Hi, basically this is 1 week story (lebih kurang la) compressed into 1 post. Hectic dan busy sangat menjelang minggu exam ni dicampur dengan final year project yang masih ongoing. T.T
09062014 (Isnin)
Ada Malam Pra Graduasi. Malam bebudak semester akhir melaram kaw-kaw. Tapi aku tak melaram lah dengan dress-dress bagai. Bazir duit haku je, aku datang nak makan je pun. HAHHAH. Pada awalnya memang niat nak pakai blouse hitam dengan jeans je. Tapi kawan aku bantah. Aku tak tahu la kenapa, aku rasa lagi rare cenggituh, rasa cool je. Tapi ikutkan jugak lah, aku pakai skirt hitam dengan blouse hitam. Nasib baik aku bawak kalau tak memang aku pakai je jeans je. Pedulik hape. Yang ni maybe akan diperincikan lagi dalam post akan datang yang tak tahu bila sebab aku belum pungut gambar dari rakan taulan aku, yelah camera handset cikai, haruslah jadi parasit enterframe masuk dalam kamera orang lain kann. Tapi rasanya tak banyak pun since aku ni tak hot. Orang hot je banyak gambo, aku spesis cool ni nan hado.
10062014 (Selasa)
Aku terponteng kelas ethics. Dah la nama kelas ethics, pastu aku ponteng pulak. Sungguh tak beretika. Nak buat acane aku terlajak tido. Aku syak mesti penat Malam Pra Graduasi tak habis lagi.
11062014 (Rabu)
Ada presentation projek multimedia sebenarnya hari ni. Tapi malam semalam setelah berjaga bagai nak rak (aku ada tido jugak lah sekejap, partner aku Yana je tak tido), tetiba boleh dapat fatal error pulak. Hancur semua progress yang kitorang dah buat. Salah kitorang gak, lupa nak save. Lagi-lagi kalau guna pirate punya.
Masa present tu memang tak dapat present apa lah sangat, Hilmi (kawan kelas) banyak tolong kitorang. But somehow, dapat baiki apa lah sangat en dalam masa yang singkat. Yang terharunya, lecturer kasi kitorang represent balik, masa tu ya Allah tak tahu la nak cakap apa. Bersyukur sangat. Sempat aku menangis sebab terharu, jadi tak macho sekejap.
Pengajarannya, kau busy macamana pun, pi solat. Allah tolong punya. Percaya kat Dia je. Dr, Riaza I Love You! Dr. sangat lah baikkkkk!
12062014 (Khamis)
Aku berjaya habiskan baca novel Kelabu dalam satu hari. Terkejut hokkay tetiba ada novel Fixi dalam library UiTM ni. Sebab selalunya novel cintan-cintun lelama je.-__- Tapi bila aku search kat website ada dua je novel keluaran Fixi yang ada dalam library tu. Okayy so sad. Somehow, aku berjaya jimat duit dari beli novel Kelabu ni. Yehhuuu.
Currently tengah berusaha nak capai target aku untuk 2014 kat goodreads, iaitu baca 20 buku untuk tahun ni. Padahal banyak je orang lain yang target dia tinggi-tinggi. T.T. Tapi tak tahu ler aku dapat capai ke tak sebab busy buat projek final. Sedangkan buat 1 post kat blog kemain lagi susah, inikan pula baca buku yang perlukan komitmen dan daya konsentrasi yang tinggi. Ecewwah.
13062014 (Jumaat)
Hari ni lepas gian pi swimming kat pool UiTM. Gian. Dah lama sangat tak swimming gayanya. Lagipun aku dah lama tak eksesais sebab bizi. Aku ni kalau tak eksesais memang jadi berat tulang sikit. Bila dah lama tak eksesais tu rasa cam malas je nak bangun pi eksesais eventhough aku rasa nak eksesais. Tapi once dah eksesais memang hari-hari kena pi sebab rasa seronok. Mood pun jadi stabil je. Kan aku dah kata aku asyik penat je en. Aku rasa sebab tak eksesais lah kot.
Aku ada terbaca kat blog sususejat. Dalam tu kata, stamina kita akan berkurangan sebanyak 50% kalau kita dah tak eksesais selama 2 minggu. The heck? Banyak tuuuuu. Nangis.
Tadi sebelum pi masuk pool ada budak usha aku. Lama. Aku tak tahu kenapa, since aku pakai baju. Nak kata budak tu takut tak pulak, dia pandang macam nak tanya sesuatu. I dont know. Adik, did I know you? Ke aku attractive sangat. HAHHAH. sila muntah berjemaah. fyi budak tu pompuan, 5-7 tahun maybe.
Benda yang aku tak suka masa swimming adalah bila orang halang laluan aku. Aku tau ni public pool. Tapi tolonglah jangan masa aku nak pi situ time tu jugak kau nak pegi situ. Jadahnya, Tempat luas kot! bukannya ramai orang pun tadi. Ni tak cik akak baju ungu tu time aku nak pi situ time tu jugak dia berenang pi situ. Banyak kali hokkayyy. Cik akak ni jeles ke hape? Ke tengah spy aku sesenyap? Dan bila jadi insiden cenggitu selalunya aku lah yang kena elak. Aku tak tahu lah dorang ni tak reti kona time swimming ke hape, sebab aku je yang kena elak sampai nafas tak cukup banyak sangat pergerakan. Yang dorang ni boleh buat selamba bodoh berenang straight. Tension ahkak tahuuu.
Pastu aku sempat cakap dengan budak 1 tahun, nama Hidayah. Comel gila budak tu. Ohmaii. Nanti aku ada anak nanti aku nak bawak dia pi swimming gak ah. Kasi terer swimming.
Lupa nak cakap aku terbaca notis ni depan pintu pool tadi. Finally ada jugak yang berani bersuara, kalau aku, aku malas tulis surat. Aku terus tak pi, pergi hari Jumaat time bebudak laki tengah solat je. But kakak ni, I salute. *clap* *clap*.
Tapi ada lagi satu notis kat atas, balasan kepada surat ni lah kot. Katanya penyelamat wanita tak cukup tu yang kena ada penyelamat lelaki. But notis tu ada cakap elok-elok lah, kalau ada penyelamat laki datang, yang wanita boleh keluar dari pool kalau tak selesa. Hmppphhh, nampaknya memang dapat gi hari Jumaat je lah gayanya.
mmmm tu je lah kot setakat nih. Kbai. :D
No comments:
Post a Comment