6 Mar 2013

diskriminasi dan si buta

Assalamualaikum.

Catatan 5 Mac 2013.

Masuk hari ni dah dua hari aku berulang-alik dari ampang ke UiTM Shah Alam gara-gara tak dapat kolej but now Alhamdulillah dapat. Pukul 6 pagi lagi aku dah bertolak dari rumah ke Stesen LRT Cempaka. Memang pecah rekod tahunan bangun pukul 5:30 pagi. Sampai KL Sentral pukul 6:58.
A lil' bit more early than yesterday (4 March_13). So, tunggu lah dekat bus stop KL Sentral akan kedatangan bas U80. Hari ini a bit different than yesterday. Di stesen bas kelihatan dua orang buta (awat macam ayat karangan!) which is dekat belah kanan and belah kiri aku. Tak jauh, 3-4 tapak je dari aku. Don't worry, mereka masing-masing ditemani seorang lelaki dewasa dalam anggaran 50-an umur mereka. Tapi salah seorang daripada orang buta tu (belah kanan aku) terpaksa ditinggalkan sebab bas pakcik yang teman dia tadi dah sampai.


Aku masih lagi memerhati dan menunggu dengan setia bas U80 aku yang tak reti-reti nak muncul padahal aku datang awal hari ni. Di sebelah aku, ada auntie amoi.Eh?. Maksud aku, ada auntie cina selang dua tapak dari aku. Then orang buta tadi pon, terpaksa cari orang lain minta tolong since pakcik yang teman dia dah selamat masuk dalam perut bas.


"Hello.Hello.Hello?"

 Orang buta jalan menuju arah auntie tu dan aku. Maybe nak minta tolong lah. Apa yang buat aku terkejut, auntie cina tu siap boleh elak. Yelah orang tu kan buta, so cepat-cepat auntie tu jalan laju pergi side lain. Diskriminasi gila! Aku macam whatthefish? Kesian kot. Awat nak discriminate dia sampai macam tu, Dia buta je pon dan nak minta tolong tengokkan nombor bas. Bukan dia nak pukul guna tongkat pon. Kesian. Aku macam... evil doe makcik ni!



"Hello? Hello?"

 "Ye?"

"Boleh tolong tengokkan bas U69?"

"Boleh sokmo!"
(Baik aku tipu, aku jawab boleh! je)


So dari situ, kitorang start berbual. Apa yang aku dapat base on perbualan kitorang, dia nampaknya dah pergi banyak tempat. Aku cakap je aku duduk Taman Saga, dia terus dapat detect siap tambah Taman Melur, Tasik Tambahan. Aku tanya macam mana tahu? Dia cakap dia dah selalu pergi sana. Dalam hati aku, buta-buta pun dia, dia dah pergi banyak tempat, bila sebut bas nombor berapa, dia dapat jawab bas tu pergi mana. Quite impressive.



Kata dia, dia kerja Customer Care apabenda entah. Kind of macam customer service tapi dekat hospital. Dalam bahagian tu ada seorang je yang jaga. Dia kata busy gila sebab dia sorang yang uruskan in case ada panggilan telefon untuk doktor, appointment and bla bla bla. Orang buta pon boleh cari kerja sendiri. Berdikari. Kenapa orang sihat tubuh badan, sempurna fizikal hanya tahu minta derma?


Aku tahu bila menderma hati kena ikhlas, orang kata:

"Biarlah dia nak tipu, Allah tahu niat kita, dia dapat bahagian dia, kita dapat bahagian kita"

For me, aku selalu elak bagi derma dekat orang yang sempurna tubuh badan dan tak tua (below 50) . First, takut sindiket. Second, bila asyik bagi derma dorang akan bergantung, dah bergantung dorang akan malas cari kerja and depend kat aktiviti minta sedekah semata untuk dapat duit. I have my own reason, aku taknak buat orang tu bertambah malas. Orang cacat boleh buat, yang sempurna tak boleh buat? Funny. That's why kalau orang yang minta derma, selalunya aku akan perhati dulu, my favourite tentulah yang main music, bukan sebab menghiburkan hati but EFFORT. At least ada usaha, at least dia ada buat sesuatu untuk dapat duit, bukan meminta semberono.



Again.
Orang buta bukan untuk di diskriminasi. Mereka manusia. Sama seperti kita

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.