4 Dec 2014

BBW 2014 Preview Pass

Assalamualaikum.

Aku fikir dua-tiga kali gak nak buat post ni. Post yang bakal mendedahkan rupa sebenar tulisan tangan aku. Aku berminat nak buat setelah tengok post cEro hari tu. Tapi kemalasan aku untuk meng'scan' membuatkan aku asyik bertangguh. Jadi cerita pasal BBW yang aku pergi hari ni aku merajinkan diri jugak untuk melukis dan scan.


Bagus jugak cabaran cenggini, ia membuatkan aku sedar yang lukisan dan tulisan tangan aku hudohh. T.T. Maafkan saya.
 
 
Kalau orang selalu kata cantiknya atau hodohnya tulisan tangan dia bergantung pada baik atau buruk mood dorang pada hari tersebut...Aku pulak ...tulisan tangan aku dipengaruhi oleh keselesaan aku dan ke'chemistry'an tangan aku dengan pen tersebut. Bola mata pen pun turut mempengaruhi. Senang kata, kalau aku rasa pen tu 'tak best' so tulisan tangan yang terhasil pun cakar ayam sampai mood aku nak menulis pun terus lenyap. Eh...kau faham tak apa aku cakap?
 
 
04122014
 
 







 
 
Aku lupa nak citer yang :
 
Disebabkan aku tak lunch, ada satu ketika tu (setelah 2 jam dalam hall), perut gua berbunyi-bunyi time pilih buku. =..=
Ada volunteer Chinese guy ni kindly minta aku simpan box yang aku pegang (yang masa tu penuh dengan buku) dekat kaunter. Aww... prihatin nya you ni. HHAHHA
Masa balik tersalah naik jejantas untuk ke platform KTM. T.T. Pastu bila nak naik tangga je, nampak KTM datang. Maka, gigihlah aku berlari panjat anak tangga dengan pegang beg plastik nya penuh dengan buku . Siap lumba dengan mamat India dua orang kat sebelah. Alih-alih bila aku dah sampai je platform tu, pintu dah tertutup. Baik punyaaa.

Gua serius menyesal tak bergambar dengan basikal TREK kat sana. Mana tahu boleh menang sebijik. T.T
 
 
 
 
Kbai lagi sekali.



7 comments:

Dila Gebu said...

wow, hebatnya lukisan, siap upload lagi kat blog

sangat kreatif dan jujur

jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

cEro said...

Patut naluri rasa macam kena summon, rupanya ada nama aku yg disebut...hehehe

Actually kan, masa kau offer dlm post haritu utk jd partner masuk preview, aku macam berminat.
Tapi dalam hati rasa macam 'eleh, mesti dah ada org yg dah apply. lgpun kalau aku pegi sure aku beli satu dua je buku. Rugi utk mereka2 yg betul2 minat buku.'
(sbb aku bukan peminat buku sangat)
But now, rasa nyesal plak tak terima offer tu...hehehe

n yes, nak ke TBS tukar Chan Sow Lin

Azra said...

Gigihnye ke BBW ... akak ni opis sebelah the mines tu je, tapi emm... tunggu last2 kot baru pegi huhuh

nanadhoi said...

@Dila Gebu

eh tade lah, ini conteng-conteng je. Tak lawa mana pun. sobs T.T
Thanks sudi singgah :D

nanadhoi said...
This comment has been removed by the author.
nanadhoi said...

@cEro,

La yeke nak pegi? Awat tak habaq? Lagipun tade sorang pun yang respons. Kalau mintak hari tu dah dapat pi dah. Tade la rasa rugi pasai masuk sengsorang je.

Takpe lah next time boleh gi. Lagipun dia last 16 Disember (esok) tapi buku mungkin xbanyak choice dah.

Tapi tapi tapi, dengar-dengar dia nak buat kat KL tapi tak confirm lagi aaa.

Fuhh nasib baik tak salah bagi info. Tadela kena maki dgn mamat chinese tu nanti. Yang gua tahu jalan balik rumah gua je. HAHHHA

nanadhoi said...

@Azra,

Woahh bestnyaa ofis akak dekat dengan Mines! Hari-hari boleh pi.

Kalau saya kat situ mesti dah bermalam kat situ dah, pastu masuk ofis tak mandi. HAHHA

Takpe boleh pi yg dekat KL punya nanti, kalau pi hujung2 takut tak banyak pilihan buku. :D

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.