24 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #4

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


Hari ni aku nak citer pasal Abon lagi. Kira sambungan daripada post semalam. Banyak betul aku tak puas hati dengan Abon. LOL.


4. Abang? Sorry?


Dia cakap boleh panggil dia 'Bang...' or 'Bang....' Hoi gila apa aku nak panggil kau abang, please ah, kau umur beza 2 tahun je dari aku. Budak kelas aku yang beza umur 4 tahun dari aku pun aku tak panggil dia abang tau dak? Aku dah cukup abang kandung dah. Kalau kau umur 30 tahun, boleh gak ah aku buat exception. 


Aku disuruh panggil dia "Bang...", habis tu Melah, Mina, Munah dekat Stationery dept. tu relaks je panggil nama kau. Melah dengan Mina tu umur sama ngan aku pulak tu. Pasai apa dorang boleh panggil nama, aku tak leh? *tak puas hati*




5. Saya-Awak? Eww, Puh-leasee. *tergedik sejenak*



Yang hang  nak bersaya-awak dengan gua ni kenapa? Buang tebiat? Dengan Melah , Minah boleh lak aku-kau, dengan aku, Abon nak bersaya-awak. Apakah? Wehh aku tengok Melah tu lagi lah lembut cakapnya, aku punyalah kasauu cenggini kau nak bersaya-awak. 


Memanglah nampak bersivik. Tapi wehh, sumpah tak selesa. Geli tau dak. Dari gaya, Abon ni nampak gak lah nerd dengan spek mata dia, tapi tak lah nerd gila-gila aku tengok. Whyyyyy?!



Adik aku memang cenggitu. Sikit-sikit Gayy. Sikit-sikit Gayyy. =..=






Pastu nak elakkan dari guna panggilan awkward tu ke Abon. Aku terpaksa guna cara :

"Errr... nak pegi tandas"

"Err... nak pi rehat"

"Errr... nak pi solat"

Sampai sekarang camtu, bayangkan dah nak hampir 2 bulan aku survive keje department tu dengan panggil dia cara "Errr...". Bab habit dia bersaya-awak tu, aku ada cakap haritu tak payah bersaya-awak lagi, panggil aku-kau sudah. Sampai la ni dia bersaya-awak lagi cuma adalah dalam sebulan tu 2-3 kali dia sebut aku-kau. T.T 



Nota Sampingan:


Melah dan Mina tu sama umur dengan aku. Munah je 3 tahun lagi tua dari aku , that's why aku panggil dia Kak Munah. Perempuan aku tak kisah sangat nak berakak-akak, tapi tu depends on dia lah nak suruh panggil akak ke tak.

Masa aku awal-awal keje, Melah yang datang kat aku perkenalkan diri dia. Melah ni jenis friendly la senang kata. Mina pulak, first-first aku tengok dia ni sama kerek dengan Kak Munah, tapi kalau slow-slow masuk rentak dorang, boleh la ngam. Minah ni nampak je cam susah nak dekat, tapi bila dah okay, dia siap citer pasai pakwe dia lagi. Kira jenis tak kisah gitu.



Kbai.




4 comments:

Sya Syahirah said...

buat "dek" je kat abun tuuuu!! hahahaha

cEro said...

Hai,
saya rasa Abon tu saje je nak kurangkan suasana awkward antara awak dan dia, tapi dia berusaha kuat sangat sampai awkward tu jadi lagi teruk...
Kan awak, kan?
Hahahaha

- Abang cEro

nanadhoi said...

Sya Syahirah,

memang buat dek je, padahal dalam hati rasa nak pelangkung pun ada. HAHHHA

nanadhoi said...

cEro,


maybe yes. maybe not.
Cara dia nak kurangkan suasana awkward tu rasanya macam menambahkan lagi ada lah. =..=


plis cEro pliss, geliiiii gilaaa.
Tolong jangan jadi gay. HAHHHAHA

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.