15 Oct 2014

Day 3 Part 2 Melaka : Bunga Api!


Assalamualaikum.

Annyeong!

05082014





Kalau nak tahu Part 1 boleh klik Part 1 yang kat atas tu. Btw, aku tak cerita pasai bunga api dulu. Aku nak sambung yang Part 1 punya.

Actually, aku nak ler masukkan video sekali harung dalam post kat Part 1 tu, tapi tengok cam panjang pulak post tu, dah lah gif. tu pon hampir 2.5 MB, takut lag pulak kang. So di sini, aku letak video tersebut.


Ini adalah video yang aku rakam dan lajukan. Patutnya 7 minit tapi lama sangat kang bosan pulak en. Kau nak tengok, silakan. Tapi aku galakkan lah kau tengok pasai penat aku rakam sambil kayuh basikal yang loceng dia tak reti nak diam, dengan betapa tak steadynya sebelah tangan pegang handle basikal sebelah lagi pegang handset Cokia yang tak de kamera depan, yang kalau tidak aku dah rakam dah muka bahagia dan muka bersungguh aku kayuh basikal. Belum campur bahaya hampir-hampir nak masuk ke Sungai Melaka lagi. Hesh, nak beli GoPro memang ler eden tak mampu. Kesimpulannya tengoklah, WAHHAHAH!



video


Malam tu pulak kan, time tengah tengok TV dengan Ann, tetiba aku dengar bunyi pom pom pom. Dah sudahhh. Bunyi apa lak ni, aku tanya Ann, tapi Ann tak dengar kot masa tu, aku bukak tingkap tepi katil aku , wehhh bunga api wehhhh!



video
Abaikan suara teruja tersebut.


Pilihan yang tepat betul duduk tepi tingkap ni. HAHHAH. Cuma satu je benda yang scary kalau kau duduk tepi tingkap ni. Cuba bayangkan kau terjaga memalam buta, roommate kau tengah tidur. Tetiba kain langsir terselak, pastu kau ternampak ada kepala tengah dok hantuk-hantuk kat tingkap. Scary tak? Tetiba pulak rasa meremang. HAHHAH. Tapi serius ah aku pernah terpikir gak masa duk sana. Okayy abaikan fikiran mengarut aku tu. Kbaiii. 








No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.