26 Oct 2014

Dream Trip to Macau

Assalamualaikum.

Olá!
nǐ hǎo ma?























Hari ni rasa eksaited betul bila nampak contest anjuran Nuffnang dan Macau Government Tourism Office (MGTO) ni.
 

 


Sebagai seorang yang memiliki impian untuk travel ke setiap pelusuk negara di muka bumi ini, maka haruslah Macau pun tidak ketinggalan menjadi destinasi perlancongan pilihan aku. Tambah berkobar-kobar aku nak pergi Macau bila RunningMan episode 133 buat penggambaran kat sana.
 


 
Setelah buat research secara tekun sampai tidur pukul 2 pagi selama 2 hari berturut-turut, top 3 tempat paling best, wajib dilawati, paling nak pergi bagi aku adalah :


1. Macau Tower



Kalau sesiapa yang minat adventure, nak rasa adrenaline rush, sudah tentu Macau Tower adalah tempat-wajib-pergi. A-MUST-GO. Pilih je nak sky walk, tower climb, sky jump atau paling horror bungee jumping.


Skywalk


Skywalk ni, kau kena berjalan buat pusingan kat luar menara Macau Tower. Senang sangat bunyinya? Perlu diingatkan, masa tu kau akan berada pada ketinggian 233 m/744 kaki tinggi tau. Tapi kalau nak dibandingkan dengan tower climb and bungee jump, ini lah yang paling senang. Satu pose yang aku rasa menarik adalah duduk dekat hujung dia tu sambil selfie senyum tunjuk gigi padahal dalam hati Tuhan je yang tahu macam mana rasa dia. For sure mesti ada yang jeles, pastu nak gi Macau buat macam tu jugak. Contoh terdekat, aku. HHAHHAH


Tower Climb


Nakkan lebih cabaran? Try tower climb. Kau akan panjat Macau Tower setinggi 338 m/1109 kaki tu dengan menaiki tangga setinggi 100 m. Lepas tu boleh lepak enjoy view kat atas, sambil pipi ditampar manja angin sepoi-sepoi bahasa. Perghh. Mesti bangga dan puas dengan pencapaian sendiri lepas dah sampai puncak tu. Dianggarkan duration untuk memanjat adalah 2 jam 30 minit sehingga 3 jam. Pheww. Aku tengok kat website, crew dorang kata ini paling scaryyy. Dan aku terpaksa setuju. Terketar-ketar lutut membayangkan. Tapi kan, kalau ada orang kat depan aku, aku nak jugak cuba panjat.

 Boleh bayangkan tak tower climb ni scary tahap mana, kalau tengok muka Jae Suk? HAHHA
 
  
Sky Jump

Sky jump ni nampak je macam bungee jumping. Tapi tak pun. Sky jump ni kau akan accelerate dari ketinggian 233 m ke bawah ala-ala stunt man. Rasa dia sudah tentu lain daripada bungee jumping. Kau akan lompat ke bawah dan kau akan accelerate ke bawah dalam posisi menegak sebab badan kau dah diattach dengan wire cable. Less scary than bungee jumping tapi scary lah jugak bila slow-slow turun dari ketinggian 233 m/ 764 kaki tu.


Bungee Jump

Macau Tower punya bungee jumping ni paling tinggi, 233 m kot! Kalau ada duit ke, orang belanja ke, memang aku nak try bungee jumping ni. Takut tu memang ada, pasai aku ni jenis gayat le jugak. Tapi bila tengok Running Man, part Ji Hyo lompat tu, memang aku rasa tercabar as perempuan. Cool gilaaaa. Lagi-lagi Lee Dong Wook, terpikat terus hati ini rasanya. HAHHAH.

 
 
 
Bungee jump ni malam-malam pun ada, tapi ada spesifik waktu untuk winter and summer season. Mungkin rasa scary tu akan berkurang bila lompat waktu malam. Mungkinlah.
 
 
 
Amacam? Best kan semua aktiviti-aktiviti kat Macau Tower ni? Sumpah rasa nak try semua pastu post gambar buat kawan-kawan jeles, so that dorang pon berazam nak pi Macau try gak. HAHHAH. Tapi serius lah aku nak try bungee jumping ni, secara jujurnya aku memang gayat, tapi at some point tu, rasa macam nak atasi ketakutan aku terhadap ketinggian. Sebab ketakutan kita terhadap sesuatu tu sebenarnya boleh diatasi dan dikawal cuma kita lah yang kena amik tindakan whether nak atasi ketakutan tu atau tak. Jadi ini lah sebab utama aku rasa nak pergi Macau and buat aku rasa Macau adalah tempat wajib pergi!
 
 
Untuk lebih info klik : Macau Tower


2. UNESCO Heritage Spots & Cultural Experience

Pergi tempat orang mestilah nak tengok budaya dorang gak kan. Kalau nak tahu, Macau merupakan antara lokasi Bandar warisan di China. Bila dah tersenarai dalam UNESCO World Heritage List for sure lah tempat dia awesome dan memang kena lawat kan?
 
 
Since aku tak pernah pergi Macau so aku bergantung kat google and Macau Government Tourist Office je untuk tahu tempat-tempat menarik kat Macau. Serius banyak okay! Tapi jangan risau as mostly tempat-tempat dia kadang-kadang berdekatan je. Boleh jalan kaki je. Serius tempat-tempat dia lawa, senibina dia wallawehhh! Selalunya kalau aku pergi sesuatu tempat tu, aku suka hayati senibina-senibina bangunan kat tempat tu. Lagi klasik, lagi tradisional, lagi aku suka.
 
Fisherman Wharf


Seriously senibina bangunan-bangunan dekat Fisherman Wharf tu sangat memikat hati. Fisherman Wharf ni merupakan sebuah outdoor park yang menempatkan pusat beli-belah dan restoran sepanjang jalan. Pastu jangan lupa bergambar di Colliseum. Boleh habis berjam-jam jugak lah kat Fisherman Wharf ni sebab banyak port-port menarik untuk tangkap gambar. St. Lazarus District pun tak kurang hebatnya, aku baca kat situ banyak rumah-rumah style colonial. Serius mesti pergi tengok!
 
 
Banyak lagi tempat menarik ada dalam list kalau dapat pergi Macau. Contohnya, Senado Square, Tashi Square, Coloane Village, A-Ma Cultural Village, dan paling femes Ruins of St. Paul's Cathedral. Tengok kat Trip Advisor, sampai ada yang kata, tak lengkap lawatan ke Macau tanpa pergi Ruins of St. Paul's Cathedral ni.





3. Hiking in Guia Fort or Penha Hill

My bucketlist kalau dapat travel luar Negara adalah kalau boleh nak pergi satu dua tempat nak hiking. So untuk Macau ni aku jumpa beberapa laluan yang sesuai untuk buat aktiviti hiking seperti Taipa Grande Trail, Taipa Pequena Trail 2000, and Hác Sá Long Chao Kok Family Trail. Feel hiking kat tempat orang tu memang lain. Kalau dapat pergi Macau aku decide nak pergi hiking dekat Guia Fort dengan Penha Hill. Penat mendaki for sure hilang bila sampai puncak dan dapat tengok view yang cantik.




So inilah Top 3 tempat yang aku paling nak pergi kalau dapat pergi Macau. Ini lah yang buat Macau amazinggggg sangat di mata aku. Tapi ikutkan hati ni banyak lagi sebenarnya, nak tengok Panda kat Macau Giant Panda Pavilion, tengok DreamWorks Character Parade, pergi The Venetian fefeeling kat Venice dan banyak lagi. Dah pergi tempat orang, rugi kalau tak teroka macam-macam tempat. Lagi satu kalau pergi Macau, dapatlah belajar bahasa baru. Seronok! 


Is it possible for me to touch/hug panda in Macau? Because I really love panda! [Source]


 Kenapa Nuffnang dan Macau Government Tourist Office perlu pilih saya ?

  • Saya tak pernah pergi luar negara, tak pernah naik kapal terbang apatah lagi ke Macau. If saya terpilih, ini lah first time dapat merasa pengalaman ke luar negara dengan menaiki kapal terbang dan menyaksikan sendiri keunikan Macau. Pengalaman yang sudah tentu akan diingati sampai bila-bila!
 
  • Saya suka berjalan kaki ke mana-mana. Jadi kalau dapat ke Macau, saya tak kisah kalau saya perlu berjalan kaki untuk jangka masa yang lama atau jarak yang jauh. Saya jenis yang tak suka lepak dalam bilik lama-lama bila pergi satu-satu tempat, saya prefer keluar jalan-jalan ambil angin. Lagi banyak berjalan, lagi banyak tempat boleh teroka, dan lagi banyak pengalaman untuk dicerita dan dikongsi. Nanti, pengalaman-pengalaman tu bolehlah dikongsi melalui medium sosial seperti blog(sudah tentu!), instagram, facebook dan kepada rakan-rakan lain. Mungkin juga pengalaman tersebut akan dirakamkan di dalam video.
 
  • For travelling, saya prefer style backpacking. Moga dengan pengalaman ke Macau dapat dikongsi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Macau kepada rakan-rakan yang bercita-cita ke Macau. Mungkin juga sedikit tips kepada rakan-rakan yang beragama Islam yang teringin untuk menjejakkan kaki ke Macau. Seperti yang semua orang tahu, wanita dan shopping memang  takkan dapat dipisahkan, jadi mungkin peluang yang diberi ini dapat digunakan untuk tolong surveykan lokasi-lokasi shopping yang best. HAHHAH
 
  • Masa yang dijadualkan untuk ke Macau (sebelum 31 Mac) memang sesuai sangat untuk saya pergi bercuti dan menenangkan diri melihat negara orang setelah berbulan menghadap coding membuat sistem dan sebelum stress semula untuk menjalani latihan praktikal. :DDD



So kalau korang nak pergi Macau jugak why not join the contest. Mana tahu rezeki korang. All-expenses paid trip ke Macau tu! Tak rugi pun kalau try.

 
Korang boleh rujuk official website Macau Government Tourism Office untuk tahu lebih lagi pasal Macau. Serius, laman web dia well organized betul. Suggested place to visit pun dibahagikan mengikut kategori masing-masing. Satu lagi yang aku suka dengan website ni adalah, korang boleh rancang initerary dalam website tu jugak dengan cara 'drag-and-drop'. Kalau malas sangat, boleh je ikut prepared initerary dalam website. Pilih je itinerary nak bercuti untuk 1 hari? 2 hari? 3 hari? . Senang gilaaa, tak payah fikir pasal itinerary dah, pikir pasal kemas barang je.

 
 
Boleh 'drag-n-drop' je untuk buat itinerary, atau guna itinerary yang disediakan.
 
 

 
For more detailed informations and updates, do visit:

Macau Government Tourism Office:


Nuffnang :



10 comments:

cEro said...

Banyak info aku dpat dr baca entri ni...
Thanks.
Good luck Nanadhoi!
Nanti dah menang nanti dapat pegi Macau, jangan lupa belikan aku buat tangan...hehehe

The Travelling 3o said...

Good luck!! Btw kami ada post mengenai trip 8 hari di Melbourne & Tasmania . Kalau ada masa jemputlah baca di www.thetravelling3o.com

Terima kasih & all the best!!!

Potato Queen said...

Great blog! All the best!
The travel blogger,
http://aliciaboey.blogspot.com

nanadhoi said...

@cEro,

insyaAllah, doakan!
okay, kalau dapat akan dibelikan ole-ole. HAHHAH

nanadhoi said...

@The Travelling 3o,


terima kasih! :D
Australia pun ada dalam wishlist jugak tu, nak petik epal. HAHHAH
Terima kasih sekali lagi.:DDD

nanadhoi said...

@Potato Queen,

Thanks for the visit,
It's nice to meet you. :D

Melvin Paul said...

Nice write up! Macau looks very interesting!
Goodluck!
http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

Chengy Wong said...

Nice one and hope your dream can come true!
http://chengywong.blogspot.com/

nanadhoi said...

@Melvin Paul,

Awww, Thank you very much! :DDD

nanadhoi said...

@Chengy Wong,

Thank you Chengy Wong! :DDD

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.