Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Settle dah present FYP punya progress. Mungkin nampak, eleh progress je pon, tapi kau tak tahu betapa ramai yang tergagap, terketaq-ketaq mulut waktu present. Apapon dah settle. Tadi hati kemain tenang je, ada la tergagap dua empat kali, kena komen sikit-sikit.
Alhamdulillah, Allah lembutkan hati lecturer, jugak berkat doa mak bapak aku. Petang semalam punya sibuk call mak aku, suh mak bapak aku doa aku dapat present dengan lancar, supaya lecturer tak marah-marah. Waktu aku call tu nak pukul 7 dah, so aku pun cakap :
"Ma, ma, nanti doakan ira present esok tau tau. Asar dah lepas, tapi nanti mama start doa waktu Maghrib nanti, mintak papa doa sekali tau. Doa sampai esok tau, nanti dah habis present ira call."
Kelam-kabut je. Even facebook pun aku siap deactivate bagai.
Pastu petang semalam gak, menyempat pulak aku pi pasar malam. Sampai Ain kawan aku dok kata :
"Aih, esok nak present sempat pi pasar malam beli epal?"
Hahha. Nak wat acana, berat dah naik sebab busy tak sempat eksesais, jadi alternatif lain, kena makan makanan yang berkhasiat sikit ah. Balik pasar malam pukul 7, lepas solat Maghrib ingat nak tido ah. Siap call mak aku mintak kejut pukul 8:45 malam. Sekali tak boleh nak lelap mata. Hampehh punya mata! Gua nak stay up lah malam ni! Tolonglah tidur sat.T.T
Sudahnya sampai pukul 10:45 tak jugak tidur, so terus gerak library dalam hujan-hujan tu. Semangat dia lain macam bila kau tak siap slide dan kau kena present esok. Hujan, kilat pun kau bo layan je. Lagipun duk kolej, time aku tak siap keje lah internet tade, spooiil. Malam tu, kelengkapan makanan memang cukup, sebab aku jenis bila sejuk je memang perut mengaum. Siap sume roti, Nescafe, pau, nasi aku bungkus nak makan sorok-sorok dalam library pepagi nanti.
Sampai library, tade internet jugak. Dugaan betul. Nasib baik ada bilik cyber. Sampai pukul 4:14 pagi aku duduk kat situ cari bahan untuk present esok. Sejuk kemain, aircond kemain kuat, padahal aku sorang je yang ada kat bilik cyber pepagi buta tu. Naik cram perut aku. Tapi gigihkan jugak ah, sebab banyak lagi tak siap, present start 8:30 pagi. Mulut pun asyik menguap. Mata jangan cakap ah, terkebil-kebil pedih hadap skrin komputer (5 jam kot).
Pukul 6:27 pagi, balik kolej. Solat Subuh, baca ayat-ayat cinta jap tenangkan hati, pastu terus hadap laptop baiki slide. 8:30 pagi aku still kat bilik tengah print. Nasib baik aku turn ke-3, dalam pukul 9:20 pagi. Tapi tu pun kantoi lambat datang sebab kengkawan jawab aku takde bila lecturer tanya. Dalam 8:38 pagi, aku terus marathon pi fakulti. Dan ye, aku tak mandi. Aku present tapi, tak mandi. Tak Mandi. Aku tawakal je doa supaya muka tak mandi tu tak jelas kelihatan. Lagipun malam semalam aku mandi pukul 9:50 malam, pastu tak tidur langsung, rasanya kira halal lah kot. HAHHHAH. Tak senonoh. (Sah bukan calon isteri, menantu pilihan. kakakaka)
Nak buat acano, terpaksa beb. Dan masa present tu, nasib baik lecturer tak cakap :
"Awak mandi ke tak pagi ni? Muka macam tak mandi."
Kalau di tanya, aku tak tahu nak jawab apa. Nak menipu, puasa lak. HAHHAH. Balik present terus call mak cakap terima kasih, hehheh.
Kesimpulannya, nak present :
1. Muka nak kena confident walaupun tak mandi.
2. Mintak mak bapak doakan kita sebelum tu. Barokahh sikit.
3. Jangan kabut waktu present, distract diri dengan benda lain.
Contoh: Selalu time aku present, mesti aku dok pikir;"Lepas ni da boleh basuh baju, dah boleh tido"
InsyaAllah berkesan. Aku dah buat dua semester berturut-turut. Lagi-lagi pikir pasal baju,
risau sebab seminggu tak basuh. Oh ye, aku basuh guna tangan sebab tu tertunda selama seminggu.
Kalau washing machine, lain citer. Sebab apa tak guna washing machine? Sebab aku rajin.
Kang tetibe bila kahwin suami tak beli washing machine sebab aku buat pengakuan cenggini.
Ah sudaahhh.
4. Kalau kebetulan kau present hari Isnin ke Khamis ke, pe salahnya puasa sunat. Mana tahu, waktu present tu muka kau nampak suci sampai lecturer rasa simpati. Muka tak mandi pun nampak macam dah mandi. HAHHAHA
5. Avoid ponteng kelas. eventhough banyak bahagian tak siap lagi. Takut tak berkat.
6. Kau pun bawak doa-doa lah kat Allah.
7. Deactivate facebook sat. Bagi yang jenis suka scroll newsfeed macam aku. =..=
Tapi dah deactivate fb, tengok insta dengan tumblr pulak.hewwhewwheww
Kbai.
//Kerana fyp, terlepas forum yang ada Dai'e Adibah dengan Aiman Azlan. T.T. Tade rezeki.
//Gambar semua tak related dengan kisah hari ni. Memang sempat pulak aku nak tangkap gambo time nak present.=..=
2 comments:
Teringat masa dulu nak present fyp...
waktu sebelum present konon2 cool jee...
sekali duduk dpan panel, terketar2 microphone...wahahahaha
@cEro,
hahhah, standard kot,
suara pon menggigil-gigil je rasa.
amboih microphone yg terketar2,hahha.
Post a Comment