10 Dec 2012

Mari main tukar-tukar tren.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah presentation subjek BEL dah selesai.
lega.
BEL tu sort of cam English Language.
cuma nama tu dorang nak komersialkan kot.
lol.

Pukul 5:00 petang tadi,
yakni habis kelas BEL,
dengan hajat untuk balik,
maka aku pon balik.
sampai seksyen 2,
alangkah frust bila melihat 48 minit lagi bas U80 akan tiba.
lama hoi!
sumpah sempat aku tidur.

makanya melihatkan masa yang berbaki sebegitu banyak,
aku pon membawa diri dan perut yang kosong berjalan.
perut yang kosong mengadu mahukan Uncle Bob.
namun nasib tak begitu menyebelahi,
Uncle Bob baru nak panaskan minyak.
nafsu kata :

"takpe, i'll wait!"

tapi perut berubah fikiran :

"ah apa-apa je lah.aku lapar ni.SILA isi"

aku ikut kata perut dan pergi 7E.
since nafsu je yang mengada dan perut tak berapa kisah,
aku beli roti coklat sama roti inti kacang merah.
Uncle Bob aku pandang sebelah mata.

'lambat!'

aku blah.
tengok-tengok seberang jalan,
bas U80  dah tenung-tenung.

"hoi aku kat sini!" -bas U80
nampak tak?nampak tak hikmah aku tak beli Uncle Bob?

melihatkan bas tersebut sudah penuh dengan manusia,
aku segera melintas jalan, khuatir ditinggalkan.
nanti membazir tenaga dan duit tambang sahaja.

aku berlari terkedek-kedek.
fuh lega dapat naik.


........................................................................................

bas sampai stesen LRT Bangsar.
naik.

"Pasar Seni"

"Masjid Jamek"

aku turun.

"eh kenapa macam salah stesen"

naik balik.
disebabkan malu,
aku masuk balik ikut pintu lain.

"Kampung Baru"

oh shit.
aku tersedar.
ya aku patut turun Masjid Jamek.

naik tren balik,
menghala Masjid Jamek.
berhenti.
keluar dan panjat tangga.

nampak tren.
terus naik.

"Hang Tuah"
"Pudu"
"Chan Sow Lin"

time ni dah gembira dah.
siap call parents minta dijemput.

"Cheras"

=.=

"Mak cik , ini tren ke Sri Petaling ke?"
"Aah"

=.=

turun.
pergi platform seberang.
menghala Chan Sow Lin balik.

"Stesen Chan Sow Lin , untuk ke laluan Ampang sila buat pertukaran di Platform 2A"

tren berhenti.
nampak pintu tren kat platform 2A sudah sedia terbuka.
bimbang terlepas , aku melulu masuk.

saat itu kau akan rasa puas.
puas sebab dapat naik tren balik rumah.

tapi...

"Cheras"

saat itu jugak,
kau rasa mahu terbalikkan tren itu.
Dua kali bhai.
DUA kali salah naik tren bhai.

sumpah aku rasa pak cik polis dekat stesen Cheras tu dah cam aku.
pergi platform seberang.
ke Chan Sow Lin.
sampai.

i've learned my lesson,
kali ini jangan salah lagi.
aku tunggu.
tren ke Ampang sampai.
naik.
sekian.


pengajarannya RETI-RETI kanlah diri baca destinasi tren ke mana.
=.=

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.