29 Jun 2014

28062014: Penat.

Assalamualaikum.


28062014.
Song played - Chandelier by Sia


Kau pernah tak, tak makan dalam sehari doploh pat jam. Pernah? Aku tak pernah. Tapi hari ni festaim aku survive 24 jam dengan makan sebotol kecil madu SAHAJA. Air? Dua teguk air untuk pagi tadi, sebab tu je yang tinggal dalam botol air mineral 500 ml aku.

Pagi-pagi aku bangun, celik je mata aku pi hadap laptop sambung taip final year project punya report. Padahal semalam dah submit dah. Tapi tak lengkap ah. Tu yang membawa sampai ke hari ni dia punya tak puas hati tu. Taip. Taip. Tertido untuk sejam. Bangun. Taip. Taip. Taip.

Sedar tak sedar eh dah pukul 5:30 petang?

 Eh aku belum makan lagi?
Sepatutnya soalan itu perlu disertai dengan rasa cemas kalau hari-hari lain, bilamana dah pukul 5 petang dan aku tak makan lagi, hatta satu makanan sebesar saiz habuk pun. Ye, sebab aku risau kalau aku tak makan, aku akan jatuh sakit kemudian mati. Tapi hari ni, dia punya feel lain macam. Aku tak kisah kena makan ke tak. Tapi aku capai jugak lah sebotol madu dalam almari, sebab tu je stok makanan yang tinggal dalam bilik aku kat kolej ni. Masa tu aku fikir, kang tak makan sakit pulak kang, langsung kerja nak baiki report pun tak selesai. Tak sampai 10 minit pun untuk habiskan sebotol kecik madu itteeeww. Nasib baik jugak aku tak bantai perabis madu ni time mak aku datang bagi masa 8hb Jun hari tu.




Sambung taip. Taip. Taip. Taip. Taip. Pukul 7 petang dengar pengumuman, surau kolej buat Solat Terawih. Aku tak pergi. Kau jangan tanya pasai apa aku tak pi. Demm, masalah pompuan lah! Takkan itu pun aku nak habaq.  Taip. Taip. Taip. Taip.


Pukul 10 malam


 Aku rasa hmm kira boleh lah kot apa yang aku dah taip untuk hari ni buat baiki report yang aku dah hantar. Mesti kau tanya, eh boleh ke baiki report yang dah hantar? Entah aku pun tak tahu. Ye, aku dah hantar pukul 6:00 petang semalam. Tapi masa tu lecturer dah balik. Aku tak fikir apa, aku nak taip je benda yang tak selesai selagi mampu. Pukul 10:02 malam aku nak pi fakulti dulu tengok report tu betul tak ada depan pintu lecturer lagi. Kalau ada aku nak terus pi binding kertas tambahan ni untuk attach dalam report aku yang dah siap bind tu.


Pukul 10:02 malam

 Aku siap-siap pakai baju, tudung. Keluar lif aku terus lari pi fakulti. Plan aku, kalau report tu in case lecturer dah amik ke pagi tadi, aku ingat balik je fakulti nanti aku nak pack barang terus balik rumah dan redha. Kalau still ada depan pintu, aku ingat nak binding and attach progress aku terus kat report depan pintu lecturer tu. Tengah on the way lari keluar kolej tu aku sempat toleh belah kanan. Oh shit. Dua-dua kedai printing and binding tutup. Tukar plan. Tukar plan.

Plan aku sekarang, if report still ada depan pintu, aku ingat nak balik rumah dan mintak bapak aku hantar balik pepagi buta datang UiTM untuk submit progress aku. Means that progress tu aku dah siap bind semua, nanti sampai UiTM pepagi pukul 7:30 pagi tu aku tinggal attach balik je. 

Memang agak menyusahkan diri dan bapak aku sebenarnya. Tapi aku fikir macam tu sebab kalau aku stay kat UiTM, kedai kat luar pun tak bukak lagi untuk pi binding dan bas untuk pi keluar ke seksyen 7(dekat) atau seksyen 2(jauh) paling awal ada pun pukul 10 pagi hari-hari cuti macam ni. Aku memang tak harapkan kedai dalam kolej untuk bukak sebab setahu aku dorang memang cuti hari Ahad. Kita kena buat kemungkinan yang agak negatif supaya kita ada back up plan.


Pukul 10:15 malam

Aku sampai fakulti. Kalau hari biasa, mau amik 30 minit baru sampai fakulti. Tapi sebab hari ni aku lari, masa tu jadi 15 minit je. Masa tu aku fikir,

Boleh tahan madu ni bagi tenaga kat aku?
Sampai fakulti, aku pi bilik lecturer. Lorong kat bilik lecturer ni part awal-awal dia je terang. Nak masuk dalam lagi, gelap teruihh. Ye, bilik lecturer yang aku submit report tu, kat part yang gelap. Deal with it. Penakut penakut pun, terpaksa. Sampai bilik lecturer, report ada lagi.


Perjalanan balik.Pheww


So sekarang, teruskan plan nak balik tu. Selain daripada niat nak binding awal-awal kat rumah, aku niat nak lah hari pertama puasa dapat sahur dengan family. Jadi.... Lari. Lari. Lari. Sebab aku tahu bas dalam UiTM tamat operasi pukul 11 malam. 


Pukul 10:22 malam

Okay time ni dah sampai dataran cendikia. Ajaib bukan? Pergi fakulti amik masa 15 minit, balik 7 minit je. Memanglah kalau dah namanya fakulti atas bukit. Ingat nak keluar duit dulu, in case kalau bas takde dan tak dapat balik, aku ingat nak beli lah makanan, kot dah boleh puasa ke hari esok kan. Takpun buat kunyah pepagi dalam bilik. Takkan aku nak pi beli makanan tengahari buta pulak kan time orang tengah puasa. Ish.

Aku nak keluar RM40, tapi ATM machine kuang hajo. Boleh keluar duit RM50 aje. Apa banyak sangat ke orang keluarkan duit, semalam pun tak boleh keluar duit bawah RM50. Ish.


Pukul 10:26 malam

Lari. Lari. Lari. Stop kat koperasi kolej Mawar jap. Ingat nak beli roti la untuk makanan esok. Shit. Hatta satu roti pun tak ada. Ilek. Yang ada peanut butter. Takkan lah aku semalam makan dua roti 70 posen, hari ni makan sebotol kecil madu, pastu esok nak ratah peanut butter pulak kan. Ish.

Plan untuk balik malam ni mesti diteruskan. Lari. Lari. Lari. Perjalanan ke tingkat 8 dirasakan lambat bebenau even naik lif. Lif nganga je aku lari masuk bilik. Pack barang. Barang itu barang ini.


Pukul 10:41 malam

Aku dah depan lif nak turun. Lif bukak, aku masuk. Lif bukak lagi, aku keluar dan lari. Lari. Lari. Lari ke stesen bas. 7 minit tunggu, bas D sampai. Alhamdulillah.


Pukul 10:51 malam

Masih dalam bas UiTM. Masa ni tengah lalu kat terowong bangunan DATC. Dalam hati aku berharap yang bas Rapid U80 kat seksyen 2 tu still ada. Tak pernah aku gamble macam ni sekali. Paling kritikal pun 10:45 dah sampai seksyen 2, itu pun sekali je aku pernah buat. Masa ni aku fikir, if dapat pergi seksyen 2 nanti tapi bas Rapid U80 dah takde, aku nak buat apa eh? Maybe naik teksi masuk UiTM balik? Kalau ada. Sebab bas UiTM untuk masuk UiTM for sure dah takde. Kalau tak de teksi, aku nak masuk UiTM dengan apa? Jalan kaki? Jalan yang gelap lagi jauh bakal ditempuhi. Adventure sangat. Serious, aku memang nak balik.


Pukul 10:56 malam

Bas D berhenti depan kolej Seroja. Suddenly, abang bas tu tanya aku:

Dik nak turun mana?

Seksyen 2.

Bas ni sampai sini je. 

Aku toleh belakang. Ada dua tiga orang lagi dalam bas.

Adik tadi naik dari mana?
Mawar 
Bas untuk pi seksyen 2 dah tamat dah waktu dia.

Aku turun. Cakap terima kasih. 5 saat aku jalan melepasi stesen bas kolej Seroja aku nangis. Tak sengaja okay. Automatik air mata mengalir. Aku biar je. Tak ramai orang dah pun kat jalan, lagi pun gelap takde orang nampak. Masa jalan ditemani dengan air mata yang setia mengalir tu, otak aku tak habis-habis generate soalan.


Bas D kan memang pi seksyen 2, aku tak salah bas tapi apasai dia tak pi seksyen 2. Tinggal satu stesen je pun. Tak jauh pun. Kenapa?

Habis dua tiga orang saki baki dalam bas termasuk mamat yang usha aku tadi tu nak pergi mana? Kalau dah tak pergi seksyen 2 pergi mana? 

Yang aku tahu lepas stesen bas Seroja, bas akan direct pi seksyen 2. Even kalau dorang turun kat Kondo Kristal pun, dah tak jauh sangat pun dengan seksyen 2. Why? Belum pukul 11 lagi pun.

Why abang tu tak cakap awal-awal bas tak pergi seksyen 2 dah masa aku naik?

Heck. Kolej Mawar dengan Seroja bukanlah dekat sangat okay. Kalau bagitahu awal-awal kan senang. Dah tak bagitahu awal-awal, pastu blah. Takde offer nak pi hantar Mawar balik. Dan aku sedar, ini bukan drama swasta kat tv yang dipenuhi dengan orang baik-baik yang mana bila awek cantik yang dalam kesusahan, tiba-tiba ada mamat macho datang offer naik kereta mewah dia, tak pun akak sempoi offer naik kereta dia yang biasa-biasa, atau paling koman pun pakcik tua yang baik hati drive selow melow offer tumpang kereta dia hantar awek tersebut ke destinasi yang diingini. Tapi aku sedar jugak yang aku bukan awek cantik tersebut. Entah entah sebab tak cukup cun, sebab tu abang bas tu tak nak hantar. HAHHAH.


Pukul 11:05 malam

Okay, aku masih berjalan dengan berfikir dan berfikir pasal bas tadi dan dalam masa yang sama menyimpan rasa tak puas hati sambil berniat akan ku kenang muka abang tu sampai bebila. Tapi bila fikir balik, apa motif pulak aku nak ingat muka abang tu? hensem pun tidak. Paling aku dapat buat pun, muka marah bila naik bas abang tu, itu je. Bazir kapasiti memori otak sungguh. 

Masa ni, aku lalu depan masjid UiTM. Dah lalu depan masjid UiTM baru tersedar yang:

Allah takkan uji hamba dia kalau hamba dia tak mampu untuk tanggung ujian tu. Ujian tu tanda Allah sayang, so that hamba dia ingat untuk minta bantuan kat Allah.




Pukul 11:14 malam

Still berjalan. Currently lalu tepi kolej Perindu. Dan time tu ada mamat naik motor mana entah lalu jerit tegur aku. Ye takde orang lain. Aku. Tipikal budak laki. Kalau ada kawan memang berani la dia nak huha huha. Tension exam barangkali. Tapi aku lagi tension, rasa macam nak sepak kasi motor dia jatuh. Baru puas, aku tension kau nak huha huha pulak.

Masa ni jugak aku tengah fikir whether pagar kolej Mawar yang dekat dataran cendikia still bukak ke tak. Kalau tak bukak memang kaki ni kena tambah kuasa menapak jauh sikit pergi masuk ikut pintu lagi satu. Aku nak cakap ia jauh, gelap dan jalan pergi sana agak sunyi. Jauh dia bukan macam pintu depan dan belakang kat rumah kau. Sekian.


Pukul 11:18 malam

Sampai area kolej Delima. Ternampak koperasi kolej dorang bukak lagi. Sempat lah grab satu roti butter milk RM1.20 yang baru ku sedar agak mahal untuk roti sekecil itu (Patutnya 70 sen!) dan satu bungkus muffin yang harganya RM1.60 yang aku baru sedar jugak time menaip ni harga dia mahal dan ia bukan muffin brand Gardenia! yang muffinnya lebih besar dan banyak coklat! Ini yang nak stress balik ni!


Pukul 11:22 malam

Sampai kolej Mawar. Alhamdulillah pintu dekat dataran cendikia ni tak tutup lagi. Dan aku bersyukur aku berjaya sampai semula ke Kolej Mawar dan juga bilik aku dengan selamat, tak cacat apa. Alhamdulillah, Allah masih sayang aku.



Kali pertama eksesais sebanyak ini dengan badan dibekalkan tenaga dari sebotol madu dalam tempoh 24 jam. Dan eksesais ini tanpa rela. Rasanya kalau hantar aku kat pulau dalam masa sehari tanpa makanan, aku rasa aku boleh survive tapi bekalkan aku dengan tugasan buat FYP. Nyata kesibukan boleh buat orang tak rasa lapar. Setakat sehari je lah, dua hari aku tak test lagi.


Ok baii, aku nak mandi. Aku ada cakap tak seharian aku tak mandi sebabkan nak siapkan progress ni yang sebenarnya kalau diikutkan tak de lah siap jugak. Mesti otak kau tengah dipenuhi perkataan busuk dan tak mandi bukan? Tapi apa guna mak bapak aku bagi nama yang maksudnya segar dan berseri. Ini lah masanya, aku bagi excuse berdasarkan maksud nama aku sendiri, HAHHAH. Bukan selalu pun. Baiii aku betul-betul nak pi mandi ni.


Kbai.



Aku tak dapat blogwalk, komen, approve komen, post cerita yang tertunggak buat masa ini. Tunggu exam aku habis 4hb ni lah kot. Good luck dari aku untuk aku. Eh kau yang baca sampai habis even tak comment, aku sayang kau. Tak banyak orang yang baca blog aku, jadi kau patut bersyukur kalau jadi antara orang yang aku sayang, kira limited edition gitteeww. HAHHAH.lewl.





16 Jun 2014

Movie Review : 5cm

Assalamualaikum.

Aku baru habis tengok citer Indonesia, tajuk 5cm. Menyempat kann. HAHHAH. Actually tak berapa review lah sangat. Cerita ni pasal 5 orang sahabat. They olls ni selalu gila jumpa, sampailah sorang dari ahli group tu cadangkan dorang tak jumpa satu sama lain selama 3 bulan. Supaya tak boring lah katanya. Nanti time habis 3 bulan tu, mamat yang usulkan idea ni akan bagitahu tempat dorang akan gather balik which is surprise lah kekunun. 


Bila dah jumpa balik tu rupanya mamat yang usulkan idea tu dah plan dah awal-awal untuk tawan puncak Mahameru secara berjemaah. Okay cukup lah tu eh, pi tengok sendiri. Bagi aku, overall citer ni tak de la best sangat pun. Somehow tempat yang dorang pi tu sangat cantik, tu je la yang menarik kot.


Okay, teringin nak ada blackboard sebesar alam cenggini dalam bilik.


Cool gila! Kat taman dia ada tempat lepak cenggini wo!








Tetiba aku pun teringin nak ke Puncak Mahameru.



Kbai.

13 Jun 2014

09062014-13062014 : 1 week summary

Assalamualaikum.

Hi, basically this is 1 week story (lebih kurang la) compressed into 1 post. Hectic dan busy sangat menjelang minggu exam ni dicampur dengan final year project yang masih ongoing. T.T


09062014 (Isnin)
Ada Malam Pra Graduasi. Malam bebudak semester akhir melaram kaw-kaw. Tapi aku tak melaram lah dengan dress-dress bagai. Bazir duit haku je, aku datang nak makan je pun. HAHHAH. Pada awalnya memang niat nak pakai blouse hitam dengan jeans je. Tapi kawan aku bantah. Aku tak tahu la kenapa, aku rasa lagi rare cenggituh, rasa cool je. Tapi ikutkan jugak lah, aku pakai skirt hitam dengan blouse hitam. Nasib baik aku bawak kalau tak memang aku pakai je jeans je. Pedulik hape. Yang ni maybe akan diperincikan lagi dalam post akan datang yang tak tahu bila sebab aku belum pungut gambar dari rakan taulan aku, yelah camera handset cikai, haruslah jadi parasit enterframe masuk dalam kamera orang lain kann. Tapi rasanya tak banyak pun since aku ni tak hot. Orang hot je banyak gambo, aku spesis cool ni nan hado.



10062014 (Selasa)
Aku terponteng kelas ethics. Dah la nama kelas ethics, pastu aku ponteng pulak. Sungguh tak beretika. Nak buat acane aku terlajak tido. Aku syak mesti penat Malam Pra Graduasi tak habis lagi.


11062014 (Rabu)

Ada presentation projek multimedia sebenarnya hari ni. Tapi malam semalam setelah berjaga bagai nak rak (aku ada tido jugak lah sekejap, partner aku Yana je tak tido), tetiba boleh dapat fatal error pulak. Hancur semua progress yang kitorang dah buat. Salah kitorang gak, lupa nak save. Lagi-lagi kalau guna pirate punya.


Masa present tu memang tak dapat present apa lah sangat, Hilmi (kawan kelas) banyak tolong kitorang. But somehow, dapat baiki apa lah sangat en dalam masa yang singkat. Yang terharunya, lecturer kasi kitorang represent balik, masa tu ya Allah tak tahu la nak cakap apa. Bersyukur sangat. Sempat aku menangis sebab terharu, jadi tak macho sekejap.



Pengajarannya, kau busy macamana pun, pi solat. Allah tolong punya. Percaya kat Dia je. Dr, Riaza I Love You! Dr. sangat lah baikkkkk!


12062014 (Khamis)
Aku berjaya habiskan baca novel Kelabu dalam satu hari. Terkejut hokkay tetiba ada novel Fixi dalam library UiTM ni. Sebab selalunya novel cintan-cintun lelama je.-__- Tapi bila aku search kat website ada dua je novel keluaran Fixi yang ada dalam library tu. Okayy so sad. Somehow, aku berjaya jimat duit dari beli novel Kelabu ni. Yehhuuu.


Currently tengah berusaha nak capai target aku untuk 2014 kat goodreads, iaitu baca 20 buku untuk tahun ni. Padahal banyak je orang lain yang target dia tinggi-tinggi. T.T. Tapi tak tahu ler aku dapat capai ke tak sebab busy buat projek final. Sedangkan buat 1 post kat blog kemain lagi susah, inikan pula baca buku yang perlukan komitmen dan daya konsentrasi yang tinggi. Ecewwah.




13062014 (Jumaat)
Hari ni lepas gian pi swimming kat pool UiTM. Gian. Dah lama sangat tak swimming gayanya. Lagipun aku dah lama tak eksesais sebab bizi. Aku ni kalau tak eksesais memang jadi berat tulang sikit. Bila dah lama tak eksesais tu rasa cam malas je nak bangun pi eksesais eventhough aku rasa nak eksesais. Tapi once dah eksesais memang hari-hari kena pi sebab rasa seronok. Mood pun jadi stabil je. Kan aku dah kata aku asyik penat je en. Aku rasa sebab tak eksesais lah kot.


Aku ada terbaca kat blog sususejat. Dalam tu kata, stamina kita akan berkurangan sebanyak 50% kalau kita dah tak eksesais selama 2 minggu. The heck? Banyak tuuuuu. Nangis.


Tadi sebelum pi masuk pool ada budak usha aku. Lama. Aku tak tahu kenapa, since aku pakai baju. Nak kata budak tu takut tak pulak, dia pandang macam nak tanya sesuatu. I dont know. Adik, did I know you? Ke aku attractive sangat. HAHHAH. sila muntah berjemaah. fyi budak tu pompuan, 5-7 tahun maybe.


Benda yang aku tak suka masa swimming adalah bila orang halang laluan aku. Aku tau ni public pool. Tapi tolonglah jangan masa aku nak pi situ time tu jugak kau nak pegi situ. Jadahnya, Tempat luas kot! bukannya ramai orang pun tadi. Ni tak cik akak baju ungu tu time aku nak pi situ time tu jugak dia berenang pi situ. Banyak kali hokkayyy. Cik akak ni jeles ke hape? Ke tengah spy aku sesenyap? Dan bila jadi insiden cenggitu selalunya aku lah yang kena elak. Aku tak tahu lah dorang ni tak reti kona time swimming ke hape, sebab aku je yang kena elak sampai nafas tak cukup banyak sangat pergerakan. Yang dorang ni boleh buat selamba bodoh berenang straight. Tension ahkak tahuuu.

Pastu aku sempat cakap dengan budak 1 tahun, nama Hidayah. Comel gila budak tu. Ohmaii. Nanti aku ada anak nanti aku nak bawak dia pi swimming gak ah. Kasi terer swimming.


Lupa nak cakap aku terbaca notis ni depan pintu pool tadi. Finally ada jugak yang berani bersuara, kalau aku, aku malas tulis surat. Aku terus tak pi, pergi hari Jumaat time bebudak laki tengah solat je. But kakak ni, I salute. *clap* *clap*. 

Tapi ada lagi satu notis kat atas, balasan kepada surat ni lah kot. Katanya penyelamat wanita tak cukup tu yang kena ada penyelamat lelaki. But notis tu ada cakap elok-elok lah, kalau ada penyelamat laki datang, yang wanita boleh keluar dari pool kalau tak selesa. Hmppphhh, nampaknya memang dapat gi hari Jumaat je lah gayanya.


mmmm tu je lah kot setakat nih. Kbai. :D




3 Jun 2014

29032014 : Rantai Art

Assalamualaikum.

*entri banyak gambar*
jangan bukak tab bebanyak kalau taknak mencarut.


29/03/2014



Hari ni aku pi event Rantai Art dengan adik aku. Memula tahu pasal event ni pun through fesbuk, then usha kat instagram. Eh, macam menarik. Since aku pun jenis minat bebenda seni ni (semua pun aku minat), aku fikir why not since reachable by public transport kan (gua takde kereta). Supaya tak nampak macam forever alone sangat, ye ah dah lah pi pameran seni pastu sengsorang, tak ke nampak macam forever alone?,so aku ajak adik laki aku. Nasib baik dia nak pi ikut, since dia pun minat benda-benda art jugak katanya, katanya lah. 


Layan je lah gambar eh, since aku ni memang minat tangkap gambo, cuma DSLR je takde.HAHHAH.


this is so niceee.


love <3. Tapi lupa take note siapa owner dia.

aku suka kucing, but this one y so grumpy?

somehow lukisan ni macam dihasilkan penuh feel.



this one pun my fav. By annjfr .



some booths..

empayar kukubesi paling banyak orang beratur.


Sangat detail okayy lukisan ni. Those lines.

Aku ingat orang rupanya patung. Lagi lerr scarryyy woi!


warna dia.

nice.

Aku suka gunung. Jadi otomatik ni pun feveret.


yang HUJAN tu cunn.

Ini pun cantik. By nabraskaa .






this one pun my fav. By syarifahnadhirah .

My fav jugak. By kymioflario .








Ada jugak jenis yang scary. Contohnya cenggini .



Adik aku.

Kepala paip.



This one pun nice.

Talam 5 muka. Sukati aku je bagi nama. HAHHAH

Ini perjanjian apa entah. Tulisan kecik, malas baca.

wuu teringin nak hiking lagi.





Dah habis merayau aku dengan adik aku jalan pi KLCC sebab alang-alang tu nak mintak adik aku tangkap gambo aku untuk projek kelas multimedia. Kemain KLCC. Tapi at the end aku tak guna pun one of those pics untuk projek multimedia aku :P . HAHHAH.

Skirt + kasut Adidas bapak aku. Pastu kena bahan dengan abang aku.

Habis jenjalan dan tangkap gambo, tetiba adik aku cakap dia lapar. Tetiba. Nasib baik aku tengah lapar jugak. So aku dengan bermurah hatinya belanja adik aku makan. Kemain belanja Pizza Hut gaya macam dah bekerja dan ada duit sendiri. Ikut je tekak adik aku. Tapi kitorang makan kongsi-kongsi. Untung jugak aku tengah diet boleh jimat duit. HAHHAH. Adik aku pulak at the same time takut orang ingat kitorang pakwe makwe. =..=. Kalau orang ingat cenggitu, maknanya samada muka aku yang nampak muda atau adik aku nampak tua. Aherher.



Balik tu pameran kereta lumba pebenda entah. Aku nak try jugak main drive kereta lumba ni en, tapi ramai pulak yang kerumun (tak sure samada nak cuba atau tengok-tengok je). So tangkap gambo je ler sekejap. Adik aku memang jenis tak suka bergambo, jenis selfie sengsorang untuk syok sendiri, HAHHAH. Maka aku je lah yang bergambo dengan kereta mahal. kahkah.

Boleh tak aku nak perasan yang mat saleh baju biru tu tangkap gambo aku? HAHHAH.


Kalau ikutkan banyak lagi gambar. Event satu hari tapi nak dekat 100 lebih gambar aku amik. Penuh passion tak? HHAHHHA. Tapi sebab nak upload guna tenet UiTM ni kemain susah, aku upload je lah gambar-gambar atas ni, itu pun still slow walaupun dah banyak combine gambo. :(


//Well aku dah tak aktif instagram, sebabnya tak boleh upload bebanyak gambo macam kat blog. Kang upload bebanyak kata spam pulak. That's why aku prefer blog, nak menceceh bebanyak pun tak apa. HAHHAH.

Kbai.




.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.