18 Aug 2012

Blackhead.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini aku mengalami masalah muka.
masalah muka yang macam mana?

oh aku ada masalah blackhead kat hidung.

blackhead ke whitehead?
kalau orang tanya begitu...
maaflah aku tak dapat jawab.
amat sukar untuk aku bezakan
ibarat membeli payung di kedai-kedai gula.



ye aku sarankan kau abaikan sahaja contoh aku tu.
abaikan.


mengapa sukar?

situasi dia macam ni...

kat hidung aku ni secara kasar
bila aku tengok kat cermin
ada bintik-bintik hitam comel
lepas tu lepas aku picit dia keluar sejenis
sejenis separa cecair separa solid benda tu
yang berwarna putih.
tapi kadang dia solid tak de separa-separa.

kau mesti tengah eww eww kan?

so kau rasa blackhead ke whitehead?

tak payah.lambat.
so begitulah ceritanya...
dan aku assume as blackhead.

mula-mula tu aku tak kisah,
cuma kadang-kadang bila belek muka kat cermin
pastu bila touch lak jari kat hidung
muka yang feeling-feeling tiba-tiba berubah,
tatkala merasakan permukaan hidungku agak kasar.
bukan agaklah, memang pon.
terus jadi...




situasi yang aku tak dapat lupakan adalah
masa kursus baru-baru ini.
kisahnya berlaku waktu
satu segmen sedang dijalankan.
abang yang uruskan segmen tu taknak la kitorang bosan,
tengok semua muka toya-toya je kan,

padahal apa yang kitorang mahukan adalah tidur,
mengantuk.

then nak buang rasa bosan tu kitorang main satu game.
main game lalat.
i can't remember much nama game tu.
tapi apparatus untuk game tu adalah
jari telunjuk dan pasangan yang sama jantina.


abang tu akan bagi isyarat cam
lalat bergerak...
lalat berhenti...
lalat bergerak dan berhenti atas bibir...
so bila camtu kita kena gerakkan jari
then bila dapat isyarat letakkan teruih atas bibir member.
lebih kurang camtu lah.
sebab aku tak ingat sangat isyarat dia.
yang pasti time tu aku dok gelak-gelak.
time jari digerakkan tu kau kena buat bunyi lalat.



tapi yang disasternya bila...
abang tu kata letak atas hidung member.
time tu speechless aku rasa.
nak tak nak aku kena redha.
malu hoi.
mesti member yang aku baru kenal tu
dapat rasa permukaan kasar hidungku ini.
salam perkenalan hidung aku ucapkan.

lol.


tapi segmen yang abang tu kendalikan
semua aku bantai gelak.
what a funny guy he is.

jadi itulah kisah aku dan blackhead.
sampai hari ini aku rasa malu dia.






No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.