19 Jan 2014

Horlicks Shake Tabur

Assalamualaikum.

18012014


Paper Enterprise Architecture telah gua jawab. Sekarang tengah relaks-relaks menghadap laptop. Tak mau fikir ketidakmampuan menjawab paper EA tadi. Sah, bahawa bukanlah diri gua kalau tidak menggoreng. Tadi festaim keluar pergi tandas time exam. Entah bagi orang lain mungkin hek eleh. Tapi gua pasti itu satu kemajuan buat diri gua. [entah celah mana kemajuan dia].


Lagi satu time habis exam tu pengawas exam cakap:

"Cukup masa"

dan aku dengar :
"Tutup mata"

Hampir-hampir je nak tutup mata, kot ada serprais ke.LOL. Moral dia, lain kali korek telinga.


Oh petang semalam (yakni jumaat), time scroll-scroll newsfeed fb nampak lah kawan ni beli horlicks tabur, terliur lahhai. Gua dah ah minat horlicks. Maka dalam 5 petang gerak pergi Dataran Cendekia. Sekali salah order pulak. Kawan gua beli horlicks tabur, gua pekena horlicks tabur shake. Melayang duit singgit stengah. Tu je lah nak citer. Citer gua salah beli air. HAHHAH

-___-



Rasa dia kurang sedap sebab ada syrup chocolate hersheys tu. 



Dan gua baru sedar yang:

"Best jugak sekali-sekala belajar kat open environment cenggini!"

Next semester  nak belajar kat open environment dengan lebih kerap ah. Duduk  bilik memang tak jadi hape, tido, makan, baring, dengar lagu. Pastu sibuk kata tak dapat fokus. -___-




Kbai.






No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.