6 Feb 2014

Tinggal di Kolej Lelaki?

Assalamualaikum.


Hai, right nauu i'm in Shah Alam. Kala kengkawan aku dok lepak-lepak tengok Running Man siapkan final year project, aku kat sini dok menghadam ilmu yang baru tak berapa baru. I'm taking Oracle database class for about 1 month. 27th January sampai le 24th February. Aku stay kat Kolej Jati, yupp kolej lelaki. Namun, janganlah suuzzon sangat. Aku bukan duduk diam-diam kat bilik boipreng ke whatsoever. I'm single and unavailable okayy. Well, sesape yang amik course dari Prestariang memang dia kasi dok sini.



First time aku duduk kolej lelaki wehh. Jakun bukan? Kolej Mawar dah, Kolej Melati dah, Kolej Seroja dah, kali ini Kolej Jati. First time masuk, wah hijaunyaa dan habukk. Banyak gila kauu habuk. Ada 3 bilik, setiap bilik ada dua katil. Mak aku suruh ambik bilik depan sekali since bilik depan paling besauu. LOL. Tapi, bilik-bilik ni semua tak ada tombol pintu. Aku agak ah, bila dorang lapar, pastu malas nak turun beli makanan, dorang pi makan tombol tu. -___-

Budak mechanical agaknya.

Final mood turn on  off.

Sejuk hati. Ada ayat Bismillah 6.


Sinki dia memang tak boleh blah. Aku tak tahu la berapa lama dorang tak cuci sinki tu. Pastu tingkap tak ada langsung kat sebelah uh. Memang open view. Port baik untuk mengusha rumah depan kalau ada gadis-gadis lah. Aku pon boleh mengusha jejaka idaman dalam tempoh sebulan ni. HAHHAH. Tapi lupakan, gua tak jumpa langsung wajah-wajah yang memikat hati setakat ni. Semua muka tak ada emosi.

Tingkap untuk usha bas.


Bilik air dia, aku sukaaa. Besau dan selesa. Boleh mandi dan membuang dalam satu masa or secara bergilir-gilir. Sekejap buang sekejap mandi sekejap buang...okay tak senonoh. Ampaian dia ada kat dalam dan luar rumah. Setakat ni tak berani lagi nak jemur kat luar takut terbang ditiup angin phiuu phiuu~. Jemur kat dalam je eventhough tak berapa kering sangat.


Tempat cucuk plug gila tinggi. Aku nak masak ayaq guna heater pun tak boleh. Kena labur duit beli extension pulak dah. Oh oh, almari dia besar gila, banyak compartment. Aku rasa lelaki tak perlu kot banyak-banyak compartment, dorang simple as always, budak pompuan je suka banyak-banyak compartment ni. Nak letak makeup lah, baju lah macam-macam.

siap ada cermin kauuu. mesti budak laki ni jenis melaram pi kuliah ni.



Tapi aku musykil sikit kat bilik aku ni. Banyak gila semut. Memula ingat tak payah ler beli Ridsect since semut-semut tu lalu tepi dinding je tak kacau aku even kuantiti dorang banyak gilaaa. Tapi lately, badan, kaki, tangan aku ada gelembung-gelembung gatal-gatal. Aku syak dorang naik atas katil dan gigit waktu aku tidur. Bijak bijak. Tergaru-garu aku. Dalam kelas tak ada lah garu-garu, kaver kaver. Bebudak laki yang tinggal kat sini before this, aku nak tanya sikit;

"Hang buat apa sampai banyak semut cenggini? Hang bela kah semut-semut ini? Pasaipa tak bawak balik sekali? Kebuluq dorang kott."




I met new friends here! Not human. LOL. Tommy yang warna oren dan Jimmy warna hitam. Tapi aku tak sure tu betul Jimmy ke tak sebab ada lagi 2 ekor yang serupa macam tu. I really can't distinguish them. Yang aku pasti Jimmy mesra macam Tommy, kalau kembar Jimmy dua ekoq lagi tu tak berapa mesra, dorang akan lari kalau pi dekat. Memang sukati aku je bagi kucing orang tu nama lain.  


Lagi satu yang kurengg duduk kat Jati ni adalah, kau tak dapat internet. Nak kena tanya kat pejabat. Bila pulak aku nak tanya kalau kelas pukul 8:30 pagi balik pukul 5:00 petang. You tell me. Disebabkan tiada internet lah aku terlepas tengok rancangan yang aku nak tengok. Contoh Kembara Backpackers Moji, Ke Korea Ke Kita. Tapi aku tak tahu ler KKKK tu ada live streaming macam Kembara Backpackers Moji ke idok. :b Time ni jugaklah terfikir, kan best blogger.com ni ada butang download post, so that time tade wifi cenggini aku still boleh baca post orang lain.


Since dah duduk Jati ni, aku rasa aku kena rajinkan eksesais lah. Alang-alang dah dekat dengan Tasik Seksyen 2 tu. Series aku nak kurus weh! Kbai.

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.