14 Aug 2012

Batak tak batak.

kalau lelaki tegur2,,,xbermaksud dye batak sangat kat kamu,,,xpayah nak lari sgtlah kan....xsalah bertegur sapa kan,,,be friendly k,.^_^
(pesanan utk dak part 1)..haha



tadi terbaca post kat page untuk bebudak uni .
page apa?
adalah.
minggu orientasi dah nak dekat.
yup intake bulan september.
or in UiTM ,
we call it as Minggu Destini Siswa.
in short form MDS.


back to the main story.
agak piss off sikit gua baca.
haa kan da keluar aura gengster.


bulan ramadhan ni tak elok marah.
habis bulan ramadhan je la tak elok marah.bulan lain boleh la ye?

lulz.


aku bukan marah sangat la kat orang yang buat post tu.
mungkin dia buat lawak tu.
kan ada haha tu kan.
*husnuzzon*


well aku pernah terbaca komen sebegitu before.
lebih kurang lah.
macam...

kalau lelaki pandang-pandang kau, bukan bermakna dia nak sangat kat kau,
 tak payah nak jeling sangat lah !

marah ye cik abang?
lulz.



well komen-komen sebegini,
agak menimbulkan aura gengster aku.
dan kadang-kadang buat aku cam...





orang ni kalau tak dapat apa yang dia nak,
tendency untuk marah tu tinggi,
kecuali yang penyabar lah.


jadi bagi pihak gugurl,
aku ada opinion sendiri untuk komen-komen berbentuk provokasi begini,
ye ia memprovok aku untuk keluarkan aura gengster.


well let me begin it ya.

bagi aku lelaki sebegini gatal.
bagi aku lah.


aih takkan nak berkenalan tak boleh?
well kenapa tak berkenalan dengan kawan-kawan lelaki lain?
dah pupus?
cakap je tak batak.
cakap je tak terhegeh-hegeh.
aku tengok pon gugurl yang kau tegur bukan jenih selekeh, sememeh.
semua comel-comel belaka.

dan aku rasa perempuan tu ignore kau probably sebab:

-dia takot pakwe dia nampak.
-cara kau approach dia tak betul iaitu dengan niat untuk mengorat.
-kau tak hensem.
-dia penyegan.
-she's a good muslimah.


hang ni kalau nak berkenalan dengan lelaki sudah.
yang merebak ke perempuan tu jadah apa?
bukan classmate pongg.

bagi aku,
aku pon lari,
aku tak anggap kau batak pon.
tapi certain girl ada batasan yang dia jaga.


dalam Al-Quran pun suruh lelaki jaga pandangan kan?
certain girl ini mungkin susah,
susah kau nak jumpa dia duk borak ngan lelaki.
kalau borak pon yang penting-penting je.
respect la sikit.

so tak perlu lah kau nak pong pang amuk bagai.
dia jaga batas pergaulan dia.
kau yang tak jaga tu pergi la ber'friendly' dengan orang lain.
tak perlu nak buat provok jiwa gua ni.


pernah pulak waktu orientasi aku before this,
bila tu tak perlu la nak sebut.
ada akak fasi tu merajuk.
dia merajuk sebab kena tegur dengan abang fasi.
abang fasi tu cakap budak-budak perempuan,
kami-kami ni la,
tak tegur dorang...so dia cakap tak respect.

hasilnya kitorang dengar ceramah,bebelan akak fasi,
supposedly kitorang masuk bilik pukul 11,
tapi masuk bilik pukul 1.

aku bengang la jugak.
aku dok bebel kat kawan aku.
lebih kurang begini bunyinya:

jadah apa abang fasi tu marah lak?
kalau orang tak tegur relax sudah,
kalau dia tegur pastu orang tu tak balas,
tak payah lah nak heboh.
ingat kita hape nak sengih-sengih memanjang kat dorang?
kalau kat akak fasi boleh gak lah.
dah dorang tu lelaki.
nanti ingat kita gatal lak.
kang dia tergoda satu hal lah pulak.
iman dia pon turun nanti.
lol.
*geleng-geleng*


not exactly the same.
tapi macam ni lah lebih kurang.
sebab aku dah lupa.
aku ni kan pelupa.
*ketuk kepala*


ye malam itu aku dan geng aku marah sebab tak cukup tido.
tapi normal lah orientasi kan mana ada nak tido awal ni.
so marah tu reda lah sikit.

so accept the fact.
tapi esoknya aku dengar dari budak kolej lain yang dorang tido pukul 10.

aku pon...








No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.