10 Jan 2013

Perkongsian maklumat

Assalamualaikum.


AMARAN:
*berikut merupakan pendapat aku semata, kalau sentap tekan x*


Baru-baru ni,
Ada kawan aku share kat facebook satu video ni.
Tajuknya perkongsian maklumat.
Disebabkan rasa ingin tahu,
Aku bukak,klik play.
adalah dalam pukul 12 menghampiri pukul 1 pagi camtu.
Bila dah play, aku dengar orang tu cakap

" ya Allah, tolong...*something something*"


Saat itu, aku syak ini mesti video pasal hantu.
TENTU.
Jadi aku tutup link dan baca komen.
Memang sah.

Seriously aku tak paham kalau
Kau dah penakut,
Lepas tu kau tengok sampai habis,
Dah tengok habis, kau mengadu tak boleh tidur lah, apa la...
Guys seriously?
Yang gatal tengok sampai habis di kehenigan malam siapa suruh?
Aku tengok pon da tahu tu video apa walaupun tengok beberapa saat je.
Kalau takut nak pergi dapur tu...
seems legit lagi.

Mungkin tahap curiousity kau tinggi menggunung lah kot.
Tapi kau tahu kan curiosity kills the cat?
Lepas tu yang tak boleh blah kata tak boleh tido?
Jadah?
I don't know, kalau aku takut,
Lagi membara kot rasa nak tido tu.


Kat komen tu yang paling aku tak tahan
Dia cakap motif tunjuk tudung fareeda?
Hahaha sumpah aku tergelak.
Masa tu aku rasa nak tengok jugak,
Tapi disebabkan dah pagi dan aku online
betul-betul menghadap tingkap yang langsirnya diselak
Means that, kalau orang tiba-tiba ketuk tingkap laju-laju,
CONFIRM kau boleh nampak.

Nak nak pulak time tu aku bayangkan hantu tu
duduk betul-betul belakang seat pemandu and kat bahagian tengah
sambil tersenyum menganga mulut.
mulut dia pulak keluar darah.
darah pulak mencurah-curah.
ok. dah . over.

*See?
kau nampak tak tu?
nampak tak,
berapa banyak dah aku tengok hantu kat tv
sampai mempengaruhi otak aku ,
sampai siap boleh imagine situasi tersebut tanpa tengok habis.*

Jadi sebab itu aku bersabar.



Makanya pukul 11 pg aku bukak video tersebut.
Lepas tengok.
Ini reaksi aku.

E'eleh.
E'eleh baik tengok awal pagi tadi.
Takdelah curious lebih-lebih.

Jauh benar beza dengan imaginasi aku hoi.
Betul.
sumpah tak scary.

Betul aku nampak tudung fareeda je,
muka dia tak nampak,
Gelap benar. Apa rahsia?
Sekali tengok macam tudung sekolah pon ada.

Bila tengok video tu aku start wonder.
Why laki tu tak baca ayat- ayat al-quran sendiri,
Why pasang thru  kaset or vcd player?
And why asyik ya Allah, tolong aku...
At least boleh baca surah 3 qul or ayat qursi.
At least ada effort.
bukanlah salah dia minta tolong kat Allah begitu.

Aku pernah baca somewhere,
benda tu kadang-kadang tak amik port kalau thru vcd, kaset semua tu.
dia nak dengar live beb. LIVE baru ada feel terbakar.

okeh aku tak pasti sejauh mana kebenaran dia.
tapi yang pasti aku ada baca masa searching for ayat ruqyah.
ada orang komen pasal experience dia.

Dah takut mana boleh baca?
Dah tu kemain lancar kau susun ayat
takkan tak boleh baca?
aku tengok boleh tahan tenang dia masa tu.
siap boleh rakam lagi tu.

paling basic pon azan la.
Kalau orang yang betul takut
satu patah haram pon tak keluar tahu tak.
terketar-ketar pegang stereng.
confirm tak rakam
dan paling epic, dia terkencing dalam seluar.

mungkin dia ada baca sebelum rakam kot?
hmm mungkin lah kot.


Dan satu lagi atas motif apa di namakan perkongsian maklumat?
hatta satu maklumat pasal kat mana dia drive pon aku tak tau.
Entahlah aku betul-betul harap dia punya ending macam ni:

Dia toleh belakang sekejap sambil baca ayat qursi,
pastu dia pun...

puiiiiii
sambil cakap
" in your face!"

Pastu benda tu still tak hilang.
Dia bengang.
Dia amik cushion kat seat sebelah sambil lempar.
Ketangg!

Maka dia pun mengucap dua kali syahadah sambil berkata :

" lah tudung sekolah anak aku ghupenya!"




Patutlah ramai budak takut hantu dr Allah.

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.