15 Jul 2013

ITS571 itu DATABASE

Assalamualaikum.

Kes 14072013.

Heaven yeah. Exam dah habis, sejak semalam. Dan aku lah antara golongan yang ada paper semalam. Padahal banyak bebudak lain dah balik rumah berjimba. Kalau bebudak yang balik hari last exam selalunya dialog mereka serupa begini kalau nak jawab pertanyaan :

"Eh kau habis exam bila?"

"14 hari bulan, geng 'tutup pagar' UiTM"

walaupun tutup pagar itu tugas pak gad  polis bantuan UiTM , tapi itu hanyalah kata-kata memohon simpati walaupon orang lain memang harapan nak simpati kat kau. Peduli apa dorang sama kau. Aku pernah habis exam awal masa semester 1 je. Tu lah galak sangat gelakkan orang habis exam lambat, mungkin salah seorang yang 'teraniaya' tersebut telah berdoa dan doa beliau termakbul. Hasilnya, dari semester 2 sampai semester 4 aku golongan yang ada paper hari last exam.

Oh. Semalam paper database. Macam biasa, style study last minute aku pakai. Masa malam sebelum exam, yakni 13072013, jam 0815, setelah selesai berbuka ayam Uncle Bob dan solat Maghrib aku boleh sibuk packing barang nak balik. Masalahnya, habuk pon aku tak baca lagi untuk paper database. Malam tu jugak aku balik rumah sebab tenet kat rumah lagi laju, harap kat Mawar, humphh siput boleh dianggap sebagai sedang berlari kalau nak dicomparekan. Mungkin nampak tak bersyukur, tapi memang agak tak bersyukur. HAHHAH. Nak bukak youtube pon sekat-sekat. Susah i nak belajar, tengok tutorial bagai. [Masa exam je]


Oh yeah. Sampai rumah makan lagi. Lepas tu baru sibuk nak buat nota dari bab 1, naisssss angatt. Stay up. Buat notes, tengok tuto kat youtube diselang-seli kan dengan aktiviti membuat taik mata sampai pukul 10:30 pagi. Pastu gerak pergi UiTM, parents hantar. 11:30 pagi sampai UiTM, pulang kunci bilik kat pejabat kolej. Pastu terus gerak pergi bilik balik. Stay baca notes kat bilik je since aku tak kunci bilik. Masuk zohor.

Aisehh, aku tak bawak telekung. Acaner nak solat?

Kalau diikutkan boleh aja aku turun bawah pergi surau. Tapi since kena ada dekat fakulti lima belas minit awal sebelum pukul 2:00 petang, aku terpaksa cari alternatif lain sebab nanti kang nak bersiap pakai tudung bagai, berjalan ke fakulti lagi memang makan masa. Aah aku gerak pergi fakulti jalan kaki, meskipun dia atas bukit. Harapkan bas, maybe aku sampai dulu lah kot walaupon muka penoh peluh. Unless aku naik bas rapid.


Alternatif itu adalah...Aku solat atas katil. Yep, dah telekung tak bawak, mana datangnya kerajinan bawak sejadah pulak?



Best kan. Bila dah pakai ikut syariat, boleh solat on-the-go je. HAHHAH. Tapi kalau ikutkan, aku lagi selesa kalau pakai telekung. Dah terbiasa mungkin. 1:35 petang aku terkocoh-kocoh berlari anak keluar bilik menuju ke fakulti. Sampai fakulti je, tengok kengkawan still bersidai luar dewan baca notes. Ini betul-betul peluang. Ya, peluang hafal notes saat-saat akhir. 


Bila bukak kertas soalan... Perghhh perghhh. Satu je aku fikir;


Macam mana aku nak goreng jawapan untuk soklan-soklan dalam paper database ni?


Actually soalan tu tak susah kalau kau baca secukupnya. Tapi bila habis exam, sume kengkawan aku cakap susah. Maka, susahlah kot? Aku dah redha dah. Banyak je budak keluar awal. Samada dapat jawab atau tak dapat jawab je kemungkinan dia. Sebelum masuk dewan aku ada gak cakap dekat kawan aku Asma :

"Rasa macam nak balik sekarang dan ambil paper ni sem depan, biar lah dia catat tak hadir dari dapat fail"


Sebabnya, aku tak well prepared. Dah study last minute, nak well prepared apa nya? Tapi aku agak bengong, tunggu jugak dekat situ sampai pengawas exam panggil masuk. Sebut pasal pengawas exam, kawan aku kena psiko dengan satu pengawas exam. Boleh lak pengawas exam bagi pandangan yang minta penampar, pandangan dia macam :


"Tak dapat jawab lettew." diiringi bunyi hmphhh dan jeling.

Aku cuma bayangkan berpandukan cerita kawan aku. Kalau aku kena tu, mahu panas hati. Bulan-bulan pose nak bikin hati orang panas aje. Tak perlu lah sinis sangat pandangan tu bro, kau jawab paper database ni, kau tahulah nak insaf sebab bagi pandangan sinis ke tak.




Pastu, dah diuji dengan soalan susah, tiba-tiba pensil tekan aku lead dia habis. Konon nak topup balik, cari-cari, hmppphh. TAK ADA. ILEK. Aku lupa bawak. So terpaksa lukis dan sketch pakai pen. Memang lagak seorang pro. Perut aku pon time-time cenggini laju je buat bunyi-bunyian.


Dah habis exam, balik bilik solat asar. [Again, atas katil]. Pukul 6:30 petang naik bas rapid pergi Seksyen 2, pukul 7 naik bas ke Bangsar. Aku buka puasa dengan roti gardenia perasa Vanilla dalam bas tu after dengar azan dekat radio. Saat-saat tu baru sibuk nak bukak IKIM FM. HAHHAH. Apapun aku nak ucapkan :

"Terima kasih pak cik bas yang baik hati. Sanggup memandu membawa kami ke destinasi kami tanpa pentingkan diri berbuka dengan rakan-rakan di kedai-kedai makan Seksyen 2"

Macam lah pak cik bas tu baca kan. Rasa terharu gila atas kebaikan pak cik tu. Pak cik YOU ARE THE BEST pak cik! Sampai dekat LRT Cempaka pukul 8:15 malam something since my bapak sama emak yang jemput. Keluar dari stesen LRT, aku nampak kereta MyVi kuning.


Maybe bapak aku guna kereta abang aku kot untuk jemput aku.

Kata aku dalam hati. Pastu aku intai sikit since cermin kereta tu gelap. 

Aikk, macam orang muda, abang aku ke yang jemput nih?

Aku pergi intai lagi dekat. Orang dalam kereta pon dok tengok aku balik.




Aku ke belakang, berfikir. Nak tengok no plat kereta, aku tak hafal pulak no plat kereta abang aku. Dah kereta dia, buat apa aku nak hafal. Yang aku ingat no plat kereta bapak aku. Itu pon aku ingat part 'WJB' aje sebab bunyi dia macam 'WAJIB' . Bila dah ke belakang sikit tu baru aku ternampak bapak aku park tak jauh dari situ. Aisehmen, salah kereta doe, mesti mamat tu cuak tahap gaban sebab tengok orang asing tetiba nak masuk kereta dia, dibuatnya awek dia nampak, NAYA. Tapi rasanya mamat tu Chinese. Aku terus berlari-lari anak pergi kereta bapak aku. Malu. Pastu bukak pintu, tak menyempat nak masuk kereta, aku dah bantai gelak. Cerita kat mak dengan bapak aku, dorang pon bantai gelak. Bapak aku cadang kalau termasuk kereta tu tadi, buat ayat coverline :


"Sorry ah, i mahu rehat sikijap, apa pasai lu punya aircond slow ah" [sambil adjust aircond]

Memang tak lah. Tadi pon dah sebaldi SEGAN aku tanggung. HAHHAH.


Itu je, kbai.


No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.