29 Aug 2012

Remove Timeline.

Assalamualaikum.


Boleh tahan ramai jugak yang mengadu pasal timeline facebook uh.
Siap minta tolong mengadu bagai nak remove.

lol.

Awak-awak timeline tak boleh remove lah.
Mesti awak-awak rasa macam ni kan bila ditimelinekan.




Nak remove gak, pi hang ngadu kat Mark Zuckerberg.
Redha je la.


As for me.
Aku kena secara tiba-tiba time 6 ogos haritu.
Aku macam...
Nooooooooooooooooooooooooo

 
 
tapi redha je la.
aku ingat semua dah ditimelinekan secara rasminya.
so tak de masalah lah sebab semua rasa bahananya.hahah.
 
but later, kawan aku tanya:
 
 
 
"awak awak kita punya da ditimelinekan tak? kita da lama ta online"

 
 
 
 
aku pon check.

what the...

 
 
 
kawan aku punya tak ditimelinekan lagi.
=.=
kuang hajo punya mark.
konon semua nak ditimelinekan masa 6 ogos.
aku rasa macam...
ah tak payah lah.
 
 
 
dan sekarang aku dah redha dah.
dan aku enjoy tengok orang frust,
frust sebab ditimelinekan .hahah.
 
 
bro accept the reality bro.

 
 
 
 
 


25 Aug 2012

basikal.

Assalamualaikum.

kadang-kadang aku terfikir,
mungkin ada baiknya pihak kerajaan
sediakan laluan untuk basikal.


ramai-ramai naik basikal,
ramai-ramai boleh exercise,
ramai-ramai boleh sihat.




nanti aku nak inche suami yang pandai berbasikal.
tak pandai biar aku ajar.
boleh naik basikal sama-sama.
rumah pulak pilih kat putrajaya.
main basikal malam-malam pun
jalan tak banyak kereta.
agaknya lah.

lol.



teringin lak nak beli basikal pastu hias macam ni.
meriah wooo.


current mood: gian nak berbasikal.



24 Aug 2012

alas meja?

Assalamualaikum.

first-first aku jumpa tudung ni,
masa aku tengah duk beratur kat atm bank islam dalam uitm.
duk layan beratur tetiba aku nampak
ada budak perempuan pakai tudung warna merah.

aku pon usha-usha sekeliling balik
tapi tak berapa lama kemudian aku usha balik perempuan tu.

agak pelik.
dahi aku pon berkerut.

satu pertanyaan dalam otak aku tetiba meluncur laju bak roller coaster.


"eh dia pakai alas meja ke?"


masa tu aku tak up-to-date sangat la pasal tudung ni.
banyak kali jugak lah aku toleh tengok.
setiap kali aku toleh,
soalan yang sama jalan-jalan kat otak aku.
nasib baik dia pandang depan.
kalau tak mesti dia ingat aku homo.
kahkahkah.


later on,
tudung tu jadi famous dah.
dan tudung tersebut adalah...






minta maaf la kot-kot ada yang pakai tudung ni terasa.
tapi honestly aku cakap,
dia macam alas meja rumah aku time nak raya.

well bukan nak kutuk
semua tudung macam ni serupa alas meja,

the reason why aku cakap macam alas meja,
sebab dia ada jurai-jurai tuh,
buat dia macam alas meja,
pulak corak dia mak aiihhhh
sebijik macam alas meja rumah aku zaman dahulu kala.
aku pon tengok naik serabut otak aku.

kadang-kadang aku pon pelik.
pengusaha tudung ni recycle alas meja ka?

oppss...*buat-buat tutup mulut guna tangan*
jangan saman saya, saya tak de duit.

well kepada pemakai tegar tudung jenis ni,
bukan aku nak cakap kalian pakai alas meja.
err...err...err...err
bukan semua tudung macam ni nampak macam alas meja.
seriously bukan semua.
sebab aku tengok ada je yang lawa.
kena pandai pilih corak lerr.
serabut pulak aku tengok.

tak kisah lah kau nak cakap aku buta seni ke apa,
my opinion memang tak berubah.


dalam facebook aku pernah terbaca

"elok-elok ada macam-macam jenis gaya tudung, alas meja jugak yang dipakainya"

lebih kurang macam ni lah bunyinya.
dan yang bagi komen tu lelaki.
so...
yang menjadi pertanyaan..

"tudung apakah itu?"



19 Aug 2012

Hapuskan blackhead.

Assalamualaikum.

Before this aku ada cerita pasal blackhead kan?

jadi hari ini y'alls,
aku nak bagitau bagaimana
hidung aku gain balik rasa confidence beliau.
saat-saat beliau tak rasa
diri beliau itu kasar lagi.

hahah.

orait begini ye
cara-cara nak hapuskan blackhead y'alls tu.

lu orang pergi dapur.
lu orang cari telur ayam.
lu pecahkan telur tersebut dan
amik bahagian yang warna lutsinar.
kira putih telur la bahasa mudahnya.
kalau macam jenis aku yang penjimat ni,
aku suka guna yang sisa-sisa je.
lepas masak telur kan
kat kulit dia tu ada warna lutsinar lagi kan?
so aku guna yang tu je.
kau?sukahati.




then kau dah dapat kan?

so the next step ko prepare tisu.
aku guna tisu Tesco je.




motif bagitahu?


orait apparatus dia itu sahaja
selain hidung yang didiami oleh warga blackhead.



first kau amik tisu dan rendam dalam air panas.
pastu lap-lap kat kawasan kat hidung kau.
kau nak curah terus air panas kat hidung pun takpe.
depends on you.
function dia nak bagi pori-pori kau terbuka,
then senang ler kau nak cuci
and remove unwanted thingy kat hidung kau tu kan?


dah?


next step.
kau amik white egg,
yang jelly-jelly tu,
sapukan kat kawasan yang terlibat,
ratakan,
jangan nak eww-ewww sangatlah!



next.
kau cepat-cepat
cover bahagian yang kau dah sapu
dengan white egg tu
dengan tisu yang kering.
laju-laju kau buat sepantas cahaya matahari.
kalau white egg tu dah kering,
memang dah tak de harapan lah dik ooiii.



ini bukan aku.harap maklum. =.=


dah?

pastu kau pergi relax-relax,
pergi tidur ke,
pergi amik udara kat luar pun bagus,
takpun pergi lawat rumah kawan.


agak-agak dah rasa kering,
in case kalau kau tak tau dah kering ke tak,
kau biarkan je tisu tu atas muka kau dalam 30 minit.


1 minit.
2 minit.
30 minit.

dah 30 minit kan?

so kau amik port baik punya,
tak kisah lah atas kerusi ke,
atas meja ke,
kau duduk diam-diam,
kau cabut tisu tu perlahan-perlahan,
sambil tutup mata,
sambil feeling-feeling.


perlahan-lahan aku kata!!!

siapa yang cabut laju-laju tu
memang nak kena dengan aku.


dah cabut?

sekarang perhatikan dan kira
jumlah blackhead yang kau berjaya keluarkan
sampai tertidur.




apa? tak jumpa?


mungkin:

-kau rabun.amik kanta then tengok.
-mungkin blackhead kau degil akibat sudah lama dimanjai.
-mungkin tu bukan blackhead tapi tahi lalat.erk?

mungkinlah.



ini cara yang aku guna untuk remove blackhead
setelah aku membaziaq duit
beli biore nose pores hape entah.

ye lah lepas guna memang lah nampak
ewww banyak blackhead keluar.
esoknya hidung dah start kasar balik.

solusinya aku try cara ni,
alhamdulillah dah 3 hari,
hidung aku still maintain.
tak de rasa kasar.

murah pun murah ye dak?




selamat mencuba y'alls.







18 Aug 2012

Blackhead.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini aku mengalami masalah muka.
masalah muka yang macam mana?

oh aku ada masalah blackhead kat hidung.

blackhead ke whitehead?
kalau orang tanya begitu...
maaflah aku tak dapat jawab.
amat sukar untuk aku bezakan
ibarat membeli payung di kedai-kedai gula.



ye aku sarankan kau abaikan sahaja contoh aku tu.
abaikan.


mengapa sukar?

situasi dia macam ni...

kat hidung aku ni secara kasar
bila aku tengok kat cermin
ada bintik-bintik hitam comel
lepas tu lepas aku picit dia keluar sejenis
sejenis separa cecair separa solid benda tu
yang berwarna putih.
tapi kadang dia solid tak de separa-separa.

kau mesti tengah eww eww kan?

so kau rasa blackhead ke whitehead?

tak payah.lambat.
so begitulah ceritanya...
dan aku assume as blackhead.

mula-mula tu aku tak kisah,
cuma kadang-kadang bila belek muka kat cermin
pastu bila touch lak jari kat hidung
muka yang feeling-feeling tiba-tiba berubah,
tatkala merasakan permukaan hidungku agak kasar.
bukan agaklah, memang pon.
terus jadi...




situasi yang aku tak dapat lupakan adalah
masa kursus baru-baru ini.
kisahnya berlaku waktu
satu segmen sedang dijalankan.
abang yang uruskan segmen tu taknak la kitorang bosan,
tengok semua muka toya-toya je kan,

padahal apa yang kitorang mahukan adalah tidur,
mengantuk.

then nak buang rasa bosan tu kitorang main satu game.
main game lalat.
i can't remember much nama game tu.
tapi apparatus untuk game tu adalah
jari telunjuk dan pasangan yang sama jantina.


abang tu akan bagi isyarat cam
lalat bergerak...
lalat berhenti...
lalat bergerak dan berhenti atas bibir...
so bila camtu kita kena gerakkan jari
then bila dapat isyarat letakkan teruih atas bibir member.
lebih kurang camtu lah.
sebab aku tak ingat sangat isyarat dia.
yang pasti time tu aku dok gelak-gelak.
time jari digerakkan tu kau kena buat bunyi lalat.



tapi yang disasternya bila...
abang tu kata letak atas hidung member.
time tu speechless aku rasa.
nak tak nak aku kena redha.
malu hoi.
mesti member yang aku baru kenal tu
dapat rasa permukaan kasar hidungku ini.
salam perkenalan hidung aku ucapkan.

lol.


tapi segmen yang abang tu kendalikan
semua aku bantai gelak.
what a funny guy he is.

jadi itulah kisah aku dan blackhead.
sampai hari ini aku rasa malu dia.






17 Aug 2012

pakai tudung panas.



i tak selesa pakai tudung.
rimas.
panas.


mungkin ini jawapan yang selama ini anda cari.




Ibrahim alaihissalam loves Islam too,
Then ALLAH makes a little tiny request,
‘How about you go in the middle of a dessert and leave your family there?’
He is not that one that gonna say
‘I love everything about Islam but this whole leaving my family in the middle to die…I don’t know’
‘I’m not comfortable with that’

16 Aug 2012

blank.

sumbang makanan segera pada warga tua.

like seriously???
seriously???





niat dah elok.
but.
but.
but.
the presentation kinda makes me lost.
blank.
awkward it is.

15 Aug 2012

Caller yang cool.




'I see the cross on the screen,you guys wear the cross because jesus were hung on the cross right?'

'aaa yes'

'So if jesus was put to death on electrical chair, would you wear electrical chair on your neck?'


lol.
moga pengendali rancangan ini terbuka hati untuk Islam.
to the caller...
you are way too cool.

Cheers.

Assalamualaikum.

kawan-kawan,
ye aku masih dalam mood orientasi.
sebab 26hb ni kena pergi kursus PMDS.
stands for Pembantu Minggu Destini Siswa.
kot?
hahhah.


lol.
aku sendiri pon tak pasti.
decision gila apakah yang aku telah buat ini?
budak yang selama ini anti-orientation week...
tup-tup tetiba nak jadi fasi lak.
aku sendiri pun konfius.







sebab aku bukan jenis boleh harap sangat pon.
boleh tahan bengong jugak lah.

woooowooo bangang tu dah over. nak aku lepuk?

sampai sekarang perkara itu masih menjadi misteri.




lantak.
oh kali ni pulak ceghitanya aku terjumpa page

Kami Bantah Budaya 'cheers' di XXXXXXXXXXXXXXXX

yang part XXXXXXXXXX tuh sort of 
pasal orientasi and nama universiti yang terlibat.


aku pon waktu orientasi bukan suka part-part cheers tuh.
konon.





eh jap jap.
kau tahu tak cheers cam mane?
ala cheers yang kau dok sorak-sorak jerit-jerit tu.
haaa tu lah.
time orientasi aku dedulu ada segmen lawan-lawan cheers ni.
lawan antara kolej-kolej.
kolej lelaki ke perempuan ke memang berentap hebat ah.



time cheers tu depan-belakang-kanan-kiri
semua dok jerit-jerit.

masa tu dalam dewan.
aku buat lah jugak
tapi takde lah terjerit sampai nak keluar anak tekak kan.


yang menjadi misteri sampai sekarang adalah...
semua kolej nak menang,
padahal bukan ada hadiah pongg.
semua dok dengan kudrat yang full dorang jerit.
memang agak misteri ah.



well untuk yang bakal menjejak ke kampus aku belajar...
kalau hang spesies macam aku tak berapa suka cheers-cheers ni,
jangan risau,
polis tak tangkap pon.
nak cakap biasa-biasa pun boleh.
nak miming pun boleh.
nak diam-diam pun boleh.

diam lagi cool kan.

tapi bagi yang tension-tension tu.
kan.yelah jauh dari rumah.
tak dapat sambut raya lama-lama.
dapat duit raya sikit.


jadah dapat duit raya sikit nak tension?
gi keje ah baru dapat duit banyak.
dah besar pon.

*wah emo*


time cheers ni la kau melalak.
lepas tension.
nanti dah start belajar takkan kau nak menjerit dalam bilik.
kena lepuk dengan PPP kang.


oh PPP tu cam warden kat asrama.

so stay calm dorang nak menjerit ke hape ke,
lantak.
ye la kita kan minoriti.
yang jerit-jerit tu majoriti.
kalau tak puas hati boleh wat aduan.
kepada siapa?
aku tak tau.
hahahh.






tanyalah akak-akak fasi ke abang-abang fasi.


nyanyi nasyid ke asma-ul husna ramai-ramai lagi syok ye dak?








p/s: banyak pulak page bukan-bukan , pelik-pelik kat facebook.
      sampai aku pon kadang-kadang like.
      apakah?


14 Aug 2012

Batak tak batak.

kalau lelaki tegur2,,,xbermaksud dye batak sangat kat kamu,,,xpayah nak lari sgtlah kan....xsalah bertegur sapa kan,,,be friendly k,.^_^
(pesanan utk dak part 1)..haha



tadi terbaca post kat page untuk bebudak uni .
page apa?
adalah.
minggu orientasi dah nak dekat.
yup intake bulan september.
or in UiTM ,
we call it as Minggu Destini Siswa.
in short form MDS.


back to the main story.
agak piss off sikit gua baca.
haa kan da keluar aura gengster.


bulan ramadhan ni tak elok marah.
habis bulan ramadhan je la tak elok marah.bulan lain boleh la ye?

lulz.


aku bukan marah sangat la kat orang yang buat post tu.
mungkin dia buat lawak tu.
kan ada haha tu kan.
*husnuzzon*


well aku pernah terbaca komen sebegitu before.
lebih kurang lah.
macam...

kalau lelaki pandang-pandang kau, bukan bermakna dia nak sangat kat kau,
 tak payah nak jeling sangat lah !

marah ye cik abang?
lulz.



well komen-komen sebegini,
agak menimbulkan aura gengster aku.
dan kadang-kadang buat aku cam...





orang ni kalau tak dapat apa yang dia nak,
tendency untuk marah tu tinggi,
kecuali yang penyabar lah.


jadi bagi pihak gugurl,
aku ada opinion sendiri untuk komen-komen berbentuk provokasi begini,
ye ia memprovok aku untuk keluarkan aura gengster.


well let me begin it ya.

bagi aku lelaki sebegini gatal.
bagi aku lah.


aih takkan nak berkenalan tak boleh?
well kenapa tak berkenalan dengan kawan-kawan lelaki lain?
dah pupus?
cakap je tak batak.
cakap je tak terhegeh-hegeh.
aku tengok pon gugurl yang kau tegur bukan jenih selekeh, sememeh.
semua comel-comel belaka.

dan aku rasa perempuan tu ignore kau probably sebab:

-dia takot pakwe dia nampak.
-cara kau approach dia tak betul iaitu dengan niat untuk mengorat.
-kau tak hensem.
-dia penyegan.
-she's a good muslimah.


hang ni kalau nak berkenalan dengan lelaki sudah.
yang merebak ke perempuan tu jadah apa?
bukan classmate pongg.

bagi aku,
aku pon lari,
aku tak anggap kau batak pon.
tapi certain girl ada batasan yang dia jaga.


dalam Al-Quran pun suruh lelaki jaga pandangan kan?
certain girl ini mungkin susah,
susah kau nak jumpa dia duk borak ngan lelaki.
kalau borak pon yang penting-penting je.
respect la sikit.

so tak perlu lah kau nak pong pang amuk bagai.
dia jaga batas pergaulan dia.
kau yang tak jaga tu pergi la ber'friendly' dengan orang lain.
tak perlu nak buat provok jiwa gua ni.


pernah pulak waktu orientasi aku before this,
bila tu tak perlu la nak sebut.
ada akak fasi tu merajuk.
dia merajuk sebab kena tegur dengan abang fasi.
abang fasi tu cakap budak-budak perempuan,
kami-kami ni la,
tak tegur dorang...so dia cakap tak respect.

hasilnya kitorang dengar ceramah,bebelan akak fasi,
supposedly kitorang masuk bilik pukul 11,
tapi masuk bilik pukul 1.

aku bengang la jugak.
aku dok bebel kat kawan aku.
lebih kurang begini bunyinya:

jadah apa abang fasi tu marah lak?
kalau orang tak tegur relax sudah,
kalau dia tegur pastu orang tu tak balas,
tak payah lah nak heboh.
ingat kita hape nak sengih-sengih memanjang kat dorang?
kalau kat akak fasi boleh gak lah.
dah dorang tu lelaki.
nanti ingat kita gatal lak.
kang dia tergoda satu hal lah pulak.
iman dia pon turun nanti.
lol.
*geleng-geleng*


not exactly the same.
tapi macam ni lah lebih kurang.
sebab aku dah lupa.
aku ni kan pelupa.
*ketuk kepala*


ye malam itu aku dan geng aku marah sebab tak cukup tido.
tapi normal lah orientasi kan mana ada nak tido awal ni.
so marah tu reda lah sikit.

so accept the fact.
tapi esoknya aku dengar dari budak kolej lain yang dorang tido pukul 10.

aku pon...








Baju Raya

Assalamualaikum,

ehemmm *betul-betulkan suara*


beberapa jam yang lalu...


adik

raya dah dekat.*sengih-sengih*

aku

kau ni macam nak ramadhan cepat-cepat pergi je.
tak elok tahu.
patutnya bulan Ramadhan lah bulan yang patutnya semua orang excited nak sambut.

adik

*poker face*
aku nak beli baju raya la,
bukan excited ramadhan nak pergi .




ya, adik aku belum beli baju raya lagi.
aku?
sudah tentunya dah.
mak aku dah siap beli kain untuk jahit awal-awal lagi.
and aku baru dapat tadi.

ohsem sungguh mak aku,
nyata beliau tahu taste anaknya ini.


tapi kalau ikutkan aku tak kisah pun tade baju raya.
pernah pulak aku cakap:

"ma, tak payah beli baju raya pun tape,tahun lepas punya ada"

well i don't mind pakai baju yang sama.
at all.
tapi mak dah beli, pakai aje.

i know that...
secara realiti perempuan tak suka pakai baju yang sama ulang-ulang.
dah tu aku spesies apa pulak?



kes adik lelaki aku pulak,
dia nak beli baju raya,
yup adik lelaki.


aku tengok abang aku dok elok je 3 tahun,
ye 3 tahun baju raya dia sama.

kalau difikirkan ikut akal rasional aku,
dalam kes adik aku ni lah,
boleh je pakai baju raya tahun lepas,
waktu raya bukan orang ingat sangat baju raya kau warna apa,
orang suma dok kalut tambah nasi impit sama rendang.


nak-nak pulak kau pakai waktu raya je,
tak kisahlah raya puasa ke raya haji,
bukan pakai banyak kali pon,
solat jumaat pon kau pakai t-shirt kot,
pulak tu baju melayu plain je kot bukan ada corak-corak,
ye corak-corak cam baju kurung,
yang boleh sangat kau identify tahun lepas punya.

tak paham lah aku,
aku lagi suka tak yah baju raya baru.
mungkinlah adik aku tu spesies pentingkan keterampilan.
mungkin.


wuwuwuwu
 Ramadhan nak ucap bye bye dah .  T.T


2 Aug 2012

Woman Alert!

Assalamualaikum.

Mengapakah?
Ya buat anda anda yang berjantina perempuan kat IC tu,
minta perhatian okeh!


Semalam aku scroll-scroll newsfeed facebook aku,
pastu nampak Syabab Musafir Kasih share gambar.

erh lantak pi lah nama dia facebook dia da tukar ke hape kan.
aku kenal dia sebagai Syabab Musafir Kasih, so abaikan .

Okeh sambung,
aku nampak gambar ini.




Semalam aku nampak,
pastu normal untuk aku yang malas ni,
pergi newsfeed pastu scroll-scroll balik.
sebab aku da tahu ini mesti kena report page.
ye aku abaikan. T.T.


then today i tergerak you nak tengok gambar ni balik,
kali ini aku tak tengok sepintas lalu,
aku tengok berpintas-pintas lalu.

aku pon da hacks!
apakah ini semua?
aku pon cam dapat hidayah,
so aku gi search page tersebut.

memang ramai yang like der.
dalam gambar 4000 lebih kan?
hari ini 6000 lebih wa cakap lu yang like.
aku lagi la da hacks lagi sekali!


aku dah cuak sebagai seorang perempuan,
sebab gambar-gambar dalam tu
mostly bukan tuan punya badan yang kasi ,
but dicilok , dicuri,
yang kasi sendiri tu dorang punya hal lah kan.


aku pon tengok semua album.
khatam.
satu.
aku cuak if ada gambar aku,
dua.
aku cuak if ada gambar kawan-kawan aku.

tapi gambar aku kemungkinan untuk ada tu amat lah tipis.
sebab aku dah hide gambar aku,
lagi pon gambar aku sume dengan kawan-kawan.
gambar-gambar yang sorang-sorang or kata lain 'camwhore',
takde aih.*geleng-geleng*


apa ko kata? ko tengok semua album?

woih brader jangan lah su'uzzoooonnnn dulu!
aku terpaksa.

ya aku risau kan kawan aku.
if ada gambar dia terselit dalam tu.

ya tujuan aku satu,
untuk kawan aku.
sepintas lalu aku tengok.
alhamdulillah tak de.

tapi seriously aku nak nangis.
sangat! T.T
kesian kat orang yang gambar dia dicuri,
lepas tu boleh jadi fitnah orang lain.
lepas tu dipandang mata liar yang memang aku nak cucuk dengan garfu.



lagi satu aku sangat sedih.
sebab ada beberapa gambar perempuan yang pakai tudung,
but wearing only bra.
i'm sorry to say this.
T.T


dalam pencarian aku tu,
aku terjumpa 3 bloggers yang gambar dia ada dalam album.
satu tu dalam 2-3 gambar,
lagi dua bloggers tu lebih dari 3 gambar.


so girls cheq nak minta tolong report naa..
hang laki tok sah sibuk,
girlprenggss hang ka, kawan hang ka,
tak payah nak sibuk nak bukak page tu.
minta kawan perempuan anda yang lain tolong reportkan.



dari pemerhatian aku gak,
lelaki-lelaki kat situ memang lah pengganti syaitonnn!
duk tengah puasa pon layan ,
komen sume 8 hours ago,
which is waktu lepas zohor.
depa ni semua tak puasa hape?
kalau dah tak boleh tahan,

kawen doe,kawenn!!!!
ape ke bengap ekau ni!


tapi siapa pulak nak, kalo stok-stok gini jadi imam dorang?
errr...

jadi kaum perempuan hang toksah la amik depa ni,
sebagai suami hang kelak.
unless dorang dah taubat.


eh anda , bagilah link page ituuuu! saya nak report ni.

nak bagi dalam ni?
harapan.
sebab apa?


sebab aku dok pikiaq jugak,
kalau aku bagi, what if ada lelaki buaya yang tersesat?
maka dengan lajunya dia akan mengelike page tersebut.
sebab tu kat facebook aku tak share, teruih report.


jadi ya kaum hawa,
hang just report ,
tak perlu like or share post pasal kena report page ni.
sebab aku takut kawan laki hang dok like pulak.
semakin bertambah lah likers dia.


hang nak tau page apa?
hang gi la cari facebook Syabab Musafir Kasih ,
tengok post dia semalam.
takpun hang bagi link facebook hang,
biar cheq mesej hang page apa.


tolong ye anda anda,
agar dapat selamatkan maruah mereka,
secara tak langsung selamatkan maruah kita,
sebagai seorang yang bertudung.
yang tak bertudung pun dialu-alukan.
*big hugs*


serious aku tak sanggup
tengok tudung dihina sebegitu rupa.
serius.

tapi kenapa page tu tak tutup lagi?
aku rasa dah ramai report dah.
siap admin page tu persendakan lagi,
group yang minta report page tu.


Mark Zuckerberg tak buat keje hape?



















.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.