1 Dec 2012

MAHA 2012 1

Assalamualaikum.
Tajuk sengaja aku letak 1 sebab
takut, kot terexcited nak menyambung cerita pasal MAHA lagi.

Semalam 30/11/12.
second time pergi MAHA.

MAHA stands for Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism.
Kalau rasa salah, pergi google dan betulkan mana yang patut.

first aku pergi sabtu sebelumnya,
time perasmian.
semalam second time and aku pergi
bukan atas dasar merayau but bertugas menjaga gerai.

pagi-pagi bertolak.
dalam pukul 9 pagi.
9:40 sampai Serdang.

masa nak pergi booth tu,
amik kesempatan naik traktor pebende ntah.
first time naik.seronok.
dia macam bas yang kau naik untuk bersiar-siar dalam zoo negara.
tapi yang ni ke arah pertanian sikit.

pagi hingga malam aku jaga booth.
petang tu ada akak senior bagi kupon.
kupon ice blended cappucino percuma hoi.
rezeki jangan ditolak.
cepat-cepat aku redeem.
sumpah sedap.


sekali kau slurrrpp.
nak lagi.nak lagi kau rasa.

time petang sempat lah merasa takoyaki dan dim sum.
takoyaki sotong 4 biji RM4.50.
i found that dim sum lagi sedap dari takoyaki.
aku makan dim sum fghee sebab aku jaga booth dim sum.
jangan risau, dim sum aku makan yang halal punya.

petang tu jugak, ada kunjungan
orang kenamaan dari Pahang,
katanya puteri Pahang something.
maafkan aku yang lack pengetahuan isu semasa.
which i found that, dia ada datang ke gerai yang aku jaga,
dan akak senior yang jaga booth dengan aku tersasul sebut 'akak'
masa beliau datang tengok booth kami.
Beberapa minit kemudian barulah Aziz Desa war-warkan kunjungan itu
thru microphone.
patut ler beliau senyum je bila dipanggil 'akak'.
=.=.Ampun.ampun.

malam tu,
pak cik bas yang sepatutnya amik kitorang sesat,
jadi sepatutnya naik bas pukul 11 malam,
jadi kepada 12 malam.
sementara menunggu,
senior lelaki kelab MyAgrosis offer makan dughian.
dughian Musang King kau.
Satu fakta yang perlu kau tahu adalah :
Musang King amat sedap lagi-lagi bila fghee


melahap lah aku makan dughian.
Alhamdulillah keinginan aku nak makan durian,
dah dimakbulkan Allah.
tak yah keluar duit.
fyi, kat sana Musang King sekilo hanya RM9.
sangat murah katanya.

pergi sana jangan lupa beli appolo melon.
ia sangat manis hoi.
RM3 sebiji apedehal lah kan.

Aku sampai kolej dalam pukul 12:50 something.
Alhamdulillah ada kakak senior sudi hantar.
sebab bas berhenti kat kolej Seroja.
ikutkan, aku nak bas turunkan aku kat kolej aku.
tapi akak tu dah tawarkan untuk hantar.
well.grab that chance.

aku minta akak tu drop by kat luar.
takut akak tu pulak kena bebel dengan polis bantuan.
lepas bye bye say thank you semua,
aku masuk.

masuk masuk je...

"adik, dik, meh sini"
 "ye kenapa?" 
"tulis nama dulu."

what the fish.aku tak salah dan aku tak nak tulis nama kat pondok pengawal.
bukan aku tak tahu kalau tulis nama nanti kena tindakan.

"encik saya baru balik dari MAHA, aktiviti UiTM"

"ada surat?"

jadah ada surat pulak.kot ye ada surat takkan aku nak bawa selalu.

"takde.tapi ni buah ni bukti saya pergi MAHA."

sambil tunjuk appolo melon.
aku takde idea lain.semua aku jawab dengan jujur.

"setakat buah tu kat kedai mamak pun boleh beli."

nada sinis.
sumpah aku mahu mencarut depan pak guard tersebut.
mereka marah dipanggil pak guard.
mahu dipanggil polis bantuan.
nama pak guard tak hina pon.
aku tak faham betul.
eh lari topik.

saat tu aku rasa macam nak hempuk
kepala sorang-sorang pak guard tu dengan appolo melon yang aku beli.
dua orang pak guard.dua-dua muda.
tak hensem.jangan risau.
dahlah tak hensem.mulut pulak celopar.
aku punyalah penat beli kat MAHA appolo melon ni,
dia boleh kata aku beli kat kedai mamak.

sabar.
"betul encik saya pergi MAHA, saya pakai t-shirt kelab pon."

jujur.
dorang tak percaya.
"tadi tu lelaki yang hantar awak kan?"

ah aku rasa memang aku nak hempuk dorang.
tak tahu pulak aku lelaki memang pakai tudung labuh.
dan tak tahu pulak dorang punya mata ada super power.
duduk dalam pondok mata boleh nampak sampai luar.

"ya Allah encik, perempuan yang hantar saya encik.saya pun tak nak berduaan dengan lelaki"

sumpah.
aku tahu batas.aku tahu hukum.
Alhamdulillah setakat ni couple pon,
aku tak pernah terjebak.
"Kitorang ni dua orang , boleh lah masuk pondok ni sekali?"

otak tengah generate.
fikir-fikir balik.
maybe dua pak guard tu ingat aku tak nak berdua dengan lelaki,
tapi nak kalau dengan lelaki dua tiga orang.

kalau aku dapat generate benda ni kat pondok semalam.
maunya aku kata bodoh bangang dengan pak guard tu.
tak de akal.bangang sangat bangang.
okay emo.

dia ingat aku kempunan sangat nak berboyfriend,
taksub berdua dengan lelaki.
maaf, aku bukan perempuan itu.

aku buat muka.toya.dah cakap yang benar tak percaya.

"dahlah pergi naik."

aku berjalan naik blok.
pastu aku dengar...

"dik...dik tulis nama dulu"

bunyi dalam pondok.
aku buat derk dan blah.
inilah tip dan kunci bila kau berhadapan dengan makhluk sebegini.

KAU BUAT PEKAK DAN BLAH.

sakit hati.
kalau VC dengar,
aku nak saman dua orang tu.
bior dua orang tu tade keje.
tapi fikir balik biar Allah yang balas atas fitnah dorang tu.

kebahagiaan makan Musang King pun hilang.
sakit benar.mahu aku tembak dua makhluk tu.

tamat.
hati aku tak nak maafkan makhluk bertopeng berdua itu.
post ni pon sebenarnya more untuk cerita pasal
perangai bangang mereka berdua.









No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.