31 Dec 2014

Kata Mak, Dulu vs Sekarang

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!



 
 
 
Dulu-dulu masa sekolah ,tudung aku selalu tak betul. Tudung tak betul adalah dilemma bebudak pompuan masa sekolah dulu. Penyumbang kepada rasa tak konfiden. Kira kalau tudung tak  betul tu, maknanya kira bad tudung days lah.
 
 
Ada satu hari tu aku nak betulkan tudung jap, ye lah untuk tahap konpiden yang maksimum, tudung harus betul . Tapi mak aku tak paham, lalu dia mengeluarkan ayat berbunyi sebegini :
 
 
"Tudung tu tak payah nak elok sangat. Ini *sambil tunjuk kepala* nak kena cantik!"
 
 
 
Gua terus sentap, dan berlalu pergi ke sekolah dengan rasa tak rela pasai tak betulkan tudung lagi. T.T.
 
 
 
 
 
 
Lain pulak sekarang, ada satu hari tu, aku ikut mak aku pi Tesco Ampang. Pastu mak aku tegur pasai apa pakai selipar jamban. Aku suruh mak aku relaks, pasai gi Tesco je pun, buat pe nak pakai lawa-lawa. Tapi mak aku tetap membantah, dia kata :
 
 
"Macam mana orang nak ngorat kalau pakai macamni?"
 
 
 
=..=, padahal dedulu mak aku selalu pesan jangan nak gatal-gatal, jangan nak berboifren, belajar je. La ni, mak aku kata lain pulak. Takpe lah mak, biar orang terima anakmu ini seadanya. wakkakaka!

 
 
Setakat ni aku rasa, aku anak mak aku yang paling mengikut kata pasal larangan berboifren tu kot. Pasal adik laki ngan  abang aku semua fail. Semua ada makwe. Tapi gua ada crush, lagipun mak aku tak kata jangan ada crush kan. HAHHHA.





Kbai.





30 Dec 2014

Biar miskin duit, kaya pahala

Assalamualaikum

Annyeon chingu!


Tadi scroll-scroll Facebook nampak satu post kat page UiTM Confession. Citer pasal pakcik tua ni, tinggal tengah-tengah hutan. Sorang. Kesian gilaaaa. Pak cik ni kata dia tak nak susahkan orang lain. Pastu bila diberi bantuan makanan, pak cik ni nangis pasal dia dapat rasa makanan sedap. Esoknya, bila orang datang bawak nasi beriani, lagi sekali dia nangis pasal dia sebelum ni asyik makan roti je hasil dari pemberian orang yang tahu dia tinggal kat hutan ni.

Kesian, bila tengok orang tua, tinggal sorang-sorang tade sape uruskan. Aku harap pak cik ni dihantar ke mana-mana rumah penjagaan orang tua-tua supaya ada orang jaga makan minum dia. If ada anak, plis lah tolong amik jaga bapak hang. T.T



 
 
Pastu sebelum ni, aku ada terbaca post pasal pak cik Zainal. Pak cik Zainal ni bongkok pastu bawak beg berat penuh dengan minyak wangi untuk dijual. Pastu aku baca komen-komen kat situ banyak gak yang kenal dengan pak cik Zainal ni rupanya. Banyak tempat dia pergi. Masya Allah, jauh betul pak cik Zainal ni jalan untuk cari rezeki. Sape yang duk rumah menganggur pastu reti kikis duit mak bapak je sila lah malu. Kagum betul aku dengan pak cik ni.
 
 
Banyak gak info aku dapat bila baca komen-komen orang kat bawah post tu. Katanya pak cik Zainal ni buta. Before this dia pensyarah. Ada sorang anak pompuan, lawa. Ada yang kata pernah bawak pak cik ni jumpa anak pompuan dia, tapi anak pompuan dia tak nak jumpa selagi orang yang bawak pak cik Zainal tak blah, kira macam anak pompuan dia ni nak jumpa pak cik Zainal ni sorang je lah tanpa ada sesiapa. Pastu ada yang kata pak cik Zainal ni sebenarnya kaya. Pastu pakcik Zainal ni suka minum air Milo tin dengan Nescafe tak salah.
 
 
Pastu ada pekerja 7E kata pernah nampak pakcik Zainal ni satu malam tunggu depan 7E, bila ditanya tunggu orang, tapi lama gila tade orang datang. Dia mampu sediakan kerusi untuk pakcik ni duduk. Pastu ada lagi satu komen sedih aku baca, ada sorang abang ni tahan teksi untuk pak cik ni, abang ni kata bawak je mana pakcik ni nak pegi dan make sure pakcik ni selamat sampai destinasi, pastu driver teksi ni taknak bawak, katanya pakcik Zainal busuk (Whattheheck doh driver, kuaja betul!), bila abang tu up kan duit baru dia sudi bawak.
 
 
 


 
 
 
Kesian kengkadang bila jumpa orang tua-tua cenggini. Yang takde orang uruskan. Yang still cari rezeki. Yang kengkadang dipandang hina. Serius aku tak puas hati dengan driver teksi tadi tu, tolong orang pun nak pilih bulu ke. Lagipun ada orang bayar, kalau nak Wangi sangat teksi tu sembur je lah minyak Wangi kemudian. Heshh
 
 
 
Korang-korang, kalau jumpa orang camni tolong lah sekadar yang mampu. Kalau jumpa pak cik Zainal pun boleh tolong dengan beli minyak Wangi dekat dia. Orang kata pakcik Zainal ni tak nak terima duit yang orang bagi dengan tujuan derma. So boleh tolong dengan beli minyak Wangi dari dia, kalau tak boleh belanja pak cik ni makan, or belanja air feveret pakcik ni, Milo.


Sumpah rasa, nak duduk-duduk dengan pakcik ni, sembang-sembang dengar cerita dia. Kagum jugak aku kengkadang dengan orang yang hilang keupayaan untuk melihat ni. Pernah sekali aku borak dengan sorang abang buta ni time tunggu bas dia kata dia dah pergi banyak tempat. Even aku sebut tempat tinggal aku pun dia tahu, padahal orang duk Ampang sendiri tak tahu kat mana sebenarnya kawasan tempat aku tinggal. =..= 

Btw, jangan lupa doa untuk mangsa banjir, kalau mampu, bagi sumbangan serba sedikit untuk ringankan beban mereka.
 
Kbai. 
 
 


29 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #6

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!


Bila dah start keje kat kedai buku ni baru aku tahu aku ni ada OCD. Tak tahu lah OCD buatan atau memang ori punya OCD. Bila susun buku, kalau boleh aku  nak susun dari tinggi ke rendah, kena susun ikut sama jenis. Kalau ada yang lain terselit aku akan tarik dan susun kat tempat dia balik. Pastu kalau rak tu macam berterabur, rasa macam berombak-ombak je dada ni nak susun bagi kemas.
 
 
Entah lah, maybe bukan OCD. Maybe just habit masa jadi librarian dulu, terbawak hingga sekarang. Tapi kalau orang jenis ada OCD ni mesti stresss en keje kat kedai buku. Pasai aku pun stress. Dah susun kasi kemas tetiba sejam kemudian bila kau lalu balik, tetiba Nampak buku terkeluar sana-sini. Tapi aku susun balik sambil cakap "Shittt!". HAHHAHA.
 
 
Boleh je nak biarkan rak tu tak tersusun. Somehow, aku rasa kalau sesuatu tu dipamerkan dengan cara yang lebih organized, lagi senang buat orang tertarik dan nak beli kot. Kalau Nampak rak tu macam bersepah, mood untuk pilih buku pun takde. Cuba kalau tersusun je. Well, itu pendapat aku. Sebab aku suka tengok sesuatu benda yang tersusun rapi.


Sebab aku suka tengok benda yang tersusun rapi, jadi adalah pantang kalau time aku lalu je rak buku tu, Nampak buku terkeluar sana-sini, tak letak kat tempat asal dia. Situasi ini lah yang buat aku agak rage dalam hati. lol. Certain customer memang ada yang bagus, amik kat situ, situ lah dia letak. Tapi lagi banyak customer yang tak bertimbang rasa dan anggap:


"Ah, takpe nanti budak kedai buku ni tahulah dia susun balik."

 
Tapi dia tak sedar yang dia dah susahkan orang lain untuk pilih buku. Cer, kalau aku tak susun buku-buku yang dia dah letak merata-rata tu, for sure akan menyukarkan orang lain untuk pilih buku. Gilaa apa aku nak susun buku setiap saat? Aku ada kerja gak kot, nak buat stok, nak return buku. Tapi tu lah problemnya, tak sampai 5 minit aku susun, bila lalu balik mesti ada buku yang kena susun.










Tolonglah ubah mentality tu. Hang tak susahkan aku, tapi hang susahkan orang lain yang datang nak pilih buku. Ingat, kalau hang susahkan orang lain, orang lain lak susahkan hang. Benda simple je. Letak kat tempat dia balik. Kalau sempit sangat ruang untuk masukkan buku tu, then, leave it, serahkan pada pakar (aku) yang buat, hat tu aku tak marah. Aku paham.  
 
 
 
 
Tolong doakan mangsa-mangsa banjir. Ada duit lebih boleh derma. Derma makanan pun boleh. Apa yang mampu kita tolong. Time ni lah nak buat pahala. Derma tu tak payah nak ikut pahaman politik sangat lah. Aku ketuk pala hang baru tahu.
 
 
 
Kbai.

26 Dec 2014

Permainan time hujan masa kecik!

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!


Tadi blogwalk kat blog Aesya Zealous. Lama-lama stay kat blog tu , aku asyik tekan older post dan tanpa sedar aku dah teraddicted. T.T wuwuwuwu. Kelakauuu, lagi-lagi versi troll dan sentap mak beliau. HAHHAH.

Pastu tersampai lak kat satu post ni, cite pasal memori zaman kekecik, lalu gua pun terimbas kenangan lalu. Kali ni gua nak citer jadah mainan apa yang gua main masa kekecik time hujan-hujan.



Game ni best dan tak senonoh. HAHHHA. Terasa malu pulak diri ini bila teringat balik. Masa kekecik dulu kitorang ada kolam air kecik, ala versi yang kena pam tu. Pastu aku ngan abang aku selalu mandi kat luar. Masa tu kecik lagi en, mana la reti malu, hihhi. Pastu entah macam mana lah terdetik game gila ni kat kepala dua abang aku untuk main gelungsur air ni.

Cara dia, kau kena make sure lantai basah gila. Pastu mesti rasa licin-licin en? Kau bukak selipar pastu kau tarik seluar ke bawah sikit, biar nampak bontot sikit pastu kau mintak orang tolak. [OMG segan pulak bila taip perkataan bontot tu T.T]. Kalau versi lari pun boleh , tapi kalau kepala kau sampai kat lantai jangan salahkan aku pulak. Tu yang kitorang main versi dedah separa bontot. WAKKAKKA. Yang pelik tu takde pulak melecet apa. HAHHA


Tapi aku rasa aku tukang tolak abang aku je. Rasanya tak main sekali. Errr... ye kot. HAHHAH


Dah dah, jangan buat perangai gila pulak nak main ni besar-besar cenggini. Mau terjojol mata jiran sebelah nampak roti potato sekerat. Bawak-bawaklah tobat, malu dengan jiran sebelah oi! Suruh adik korang je main.



Next bila time hujan, mesti abang-abang gua ajak buat kapal. Lumba kapal siapa paling laju. Kalau tangan tu halus , buat lah kapal kasi kecik sikit maka makin laju lah ia. Kalau nak main kotor, tak payah buat kapal, carik kertas sikit pastu campak dalam air yang tengah mengalir dalam longkang. Tapi kengkadang stress gak kalau ada rumput bentuk macam rumpai [entah aku tak tau nama dia] tengah-tengah longkang tu, sebab kapal boleh stuck, pastu kapal yang tak stuck tu dikira pemenang ah pasai dia lagi depan.




Ni entah mana datang idea kreatif dua abang aku buat papan gelungsur air guna tanah liat. Ala-ala macam kat taman tema gitu. Aku tumpang tengok je, abang-abang aku yang dok buat, entah apa yang best pun tak tahu. Padahal tengok air lalu je dalam gelungsur tu. Takpe la waktu tu aku kecik. Kira dimaafkan. HAHHHA.



Emm ni lah gayanya kalau ada abang tapi takde kakak. Kalau ada kakak, mesti kekecik dulu aku dah main mekap-mekap dah. Nasib baik jugak adik aku laki, kalau tak aku dah mekapkan dia dah pakaikan tudung semua. HAHHA



Kbai.





25 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #5

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


Sepanjang nak dekat 2 bulan aku keje kat sini, aku perasan yang bebudak ataupun yang tak berapa budak sangat yang keje kat sini, mesti kalau nak pi makan kena berteman. Lagi-lagi Melah, Melah memang ngaku pun dia prefer ada orang teman dia, kalau pi memana kena ada teman so that boleh cakap-cakap dan tak rasa bosan. 


Ada satu hari tu, aku shift noon, kalau noon rehat pukul 5 petang, pastu kebetulan hari tu ada 3-4 orang gak yang sama shift and rehat pukul 5 gak. Pastu aku tetiba diajak untuk join 4 orang lagi yang dah berpakat nak rehat sesama. Dalam hati aku :

"Maybe inilah masanya nak rapatkan ukuwwah, bond, beramah dengan ahkak-ahkak tempat keje ni"

Cewwaah. Aku pun join je lah walaupun aku bawak bekal sendiri. Tapi benda yang jadi tak macam yang aku expect. =..=





Masa makan tu semua tengok henfon memasing. Aku lak macam orang bodoh kat tepi tu. Nak scroll scroll gak, henfon aku tak guna data internet. Baik aku makan sendiri je. Tade la masa terbuang banyak sangat. Sebab masa bagi aku penting pasal, lepas makan nak pi solat lak. Takkan lah nak solat luar waktu rehat padahal kau boleh solat masa rehat kan? Taknak lah jadi orang yang tak jujur.


Sepanjang 30 minit kat situ cenggitulah jugak keadaannya. Sampai akhirnya, aku minta diri nak solat. Jangan tanya aku whether dorang solat ke tak. No comment. Kot aku tak nampak ke en, kang jadi fitnah lak. heheeuu.


To be honest aku lagi prefer makan sorang sebab lagi cepat, tak pun makan dengan Jenab jiran aku if waktu rehat kitorang sama. Sebab aku suka Jenab citer ragam customer dekat kaunter cashier, kengkadang ada yang kelakar, rasa nak marah, kengkadang creepy pun ada. Kengkadang aku citer kat Jenab customer kat Revision dept lak camne. Takpun gosip pasai rakan sekerja ke apa en. HAHHAH. Serius, aku keje kat sini memang kena jaga mulut pasai sebahagian daripada dorang jenis pengiklan tak berbayar, hari ni luah esok tersebar. hmpphh




Lepas je kejadian tu, aku dah macamm cuak lak kalau orang ajak rehat sesame. 


Kbai.



24 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #4

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


Hari ni aku nak citer pasal Abon lagi. Kira sambungan daripada post semalam. Banyak betul aku tak puas hati dengan Abon. LOL.


4. Abang? Sorry?


Dia cakap boleh panggil dia 'Bang...' or 'Bang....' Hoi gila apa aku nak panggil kau abang, please ah, kau umur beza 2 tahun je dari aku. Budak kelas aku yang beza umur 4 tahun dari aku pun aku tak panggil dia abang tau dak? Aku dah cukup abang kandung dah. Kalau kau umur 30 tahun, boleh gak ah aku buat exception. 


Aku disuruh panggil dia "Bang...", habis tu Melah, Mina, Munah dekat Stationery dept. tu relaks je panggil nama kau. Melah dengan Mina tu umur sama ngan aku pulak tu. Pasai apa dorang boleh panggil nama, aku tak leh? *tak puas hati*




5. Saya-Awak? Eww, Puh-leasee. *tergedik sejenak*



Yang hang  nak bersaya-awak dengan gua ni kenapa? Buang tebiat? Dengan Melah , Minah boleh lak aku-kau, dengan aku, Abon nak bersaya-awak. Apakah? Wehh aku tengok Melah tu lagi lah lembut cakapnya, aku punyalah kasauu cenggini kau nak bersaya-awak. 


Memanglah nampak bersivik. Tapi wehh, sumpah tak selesa. Geli tau dak. Dari gaya, Abon ni nampak gak lah nerd dengan spek mata dia, tapi tak lah nerd gila-gila aku tengok. Whyyyyy?!



Adik aku memang cenggitu. Sikit-sikit Gayy. Sikit-sikit Gayyy. =..=






Pastu nak elakkan dari guna panggilan awkward tu ke Abon. Aku terpaksa guna cara :

"Errr... nak pegi tandas"

"Err... nak pi rehat"

"Errr... nak pi solat"

Sampai sekarang camtu, bayangkan dah nak hampir 2 bulan aku survive keje department tu dengan panggil dia cara "Errr...". Bab habit dia bersaya-awak tu, aku ada cakap haritu tak payah bersaya-awak lagi, panggil aku-kau sudah. Sampai la ni dia bersaya-awak lagi cuma adalah dalam sebulan tu 2-3 kali dia sebut aku-kau. T.T 



Nota Sampingan:


Melah dan Mina tu sama umur dengan aku. Munah je 3 tahun lagi tua dari aku , that's why aku panggil dia Kak Munah. Perempuan aku tak kisah sangat nak berakak-akak, tapi tu depends on dia lah nak suruh panggil akak ke tak.

Masa aku awal-awal keje, Melah yang datang kat aku perkenalkan diri dia. Melah ni jenis friendly la senang kata. Mina pulak, first-first aku tengok dia ni sama kerek dengan Kak Munah, tapi kalau slow-slow masuk rentak dorang, boleh la ngam. Minah ni nampak je cam susah nak dekat, tapi bila dah okay, dia siap citer pasai pakwe dia lagi. Kira jenis tak kisah gitu.



Kbai.




23 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #3

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


So dah dapat kerja, bermula lah first day aku dan Jenab di kedai buku tersebut. Memula bos ada tanya siapa nak jadi cashier siapa nak jadi retail assistant. Pastu Jenab diam. Jenab cakap tak kisah. Susah sangat nak decide aku bagi jawatan cashier tu kat Jenab pasai dia kata dia tak mau keje yang penat-penat walaupun aku teringin nak jadi cashier. Nampak tak sesuci niatku di situ? HAHHA.


So aku dapat department Revision. Yeayyyy! Walaupun ingat nak dapat kat tempat novel-novel, tapi takpe, asalkan buku iolls tak kisah. OMG bapak nerd aku cakap cenggitu. =..=


So kitorang dihantar ke department memasing. Bunyi cam besauu je cakap department, padahal takde lah besar sangat. Okay, aku dihantar ke department Revision. Masa tu ketua department tersebut tengah cuti, yang ada pun retail assistant lagi sorang. Laki. Which is sangatlah aku tak prefer kalau dapat teman sedepartment laki sebab mesti bosan sebab tak de teman gosip sembang ala Kiah. Bos terang itu-ini  pastu dia tinggalkan aku kat retail asst. lagi satu, kata bos dia baru 2 bulan keje situ.


So memula aku okay lah dengan mamat ni. Mari kita namakan dia Abon, tapi bukan yang pelakon tu tau. First yang aku terima kasih kat Allah sangat adalah nasib baik dia tak hensem. Kalau tak, mahu dup-dap-dup-dap buat keje. Nak kata tak hensem takde lah pulak, muka biasa-biasa. Kang korang cakap mengutuk ciptaan tuhan lak. Yang penting bukan taste aku.


Memula tu dia cakap-cakap lah. Tapi kan masa dia bercakap tu aku teringatkan kartun Kacang. Kacang yang warna coklat yang satu gigi tak silap. Ini pun tak ngutuk ciptaan tuhan, aku just teringat pasai gaya sebutan sama. Tapi ... okay tu tak lama sangat lah bila ada perangai dia yang sedikit mengganggu emosi aku. Mari kita namakan dia penderaan emosi, dan penderaan emosi dia kira level 1 kerana aku dapat menahan sabar, level kategori aku tak memaki senyap-senyap di dalam hati.



1.


Benda yang susah tak mahu pulak terang. Benda yang simple yang aku boleh baca kat signboard tu gak le yang dia nak terang. Uhuuiiii, zZzZ.



2.



Sebagai mukaddimah, kekonon nak tunjuk la aku ni jenis ramah orangnya. Untuk elak situasi awkward di kemudian hari. So aku citer lah point utama aku keje sini pasai nak kumpul duit ke Korea. Dan dia punya jawapan, "Oh ye ke.", disertakan ekspresi muka dia yang lagi lah tak leh blah, muka tak berperasaan. Muka tak berminat. =..= 

Weh, kemon lah, kau citer aku bagi je feedback bagus punya, aku sanggup pura-pura berlakon tak tahu walaupun aku tahu benda yang kau cakap tu even kau punya citer bosan Pastu kau bebel berjela-jela. Aku sabauu je walaupun time tu aku nak je cakap:

"Bro, gua dah tau dah. Lu citer berjela-jela buat pe, bosan gila Bro. B.O.S.A.N."

Sumpah lah dia bukan pendengar yang bagus. Laki kalau nak pikat pompuan, jangan jadi camni. React lah lebih sikit, ekspresi muka memainkan peranan. Yang tak nak pikat pompuan pun sama. Jaga lah hati orang sikit. Manners. Apa? Tak belajar adab? akhlak? sivik?


"Mungkin muka dia memang jenis tak berperasaan cenggitu kot?"


Puh-leasee. Sangat tak.



3.
'

Since haritu first day, and aku tengok macam takde kerja lain, aku pon susun-susun buku. Mengaplikasikan skill jadi librarian dulu. Tak pepasal jadi OCD sekejap, nak susun ikut warna, ikut ketinggian sampai diri rasa puas. Pastu Abon ni tetiba mengekor dari belakang, aku tak tahulah dia nak berlagak jadi ketua dept. or simply because dia nak cakap dengan aku. 


Tapi aku tak nak cakap dengan ko bro! Dah lah bagi respons entah pape. Pastu bila kita tanya or cakap something, mostly jawapan yang keluar dari mulut dia memang lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam apa benda kau jawab ni? Takde kena mengena kot! Bikin gua tensi! =..= Dalam 2-3 kali gak ah dia follow dari belakang, eee rimas der! Tapi sebagai newbie aku pura-pura buat tak tahu, dan kawal muka.



Kbai.






22 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #2

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!


Macam mana aku dapat keje part time?

Macam mana aku memula dapat keje kat kedai buku ni?


Walaupun uolls tak nak tahu, meh iolls cerita. Disebabkan gap cuti yang panjang gua decide ingat nak buatlah income sikit memandangkan cita-cita terdekat gua dan paling menggunakan duit adalah untuk backpacking ke Korea.


Kebetulan masa tu jiran iolls, meh kita namakan dia Nab atau Jenab (bukan nama sebenar) pun nak cari keje sementara tunggu panggilan sambung degree. Kitorang target nak keje area yang dekat-dekat je so tak banyak labur duit bayar duit pengangkutan. Cari ler area kawasan perumahan, pastu kitorang pergi mall yang duit tambang dia RM1 bersamaan RM2 untuk perjalanan pergi balik. Okay la tu, not bad. Ingat nak pi KLCC lah, masyukk sikit kalau dapat kat Parkson en, tapi Jenab tak mau.


So dekat mall ni, kitorang round-round cari kedai yang ada tampal iklan vacancy. Aku ajak Jenab keje kat Harvey Norman tapi dia tak nak. So tak nak bazirkan RM1 ittew gua ajak Jenab pi cari kat kedai buku ni, eventho takde tampal vacancy pon.


Masuk-masuk ingat nak tanya kat cashier kot ada kekosongan. Tapi time nak pi melangkah kat counter tu lah customer berduyun-duyun datang. Which is mehhhh. =..=. Padahal masa kitorang kat pintu masuk tu, ada sorang je yang nak bayar. =..=


So tunggu jap. Datang lagi customer bayar. So dalam 8 minit gak ah aku dan Jenab berjalan tak tentu arah dalam tu. Actually Jenab kureng sikit nak keje kat sini. Aku yang nak pasai dia kedai buku, pastu aku pernah impikan keje kat kedai buku  (mentang-mentang dulu kat sekolah jadi librarian kan. HAHHA). Akhirnyaaa kaunter kosong pastu aku tanya :



Pastu akak cashier tu suruh sape entah, staff lain panggil bos. Bos keluar terus bagi form. Aikk?




Ye, aku pun macam terkujat gak betapa sonangnya nak dapat keje hari tu. Aku tanya Jenab:

Kita dah dapat keje ke? Awat bos tu briefing macam kita dah dapat keje?





p/s : 

Kat form apply keje tu kan, ada tanya pasal pernah lari dari keje tak, pastu aku tanda tak pernah. Padahal semalam punya semalam tu aku baru je lari dari job cashier. Bukan sebab apa, sebab jauh and duit tambang nak pergi sana mahal. Cam tak berbaloi. Aku keje sehari je pastu esoknya dah tak datang. Aku fikir lagi better lah kot dari keje seminggu pastu tup-tup hilang.


Kbai.



21 Dec 2014

Perasaan itu bila mimpi kau tak sempat habis.

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!


191214




Hari ni aku mimpi pasal printer. Aku hampir-hampir nak tahu apa outcome or prestasi printer tersebut. Tetiba aku dengar suara mak aku kejut bangun Subuh. Pastu cerita pasal printer tu stuck kat situ, aku nak sambung mimpi aku balik, so aku tak bukak mata eventho aku dengar suara mak aku, aku just menyahut je. Dengan harapan aku dapat sambung mimpi tersebut, tapi harapan memang tinggal kenangan lah, mimpi tu tetap tak bersambung.


Perasaan dia macam tengok cerita atau baca nocel yang cerita dia tergantung. Mesti rasa whattheheck kan? Aku frust, tapi since mimpi tu tak nak bersambung aku give up and bangun Subuh.


whattheheck aku mimpi pasai printer? Padahal aku dah ada printer. Entah pape je. LOL.



Kbai.


20 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #1

Assalamualaikum.


Annyeong chingu! :D





Ada satu customer ni, sorang pakcik dalam 40-an and anak dia. Anak dia lelaki. Memula pakcik tu tanya kat aku suruh tunjuk, suggest buku. Pastu aku suggest lah amende semua. Pastu tup-tup dia suruh aku stop suggesting and suruh anak dia pilih sendiri. Hmpphhh =..=.


Anak dia dalam Form 4 Form 5 cenggitu. Macam kelakar pulak. Kalau anak perempuan dimanjakan cenggitu aku pahamlah. Yang budak laki ni, aku tak tahu lah dia rela dilayan begitu ke tak, pasai bebudak sekarang kan sikit-sikit malu bila mak pak belai, manjakan sikit. 


Tapi deep down aku rasa macam bagus jugaklah parent yang teman anak dia sendiri pi beli buku pastu jenis tak kisah anak dia nak beli buku. Aku dulu beli sendiri pasal aku berdikari, pastu mak aku suruh buat latihan guna buku abang-abang aku yang belum habis buat, tapi aku yang ngada-ngada nak beli buku baru, HAHHHAHA . Hari-hari kat sekolah waktu rehat lepak library je pasai nak simpan duit nak beli buku latihan baru. Semangat dia lain macam bila guna buku latihan baru compared dengan guna buku latihan abang aku yang lelama.


Apa yang aku merepek pepanjang nih? Kbai.





19 Dec 2014

Ramblings

Assalamualaikum.


Annyeong chingu! :D



Hai uolss, currently aku tengah keje part time kat sebuah kedai buku. Nama dia? Toksah lah aku bagitau kat sini, kang menyusahkan lak misi aku mengutuk rakan sekedai buku. Kejam pulak bunyinya, HHAHHAH. Well sementara nak tunggu waktu untuk praktikal ni, memang aku buat part time so that, nanti adalah duit iolss pergi Korea wwiwiwiwi.



So lepas ni post akan berkaitan dengan repekan aku dan ketidakpuashatian aku di tempat kerja. Dont judge me, tapi aku tahu korang akan judge jugak, lantak hang lahh. HAHHA. Pasai aku anggap blog lah tempat kita curah apa yang kita rasa. Kalau blog kau tak femes lagi best, pasai kurang sikit orang nak judge kau. HAHHAH

Anyway, post pasal Melaka aku still akan continue kalau rajin. Kalau. Aku. Rajin. Lagipun dah nak habis dah cerita dia. Ewwah macam drama kat tv pulak rasa dia. HAHHAH. Kalau ada yang tanya :




Apadehal lah kau cerita pasal kau kat Melaka lama-lama? Nobody cares lah! Dah lah banyak gila


Well, sebab aku tak peduli apa hang kata tu lah yang aku post. Aku post untuk diri aku pada masa hadapan. Manatahu kot-kot aku dah nyanyuk [mintak jauh] pastu cucu aku boleh baca citer aku kat blog je. Tak payah habiskan ayaq liuq bercerita, zaman moden bebb.



tade kena-mengena dengan post


Pastu kann, aku nak minta maaf awal-awal kalau post yang mendatang ni lukisan aku buruk ya ampunnn.

Kbai.


17 Dec 2014

Day 22: Gegirl Hangout [Melaka]

Assalamualaikum

Annyeong Chingu!

24082014



Pepagi buta (pepagi buta lah sangat!), aku dengan Sab pi mendobi dekat Melaka Raya. Ann pergi church. So aku dengan Sab je la yang pergi. Pastu terserempak lak dengan Umi, Fa dengan Fahmi. Sekali tengok macam Fahmi dan isteri-isterinya pulak. HAHHAHA. Masa kitorang sampai tu dorang dah nak balik dah.



Calon isteri yang rajin. Untung siapa dapat Sab.

Gambar kat atas tuh alkisahnya serbuk pencuci terjatuh sikit masa nak masukkan dalam washing machine. Tak ketara sangat pun. Tapi mungkin atas dasar prihatin, Sab telah merajinkan diri menyapu serbuk pencuci tersebut. Tabik spring potato dekat Sab!


Disebabkan lama lagi nak tunggu pakaian kitorang dalam dryer tu, so kitorang meronda lah sepanjang jalan area kedai dobi tu. Pastu aku nampak satu basikal ni, aku memang pantang sikit kalau nampak basikal. Basikal ni park betul-betul depan kedai makan ni. Aku tak tahu lah orang punya ke hape en. Tapi rasanya as hiasan depan kedai je kot. Pastu aku ajak Sab bergambo dengan basikal tersebut. Sab pun layan je lah perangai ngeng aku ni.





Pastu lepas bergambo sakan, Sab citer yang pekerja kedai tu usha lama je kitorang masa lap-lap pintu tu. Masa kitorang balik pun dia duk lagi lap pintu tu, tapi kat luar lah. Ntah-ntah dia tak kasi kitorang bergambar lagi atas basikal tu, ntah-ntah tu basikal dia? Jeng jeng jeng...



Balik je dari dobi, tengah-tengah drive Sab tegur :
"Eh Nad kertas apa tu? Cer Nad amik tengok"


Aku amik lah surat cinta yang terselit kat cermin depan kereta. Shit, tak pepasal je spoil mood pepagi buta. Aku tengok muka Sab pun dah semacam dah. Aku tak tahu pulak kalau kat Melaka ni kalau nak park kena beli tiket dia dulu, hari tu lah baru aku tahu. Dalam hati tekad jugak lah nak bayar separuh daripada jumlah denda, ye lah naik sama-sama takkan Sab nak tanggung sorang ye tak?



Sampai hotel kitorang rehat-rehat dulu sementara tunggu waktu zohor and lunch. Habis je lunch, Aku, Sab, Fa dan Umi pun memulakan langkah kitorang bersiar-siar panas-panas buta di bandar Melaka. Kitorang pergi kali ni diiringi oleh dua bodyguard yang prihatin. HAHHHA. Sara lelaki Bollywood idaman dan lagi sorang dak UPSI Firdaus kot nama dia. Dorang cakap bahaya kalau kitorang lalu tepi-tepi sungai, so dorang iring kitorang sekerat jalan. Gentleman sungguh. HAHHAHA. Thanks guys.


 Kali ni kitorang lalu jalan dalam, tak lalu tepi-tepi sungai. Kitorang lalu area Jonker Street. Banyak jugak kedai area sini. Tinggal ada duit dengan tak de duit je. Sepanjang jalan , kengkadang korang akan jumpa pintu-pintu kedai or dinding-dinding kedai yang ditampal dengan cebisan-cebisan surat khabar menjadikan ia kelihatan wahhhh stylee! 


Kepala patung tu nampak cam terkeluar en?


Kucing seksi.


Pastu sempat lah kitorang jenguk kedai-kedai tshirt, kedai-kedai jual kebaya kat sana. Ada satu kedai tshirt ni design-design dia cun cun comel comel belaka, dekat luar dinding kedai ada lukisan orang utan. Kalau nak pi shopping tshirt, boleh singgah kedai ni. Harga pun standard, tak mahal. 








Tapi kan kedai ni sebenarnya tak kasi amik gambar. Dah puas tangkap gambar baru aku perasan signboard dia. Nasib baik owner dia tak perasan, kalau tak free-free je kena maki. Sebab aku pun hampir-hampir nak amik gambar t-shirt kat dalam tu, sebab design dia sangat simple dan nice. Kalau sempat singgahlah kedai ni cuci-cuci mata.


Port kitorang sama je, pergi mall pergi lepak kat Dataran Pahlawan. Pastu buat kerja gila lagi pakai lipstik dekat Guardian, tapi kali ni ada ahli baru iaitu Sab. HAHHA.


Seingat aku, masa ni aku puasa, tapi boleh pulak aku berjalan-jalan dengan riang ria panas-panas buta cenggini. HAHHAHA

Masa ni selfie tunjuk bibir masing-masing. HAHHA

Yang pakai kasut sukan gedabak tu aku lah. =..=






Malamnya pulak , Sab ingat nak bayar denda kat UTC, Emil kata kalau bayar awal maybe leh dapat diskaun, bebudak laki kata tak yah bayar pun takpe sebab ni Majlis Bandaraya Melaka punya bukan polis trafik. Tapi aku dengan Sab rasa baiklah bayar daripada kang jadi menda lain pulak di kemudian hari. Nasib baik sempat bayar kat UTC, masa tu Sab kata UTC dah nak tutup. Pastu kena bayar bape ringgit ntah. Yang pasti murah aaa.



Lepas balik je dari UTC Sab ajak pi tengok wayang kat Jusco. Aku memula tak nak join pasai biar je lah Sab pi ngan Ann. Aku pun dah lama tak tengok wayang, aku prefer menghadap laptop. Tapi entah macam mana Sab citer kawan kelas aku Azhar kata bahaya pi Jusco memalam kalau dua orang. Dan tetiba aku kena paksa ikut. T.T. Dah ler waktu tu aku kira tahap pokai lah jugak. Sab push aku, pastu dia kata nak belanja. Masa tu dorang nak tengok citer Lucy. Masa tu sumpah tade mood, dah lah Sab belanja tiket wayang, aihh rasa bersalah pun ada.

Sebelum citer start, ada la dalam 15 minit cenggitu, kitorang berpecah. Ann usha handphone, Sab tengok kasut. Aku? Aku pi beli mask muka yang kebetulan tengah ada sale pastu pergi main alatan-alatan gym kat tengah-tengah Jusco tu. Tak tahu nak buat apa sangat kan. So aku tumbuk punching bag, pastu guna rowing machine. Terbakar jugak lah serba sedikit kalori waktu dinner tadi. HAHHA








Pastu kitorang masuk pawagam. Start-start cerita, aku dah ternganga. Ternganga. Ternganga. Macam Eh apa ni? Eh kenapa pulak ni? Pastu sempat jugak lah aku tertidur time-time penghujung tu, almaklumlah pergi tak berapa nak ikhlas kan, tapi rasa bersalah jugak sebab penat-penat Sab belanja tiket. Tapi ai tido sekejap je eh, tak sampai 10 minit. Pejam mata 2 minit pastu bukak, pastu buat lagi. Yang lagi teruk, Sab perasan masa aku tido, HAHHAHA. Sorryyyy Sab.


Tapi bagi aku,cerita Lucy ni aku tak leh terima sangat. Entah lah ada certain part tu aku rasa tak berapa logik. Aku nak elaborate kat tang mana aku fikir tak logik pun aku tak ingat dah pasai lama sangat en peram dalam otak. HAHHAH. Orang kata citer ni best, tapi bagi aku tak de la best mana. Dia kategori movie yang wajar ditonton di laptop, dan tak berbaloi untuk kita spent duit tonton kat wayang. Bagi aku lah.



K . Bye!








15 Dec 2014

Day 21 : Makan mana? (Melaka)

Assalamualaikum.

Annyeong Chingu!


Wahhaha tak habis-habis lagi rupanya cerita aku kat Melaka. Aku pun sendiri dah malas nak update. Tapi terpaksa update jugekk. Mungkin engkorang taknak baca [takpe]. Tapi aku kena update jugekk pasal ini berkaitan masa depan aku ecewwah. Yelah kot nanti tetua nanti aku nyanyuk ke [mintak dijauhkan], bolehlah cucu aku bacakan kat aku, takpun dia baca sendiri biar dia kagum tengok betapa ohsemnya nenek dia. [#simptomobses diri, #silamuntah]


So 23082014

Malam tu kitorang pi pasar malam. Emil roommate Umi yang ajak. Kitorang pun boring tade benda nak buat malam tu. So, aku, Sab dengan Ann pun layann. Tapi naik kereta Sab pasai, kitorang takut nanti kot lah kitorang nak balik awal ke kann, so tadelah menyusahkan dorang [Emil, Syifa, Wawa] nak menghantor balik.






Pasar Malam dia tade apa-apa sangat pun. Biasa je. Tapi kalau nak beli keychain buat kenangan boleh le singgah. Kitorang round gitu-gitu je. Pastu ingat nak balik lah, sekali kitorang terserempak dengan geng Infosys dari UPSI, dorang ajak Emil makan kat mana entah.


So waktu tu baru pukul 9:15 malam tak salah. Kitorang pun ikutkan je. Dengar-dengar nak makan sate katanya. So kitorang sampai lah kat tempat makan tersebut. Tempat makan tu macam warung-warung kecik je tapi adalah sampai 10 warung. Dan lokasi dia kat celah-celah Hotel apa entah [serius aku tak ingat]. Emil kata kat sini chicken chop dia sedap gilaa pastu murah. Haruslah percaya kata Emil, pasai dia budak UTeM pastu for sure dah arif tempat-tempat kat Melaka ni. Dia pun selalu citer yang dia jenis yang suka explore tempat-tempat makan yang sedap.


So aku, Sab dan Ann beli satu set dalam RM10 kongsi bertiga. Kengkonon takut tak habis, malam-malam tak leh makan banyak nanti penghadaman slow. Tapi once dah try, tetiba rasa menyesal pulak tak beli satu set sorang. Sedap gilaaaa wehh. Portion dia pun besar, macam untuk 2 orang makan. Kira berbaloi la.



Sorry lah, nama bebudak laki tiga orang tu aku lupa. HAHHA


Balik je hotel. Solat Isya' pastu tido.




Satu lagi makanan yang femes kat Melaka yang Emil citer kat kitorang[aku, Sab, Ann], adalah bakso tenis. Apasai tenis? Dia masukkan bola tenis ke dalam bakso tu? Idakk ler begitu.  Katanya bebola daging dalam bakso tu besar dari biasa dan diumpamakan sebesar bola tenis. Aku sempat rasa masa ada satu malam tu Ann bagi kat aku sup bakso dengan sebiji bebola daging. Tak larat nak habiskan katanya pasai sakit gigi. Aku memula segan dan tak nak makan pasai takut gemuk, ye ah masa tu malam en. Pastu Ann ugut aku:


"Kalau kamu tidak makan Nad, yah saya buang aja dalam tong sampah"



Cehh. Ann nii....ni yang aku lemah ni. =..= Tapi terima kasih gak lah kat Ann kalau tak sampai sekarang aku dah kempunan nak makan bebola daging bakso tu. Walaupun tak lah besar bola tenis pun, bola ping pong kot besar dia. Pastu bila aku, Sab dengan Ann try nak carik balik kedai tu seminggu kemudian, kedai tu dah tade, Emil kata dah pindah. T.T




Kbai.


9 Dec 2014

081214

Assalamualaikum.


Annyeong Chingu!
 
 
 






dah kenapa teraddicted nak conteng-conteng atas kertas? HAHHHA ter'rajin' pulak.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.