5 May 2014

05052014

Assalamualaikum.

Short post. Lepas gian. Sekarang tengah busy dengan final year project. Dah buat kije last minute, haruslah last minute jugak busynyaa.
 
 
Pagi tadi, nak minum NESCAFE, konon nak segarkan mata buat documentation STD (System Test Document), sekali NESCAFE tu dah sampai tarikh luput dah. =..= Hampehh betul, disaat ku inginkan mu kau menghampakan ku. BEST BEFORE 25 01 2014 katanyaaa. Nasib baik gua tak ngantukk sangat. Ngengade nak pekena NESCAFE sebab dah berapa bulan tak minum. I want my CAFEINNNNNN back!.
 
 
Petang tadi habis kelas IPK awal, ostad kata dia kena attend mesyuarat seminar apa ntah, aku dok focus kat perkataan "balik awal" je. Tapi tak de la balik awal sangat, sebab ostad eksaited sangat kongsi ilmu, dia pon tak sedar yang dah sejam dia lewat pi meeting tu. Aku tak tau la petang tadi kenapa tak focus gilaa, pikiran aku ntah pi melayang kat mana. Nak pikir boyfriend, jauh sekali.ilekk.takde. Nak kata berangan mamat hensem, tak ada pulak, even muka Fahrin Ahmad pun tak ada melintas kat kepala hotak tadi. Hessh. Aku rasa ini penangan FYP kot. Moga Allah permudahkan, presentation Khamis ni.

Ye. Tapi aku rilek pulak, buat blogpost bagai,


"apa daaa, pi buat projek sana!" *monolog dalaman*




Balik tadi hujan. Kilat memancar-mancar kat langit. Time aku sampai kat tingkat 8,on the way pi bilik,aku saja usha padang bola (Hobi sejak duk tingkat 8). Pastu nampak abe-abe yang aku tak tahu lah hensem ke tidak, ilekk je main sepak-sepak bola, main timbang-timbang bola kat tengah padang.
 
 
 


"Hoi kau orang! Tak takut kena panah petir ke, dah lama sangat sedut oksigen?" *monolog dalaman*


Perghh kebal-kebal jugak bebudak UiTM ni en? Tak lama tu aku blah, tengok seminit je pun, cuci mata tengok rumput kat padang bola yang menghijau. ececehh. Masuk bilik pi mandi, tengah-tengah mandi dengar lah bunyi guruh sedas. (sedas? menangis cikgu BM) So bila kuar bilik air, aku saje nak tengok balik padang kot memang betul abe-abe kat padang kental-kental kebal-kebal. Sekali, tak laah kebal sangat, tahu pun dok bawah bumbung.


 
Oh sebelum naik tingkat 8, sempat singgah tingkat 7 . Nampak ada orang jual Nescafe atas meja kat tepi koridor. 50 sen satu. Ingat nak beli dua, tapi takde singgit pulak. Beli satu. Naik atas terfikir, kalau ada budak jahat ni, boleh amik kesempatan. Beli Nescafe sendiri pastu taruk dekat bekas budak yang jual Nescafe tu, so amik duit dia. Nanti budak yang jual Nescafe tu ingat Nescafe dia tak laku, padahal kau dah buat tahi hambik duit dia awal-awal. Ini aku bagitahu ni, jangan pulak kau buat, HAROOOMMM.
 
 
Hrmm boleh tahan genius jugak aku ni. Geniusnya sikit jahatnya lebih.Kakkkakaka. Kbai. Emmkay, aku tipu, tak de lah short post sangat en? hikhik.




 

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.