20 Jan 2014

Food Review: Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum.




Baru-baru ini aku ada try satu moist choc cake ni. Aku tahu pon dari kawan facebook. Dia duk promote. Kawan dia yang buat katanya. Dan kawan dia lelaki. Apa? LELAKI? Aku pon mula-mula tokojut tapi guys pon bake jugak derr. Berlokasi di Shah Alam, tapi aku tak tahu seksyen mana.


Since aku tak pernah rasa dan dah lama gila nak merasa moist choc cake ni. Aku pon mesej ke nombor yang aku dapat kat instagram beliau. 


Assalamualaikum, if saya nak order moist choc cake, boleh deliver ke UiTM Shah Alam tak? Kalau boleh berapa caj yang dikenakan?

Waalaikumsalam. Boleh, setakat ni kos penghantaran free lagi.

Kalau moist choc cake yang kecik berapa harga dia?

Oh yang itu bite size, RM 3, saiz dia 6x6x6, saiz lain boleh tengok dekat insta.
.....





6x6x6?
Aku amik pembaris. Ukur.
Mak aihh keciknya, mana puas makan. Fikir punya fikir, okeh aku beli. Mula-mula fikir macam mahal, tapi fikir balik, ada yang lagi mahal sampai RM8. Yang ni lagi murah, 2 baru RM6, lagipon kawan aku bagi testimoni sedap. Takkan dia nak menipu lak.

20 minit kemudian.

Kalau macam tu saya nak dua choc moist cake esok boleh? Dua-dua topping kit kat.


Oh boleh, esok dalam pukul 12:30 saya hantar.


...

Sebenarnya aku nak beli satu je. Tapi takkan lah dia tak de keje lain semata-mata nak hantar sebiji kek secoet aje. Jadi aku order dua, walaupun aku masih rasa bersalah sebab kuantiti dia masih lagi sikit, tapi aku rasa lagi bersalah kat diri aku. Tak ada duit gatal-gatal nak mengidam macam-macam. -_- Exam punya pasal.

Esoknya.

...
Saya dah sampai depan pentas kolej mawar, saya pakai kereta kancil.

Masa nak cari kereta dia, aku hampir-hampir tersalah kereta sebab kebetulan depan pentas pon betul-betul ada satu kancil park dekat situ, siap dengan owner dia dalam tu. Rupanya kereta dia belakang kereta tu. Masa aku nak pergi ke pintu depan kereta tu, sempat aku terpandang area seat belakang yang dipenuhi dengan kek bite size.


Ni yang mana satu eh?


Nadhirah. Yang dua tu.

Tengah cakap tu, aku terpandang pulak satu lagi plastik sebelah kek aku. Dalam dia ada 4 choc moist cake. Means paling sikit orang order pun 4, dan akuu 2? DUA? Mak aihh malu nyaa. 

Exam eh? [masa tu aku pegang notes]

Aah.

Dan aku blah cepat-cepat sebab tak study data mining lagi. Tinggal 1 jam lagi untuk baca, haruslah aku kelam-kabut.

Sorry intro panjang sangat.



Review:

Yang positif :

1. Kek ini sedaaappp gilaaa!

2. Packaging dia comel gilaaa!

3. Berbaloi dengan harga RM3 tu. Nampak aje mahal, tapi tak pon. Sebab dia tak kedekut. Normal choc moist cake ada coklat cair dengan choc rice je atas dia. Tapi yang ini, siap dengan coklat cair, choc rice, choc chip, potongan kit kat. Mana nak dapat weh dengan harga serendah itu?

4. Size dia maybe kecik, tapi sangat puas makan. Tak ada rasa regret langsung beli kek tu. Tengah menaip pon terasa-rasa, terbayang-bayang lagi  rasa chocolate ganache dia tu. Ho mmaiii. Nampak macam uisshh bahaya, boleh naik berat badan. Tapi jangan risua, portion bite size ni dikira selamat lagi bagi yang nak jaga badan.

5. Peniaga yang jujur. Siap mention awal-awal lagi ukuran kek tu untuk customer yang kedekut taik hidung masin lagi berkira macam aku ni membuat keputusan.

6. Peniaga yang berdedikasi. Eventhough aku order dua je, dia sudi hantar. Terharu ah camni. Korang jangan ngengada pulak nak order sebijik. Jangan jadi macam aku. Kedekut. Pastu menyesal tak beli banyak. Sebab sedap weh, sedaaappp!

7. Mak aku kata kek ni sedapp!






Yang negatif :

TAK ADA.


Sesiapa nak beli boleh ke :






Ini bukan sponsored post.

p/s: Kepada bro berkaca mata hitam yang menghantar kek pada hari itu, minta maaf menyusahkan anda.








No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.