Assalamualaikum.
Alhamdulillah diberi peluang pi Konvesyen Wanita Islam. Before this ada jugak teringin sangat nak pi. Tapi apakan daya , yuran mahai sangat, RM100++. Aku ni student bukannya banyaak duit, (ah kau kemain alasan). So kali ni, bersyukur sangat dapat pi konvesyen cenggini. Well ilmu dunia, kau dah timba dekat universiti, jadi sekali-sekala pe salahnya pi majlis cenggini untuk reflek diri sucikan rohani.
Kali ni, aku pi under PEMBINA UiTM Shah Alam, yang bestnyaa bayar just RM20 aje, pengangkutan semua ditanggung bereh. Kau bayangkan yuran dia before this aku tengok RM100 tapi alih-alih PEMBINA kata bayar RM20 aje, UiTM support. Aku apa lagi, peluang jangan ditolak. hewhew.
Heliza yang comel sesangat.
Overall, menarik perkongsian hari tu. Lagi-lagi bila Heliza Helmi bercakap. Tapi sayangnya slot untuk Heliza Helmi cakap sekejap je sebab kena fly lepas tu. Tapi kagum jugak lah dengan Heliza, dalam busy-busy rushing-rushing pun sempat singgah. Patut lah Hafiz Hamidun... okay dah. HAHAH.
Tapi yang kurang best, makanan dia. Kau jangan cakap aku tak bersyukur pulak. Ini sebagai kritikan membina je ah. Kuah dia sikit sangat, boleh tercekik Bedah makan nasi. Lagi satu ayam dia kecik yang amat, sedih aku tengok. Tapi terbayang pulak bebudak miskin takde ayam pun untuk di makan. sobs. insaf sekejap.
Rajin pulak aku menjawab.lewl.
Aku ada tertidur sekejap masa session last-last. Kenyang sangat kot , walaupun ayam dia kecik. Pastu yang best lagi, aku sesaje jawab kuiz dorang, tak sangka lak menang. Tapi ramai lah pun pemenang dia. Tapi tapi, aku dapat majalah apa entah as hadiah. Before this ada majalah Dara.com, aku nak majalah Dara.com, tapi apakan daya, aku lambat. Tak perasan mesej masuk. Maka dapat lah majalah yang aku tak kehendaki tu. HAHHAH.
Dah ah, layan ah kitorang main-main tangkap gambo dekat photobooth nih.Kbai.
Awanis dengan salah sorang panel
(cikgu sekolah adik dia).
Awanis dan Aing.
Aing dan wa,
Erk. Gegedik pakai cekak. lewl.
Haruslah tinggalkan jejak. Cari nama Nad ye.
Macam gambo lepas grad.
Haruslah posing sebelum pulang.
Kbai.
No comments:
Post a Comment