2 Mar 2013

Life Of Pi a MUST watch movie (2013)

Assalamualaikum.





just finished watching Life Of Pi.
no...
i didn't go to the cinema,
it's been a long time i didn't go there,
i DOWNLOAD it from the internet instead.Yeay!
HAHAHHA.


oh kau tiba-tiba omputeh pulak kan.
orang dah tengok lama dah, aku baru terkinja-kinja mendownload.
well untuk penjimatan optimum,
i don't care even bertahun baru dapat tengok.
cukup puas bagi aku bila dapat tengok free.
HAHAHHA again.


well, cerita ni mainly pasal seorang budak lelaki yang survive daripada tragedi kapal yang karam.
kapal yang bawak family dia, yang bawak haiwan-haiwan dari zoo milik keluarga dia.
too bad family dia terkorban waktu tidur.
somehow it does remind me to the TITANIC though.
mungkin takde kaitan,
tapi entah, kapal karam-orang tersayang terkorban-cuba untuk survive.


tapi for sure lah lain kan.
on the way keluar cari bantuan,
dia dipaksa untuk naik bot penyelamat untuk selamatkan diri bersama beberapa orang.
tapi tiba-tiba ada kuda belang lompat atas bot tu dan semua yang dekat dalam bot terpelanting keluar,
kecuali dia. yup dia.


pastu ahli dalam bot tu bertambah.
dari dia dan kuda belang,
tambah pulak hyena, sekor rimau dan orang utan.
orang utan tu sangat pandai okay,
selamatkan diri dengan naik atas bekalan pisang yang terapung.

pisang boleh terapung?

ha tu kau kena buat eksperimen sains sendiri dekat laut ye nanti.


hyena tu sangat jahat, dia bunuh kuda belang,
pastu dia bunuh orang utan. sob.sob.sob.


\


part yang mendebarkan masa mula-mula budak lelaki yang nama dia Pi Patel ni dengan harimau.
dup dap dup dap aku masa tu.
kalau tengok 3D mahu jantung terkeluar kot.
oh harimau tu nama Richard Parker sebab tertukar dengan nama owner dia yang dulu.


cerita ini seriously a must watch.


mula-mula cerita,
from what i've seen,
family Pi Patel ni sangat terbuka pasal agama.
Pi Patel dibiarkan untuk cari agama yang dia sendiri percaya.
kristian, islam, hindu dia sendiri yang tentukan.


oh dorang pandai cakap france,
tak guna dubbing suara kot.
teringat pulak kat cerita melayu yang ada babak cakap jepun,
tapi dub suara.
geli pulak dengar, macam cerita doraemon, hilang selera nak tengok.


oh aku ada tertanya-tanya,
masa mula-mula cerita macam mana harimau tu makan kambing tu.
muat eh kambing tu masuk kat jeriji besi ?
sebab ganas sangat ke harimau terkam, maka kambing tu termasuk ke dalam?


at the end of the story,
penonton akan dihidangkan dengan dua cerita yakni pilihan cerita yang Pi sampaikan.


mula-mula aku tak nampak 'twist' nya cerita ni,
aku percaya bulat-bulat cerita Pi survive dengan harimau tu betul,
nothing much to think i guess.


sehinggalah jumpa review kat blog Cik Epal.
sekarang aku dah ragu-ragu pulak yang mana satu betul.





pasal Pi survive dengan harimau or pasal pulau karnivor,
which you will get more clearer view by reading review dari Cik Epal sendiri.
Man! aku tak terbayangkan langsung pulau karnivor tu sebenarnya mayat mak Pi.
tapi i do realise lah yang bentuk pulau tu bentuk badan orang.


Pi Patel kata :


"Kau percaya cerita pertama ke cerita kedua? Kalau kau percaya yang pertama, then kau percaya Tuhan"


apa yang aku dapat setelah berfikir secara sesuka hati dan sesedap rasa :

Kalau kau percaya cerita pertama, kau percaya Tuhan. Cerita pertama seems mustahil gila. Kau boleh pulak hidup dengan harimau untuk tempoh yang lama. Tapi benda yang nampak mustahil boleh aje jadi dengan kehendak Tuhan. Itulah kot apa yang dia nak sampaikan. Orang putih tu pon nak cari kebenaran pasal kewujudan Tuhan kan, dia pilih cerita yang pertama walaupon nampak cam ragu-ragu.So Pi berjaya lah kot realisasikan kehendak orang putih tu.



Kalau kau percaya cerita kedua, kau tak percaya Tuhan. Well aku rasa statement ni merujuk kepada scene yang Pi bunuh tukang masak dan Pi makan mayat emak dia sendiri which symbolise yang dia ni tak bertamadun , tak kuat iman , tak percaya Tuhan dan balasan Tuhan sampai sanggup bunuh orang dan makan mayat emak dia. Itulah kot maksud dia.


Aku rasa nak percaya cerita pertama, sebab sanggup pulak dia nak makan mayat emak dia.
Entahlah, dah ah tak nak fikir, pening aku.


Baiklah bagi sesiapa yang spesies macam aku, yakni tengok movie download punya,
Kat sini aku bagi link which you can download the movie selagi link tu tak rosak lah kan;


Download Link:
 
 
 
 
 
Yang ni takde sari kata. Pandai-pandai lah cari sendiri. Kalau tak, jadi lah macam aku, bila part dia cakap Hindi and France, kau buat-buat aje faham. Daripada dalam versi Hindi yang sepatah haram jadah pon kau tak faham. Alhamdulillah lah dapat jugak jumpa versi English yang boleh di download.
 
 
Audiobook (Youtube)
 
 
 
 
Kalau yang ini, pandai-pandai lah kau imagine kan situasi dia acane. Dah bagi yang boleh tengok, tapi kau degil nak dengar yang audiobook punya, maka sesungguhnya kau mempunyai imaginasi yang kuat.



Kbai.








No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.