27 May 2014

24052014 : Festival Belia Putrajaya 2014 Part 4

Assalamualaikum.

Part 3.


Untuk kaki seni dorang ada bangunan sendiri untuk persembahan teater bagai.

Rasa cam retro gituu.



Aku masuk dalam satu box besar ni, aku ingat ada rumah hantu kat dalam ni, sekali tempat tengok dan dengar cerita dan lagu lama rupanya. Cool lah jugak. Bebudak kecik ramai kat dalam ni, so aku ada terlanggar sikit budak ni dalam gelap-gelap sebab tak nampak. Nasib baik budak tu tak menangis, boleh gelak gelak pulak dia. Kalau nangis, habis kena bantai dengan mak pak budak tu.


Pastu aku nampak Sofea Jane. Memula nak tangkap gambar dia tapi dia tengah on the phone. Macam tak berapa sesuai lak. Tunggu. Tapi dia pi tempat lain. Malas nak tunggu aku blah, alah Sofea Jane je pun bukan Dato' Siti. HAHHAHA. Turun escalator nampak dia bergambar dengan sorang mamat. Sampai je aku kat bawah, Ting!. Hilang. 


Ini dorang berborak santai pasal apa entah, aku sempat singgah tangkap gambar je sebab dah pukul 6:15 petang dah.

Giant Bubble!





Sweet couple! Tersenyum-senyum aku tengok pasangan ni, sweet gilaaa. Berbasikal bersama-sama pi festival. Nanti nak jugak ah buat dengan future husband. Ada eh istilah future husband? HAHHAHA. 



Disebabkan dari pagi aku hanya makan 3 biji kuih. Maka pukul 6:30 petang, wajiblah untuk perut aku berbunyi gilababeng punyaa. So beli ah donat J.Co. Sebab dia promosi RM2 seketul dan sebab aku tak pernah rasa lagi donat J.Co ni macam mana. Aku beli blueberry cheese dengan Chocolate with caviar apa entah. Yang blueberry tu tak sempat nak tangkap aku dah ngapp habis awal-awal. Sedap sebab dalam dia ada filling cheeessseee, ingat kat luar je cheese dia. Pastu choc caviar atas ni pun sodap jugak, sebab first, dia coklat dan dua, sebab aku lapar. 


Balik dalam pukul 7:02 petang cenggitu. Masa bas nak gerak. Datanglah lagi 2 orang perempuan nak naik bas. Satu seksi satu tak berapa seksi sebab pakai tshirt dengan skinny jeans je. Yang seksi tu pakai baju warna kulit yang nipis lah kot sebab boleh nampak bentuk baju mini kat dalam (if u know what i mean) dengan skirt pendek terbelah. Malay. Baju tu jenis slanted, jenis yang sebelah nampak bahu sebelah tak nampak bahu. Aku nak lukis takut korang pulak yang ghairah (sebenarnya aku malas.HAHHAH).


Okay, dua orang tu masuk bas. Yang tak seksi masuk dan berdiri macam aku dan beberapa orang lain. Yang seksi pulak masuk-masuk terus duduk kat bahagian depan. Kan kat bahagian depan bas sebaris dengan stereng dan tingkap tu kan macam ada  space untuk duduk kan (dashboard ke?)? Haa kat situ. Yang duduk depan ada dua orang lelaki. Sorang pemandu bas, sorang kawan dia duduk kat sebelah. Pemandu bas jugak. Loghat kelantan dia cakap.


Selama 20-30 minit perjalanan, yang seksi tu relaks je duduk. Aku pulak naik risau takut dua laki kat depan tu tak reti kawal mata. Satu sebab takut eksiden, satu lagi sebab aku perempuan, dan ini berkenaan dengan maruah perempuan tu sendiri. Tapi nak buat acane, dia lagi suka laki tengok dia dalam keadaan macam tu kot. Bila dia duduk dekat area cermin, pemandu bas tu kena tengok cermin, dalam masa yang sama confirm tertengok dia sekali. Tu pemandu bas. Aku tak tahu berapa kali kawan pemandu bas tu sengaja tengok pulak. Ohmaii aku pulak yang rasa malu gila. Aku tak tahu level keberapa dah syahwat dua orang laki tu naik. Sebab kalau muka perempuan tu hodoh maybe tak tinggi sangat la, tapi kena pulak dengan muka hot, badan pun hot. Geleng kepala. 


Rasa kalau ada selimut time tu, macam nak bagi kat pompuan tu cecepat. Sampai Putrajaya Sentral, pompuan dua orang tu turun dulu, aku turun lambat 30 saat. Masa aku turun tu aku dengar pemandu bas dengan kawan dia cakap-cakap. Aku tengok ah dorang, rupanya bercakap pasal pompuan yang dah turun tadi sambil tengok pompuan dua orang yang dah turun tu. Mesti dah siap berimaginasi dah dua orang mamat ni. -__- Nak ketuk kepala dorang, masalahnya pompuan tu yang sudi buat free show.



Dah Solat Maghrib, aku pi beli tiket  ERL balik ke KL Sentral. Dan pada masa yang sama rasa terkilan tak sempat nak try wall climbing and tak sempat tengok buku kat Big Bad Wolf. T.T.


video
Layan kakak ni nyanyi sikijap.
Aku suka background music dia je.



End.


Eh, kalau rajin click ah iklan. Aku tengah eksaited ni orang click iklan.
Tu pun kalau rajin ah.

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.