27 May 2014

24052014 : Festival Belia Putrajaya 2014

Assalamualaikum.

Entri ini mengandungi lebih banyak gambar dari biasa.
Jadi jangan bukak tab bebanyak untuk mengelakkan kejadian tarik rambut sendiri.

Sekian.


FBP patutnyaa. -.-


Pagi ni (24052014), aku ada interview session untuk internship aku semester depan. Interview tu dekat Empire Subang, makanya pagi-pagi dah kena mandi semua walaupun interview tu pukul 11 pagi. Sebabnya rumah aku kat Ampang dan sebagai ibubapa yang prihatin yang mempunyai anak yang tak berapa prihatin, mak bapak aku suruh siap awal sebab takut jalan jemm. Aku sebagai anak yang go with the flow pun okay je ikut plan mak aku. Tetiba terdetik satu soalan di benak masa nak gerak tu :


"Ma, interview ni kena bawak resume dengan sijil ke?"

Setelah mak aku mengconsultkan diri dengan kakak ipar aku yang kebetulan ada kat rumah pagi tu, maka mak aku mengesahkan, "Ye kena bawak". Ye, kakak ipar aku keje bahagian HR, so dia kira expert la bab cenggini. 


Oh shit. Resume yang dah siap print aku tak de dan sijil pun tak de yang dah fotostat. Selalunya mak aku akan marah sebab dia tak suka anak dia kelam kabut buat keje last minute. Dan aku pulak memang jenis last minute sejak azali lagi. HAHHAH. 


Sebelum mak aku marah, aku cepat-cepat cakap boleh print kat cyber cafe berdekatan dgn rumah jap. Kalau nak print kat rumah, printer tak ada colour, nanti bazir la usaha aku mencantikkan resume aku dengan warna pilihan.


Sampai kat cyber cafe tu aku pun print ah. Sebenarnya aku tak berapa suka CC ni, sebab dia tak ada Microsoft Word, entah software apa dia guna entah, tak berkenan betul aku. Okay dah. Dah habis print aku pi kaunter nak bayar. 

Oh.Em.Gee.

Weyh! Apasai muka aku jadi kuning! Mood down terus. Aku dapat rumuskan bahawa printer dia hidup segan mati tak mahu bila tengok hasil dia dekat resume aku. Buruk gilaa wehh. Sabor. Saborr.

"Bang bape bang?"

"7 helai, so RM7.00."

Nganga.


"Adik dah habis guna ke PC tu? "

"Dah."


"RM7.00 campur RM2.00, RM9.00 semuanya."

Ngangaaaaa.


What. The. He**.


RM9.00 untuk 7 helai kertas yang dipenuhi warna-warna hodoh dan PC yang digunakan tak sampai 10 minit. Serious aku boikot terus CC nama Moogle ni. Rasa nak menangis bayar. T.T. Tanya fotostat berapa pulak kalau black and white. Sekali dia jawab 50 sen sehelai. Memang aku terus berambus pi kedai sebelah. Harga 20 sen sehelai, okay lah dapat jimat 30 sen sehelai. Aku tak sudi dianiaya lagi. T.T


Interview went well. Tapi tak berapa nak interview sangat ah, just orang tu terangkan skop kerja je. Disebabkan malam sebelumnya aku ada terbukak website FBP 2014, so ingat macam nak pi la lepas interview tu. Kemain kann. Tak risau pasal interview langsung, tapi sibuk fikir nak pi FBP 2014. HAHHAHA. Ignorant betul.


Aku mintak parents aku drop kat KL Sentral. Tapi sebenarnya kitorang berhenti sebelah eskalator ke Nu Sentral. Kira cun ah tu, aku pon teringin nak tengok rupa Nu Sentral ni. Serius besar jugak Nu Sentral ni, Aku tak tahu Parkson dah tukar warna ke apa, tapi Parkson dalam tu warna hitam, smart gilaa. Jalan round-round terus tembus ke KL Sentral. Serius best, boleh lah shopping dulu kalau berhenti kat KL Sentral lain kali. Shopping mata je la, duit tadak, kakakaka.

Escalator yang attractive.



Tengok jadual ERL, pukul 1:21 petang and 1:51 petang. So aku decide amik yang 1:51 petang, supaya aku boleh solat dulu, senang sikit nanti. 


Sedap suara pak cik ni.


Lepas solat terus pi beli tiket. Time nak bayar tu ternampak dekat board tepi ada gambar kad siswa. Aku tanya akak kat kaunter tu. Rupanya boleh dapat diskaun, 30% wehh! Siapa kata kad siswa tak de function? Tiket dari RM9.50 jadi RM6.70 terus. Bahagia.


First time naik ERL menjadikan aku sebegitu jakun. Mana taknya laju gilaaa oh! Muka aku kat luar kalau orang tengok memang nampak tenang je, padahal dalam hati dok "Wah! Wah! Wah!", HAHHAHA. Sampai-sampai je Putrajaya Sentral, terus ada bas shuttle free yang tunggu untuk bawak penumpang ke FBP2014.


Since aku pergi secara lone ranger, maka aku lebih suka amik gambar orang dan keadaan sekitar. Sekian.

photobombed.

Kemainn ada bulu mata.

Akhirnya spongebob berjaya ujian memandu.



Suka installation ni,


Simple yet nice.


Serius, masa aku tengok kat website, aku mati-mati ingatkan inflatable playground ni untuk remaja. Walaupun agak sangsi namun aku still eksaited dengan harapan memang betul lah dia buat untuk remaja. Ye lah selalunya untuk bebudak je, aku ingat dia nak buat kelainan lah. Setibanya aku kat playground ni, semua budak-budak kecik yang main. Oh, aku patut malu mempunyai hajat yang sedemikian. T.T



Bersambung Part 2.

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.