31 Jan 2013

#Stegrem

Assalamualaikum.


Jalan-jalan kat stegrem adibaah
jalan-jalan kat stegrem anwar hadi

now.
i.
really.
do.
wanna.
have.
instagram account.


i do have tumblr.

yup sekarang terighin nak buat acc. stegrem pulak.
dulu pon,
aku terjebak dengan tumblr sebab gambar kat situ lawa-lawa.

dan tadi,
bila tengok gambar-gambar kat stegrem mereka,

aku macam.
ah whyyyyyyy!
terpengaruh lagi.

aku terpaksa memujuk hati.
cobaan.cobaan.


twitter?
nahhhhh.
aku tak pernah terfikir untuk buat acc twitter.

aku rasa diri aku jenis yang menghargai seni kot,
yang menyebabkan aku ada interest yang lebih
dekat instagram and tumblr.
HAHHAH sekarang sila muntah.


28 Jan 2013

they just too creative!

Assalamualaikum.


everytime ada orang post gambar kat fesbuk,
aku akan click dan baca komen.
bukan semua gambar la aku click.

orang Malaysia ni kreatif juga.
terbahak-bahak aku gelak kadang-kadang baca komen dorang.
sanggup aku scroll dari beratus-ratus komen.
lol.

ini contoh nya:

waktu heboh kes UiTM Lendu




"Ulek mayang pun ada masalah juga..." - kes dok bahan mak cik pah.lol.

"x pasal2 awek mate kuyu ni glamer...haha..." - amboi sedap bahan orang.

"pandangan mata budak nie lagi takut daripada hantu lendu kat belakang uh..=.="" -this.




 
 
" pasai pa antu cam chubby je tadak hot sket ke" -lol. makan hati hantu tu
 
"'dia' mempromosikan tarian ulek mayang, sempena tahun melawat terengganu 2013, hihihi, lg satu, org malaysia dah semakin lupa dgn tarian ini, gara2 tarian k-pop/tarian kuda." -maybe?
 

27 Jan 2013

FSPU

Assalamualaikum.


flashback.

30 Disember 2012
11:40 AM



menapak ke FSPU.
hajatnya nak tengok fyp budak fspu.
walaupon bukan budak fspu,
tapi ai teringin.

terbayangkan model-model senibina dipamerkan.
sampai.
katanya dalam galeri.
awat kecik je galeri.
disebabkan malu, tak masuk.
and rasanya takde model dipamerkan kot.
kot.

disebabkan tak nak rasa sia-sia,
akibat perasaan segan,
jadi berjalan-jalanlah eden sekitar fspu tu.
tangkap gambar.
mamat-mamat hensem takde.
harap maklum.
semua busy study aku je busy merayau.
walaupon paper start 3 Januari.

apapun layan je gambar-gambar ni ye.










 


surau dia best!
 
 


 


24 Jan 2013

event OCBC

Assalamualaikum.




Ahad yang lalu,
yakni 21 Januari 2013,
aku join satu event ni,
jadi volunteer.
tak de lah volunteer sangat sebab dia siap bagi token RM40.
HAHHAH.itu tujuan aku nak join.
kira volunteer yang tak berapa ikhlas lah kot.

nak jadi volunteer event tu kena daftar dulu,
Alhamdulillah dapat,
dapat untuk sehari walaupon aku daftar untuk 2 hari.
nampak tak kat situ betapa aku desperate nak duit?
lol.

well kalau dapat duit dengan usaha sendiri,
it should not be a problem ey?


dapat e-mail dari OCBC.
dia kata kena berkumpul pukul 4:40 .
aku pon,

okey 4:40 petang.boleh sajooo.

bila baca balik.

watdefish! 4:40 pagi woii!

masa tu aku dah risau,
acaner nak pergi sana hoi sebab transport dari U tak disediakan,
yang ada just shuttle bus kat stesen lrt tertentu.
masalahnya acaner nak pergi stesen lrt tersebut.

masa tu aku dah rasa nak tarik diri.
but, sehari sebelum tu Alhamdulillah,
ada geng yang uruskan tu,
dia usahakan untuk cari transport.
yeayy!

salute.
bersungguh-sungguh dia mesej setiap orang,
tanya setiap volunteer whether they have their own transport,
for the purpose of carpooling.

then pada hari kejadian.
yakni 21 Januari jam 2:00 pagi,
well aku tertidur sebab before that kawan bawak makan kat Klang.

 
GM Plaza dah tutup. so makan-makan je. sob.sob.sob.
 
 
so 2:30 pagi gerak dari UiTM naik kereta sorang kakak ni.
dalam kereta borak-borak.

rupanya akak tu sama fakulti dengan aku.
dah habis belajar agaknya.
masa kat highway nak pergi stesen lrt kelana jaya,
aku geleng-geleng.
ada lah 2- 3 superman atas highway.
show off.

then sampai dalam pukul 3 pagi gitu.
tak berapa ingat lah pulak.
turun kereta tu.
akak bawak kereta tu kata :

"RM 5 sorang eh."

aku macam uikkks.
3 orang tumpang equals RM 15.
saat-saat berat hati nak keluarkan not RM 5 tu,
akak tu cakap :

"eh tak payahlah, malu lah pulak."

aku pon, Alhamdulillah.
selamat duit.selamat duit oi.

tapi tak best lah gitu,
dia pon volunteer gak,
shud be selalunya aktiviti camni,
as a volunteer bab carpool ni dorang tak berkira sangat.
kalau RM 3 sekepala okayy lagi.
ini dah macam naik teksi,
tapi meter pun tadak.
sigh.

lupakan.
so tunggu kat stesen lrt lama jugak,
which later we found out the driver of the shuttle bus,
sedang lena tidur dalam bas ber-aircond itu.
=.=

stesen lrt kelana jaya.


naik bas.
pejam mata beberapa minit.
sampai.
bas berhenti depan hotel apa entah,
so kena menapak pergi tempat event tu berlangsung.
dalam 20 minit jugak lah menapak.
menapak dalam keheningan pagi.



sampai khemah volunteer,
makan jap, omnom nom nom.
pastu tukar t-shirt-briefing.
pukul 6 pagi gerak kat checkpoint.
aku riders recovery 1.
tugas dia bagi or kalungkan medal.
ecceh rasa macam orang besar je nak kalungkan bagai.

kat checkpoint tu briefing lg.
dalam 6:40 pagi dah rasa gelisah dah.
yelah tak subuh lagi oiii.
tiba-tiba.

"eh kamu semua boleh solat tak? kalau nak pergi gilir-gilir"

Alhamdulillah dapat leader volunteer prihatin.
dan dia bukan Islam tapi chinese.
makanya menapak ke surau berhampiran khemah volunteer.
Luckily, aku dan kawan aku sempat ambil wudhu' sebelum air dalam kolah habis.
Alhamdulillah.

so dah selesai solat,
pergi kat checkpoint.
event start.

 
 

so dalam pukul 7:45 pagi gitu,
ada yang berjaya habiskan ride for 48km,
bermulalah tugas group kitorang bagi medal.

 
ada satu time tu,
waktu tengah bagi medal untuk 24 km-community ride,
bagi medal.
 
"thank you!" senyum.
 
berlalu pergi.
 
aku:
 
"eh tu bukan rafidah 3R ke"
rafidah 3R pon masuk woo.
 
 


itu je. so far,
berpuas hati dengan event ni.
ada surau,
ada makanan,
ada duit.ehem.

 
 
 
 
 

23 Jan 2013

Bro apa masalah?

Assalamualaikum.

Cerita dah lama.
not sure minggu lepas or minggu lepas-lepas.
masa tu aku dan group project system tengah stay up kat library.
bersengkang mata.
masa tu jugak heboh pasal listen.listen.listen mak cik pah tu.
then sorang kawan aku bukak twitter dia.
and masa tu dia tengok twit Malaysian Gags.

dia bengang.
disebabkan aku takde twitter,
maka aku pon tumpang baca jap.

habis baca.
ini wadefish sungguh.
jadah?
mentaliti apa kau pakai.

bila aku baca,
aku punya persepsi tu ini macam:

this.inilah contoh orang versi pencari gaduh tak tentu pasal.


dalam twit tu dia persoalkan slogan, motto whatsoever,
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM kitorang.

"Ayuh menjadi mahasiswa mahasiswi"

zeriously?
serious,
i don't see any problems with that.
aku tak paham why nak pertikaikan sebegitu rupa.
daripada kau fikir pasal slogan,motto ni,
baik kau perbaiki diri acaner nak jadi matang dalam berfikir.

daripada banyak-banyak masalah, isu yang timbul,
motto ni jugak kau nak persoalkan.
i can't brain this .

ada pulak komen-komen yang bikin panas topik.
konon kata siswa-siswi bawah telunjuk kerajaan bagai.
nak kata budak sini macam bagai lembu dicucuk hidung lettew.

err betul ke peribahasa tu.

well setiap orang ada pandangan masing-masing,
setiap orang ada hak mengundi,
lagipon undi tu rahsia,
tak payah nak pertikai orang ni sokong parti mana.


i don't know,
boleh pulak motto dijadikan isu.
emangnya udah kekeringan idea mungkin.
yang aku nampak dan faham pasal motto ni just,
more kepada mengajak mahasiswa mahasiswi berfikir dan bertindak matang,
berfikir dan bertindak sebagai orang yang terpelajar,
padan dengan status mahasiswa mahasiswi yang disandang.
again.this is my opinion.
mungkin lah dia ada buat research mendalam pasal motto ni kot.lol

ada akal guna.

21 Jan 2013

antara listen dan let me speak

Assalamualaikum.

Baru-baru ni heboh pasal apa yang berlaku kat UUM.
fenomena listen.listen.listen.
iklan nak tarik customer pon ,
selain bertujuan untuk tarik customer,
ada unsur membahan di situ.

aku pon mula-mula,
pekebenda kat fesbuk orang sibuk...

"respect bawani!"

"i admire u bawani!"

aku pon siapa bawani ni?
siapa pulak sharifah zohra jabeen yang dorang dok kutuk ni?
maka di situlah peranan youtube.
tekan play.

uishh lama.
bosan.
makanya aku bukak facebook,
sambil dengar.
multi-tasking katanya.
part bawani introduce and nak tanya soalan,
aku laju-laju tengok youtube.

barulah aku tau dimana bermulanya,
fenomena listen.listen.listen.
sampai empat hari sembilan puloh nam jam orang dok bahan.

ini just pendapat aku.
dalam hal ni both salah.
yang bawani tu tanya jerit-jerit bagai.
relaks derr.
ye aku paham.
kadang-kadang tu macam...
tetiba eh eksaited pulak rasa diriku ini.

jadi cuba akak bawani cuba bertenang,
kita nak tebar fakta kena tenang,
sebab nanti kalau orang tak paham susah.
makanya keluar pasal isu permasalahan hewan di situ.
(hewan?oke rasa macam A.Samad Said)

maka kita tengok mak cik pah,
dia salah sebab ego tak bertempat.
eh ekau nih tak profesional langsung!
bila kau bertindak potong cakap orang,
jelas-jelas kau dah tunjuk kelemahan diri kau.
ye memanglah bawani tanya dengan nada eksaited.
kau sebagai mak cik pah perlu tenang handle situation macam tu.
normal dan sangat normal bila,
ada orang yang mula menyuarakan isu-isu begitu dalam majlis-majlis begitu.

mak cik pah.
meh ai ajar.
mak cik pah kena tarik nafas lu,
biar akak bawani citer,
mak cik pah jangan interrupt semata-mata nak sebut 'listen'
yang entah berapa kali tu.
semua tengah mendengar pon,
dorang bukan tengah menari sampai kena ulang sepuloh kali.
bila akak bawani dah citer,
barulah mak cik pah jawab dengan tenang,
bukan dengan let me speak.let me speak.let me speak.

aku tak faham apa motif sebut let me speak banyak kali.
unsur penegasan mungkin?

and why on earth dia cakap pasal masalah hewan.
(eceh hewan lagi.)
mungkin dia nak cakap semua pun ada masalah kot.
tapi kenapa tak sebut masalah yang dihadapi mak cik melah, pak abu ?

mungkin mak cik pah merupakan aktivis hewan.mungkin.

dua-dua salah.
ketenangan dalam bertanya buat kau nampak matang.
ketenangan dalam menjawab buat kau nampak profesional.
dua-dua serupa macam budak kecik.

okeh post ini akan menjadi lebih panjang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku nak sentuh pasal isu yang bawani kemukakan.
i don't know .isu ni macam dah lama.
tapi of course lama tak semestinya tak boleh dibangkitkan kan?

aku tak tau perasaan aku atau apa.
gaya bawani tanya bukan gaya nak tahu why?why?why?
tapi macam lebih kepada nak kenakan,
gaya macam

'eh meh sini aku bentangkan fakta.for sure aku dapat sokongan'

entah.
maybe perasaan aku je kot.
or maybe she's just too excited.

ehem.
baiklah berbalik kepada isu pendidikan percuma.
i don't know why aku memang dari sejak azali
tak setuju pendidikan percuma.
bagi aku,
kau nak,kau usaha.
itu ujian bagi kau.even kau susah macam mana pon.

sumpah aku rasa keadaan lagi teruk,
kalau dapat pendidikan percuma.
aku yang dapat ptptn ni pon style study last minute.
bayangkan kalau pendidikan percuma?
agak-agak ada tak yang nak belajar sungguh-sungguh,
kalau tau the fact that they doesn't need to pay any single cents
golongan yang belajar bersungguh-sungguh bukan lagi majoriti.
MINORITI.

eh kau mana tahu? belum cuba belum tahu tau.

well realiti.
macam aku cakap tadi,
yang kena bayar pon sambil lewa belajar,
apalagi free.
kalau kau dapat barang free,
agak-agak kau nak jaga dia macam barang yang kau beli dengan usaha kau sendiri tak?


semua nak free.
kau nak maju tapi tak nak usaha.
tak nak cabaran.
selalunya yang bersuara bukan orang susah mana pon.
orang susah chillex je.
stok-stok yang habiskan duit ptptn berjoli sana sini jugak yang bersuara.

aihh kat UiTM Shah Alam ni,
setiap kali awal sem, tengah sem,
ada la jualan kat Dataran Cendekia,
tak yah tipu cakap beli those things kat sana guna duit sendiri.
aku pon beli guna duit ptptn.
(tapi insyaAllah sem depan aku tak tergoda.Amin.Amin)

kalau murahkan kos pendidikan,
maybe ok,
kalau dah free, lecturer pon tak payah kasi gaji lah gitu.
barang-barang keperluan dalam lab pon tak payah beli,
fasiliti, prasarana kat tempat kau belajar pon tak payah jaga.
senang kan.

i don't know,
maybe ramai yang marah sebab
kadang-kadang duit rakyat disalurkan
kat tempat yang tak betul, tak perlu.
kalau gitu aku pon marah.
tapi tak de lah demand untuk pendidikan free.


aku rasa possible buat pendidikan free,
if majoriti nak belajar.
ini baca buku malas.
tahu-tahu dekat U sibuk cari aweks, pakwe.
tahu-tahu dah jalan beriringan,
pegang-pegang tangan kat dataran cendikia tu.
nak exam pon bergayut walaupon esok ada paper.
ketahian apakah itu.
pastu cakap
 
oh kalau aku dapat pendidikan free, for sure aku belajar gila-gila

jadah?
means kalau kena bayar tak nak belajar sungguh-sungguh la?
kira redha bayar hutang gitu.
duit sebenarnya merupakan perangsang yang baik.
lagi kau nak duit, lagi kau kena kerja keras.
lagi kau nak dapat pinjaman tu jadi free, lagi tu la kau kena belajar.
hasilnya kau akan lebih rajin.
aku tak dapat bayangkan macam mana negara nak maju
kalau kau malas usaha.
esaimen dok copy paste.
(okeh aku sendiri yang sentap T.T)


kalau semua free,
sumpah malas yang kau dapat.
asyik-asyik main game, fesbuk, couple.
kalau cakap nak tukar kerajaan,
do it.
kalau bangkitkan satu isu,
biarlah sebab ikhlas nak perjuangkan.
bukan niat nak burukkan dan provok untuk raih sokongan.
timbulkan isu semata-mata nak raih sokongan.
dua-dua macam budak-budak.
yang ini burukkan yang tu.
yang tu burukkan yang ini.
rasa macam nak tubuh parti yang baru pon ada.
parti mahasiswa.lol

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Jan 2013

budak archi SANGAT.

Assalamualaikum.

hai, lama tak update.
bukan sebab exam.
exam dah lama habis.
sejak 14hb.

alhamdulillah exam dah habis.
sem ni bersemangat sikit belajar
sebab ada kakak roommate yang begitu rajin,
maka termotivate di situ.

ada lah improvement dari segi semangat,
walaupun hakikatnya aku still study last minute.
esok exam, tengah malam tu baru pulun.
siap buat nescafe bagai.
so hardcore.

exam sem ni pon,
first time aku keluar awal untuk semua paper.
tapi triggering effect dia bukanlah
kerana aku dapat jawab dengan jaya lagi bergaya,
tetapi sebab lapar, takpon sejuk, takpon aku tak tau nak goreng apa lagi.

sumpah rasa macam exam dalam igloo.
sampai cramp tangan aku.
ingat kami-kami ni semua kulit tebal macam beruang hape?

sumpah ini konspirasi.
bila sejuk, ramai yang tak boleh generate idea.
jadi kesukaran untuk menggoreng jawapan di situ,
menyebabkan peratusan budak yang dapat dekan menurun,
makanya bajet untuk buat majlis anugerah tersebut dapat dikurangkan.
boleh begitu?

baiklah walaupon exam habis awal,
tatapiiiii...
ada 2 projek yang perlu disiapkan.
rasa macam oh shit! ada projek pulak!
macam tu la kot rasanya.
satu untuk subjek sistem yang baru je tadi present.
(:wah kemain kau terus update.)
satu lagi entrepreneurship which  will be presented on 21st.


entrepreneurship ada lah dalam 80% siap,
sebab dapat ketua yang agak bagus.
pap pap pap dapat kerja.
pap pap pap kau kena submit.
walaupon kau agak stress sebab kau memang peMALAS orangnya,
tapi bila dah sampai saat ni kau akan rasa,
oh leganya dah buat awal.
jadi terima kasih untuk group leader yang begitu.


untuk sistem pulak,
group aku dah terima pengajarannya.
moral values yang kitorang dapat
ialah jangan baziaqqq masa!
jangan.
jangan.
jangan bazir masa.

disebabkan mula-mula tu,
ambil sambil lewa je,
makanya kami menanggung derita
berjaga untuk 3-4 hari.
stay up gaya zombi phew phew~
pergi library pukul 11 balik pukul 6:30 pagi.
lepastu bila dekat 3 pagi semua blur-blur.
busy sangat konon macam budak architect.
well kitorang macam architect jugak tapi bhg. komputer.
bhg. development of the system.bina sistem.
(apsal bunyi macam riak ni?lol.)


tengah buat projek sistem ni,
baru aku sedar ,
course yang aku tak minat ni,
yang aku sibuk nak tukar ni,
begitu penting and hebat jugak.

kalau kau rasa kau cukup kuat,
dan tidur bukan hobi utama kau,
kau bukan kaki tidur macam aku,
memang sesuai sangat course ni dengan kau.

sepanjang buat projek sistem ni,
tak cukup tidur tu for sure.

yelah nak kena present depan 3 panel,
gila kau nak buat cikai-cikai.
pulak tu contibute 45% markah.
bagi aku yang keluar exam awal sebab lapar,sejuk
dan sebab-sebab yang kurang munasabah yang lain,
serta tak buat test yang contribute 15% carrymark sebab aku tido,
maka haruslah projek ini begitu penting bagi aku.
sampai berbunyi-bunyi perut aku waktu stay up.
itu sangat malu.
tambah-tambah dalam library,
bukan sahaja kawan perempuan kau yang dapat dengar,
malah manusia yang duduk berhampiran meja kau dalam library.

mahu saja mencarut,
mana tak nya 5 hari sepanjang aku exam pon bunyi-bunyi jugak.
dah bagi makan pun mahu protes.cis.cis.cis.
inilah jugak antara sebab aku keluar awal dari dewan exam.
tak mampu ai tanggung rasa malu yang tinggi itu.

dalam tak cukup tidur,
perut berbunyi sebab lapar,
tak mandi adalah perkara biasa.
mungkin bagi aku.lol.
ada je hari yang aku skip mandi.
busy.busy.busy.
KONON.

bagi korang-korang.
yang tak mandi waktu buat projek tu,
ingatlah bahawa itu perkara biasa.
korang ada aku sebagai geng korang.
ingat ia perkara biasa.
persetankan anggapan mereka yang lain.
ingat ia normal.
normal.normal.normal.
listen.
listen.
listen.
ia normal.

kbai.




13 Jan 2013

Ini bukan pasal KL112

Assalamualaikum.

Tadi scroll-scroll facebook
versi tak ingat esok ada exam.

Kali ni mengupdate blog
versi tak ingat esok ada exam.

Dalam scroll-scroll
sempat lah stalk-stalk orang
sambil makan popcorn.

serius.
popcorn beli kat pasar malam semalam.


sambil scroll, stalk whatsoever,
terpandang kawan share status Ibnu Batoota.
panjang uolls.
disebabkan tajuknya menarik,
dan up-to-date,
supaya tidak rasa ketinggalan kerana sudah lama tak tengok tv,
maka aku pon membaca,menelaah,memahami status tersebut.

hah baca lah sendiri.


Saya sebenarnya sibuk nak exam ni,jadi online kejap2 je,tapi tiap kali online,soalan sama yang sering menyerang ialah berkenaan kalimah allah digunakan orang kristian...hmmm...

Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM

Ibnu Batoota pulak cakap...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN",kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam tu,kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian,sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akan murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut,tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH,maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik,mereka yang sokong kristian,mungkin akan dapat sokongan orang kristian pulak)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan,senang lenang,duduk depan laptop dan carik agama dari internet,kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....

Note: tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata.Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian,nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni pengikut umno lah apa lah.Tolong jangan politikkan kenyataan saya.

 




aku setuju dengan pendapat Ibnu Batoota.
bab-bab agama ni kena bersatu,


aku terfikir masa akan datang,
bila budak-budak gi sekolah,
senang-senang je orang kristian datang,
cakap pasal Allah dan ajak masuk agama dorang.
bukan nak racist but sumpah aku risau.

dengan ajaran sesat pon,
orang cerdik pandai boleh terpengaruh.

dan lagi satu aku pernah terbaca post yang kawan share.
dalam post tu dia tanya.
y nak publish bible dengan nama Allah tu bahasa Melayu.
padahal yang baca bible tu Chinese, Indian etc.
itu satu lagi perkara yang buat aku fikir panjang.

aku tak faham kenapa sesetengah pihak
seolah-olah membenarkan,merelakan.
memanglah macam Ibnu Batoota cakap,
penggunaan kalimah Allah ni tak di mention kat mana-mana,
but baik buruk kena fikir jugak.
dah buruknya kemain banyak dari yang baik,
takkan nak consider sisi yang baik jugak.
apa ingat warga Malaysia ni semua kuat agama,
iman kental tak mudah goyah.

Kalau kental takdelah,
manusia yang kat IC dia tulis Islam
busy keluar masuk pub dan club.
takdelah yang sibuk mempertahankan
ajaran sesat yang dorang ikut tu benar.
takdelah bayi-bayi dibuang dalam longkang.


kalau ada yang tanya

eh kat indonesia boleh je? asal nak kecoh-kecoh?
 
kau study dulu berapa banyak kristian kat sana, berapa banyak yang dah murtad
dan kau tahu kan kat sana Islam and Kristian boleh berkahwin?



y sekarang semua nak main isu-isu sensitif ni.
kang aku keluarkan perkara 11 dan perkara 13 kang.
*konon.padahal baru belajar dalam hubungan etnik*




10 Jan 2013

Perkongsian maklumat

Assalamualaikum.


AMARAN:
*berikut merupakan pendapat aku semata, kalau sentap tekan x*


Baru-baru ni,
Ada kawan aku share kat facebook satu video ni.
Tajuknya perkongsian maklumat.
Disebabkan rasa ingin tahu,
Aku bukak,klik play.
adalah dalam pukul 12 menghampiri pukul 1 pagi camtu.
Bila dah play, aku dengar orang tu cakap

" ya Allah, tolong...*something something*"


Saat itu, aku syak ini mesti video pasal hantu.
TENTU.
Jadi aku tutup link dan baca komen.
Memang sah.

Seriously aku tak paham kalau
Kau dah penakut,
Lepas tu kau tengok sampai habis,
Dah tengok habis, kau mengadu tak boleh tidur lah, apa la...
Guys seriously?
Yang gatal tengok sampai habis di kehenigan malam siapa suruh?
Aku tengok pon da tahu tu video apa walaupun tengok beberapa saat je.
Kalau takut nak pergi dapur tu...
seems legit lagi.

Mungkin tahap curiousity kau tinggi menggunung lah kot.
Tapi kau tahu kan curiosity kills the cat?
Lepas tu yang tak boleh blah kata tak boleh tido?
Jadah?
I don't know, kalau aku takut,
Lagi membara kot rasa nak tido tu.


Kat komen tu yang paling aku tak tahan
Dia cakap motif tunjuk tudung fareeda?
Hahaha sumpah aku tergelak.
Masa tu aku rasa nak tengok jugak,
Tapi disebabkan dah pagi dan aku online
betul-betul menghadap tingkap yang langsirnya diselak
Means that, kalau orang tiba-tiba ketuk tingkap laju-laju,
CONFIRM kau boleh nampak.

Nak nak pulak time tu aku bayangkan hantu tu
duduk betul-betul belakang seat pemandu and kat bahagian tengah
sambil tersenyum menganga mulut.
mulut dia pulak keluar darah.
darah pulak mencurah-curah.
ok. dah . over.

*See?
kau nampak tak tu?
nampak tak,
berapa banyak dah aku tengok hantu kat tv
sampai mempengaruhi otak aku ,
sampai siap boleh imagine situasi tersebut tanpa tengok habis.*

Jadi sebab itu aku bersabar.



Makanya pukul 11 pg aku bukak video tersebut.
Lepas tengok.
Ini reaksi aku.

E'eleh.
E'eleh baik tengok awal pagi tadi.
Takdelah curious lebih-lebih.

Jauh benar beza dengan imaginasi aku hoi.
Betul.
sumpah tak scary.

Betul aku nampak tudung fareeda je,
muka dia tak nampak,
Gelap benar. Apa rahsia?
Sekali tengok macam tudung sekolah pon ada.

Bila tengok video tu aku start wonder.
Why laki tu tak baca ayat- ayat al-quran sendiri,
Why pasang thru  kaset or vcd player?
And why asyik ya Allah, tolong aku...
At least boleh baca surah 3 qul or ayat qursi.
At least ada effort.
bukanlah salah dia minta tolong kat Allah begitu.

Aku pernah baca somewhere,
benda tu kadang-kadang tak amik port kalau thru vcd, kaset semua tu.
dia nak dengar live beb. LIVE baru ada feel terbakar.

okeh aku tak pasti sejauh mana kebenaran dia.
tapi yang pasti aku ada baca masa searching for ayat ruqyah.
ada orang komen pasal experience dia.

Dah takut mana boleh baca?
Dah tu kemain lancar kau susun ayat
takkan tak boleh baca?
aku tengok boleh tahan tenang dia masa tu.
siap boleh rakam lagi tu.

paling basic pon azan la.
Kalau orang yang betul takut
satu patah haram pon tak keluar tahu tak.
terketar-ketar pegang stereng.
confirm tak rakam
dan paling epic, dia terkencing dalam seluar.

mungkin dia ada baca sebelum rakam kot?
hmm mungkin lah kot.


Dan satu lagi atas motif apa di namakan perkongsian maklumat?
hatta satu maklumat pasal kat mana dia drive pon aku tak tau.
Entahlah aku betul-betul harap dia punya ending macam ni:

Dia toleh belakang sekejap sambil baca ayat qursi,
pastu dia pun...

puiiiiii
sambil cakap
" in your face!"

Pastu benda tu still tak hilang.
Dia bengang.
Dia amik cushion kat seat sebelah sambil lempar.
Ketangg!

Maka dia pun mengucap dua kali syahadah sambil berkata :

" lah tudung sekolah anak aku ghupenya!"




Patutlah ramai budak takut hantu dr Allah.

9 Jan 2013

Cakap sama bapak

Assalamualaikum.





Apek : Amoi, angkat ini moi, kasi laju itu wifi , mulahh saja.
Saya dah pakai yang lain.
Apek : Amoi you pakai apa, kasi angkat inilah amoi, laju wa kasi tau lu.
unifi. 
Apek : Unifi talak laju maa. Kasi angkat inilah, mulahh saja.
You kasi tau sama bapak saya la, dia yang bayar maa.
Apek : Okayy okayy, mana bapak you, i mahu kasi tau sama dia.
Kat rumah.
*poker face*

8 Jan 2013

kentut

Assalamualaikum

kentut bau durian adalah dimaafkan.

5 Jan 2013

Bangga

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kita kena bangga,
lebih-lebih lagi kalau
depan orang yang suka memperlekeh kita.



Sem lepas.
tahun lepas.
aku beli kek.

"eh, cam kenal"-kawan matrikulasi
"eh, kau! kerja sini?"
"a'ah, kau buat apa skang?"
"oh study kat UiTM tu ha"- tunjuk arah
"amik course apa?"
"Sistem maklumat"

supposely nama penuh dia Kejuruteraan Sistem Maklumat,
supposely.
ya .
disebabkan tak duduk fakulti engineering,
maka aku tak rasa ia satu keperluan menyebutnya.
konon merendah diri.
KONON.

"oh, dari kau belajar entah pape, baik kau kerja, dapat duit"

senyum.
amik duit baki.bye dan chow.

dia kata course aku entah pape?
entah pape.
entah pape.
entah pape.


ya tanpa course entah pape ni,
kedai kau tak de cash drawer untuk generate resit,
kau apply universiti pun nanti secara manual tahu tak?
memang course aku entah pape pon.



jadi,
walaupon kau tak suka mana pon
bidang pengajian yang kau ambil sekarang,
kadang-kadang kau kena backup jugak course kau.
untuk mengajar orang yang kurang tahu.
tapi kau jangan buat cerita dongeng.


dulu aku pandang rendah.
fakulti sains komputer dan matematik.
eleh.
budak komputer bukan pandai.
engineering lagi pandai.
noob gila masa tu.
tapi sekarang aku dah pandang tinggi dah.


kau perlu tahu,
bukan mudah bagi yang tiada basic bidang komputer,
melainkan menaip dalam word,
bukak facebook yang lagha,
untuk survive dalam bidang ni.

lainlah kau yang dalam bidang sains,
dari sekolah rendah dah belajar sains,
sekolah menengah dah belajar fizik,biologi,kimia bagai,
yang aku juga pernah belajar.

"saya dengar budak yang pandai math je diambil masuk dalam fakulti ni"-madam

2 Jan 2013

geli-geli

Assalamualaikum.

tengah feeling-feeling,
tiba kaki rasa geli-geli.
tengok-tengok,
cacing tandas.
jirus.
*close enough*


kalau cacing kat tanah
panggil cacing tanah,
apa lagi yang kau harapkan
kalau dah cacing tu aku jumpa kat tandas?

sudah tentu cacing tandas bukan?

motif?
kbai.
.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.