18 Jan 2013

budak archi SANGAT.

Assalamualaikum.

hai, lama tak update.
bukan sebab exam.
exam dah lama habis.
sejak 14hb.

alhamdulillah exam dah habis.
sem ni bersemangat sikit belajar
sebab ada kakak roommate yang begitu rajin,
maka termotivate di situ.

ada lah improvement dari segi semangat,
walaupun hakikatnya aku still study last minute.
esok exam, tengah malam tu baru pulun.
siap buat nescafe bagai.
so hardcore.

exam sem ni pon,
first time aku keluar awal untuk semua paper.
tapi triggering effect dia bukanlah
kerana aku dapat jawab dengan jaya lagi bergaya,
tetapi sebab lapar, takpon sejuk, takpon aku tak tau nak goreng apa lagi.

sumpah rasa macam exam dalam igloo.
sampai cramp tangan aku.
ingat kami-kami ni semua kulit tebal macam beruang hape?

sumpah ini konspirasi.
bila sejuk, ramai yang tak boleh generate idea.
jadi kesukaran untuk menggoreng jawapan di situ,
menyebabkan peratusan budak yang dapat dekan menurun,
makanya bajet untuk buat majlis anugerah tersebut dapat dikurangkan.
boleh begitu?

baiklah walaupon exam habis awal,
tatapiiiii...
ada 2 projek yang perlu disiapkan.
rasa macam oh shit! ada projek pulak!
macam tu la kot rasanya.
satu untuk subjek sistem yang baru je tadi present.
(:wah kemain kau terus update.)
satu lagi entrepreneurship which  will be presented on 21st.


entrepreneurship ada lah dalam 80% siap,
sebab dapat ketua yang agak bagus.
pap pap pap dapat kerja.
pap pap pap kau kena submit.
walaupon kau agak stress sebab kau memang peMALAS orangnya,
tapi bila dah sampai saat ni kau akan rasa,
oh leganya dah buat awal.
jadi terima kasih untuk group leader yang begitu.


untuk sistem pulak,
group aku dah terima pengajarannya.
moral values yang kitorang dapat
ialah jangan baziaqqq masa!
jangan.
jangan.
jangan bazir masa.

disebabkan mula-mula tu,
ambil sambil lewa je,
makanya kami menanggung derita
berjaga untuk 3-4 hari.
stay up gaya zombi phew phew~
pergi library pukul 11 balik pukul 6:30 pagi.
lepastu bila dekat 3 pagi semua blur-blur.
busy sangat konon macam budak architect.
well kitorang macam architect jugak tapi bhg. komputer.
bhg. development of the system.bina sistem.
(apsal bunyi macam riak ni?lol.)


tengah buat projek sistem ni,
baru aku sedar ,
course yang aku tak minat ni,
yang aku sibuk nak tukar ni,
begitu penting and hebat jugak.

kalau kau rasa kau cukup kuat,
dan tidur bukan hobi utama kau,
kau bukan kaki tidur macam aku,
memang sesuai sangat course ni dengan kau.

sepanjang buat projek sistem ni,
tak cukup tidur tu for sure.

yelah nak kena present depan 3 panel,
gila kau nak buat cikai-cikai.
pulak tu contibute 45% markah.
bagi aku yang keluar exam awal sebab lapar,sejuk
dan sebab-sebab yang kurang munasabah yang lain,
serta tak buat test yang contribute 15% carrymark sebab aku tido,
maka haruslah projek ini begitu penting bagi aku.
sampai berbunyi-bunyi perut aku waktu stay up.
itu sangat malu.
tambah-tambah dalam library,
bukan sahaja kawan perempuan kau yang dapat dengar,
malah manusia yang duduk berhampiran meja kau dalam library.

mahu saja mencarut,
mana tak nya 5 hari sepanjang aku exam pon bunyi-bunyi jugak.
dah bagi makan pun mahu protes.cis.cis.cis.
inilah jugak antara sebab aku keluar awal dari dewan exam.
tak mampu ai tanggung rasa malu yang tinggi itu.

dalam tak cukup tidur,
perut berbunyi sebab lapar,
tak mandi adalah perkara biasa.
mungkin bagi aku.lol.
ada je hari yang aku skip mandi.
busy.busy.busy.
KONON.

bagi korang-korang.
yang tak mandi waktu buat projek tu,
ingatlah bahawa itu perkara biasa.
korang ada aku sebagai geng korang.
ingat ia perkara biasa.
persetankan anggapan mereka yang lain.
ingat ia normal.
normal.normal.normal.
listen.
listen.
listen.
ia normal.

kbai.




No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.