Part 1.
Disebabkan aku degil nak jugak masukkan gambar bebanyak maka post ini dipecahkan kepada tiga post. Mari sambung tengok gegambar.
Lately, sangat tertarik dengan khat kufi.
Jalan punya jalan, tetiba rasa haus. So pekena ice blended sat. Kedai ni memang tak seglemer cool blog. Biasa. Tapi ada anjurkan cabutan bertuah kauuu. Esoknya, aku dapat mesej kata aku menang. Since Ampang dengan Putrajaya tu tak de lah jiran sangat, aku decide suh bagi je kat orang lain hadiah tu. Adik aku suh tanya hadiah apa, tapi aku segan nak tanya. Aku pujuk diri aku kata "Kalau tu hadiah mahal cam iPad ke iPhone ke mesti dia confirm balik ngan aku". Tapi saat aku taip ni pon ada lagi rasa penyesalan tak tanya hadiah apa. T.T
Alololo comel je bebudak pengakap ni.
Teringin nak main skateboard.
Kat booth kualiti makanan ni aku menang botol air sebab aku dapat cari 20 perkataan lagi laju dari dua orang yang lain. Hebat lagi mata aku rupanyaa. Aherher.
Dia tulis kat situ 'Jangan Beli Bikin Sendiri', maka aku pun tak terniat nak beli.
Memula ingat nak bergambar sama, tapi memandangkan lelaki tu pakai...Er.
Sebab aku pernah belajar kat Matriks Kuala Pilah.
No comments:
Post a Comment