28 May 2014

28052014 : Cadbury





Kini, orang ramai mempunyai alternatif
untuk menyebut, memaki, update status
yang mengandungi perkataan Ba.Alif.Ba.Ya.
supaya kelihatan sopan, sweet, dan tak berapa rasa bersalah.
(Ye, walaupun hakikat sebenar ia hanyalah makhluk ciptaan Allah juga)

iaitu dengan menggantikannya kepada cadbury.
Contoh ayat :

"Cadbury! Mata tu tak reti nak jaga ke?!"

Cadbury.




Oh maynnn, dah bape banyak aku makan cadbury. Dah ah blackforest tu feveret. Tapi tertanya-tanya jugak acane syarikat yang glemer boleh buat macam ni. Kan ke dah merugikan diri dia sendiri. 


Beberapa hari sebelum keluar cerita pasal cadbury ni kat suratkhabar, family aku ada beli chocolate cadbury almond and mixed nuts. Ye lah, sebab dah lama tak makan, teringinn. Nasib baik kitorang tak rasmikan lagi. Macam ada feeling tak kena gitu. Kalau tak, rasa bersalah tu lagi berbondong-bondong datang kot, tahap nak jolok anak tekak keluarkan balik (ini perumpamaan). 


Lagi satu, boleh eh main cuci cuci darah bila tak sengaja makan benda harommm? Dia tak tahu ke possiblity nak makan benda harommm tu bukan jatuh pada cadbury je, tapi makan telur yang tak dibasuh, makan ayam yang tak disembelih betul bla bla bla. 


Tapi harapan aku supaya pihak-pihak yang terlibat rerajin lah buat pemeriksaan kat produk-produk lain gak sebab majoriti penduduk beragama Islam. Ini demi kemaslahatan umat Islam sendiri. Ecewwah. Tak, ini serius. Dalam sibuk-sibuk nak boikot Cadbury kita lupa kebarangkalian produk lain pun ada ingredients yang syubhah or haram yang maybe terlepas pandang. Agaknya ini lah sebab orang selalu sebut B.A.B.I bila marah kot. Ok, gurau.


Tapi apasai orang kata kat kertas laporan tulis CABBURY instead of CADBURY. Nak kata typo huruf 'B' and 'D' bukan dekat sangat pon. Tapi memang wujud eh coklat nama CABBURY? Gila tak market punya nama.




Mungkin segerombolan B.A.B.I sudah berasa tenang sedikit sebab orang dah tak sebut nama dia atau salahkan dia kalau ditimpa masalah. Sebab dorang ada Cadbury. Contoh :






Kbai.

Segala gambar bukan hak milik sendiri. Sekian.

27 May 2014

24052014 : Festival Belia Putrajaya 2014 Part 4

Assalamualaikum.

Part 3.


Untuk kaki seni dorang ada bangunan sendiri untuk persembahan teater bagai.

Rasa cam retro gituu.



Aku masuk dalam satu box besar ni, aku ingat ada rumah hantu kat dalam ni, sekali tempat tengok dan dengar cerita dan lagu lama rupanya. Cool lah jugak. Bebudak kecik ramai kat dalam ni, so aku ada terlanggar sikit budak ni dalam gelap-gelap sebab tak nampak. Nasib baik budak tu tak menangis, boleh gelak gelak pulak dia. Kalau nangis, habis kena bantai dengan mak pak budak tu.


Pastu aku nampak Sofea Jane. Memula nak tangkap gambar dia tapi dia tengah on the phone. Macam tak berapa sesuai lak. Tunggu. Tapi dia pi tempat lain. Malas nak tunggu aku blah, alah Sofea Jane je pun bukan Dato' Siti. HAHHAHA. Turun escalator nampak dia bergambar dengan sorang mamat. Sampai je aku kat bawah, Ting!. Hilang. 


Ini dorang berborak santai pasal apa entah, aku sempat singgah tangkap gambar je sebab dah pukul 6:15 petang dah.

Giant Bubble!





Sweet couple! Tersenyum-senyum aku tengok pasangan ni, sweet gilaaa. Berbasikal bersama-sama pi festival. Nanti nak jugak ah buat dengan future husband. Ada eh istilah future husband? HAHHAHA. 



Disebabkan dari pagi aku hanya makan 3 biji kuih. Maka pukul 6:30 petang, wajiblah untuk perut aku berbunyi gilababeng punyaa. So beli ah donat J.Co. Sebab dia promosi RM2 seketul dan sebab aku tak pernah rasa lagi donat J.Co ni macam mana. Aku beli blueberry cheese dengan Chocolate with caviar apa entah. Yang blueberry tu tak sempat nak tangkap aku dah ngapp habis awal-awal. Sedap sebab dalam dia ada filling cheeessseee, ingat kat luar je cheese dia. Pastu choc caviar atas ni pun sodap jugak, sebab first, dia coklat dan dua, sebab aku lapar. 


Balik dalam pukul 7:02 petang cenggitu. Masa bas nak gerak. Datanglah lagi 2 orang perempuan nak naik bas. Satu seksi satu tak berapa seksi sebab pakai tshirt dengan skinny jeans je. Yang seksi tu pakai baju warna kulit yang nipis lah kot sebab boleh nampak bentuk baju mini kat dalam (if u know what i mean) dengan skirt pendek terbelah. Malay. Baju tu jenis slanted, jenis yang sebelah nampak bahu sebelah tak nampak bahu. Aku nak lukis takut korang pulak yang ghairah (sebenarnya aku malas.HAHHAH).


Okay, dua orang tu masuk bas. Yang tak seksi masuk dan berdiri macam aku dan beberapa orang lain. Yang seksi pulak masuk-masuk terus duduk kat bahagian depan. Kan kat bahagian depan bas sebaris dengan stereng dan tingkap tu kan macam ada  space untuk duduk kan (dashboard ke?)? Haa kat situ. Yang duduk depan ada dua orang lelaki. Sorang pemandu bas, sorang kawan dia duduk kat sebelah. Pemandu bas jugak. Loghat kelantan dia cakap.


Selama 20-30 minit perjalanan, yang seksi tu relaks je duduk. Aku pulak naik risau takut dua laki kat depan tu tak reti kawal mata. Satu sebab takut eksiden, satu lagi sebab aku perempuan, dan ini berkenaan dengan maruah perempuan tu sendiri. Tapi nak buat acane, dia lagi suka laki tengok dia dalam keadaan macam tu kot. Bila dia duduk dekat area cermin, pemandu bas tu kena tengok cermin, dalam masa yang sama confirm tertengok dia sekali. Tu pemandu bas. Aku tak tahu berapa kali kawan pemandu bas tu sengaja tengok pulak. Ohmaii aku pulak yang rasa malu gila. Aku tak tahu level keberapa dah syahwat dua orang laki tu naik. Sebab kalau muka perempuan tu hodoh maybe tak tinggi sangat la, tapi kena pulak dengan muka hot, badan pun hot. Geleng kepala. 


Rasa kalau ada selimut time tu, macam nak bagi kat pompuan tu cecepat. Sampai Putrajaya Sentral, pompuan dua orang tu turun dulu, aku turun lambat 30 saat. Masa aku turun tu aku dengar pemandu bas dengan kawan dia cakap-cakap. Aku tengok ah dorang, rupanya bercakap pasal pompuan yang dah turun tadi sambil tengok pompuan dua orang yang dah turun tu. Mesti dah siap berimaginasi dah dua orang mamat ni. -__- Nak ketuk kepala dorang, masalahnya pompuan tu yang sudi buat free show.



Dah Solat Maghrib, aku pi beli tiket  ERL balik ke KL Sentral. Dan pada masa yang sama rasa terkilan tak sempat nak try wall climbing and tak sempat tengok buku kat Big Bad Wolf. T.T.


Layan kakak ni nyanyi sikijap.
Aku suka background music dia je.



End.


Eh, kalau rajin click ah iklan. Aku tengah eksaited ni orang click iklan.
Tu pun kalau rajin ah.

24052014 : Festival Belia Putrajaya 2014 Part 3

Assalamualaikum.

Part 2.




Pukul 5 petang aku start gerak Masjid Sultan Mizan solat Asar. Waktu tu dah start hujan renyai-renyai dah.



Erk, sebenarnya bukan nak tangkap gambar dorang pun.


Kat sana jugak ada tapak-tapak perkhemahan. Jangan tanya aku kenapa dorang main khemah-khemah kat situ sebab aku pun tak tahu logik di sebaliknya. Mungkin perkhemahan zaman moden dah tak main dah berkhemah kat hutan-hutan, semua stok berkhemah kat bandar-bandar je. Zaman teknologi kann.





Senyap-senyap tangkap gambar, kot acik sekuriti marah ke. HAHHAH

Info-info pasal masjid boleh dapat kat sini. Tapi aku tak baca pon. HAHHAHA







Macam KLCC pulak ada jambatan tengah-tengah.


Teringat episod spongebob main naik turun mata kail dengan Patrick. 


Menarik, tapi tak de lah aku buat wish kat situ.


Spray Art.


Ini kat bus stop. Poster ni Kaki Seni buat. Cool jugak baca iklan-iklan dalam Bahasa Melayu baku. Kadang-kadang macam kelakar pun ada baca iklan dia.







24052014 : Festival Belia Putrajaya 2014 Part 2

Assalamualaikum.

Part 1.


Disebabkan aku degil nak jugak masukkan gambar bebanyak maka post ini dipecahkan kepada tiga post. Mari sambung tengok gegambar.


Lately, sangat tertarik dengan khat kufi.

Jalan punya jalan, tetiba rasa haus. So pekena ice blended sat. Kedai ni memang tak seglemer cool blog. Biasa. Tapi ada anjurkan cabutan bertuah kauuu. Esoknya, aku dapat mesej kata aku menang. Since Ampang dengan Putrajaya tu tak de lah jiran sangat, aku decide suh bagi je kat orang lain hadiah tu. Adik aku suh tanya hadiah apa, tapi aku segan nak tanya. Aku pujuk diri aku kata "Kalau tu hadiah mahal cam iPad ke iPhone ke mesti dia confirm balik ngan aku". Tapi saat aku taip ni pon ada lagi rasa penyesalan tak tanya hadiah apa. T.T

Alololo comel je bebudak pengakap ni.


Teringin nak main skateboard.


Kat booth kualiti makanan ni aku menang botol air sebab aku dapat cari 20 perkataan lagi laju dari dua orang yang lain. Hebat lagi mata aku rupanyaa. Aherher.



Dia tulis kat situ 'Jangan Beli Bikin Sendiri', maka aku pun tak terniat nak beli.

Memula ingat nak bergambar sama, tapi memandangkan lelaki tu pakai...Er.


Sebab aku pernah belajar kat Matriks Kuala Pilah.













.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.