20 May 2014

19052014 : Kelas Memandu

Assalamualaikum.





Terpaksa balik UiTM awal sebab dah buat appointment nak pi kelas memandu. Maka pergilah hamba ke UiTM menaiki LRT dan Bas Rapid menuju ke UiTM Shah Alam. Selama ni, aku boleh selamba derk je dari stesen Pasar Seni tidur dengan lena, pastu bila sampai area Kompleks PKNS baru terjaga. Tapi kali ni, tak lena langsung tidur aku, gara-gara pak cik bas bawak laju pastu main belok-belok tak hengat, aku tak tahu berapa kali kepala aku terhantuk kat dinding bas. =..= Kacau daun betul.


Tapi bila sampai kat Seksyen 2 (hentian terakhir) je, baru aku tahu ada dua makhluk yang boleh tidur dengan lena walaupun pemanduan pak cik bas yang begitu menjengkelkan. Aku pun pelik acaner dorang boleh tidur dengan lena, sampai pakcik bas panggil dan kejut suruh turun pun dorang tak bangun-bangun jugak. 1 minit lepas tu, tetiba je aku dengar bunyi siren, tak kuat sangat, sayup-sayup. Aku ni kalau dengar bunyi siren jakun sikit sibuk mata melilau nak cari, perangai sejak kecik. Pastu aku nampak 2 orang makhluk tu terkejut, terus bangun and kelam kabut lari keluar dari bas. Kelakar gila. Pak cik bas pun tersengih sambil buat muka troll. Lah siren dalam bas rupanya, lewl. Baru aku tahu bas Rapid ada menyediakan siren untuk mengejutkan bangsa yang jenis tidur mati or tak reti-reti nak bangun. Baru tahu.



Citer pasal kelas memandu pulak. Aku datang datang terus aku kena assign pi belajor dengan Abang Lan. Yang pasti bukan Lan Todak. Tapi tak de lah abang sangat kot (macam 40 an) , aku rasa macam nak panggil pak cik, tapi takut terasa pulak, hahhah. Dia explain perkara 5 yang kena buat, mana satu pedal minyak, brake, clutch, pastu dia bawak pusing satu round. Dah satu round tu tetiba dia suh tukar tempat, ohmaii ohmaiii acaner ni?? Aku dah ah tak pernah bawak kereta kalau eksiden acaner??? Lebih kurang cenggitu neves dia,=..=. Tapi once dah bawak tu, eleh senang je rupanyaa. Macam bawak kete langgar-langgar kat Times Square, tinggal tak langgar kete orang lain je.


Tapi senang-senang pun, bape banyak kali entah enjin kete mati. =..=. Pastu aku dok tanya bang Lan:


"Bang, kalau saya tanggal kasut boleh tak? Saya rasa kasut ni puncanya, dia tersekat dekat kereta ni punya karpet, so saya tak boleh pijak clutch dengan efisien"


Tang efisien tu aku tak cakap ah, tapi aku memang cakap kasut aku lah puncanya. HAHHAH, punya lah cara nak mengkaver line. Pastu Bang Lan tu tak kasi pun tanggal kasut, dah seround dua round aku berjaya pusing dengan jayanya. Tetiba dia cakap :

"So kasut bukanlah punca dia pun, yang masalahnya..."

"Kita kena pandai kawal kaki..."


Laju-laju aku cakap ala-ala tunjuk pandai sambil dalam hati menanggung malu yang amat.

Pastu naik bukit pulak, dua kali awal tak lepas, enjin mati. Time tu aku baru aku tahu sebab kenapa ramai yang fail kat bukit. Yang kali kedua fail tu enjin kereta mati dan tak leh start langsung. Habis kelas baru aku tahu yang wayar kat kereta tu putus. Dalam kepala :



"Aku dah rosakkan kereta orang. Rosakkan kereta orang. ROSAKKAN KERETA"

Bergema-gema ayat tu dalam otak aku. Mula lah fikir kena ganti ke ? kena bayar duit repair kereta ke? Dah ah duit tinggal ciput nak menghabiskan sisa-sisa semester ni. 


Sambung balik citer pasal naik bukit tu, kereta yang rosak tu Bang Lan bawak pi mana entah, pastu dia amik kereta baru, dan 2 kali aku berjaya naik turun bukit guna kereta yang bang Lan baru bawak ni. Rasa macam bangga pun hado hahha. Tapi bila dah balik dari kelas memandu, aku rasa aku lupa banyak benda la pulak. Ye la semua benda dia ajar dalam satu hari, aku dah ah jenis short memory punya orang, baca buku time pekse pun jenis yang last minute punya. Habis aa nanti kelas akan datang huuu. 


Tapi soalan bodo of the day adalah :


"Bang nak belok berapa kali kena pusing stereng"



"Pusing ikut sesedap rasa."



Aduh, kenapalah aku tanyaaaa. Tepuk dahi.



Balik kelas memandu tu, sampai UiTM je dah pukul 4:18 petang, disebabkan aku budak yang baik dan rasa bersalah sebab ponteng lab Multimedia untuk pi kelas memandu, so aku tekad nak pergi kelas Shariah and Transaction, walaupun dalam hati nak ponteng jugak sebenaqnyaa, HAHHAH. Kesian ustaz aku, dia citer dia busy sikit kena pi uruskan hal pasal seminar "Penggunaan Kalimah Allah dan...", sebab dia kira AJK tertinggi yang organize seminar tu. Honestly, aku rasa okay je seminar tu (aku ada pi sekejap haritu). Pendapat aku, dulu-dulu tak de pun orang sesibuk nak guna kalimah Allah so why now? 



Ustaz kata kalau yang guna pun Indonesia, pastu Indonesia pi export bible ke Sabah and Sarawak. That's why bible dorang camtu. Sekarang nak bawak pi Semenanjung pulak. Ustaz kata, disebabkan hal tu dan beberapa hal yang berkaitan (aku lupa) masyarakat Indonesia dari 10% Kristian jadi 20% dah. Pastu Ustaz kata, Indonesia boleh buat cenggitu sebab dorang tertakluk dengan Pancasila yang membenarkan dorang buat camtu tapi Malaysia ada perlembagaan yang benarkan hanya agama Islam disebarkan. Ustaz explain jugak benda-benda lain pastu, tapi aku malas nak taip balik. Tapi cukuplah aku simpulkan, Ustaz kata kalau buat, negara Indonesia and Malaysia je yang guna, negara lain tak guna pun? Kau pahamkan sendiri.


Jangan salah faham, aku still okay je dengan kawan aku yang beragama Kristian. Ini just opinion untuk isu ni,




 Ada dua rainbowww yang besaq sebenarnyaa!


Pastu balik kelas tu...
I see Rainbowwwwww besaq punyaaaaaa!
Subhanallah Subhanallah Subhanallah!
Cukup buat aku tersenyum panjang. :))
Nasib baik aku tengah lapar kalau tak aku lepak tengok rainbow sampai langit gelap.






video


Kbai.:))


2 comments:

cEro said...

Waaaah! Rainbow!
Lama dah tak nampak rainbow...

Baca entri ni, teringat masa belajar memandu dulu. Tanah rata konfiden gila bawak laju smpai kena tegur. Bila sampai ke bukit, keje mati enjin je...tp tak laa smpai tahap putus wayar...hahahaha

nanadhoi said...

samaaa, dah lama tak nampak rainbow, tu yang jakun overexcited semua sampai siap rakam video.-.-


rasanya dah memang ajal kereta tu kot, tu yang putus wayar tu (salahkan kereta), hahhah.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.