13 Jan 2014

Secret Garden

Assalamualaikum.




Antara yang menjadi kegilaan aku dikala musim exam ini adalah mendownload dan marathon movie sampai disahkan mempunyai masalah eyebag yang serius. Lagi gila bila 5 hari sebelum hari exam, 3 hari daripadanya kau peruntukkan tengok k-drama. Ya, aku tengok Secret Garden weh, khatamkan terus dalam masa 3 hari. Tapi disebabkan ketekunan aku tengok drama Secret Garden ni, yang mula-mula niat konon nak tengok sikit-sikit dulu pehtu simpan buat tengok lepas exam, akhirnya menjadi hot hot chicken shit sahaja. 





Sebab apa? Sebab aku tak tahu cerita ni boleh jadi sebest macam tu sekali. Dari pagi sampai malam aku menghadap laptop. LOL. Aku tahu ia agak lame, sebab cerita ni dah lama gila, sampai kalau cakap dengan orang pon, for sure kau akan dicop ketinggalan keretapi. Aku terjebak pon sebab ada kawan dekat fb update status pasal Secret Garden. Kebetulan pulak minggu lepas aku tertekan TV8, dan nampak iklan Secret Garden, dan kebetulan tarikh siaran dia haritu jugak. Wahh, biar aku cuba tengok. Best rupanya, lalu aku gigih mendownload, dan begitulah kronologinya sebelum aku bermarathon Secret Garden secara melampau. Sekian.




Tengok cerita ni, teringat zaman aku tengok cerita Boys Over Flower masa dekat TV8 dulu. Sumpah kelakar cerita ni, tergelak-gelak aku depan laptop. Lagi-lagi part dia tertukar badan tu. Dan pandai pulak Hyun Bin ni bawak watak masa dorang tertukar badan tu. Muka laki tapi karakter sebijik macam pompuan. Sampai aku konfius, adakah diluar set penggambaran dia seorang yang...ahh lupakan. HAHHAH




Nak tahu lebih lanjut, maka tengok lah bagi sesiapa yang tak berkesempatan lagi tu. Maka konklusinya, aku minat Joo Won a.k.a Hyun Bin. Eh?


Cool pulak tengok Gil Ra Im (Ha Ji Won) nih.




















Kbai.


No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.