerita ni, terlintas satu perkara kat otak aku:

Kreatif eh omputeh ni? Rajin betui dorang berfikir


Yelah kalau tak berfikir, takkan keluar cerita macam ni kan. Mesti keluar citer lebih kurang macam citer lain. Pasai kawen paksa la, isteri kena dera suami lah. Opss. Tapi memang realitinya kalau nak buat cerita genre fantasi memang kena berimaginasi jauh sikit. Mesti dia fikir :

Apa yang jadi kalau seseorang tu masuk survival competition tanpa rela bla bla bla

Sama macam Harry Potter. Baca novel dia je aku dah rasa macam masuk dalam dunia dorang. Tapi sayang Negara kita tak banyak novel fantasi cam tu, ada tu ada tapi berapa lah sangat. Entah aku rasa novel fantasi lagi syiok. Aku bagi 4.5/5.



Kbai.



 

19 Oct 2014

Day 7 Melaka : Pemandangan Waktu Malam

Assalamualaikum.

Annyeong!

09082014

Tade cerita apa-apa untuk tarikh ini. Tapi ini adalah pemandangan malam yang dapat dilihat menerusi tingkap bilik Iron. Bilik Iron ni scary jugak ah malam-malam pasai tade lampu. Tapi tingkap dia besarrr gila dan senang untuk kau lompat keluar dan bunuh diri atau pun terbunuh diri sendiri.

 


................................................................................................


Since tade pape nak cerita sangat untuk tarikh ni, maka aku nak cerita 'Kisah Stokin yang Berjasa'. Alkisahnya, hotel yang kitorang duduk ni memang tade ampaian apa-apa pun untuk keringkan baju. Yang ada, besi gantung tuala je dalam bilik air. Itupun kitorang buat gantung seluar kecik yang dah dicuci. WAKKAKAKA.

Aku ni jenis kaki pakai stokin, ye aku tahu itu pelik tapi lantak ah. Memula base on pamphlet yang diedar, kata bilik Iron dengan bilik basuh baju adalah sekian-sekian. Aku pergi lah bilik yang dikatakan bilik basuh baju tu konon nak usha lah kot ada ampaian gantung baju ke hape, sekali kunci. Alternatifnya, kalau aku basuh baju ke stokin ke, samada aku gantung kat bilik air atau dekat dinding tepi bilik.

So pada suatu petang tu [06082014], bila masuk bilik air, aku tersedar bau yang kurang enak menusuk jauh ke lobang hidung. Aku syak mesti datang dari stokin aku. Lagi-lagi dijemur dalam situasi bilik air yang lembap sebegitu. Jadi aku ingat sebelum keluar jogging dengan Umi & Fa, aku nak jemur kat luar tingkap jap kasi kering, balik dari jogging baru aku angkat balik.Dekat luar tingkap ni ada macam satu space membolehkan kau duduk kat situ. . So aku letak stokin atas kertas dan jemur dekat tempat itu.


Bila balik  daripada jogging, aku masuk bilik. Aku teringat stokin yang aku jemur. Mesti dah kering bisik hati aku. Kau tahu tak apa jadi bila aku bukak tingkap? Ye, daripada 3 pasang stokin yang aku jemur, at the end, tinggal satu pasang je, tu pon lain-lain pattern. Tengok bawah, aku nampak satu stokin belah selatan, satu lagi belah barat bumbung hotel. Baru aku teringat masa aku jogging tu, hujan rebas diiringi dengan tiupan angin. 


Dan makan malam aku disertai dengan ingatan terhadap stokin-stokin yang telah terkorban. 


Kbai.







18 Oct 2014

Movie Review : 99 Cahaya di Langit Eropa

Assalamualaikum.

Annyeong!

 




 
 
Gue baru aja habisin nonton ama itu filem Indonesia yang namanya 99 Cahaya di Langit Eropa. Okay, stop it. 
 


Basically cerita ni pasal pasangan suami isteri yang ke Eropah untuk menimba ilmu. Tapi suami je lah pi belajo, yang isteri dia aku tengok banyak pi jalan. Isteri just amik course belajar bahasa German je, Masa kat Universiti, suami dia selalu didatangkan masalah yang berkait dengan agama. Kena solat kat dalam tempat yang sama dengan tempat ibadah agama lain lah, pastu prof. yang tak memahami sibuk-sibuk buat Ujian waktu solat Jumaat lah dan lain-lain. Semua berkenaan 'Faith'.


Isteri pulak asyik berjalan, till jumpa Fatma, yang tolong bawak dia jalan-jalan sekitar Eropah and cerita kat dia sejarah Eropah, dan kaitannya dengan Islam.









For me, cerita ni best. Gaya penceritaan yang bagus, interesting. Aku suka fakta-fakta yang diselitkan dalam cerita ni. Macam fakta Croissant pasal kenapa bentuk dia camtu [tapi yang ni aku tak tahu sahih ke tak], pasal Cappucino yang orang selalu minum, pasal Sungai Danube dan fakta di sebalik pembinaan bangunan-bangunan yang ada kat Eropah. 


Ada certain dialog yang aku suka dalam filem ni:

1.
Stefan : Daging babi sedap, di sini murah. Kamu tidak mahu cuba?
Rangga : Itu anjing kamu?
Stefan : Ya.
Rangga : Oh di negaraku, mereka makan daging anjing seperti itu.
Stefan : Gila!
Rangga : Kamu tidak mahu coba?
Stefan: Tak mungkin! Aku sayang anjing aku.
Rangga : Nahh. I love my God too. Mana mungkin aku melanggar aturannya.

2.
"Dengan kerudung ini, aku wajib menjadi agen Islam yang baik"-Fatma


Rating : 4/5




Boleh tengok kat Youtube. Sekian.



Kbai.





17 Oct 2014

Day 5 Melaka: Blackout.

Assalamualaikum.

Annyeong!

07082014



Takde benda sangat nak highlight hari ni. Just pepagi sampai dewan, hall tu tengah blackout. Best gilaaa, rasa macam dalam gaming punya competition takpun hacking punya competition, walaupun dah sah-sah lah both of the competition diadakan dalam suasana terang-benderang bukan gelap cenggini. HAHHAH


Tapi apakan daya, tak lama lepas tu suasana dewan kembali terang. Kan best kalau dapat belajar gelap-gelap cenggitu. Kau tido pon instructor tak nampak. WAKKAKA. Itu point utama dia. Kau nak korek hidung pun lantak lah, bukan orang lain nampak, unless orang sebelah kau ah. Masa tu semua muka bercahaya dek sinaran laptop. Baiklah, since post ni tade pape sangat, aku cerita je ah pasal Infosys serba sedikit.

Subjek Infosys yang kitorang belajar ada 8 subjek semuanya. Dulu-dulu senior belajar sampai berpuluh-puluh subjek but tu amik masa lebih dari 1 bulan lah, pastu buat kat negara India. Bapak best gilaaaa. Tapi terbeban sikit ah kalau nak dapat markah pass tu.

Kitorang belajar coding-coding semuanya dalam dewan. Pastu instructor mengajar kat depan. Dalam satu dewan tu, ada 100 orang semuanya untuk batch kitorang. Ada 25 group and satu group 4 orang. Kitorang takleh ngengada pilih ahli group sebab semuanya telah di arrange. Biasa ah untuk galakkan kita bergaul, payah ler kalau tak nak bergaul. Even bilik pun dia tak bagi duduk dengan budak sama Universiti. Satu bilik 3 orang.


For me aku tak kisah duduk dengan sesape pun. Memula tu memang lah cuak. Tapi as long tak dapat roommate yang menggelabah, menyombong dan gedik aku okay je. Tapi tu pun ada jugak yang dah dapat bilik memasing sibuk nak tukar bilik supaya sama dengan kawan Universiti memasing. Aku rasa, bilik aku dengan 1 bilik lagi je tak bertukar ahli dia, untuk kategori bilik pompuan lah. Pastu ada jugak timbul isu, aurat perempuan muslim dengan yang non-muslim.


Untuk kes tu, aku tak kisah gak. Aku dengan Sab tak kisah pun duduk sebilik dengan Ann eventho Ann beragama Kristian. Kawan-kawan cakap kalau duduk dengan yang non-muslim aurat sama macam aurat dengan lelaki. Tapi before check-in aku ada lah google-google. Google pendapat ustaz ni, pendapat ustaz tu. Dan aku berpegang kepada pendapat :


Dibolehkan duduk sebilik, asalkan perempuan non-muslim itu tidak menceritakan aib kita pada suami.

Baiklah, kita ke topik kedudukan aku dalam dewan pulak. Masa awal-awal kelas, aku di assign duk paling depannn sekali dengan Sab. Masa tu best sebab ada geng nak berbual, ada geng nak selfie pasai Sab suka selfie. Tapi dia selfie berjemaah bukan jenis selfie sengsorang. Tapi kusangkakan panas hingga ke petang rupanya....[kau sambung...]

Mula-mula.


Rupanya selang beberapa hari, kedudukan kami dirombak. Aku dan Sab terpaksa berpisah. Yang tak boleh blah nye, aku dapat meja nombor 99. Paling belakaannnnggggg, second last. Kuaja tak? Sab still bahagian depan tapi duk side belah kanan. Wehh aku dah ah rabunnn. Nasib baik lepas tu instructor tu cakap dia share screen waktu sesi pembelajaran. Baru je nak niat pakai contact lens kaler-kaler. Kemainnn. HAHHHAAA

Later on.


Aku rasa ni sebab aku dok merungut dengan Sab. 

"Kenapalah dapat duduk paling depan sekali, nak tido pun susah kot! Dah lah kat tengah, nak tutup mata sekejap pun dah kantoi dengan instructor dah. Bagilah belakang sikit ke apa ke...bla bla bla"

Tapi masalahnya, aku tade lah expect dapat meja yang belakanggggg sekali. Kau mungkin boleh kata:

"Elok ah duduk belakang lagi lah boleh tido, lagi line clear punyaaa"
Silap besar ah bro. Kejadah apanya nak tido kalau toleh kanan je ada instructor lain dok perati kau! Bukan satu , tiga terus! Aku pun tak tau kenapa lah instructor suka lepak belakang, lepak lah depan ke, tido kat bilik ke. Sobsss. Ye, mungkin jawapan dia adalah:


"Supaya insan macam kau ni tak tido!"

Subjek mula-mula kitorang belajar basic Java Programming. Aku rasa, subjek first ni je bebudak perempuan eksaited nak belajar pasai instructor dia muda, lelaki, dan dari gayanya belum kahwin. Terer wohh instructor kitorang ni. Kagum sekejap. Sab suka ah pasai dia dapat duk depan. Instructor yang ni, nak kata hensem tu...bagi aku biasa je, tapi dia cuteee. Eh kau dah kenapa? *tampar pipi*


Tapi kan, aku tak tahu lah kenapa kawan-kawan aku boleh mata segar-bugar waktu dia mengajar. Aku pulak kat belakang main conteng-conteng pastu menguap, mengantuk semua ada. Tapi bukan waktu dia mengajar je aku mengantuk tapi most of the subjects lah aku ngantuk tanpa mengira siapa instructor dia, cuma subjek last sekali je aku tak ngantuk pasal instructor dia buat lawak. Tapi yang peliknya, time tu lah pulak kengkawan aku kata dorang ngantuk. Tapi tahap ngantuk masa instructor ni ajar boleh dikawal lagi lah pasai dia rajin berjalan. 


Yang paling aku ingat, aku segan-segan dan teragak-agak tanya dia pasai setting laptop aku, kenapaaaa whyyyy. Tapi dia pun beza berapa tahun je 2 ke 4 tahun gitu dari aku, so tak tahu lah nak bahasakan sebagai apa. Kalau cakap cenggini:

"Weh bro, mintak usha laptop gua jap, gua blurr ah"

Kang bersikap kuaja lak dengan instructor. Walaupun dia just suruh panggil nama dia je, for me ia janggal, nampak cam tak hormat orang yang bagi ilmu.
[Oh kau menguap-nguap kat belakang tu kira hormat ah?]. Sorryyy.

Sudahnya aku cakap cenggini :

"Errr..., boleh tengok laptop jap tak, dia ada...bla bla bla"

Nampak tak kebergunaan perkataan 'Err', nasib baik lah dia pandang time aku cakap 'Err' tu, kalau tak aku tak tahu lah acane.

Tapi nak cite ah, aku ngan Sab selalu gak usha dia. Sab mungkin minat dia, tapi aku takde la sampai tahap tu but aku rasa dia cool. Tetiba macam nak jadi kawan lak. Sebab dia citer dia pernah bungee jumping kat India, so I guess dia jenis adventurous, so mana tahu boleh kongsi-kongsi pengalaman ke. 


Part usha tu Sab paling berani, kat dewan makan pun Sab berani usha. Aku, harapannn lah, pusing tengok pun tak berani. lol. Tapi yang selalu menjadi tanda tanya setiap kali waktu makan adalah, bapak laju dia makan! Aku tengok pinggan dia lagi penuh dari aku, tapi dia lagi cepat makan dan cepat menghilang. Kira kitorang habis makan dia dah takde kat meja makan dah. Dak lelaki lain pun belum habis makan kot!


Mungkin sebab engkorang banyak bercakap waktu makan

Mungkin. Pastu time breakfast, banyak kali jugak ah kitorang sama time amik makan dengan dia. Time breakfast pun lajuuu gak. 


Apapun terima kasih lah kepada bro Azuan kerana mengajar kitorang. [Eh betul ke tak eh ejaan?] 
Kemainnn, dah habis belajar siap ber'Bro' pulak kau. Kalau dia terjumpa blog aku ni... mampus. Kbai.




16 Oct 2014

Day 4 Melaka : Jalan-jalan tepi Sungai!

Assalamualaikum.

Annyeong!


06082014





Hari ni, still kelas habis awal. So Umi, Fa ajak aku jogging tepi sungai. Jogging yang akhirnya menjadi aktiviti bersiar-siar. Siapakah Umi dan Fa itu? Well both of them adalah kawan kelas aku kat UiTM. So kitorang jalan-jalan pastu tangkap gambar. Pastu tangkap gambar kat Hard Rock Cafe tu je highlight dia. lol. 


Kawan kelas gua yang comel belaka.



Sebelum pergi ke Hard Rock Cafe tu, kitorang ada lah lalu kedai Cendol ni, rata-rata pekerja dia adalah Mamak. Rasanya lah.Time kitorang lalu tu kannn, tetiba sorang daripada pekerja tu cakap kat Umi.


"Aisyah mana pergi Aisyah? Lama dah tak jumpaa"


WAKKAKAK entah mana datang nama Aisyah pun aku tak tahu.


Layan je lah gambar, kitorang bersiaraya walaupon tak de lah banyak sangat gambonye.


Kenapa tangan aku melengkung lain macam eh?


Selfie kaki mana boleh lupa!


Lagi satu, waktu nak jalan balik ke Hotel kitorang tu, kitorang kena lalu satu pondok ni. Pondok ni berhampiran dengan tandas awam. Kat situ kengkadang ada orang-orang yang tak de rumah lepak-lepak situ. Aku just nak cakap beware lah kalau sengsorang lalu situ sebab takut jadi pape, bukan nak skeptikal tapi langkah berjaga-jaga, sebab kalau sorang takpe ini berjemaah. Kalau warga tua, aku tak kesah lah, ini yang muda-muda umur 30-40 an camtu, yang still ada kudrat. Waktu kitorang lalu tu just kena kacau je lah. Sebab kitorang jalan bertiga kot. Tapi memang muka memasing buat dono je lalu sampai kena cakap sombong.



So tu je lah .Babaii. 

15 Oct 2014

Day 3 Part 2 Melaka : Bunga Api!


Assalamualaikum.

Annyeong!

05082014





Kalau nak tahu Part 1 boleh klik Part 1 yang kat atas tu. Btw, aku tak cerita pasai bunga api dulu. Aku nak sambung yang Part 1 punya.

Actually, aku nak ler masukkan video sekali harung dalam post kat Part 1 tu, tapi tengok cam panjang pulak post tu, dah lah gif. tu pon hampir 2.5 MB, takut lag pulak kang. So di sini, aku letak video tersebut.


Ini adalah video yang aku rakam dan lajukan. Patutnya 7 minit tapi lama sangat kang bosan pulak en. Kau nak tengok, silakan. Tapi aku galakkan lah kau tengok pasai penat aku rakam sambil kayuh basikal yang loceng dia tak reti nak diam, dengan betapa tak steadynya sebelah tangan pegang handle basikal sebelah lagi pegang handset Cokia yang tak de kamera depan, yang kalau tidak aku dah rakam dah muka bahagia dan muka bersungguh aku kayuh basikal. Belum campur bahaya hampir-hampir nak masuk ke Sungai Melaka lagi. Hesh, nak beli GoPro memang ler eden tak mampu. Kesimpulannya tengoklah, WAHHAHAH!



video


Malam tu pulak kan, time tengah tengok TV dengan Ann, tetiba aku dengar bunyi pom pom pom. Dah sudahhh. Bunyi apa lak ni, aku tanya Ann, tapi Ann tak dengar kot masa tu, aku bukak tingkap tepi katil aku , wehhh bunga api wehhhh!



video
Abaikan suara teruja tersebut.


Pilihan yang tepat betul duduk tepi tingkap ni. HAHHAH. Cuma satu je benda yang scary kalau kau duduk tepi tingkap ni. Cuba bayangkan kau terjaga memalam buta, roommate kau tengah tidur. Tetiba kain langsir terselak, pastu kau ternampak ada kepala tengah dok hantuk-hantuk kat tingkap. Scary tak? Tetiba pulak rasa meremang. HAHHAH. Tapi serius ah aku pernah terpikir gak masa duk sana. Okayy abaikan fikiran mengarut aku tu. Kbaiii. 








13 Oct 2014

Day 3 Part 1 Melaka : Pusing Melaka dengan Basikal!

Assalamualaikum.

Annyeong!


05/08/2014






Hari ketiga kat Melaka ni since tak de apa-apa, since tak busy lagi dan since kelas hari ni habis awal, aku decide lepas Asar je, aku nak turun berbasikal round Melaka. Tak de lah round satu Melaka but since kedudukan hotel Wana Riverside ni tepi sungai, aku ingat nak ler berbasikal tepi sungai menghirup udara segar fefeeling kat luar negara gituhh.


Lepas Asar je aku dah kelam kabut keluar bilik tekan butang lif. Roommate aku jangan ditanya, dorang prefer lepak dalam bilik tengok TV ataupun tidur. Aku yang jenis tak boleh duduk dalam aircond lelama ni memang dah give up dah, tu yang pi keluar beriadah nak panaskan badan sikit. Cehh.


So turun je aku terus pi dekat kaunter hotel, cakap nak sewa basikal. Perhatian ye, kalau lah hang nak sewa basikal, bawak duit lebih sikit walaupun kat situ dia paparkan RM10 sejam. Kalau tak nak kecewa tak dapat naik basikal. Nasib baik dalam wallet aku ada RM50. Pasai apa? Sebab kau kena bayar deposit lagi RM15 , rasanya untuk jaminan lah kalau-kalau kau bawak lari ke basikal tu kan. So memula kena bayar RM10+RM15 yakni bersamaan RM25. Nanti kau dah pulangkan basikal baru dia bgai RM15 yang tadi balik. Pehhh sewa basikal pun kemain mahal, padahal kat Penang lagi lah RM10 je bayar, bukan takat 1 jam, berjam-jam kau boleh main. Cittt.


Aku pasrah je ah, since dah cakap nak sewa basikal. Tapi kemain banyak lagi prosedur dia lepas tu, nak no. bilik lah, apa lah, dekat 10-15 minit gak ah. Tak tahu ler staff on-duty yang tak cekap ke atau memang banyak procedure dia. Woiii, aku dah lambat woii, kau boleh terhegeh-hegeh tanya memacam, jawab phone call lah. Eshh.


Dah dapat kunci basikal. Abang hotel tu siap pesan.

"Hati-hati naik basikal ni tau dik. Kalau masuk sungai tak boleh keluar balik"

Aku ingat nak pesan pasai apa lah. Ingat bahaya pasai banyak orang hisap gam ke hape, sekali pasal takut basikal jatuh sungai. Hmm layann je lah.


Tengah kayuh tepi-tepi sungai tu, nampak sorang abang ni umur nak dekat 30-an rasanya, tapi nampak cam muda lagi area 24-26 tahun. Hensem? Hensem jugak ar... heheuu~ 
Tetiba abang tu cakap:


A.Hensem: Dik hati-hati naik basikal dik. Depan tu ada 2 orang bogel. 
Aku          : Hahh???Betul ke? *brek basikal* 
A.Hensem: Iyeee.Betuuul dik! 
Aku          : Err bahaya tak?Kalau bahaya saya nak patah balik. 
A.Hensem: Masalahnya yang bogel tu perempuan dik.Hati-hati je, jangan adik langgar                       dia pulak. 
Aku          : Oh okay. Terima kasihh.

Sampai sudah aku tak tahu abang tu menipu ke tak, sebab aku tak nampak sesiapa yang naked pon bila lalu sepanjang kawasan sungai tu. Takkan dah terjun sungai Melaka kot.

Kayuh-kayuh sampai lah penghujung, pastu aku ternampak bangunan merah a.k.a Stadthuys. Aku macam:


"Wohh, kat sini je rupanya. Dekat gila, jalan kaki lain kali pon boleh ni"

Rupa-rupanya Wana Riverside Hotel ni dekat je dengan Tourist Attraction macam Stadhthuys, A Famosa, Bukit St.Paul bagai. Ada lah dalam 10-15 minit jalan kaki. So alang-alang dah sampai tu, aku lalu-lalu ah kawasan situ, naik bukit St.Paul jap, lepak-lepak tangkap gambar. Basikal tu tak yah risau since dia bagi kunci. Rupanya A Famosa dekat je dengan Kompleks Dataran Pahlawan. Kenapalah aku tak perasan masa pergi dengan roommate kat matriks dulu.


Sebelum tu meh aku tunjuk basikal apa yang aku naik. Weh seriuslah weh bayar RM10 sejam untuk basikal yang tak best nih. Takde gear aku boleh sabauu lagi ah, yang tak tahan tu time lalu jalan tak rata je loceng dia berbunyi, ah sudahh. Tak pepasal orang ingat aku main loceng dia. Malu woi. Dah ah seat pun tak leh adjust naik hatta sedikit pon. Shitto. Bunyi macam tak bersyukur en? Memang. 


Since aku pergi petang so aku agak rushing jugak lah, aku tetapkan at least balik hotel mesti before pukul 7, walaupun aku start naik pukul 6:00 petang (ini aku nak salahkan staff tu). Pergi sana, objektif yang aku nak capai tangkap gambar, pastu naik bukit St. Paul. Termengah-mengah jugak lah lari naik Bukit St. Paul tu. HAHHAA. 

Rasa macam kerja gila gak ah, dah ler pergi sengsorang kayuh basikal. Okay, kat bawah ni antara port-port menarik lah if korang nak tangkap gambar. Sorry aku terpaksa combine 4 gambar sekaligus sebab aku takut berat sangat, walaupun niat di hati nak upload satu-satu sebab peghasann tangan ada seni mengambil gambar.Heehokkk.
  

Aku paling suka gambar kedua, gambar basikal dekat bangunan merah tu. Aku tak kisah kau nak kutuk ke hape, tapi aku rasa gambar tu cantik. HAHHAH 
Tak yah letak caption pun kau boleh tahu atas ni adalah gambar keretapi, kapal terbang, dinasour, dengan beca. Sekian sekain.


Gambar kedua tu aku ambil dengan mintak kebenaran dulu okay. Semangat nauu. Walaupun sebenaqnya, kawan dia yang tolong jawabkan. HAHHA 
Fakta Gambar #1: Masa aku tangkap ni aku tak tau ini adalah Muzium Pos, tangkap sebab dia lawa.HAHAH 

Fakta Gambar #1: Gambar kaki wajib!
Fakta Gambar #2: Pemandangan atas Bukit St. Paul.
Fakta Gambar #3: Batu dalam gereja lama dekat Bukit St. Paul.
Fakta Gambar #4: Orang baling duit kat dalam ni.
Pasal yang sangkar baling duit tu kan. Menurut kepercayaan orang kat situ, kalau baling duit dalam tu hajat kau akan termakbul. Aku tak baling lah pasai aku sayang duit aku.WAHHAHAH! Tapi ada je duit terselit celah-celah palang besi, yang tu aku tak tau lah pulak. Mungkin hajat dia sampai separuh je.HAHHHAHA #Sukahatiakuje . 

Kalau aku lah, aku nak turun je kutip semua duit syiling tu. Den kayoooo! Yang duit asing tu apa susah, pi je tukar kat Money Exchanger. Tapi aku pelik jugak, since aku dari matriks dulu (about 2-3 tahun sebelum) sampai sekarang duit dia banyak tu lah jugak. I mean tak padat la dari segi taburan duit yang jatuh. Mungkinkah ada yang berfikiran macam aku, yang amik duit tu? Jeng jeng jenggg.


Fakta Gambar #1: Perasan tak patung paderi ni tangan dia kudung sebelah?Jangan tanya aku kenapa.
Fakta Gambar #2: Tangga ke Bukit St. Paul
Fakta Gambar #3: Yang macam tiang tu adalah Menara Taming Sari
Fakta Gambar #4: Selfie kaki dulu.Di gereja lama, Bukit St. Paul.
Fakta Gambar #1: Pemandangan dari atas Bukit St. Paul
Fakta Gambar #2: Laluan ke Kubur Belanda
Fakta Gambar #4: Random-Bapak dan anak 
Aku tak masuk Kubur Belanda tu, walaupun aku nak masuk sangat pasai curious, tapi since aku sorang, aku cancel je niat tu. Lagipun dah nak pukul 7 petang. Kang aku meroyan sengsorang ke tak de sape sape yang nak tolong. Kalau meroyan tapi jadi terer cakap omputeh tak pe ler jugak.



...Bersambung...









.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.