1 Jan 2014

Modul 7 Kemahiran Insaniah : Kenegaraan

Assalamualaikum.


11112013


Makanya berakhirlah Modul KI ketujuh untuk Part 5 pada hari Ahad yang lalu, kecuali kepada sesiapa yang sengaja skip mahupun terskip. Yang tu, kena repeat next sem lah nampaknya. Huuu, tak bestttt. HAHHHAH. Modul ke-7 ni ada dua hari. Sabtu 10 November dan Ahad 11 November. 


Hari Ahad, Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aku memang tak berapa suka sikit setiap kali LDK. First, sebab selalu jadi lone ranger, padahal budak kelas lain ada geng dorang dalam kelas tu. Lagi satu sikap assabiah, bila dah kena buat kumpulan, dorang yang ada geng dari kelas dorang sendiri akan memonopoli dan pandangan rakyat marhaen seperti aku akan ditolak tepi. Hmppphhh.


Hari tu, Alhamdulillah ada geng dari budak kelas sendiri. Nur dengan Asma. Ini kali kedua aku dapat kelas LDK dengan budak kelas sendiri. Modul-modul lain semua jadi lone ranger. Fasilitator kitorang haritu pakai t-shirt je. Sempoi sangat sampai aku ingat student. -__- . Time ice breaking tu, aku sedar ada mamat ni muka dia macam Top Big Bang. Nak kata sama, of course lah hell no, tapi ada something kat muka dia buat aku teringatkan Top Big Bang. Tooppp! (sound effect: iklan pencuci baju). Pastu, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut negeri tempat lahir masing-masing. Negeri yang sorang, dua orang je ahli dia tu ada yang kena combine. Ada sorang mamat tu, dari KL, dia tak tahu masuk mana.

Masuk je lah group Selangor bang oi. 

Mungkin dia tak tahu kot group Selangor kat mana. Mungkin. Bila fasi suruh masuk group Selangor dia terus amik kerusi dan duduk sebelah aku. Padahal space banyak lagi kot antara aku dan sorang lagi ahli lelaki dalam group tu. Rapat dia macam muat aku letak dua tangan aku antara kerusi kitorang berdua. Nak angkat kerusi jauhkan jarak takut terasa, tapi memang dah tak boleh jarakkan kerusi dah, dah takde space kat belah kanan. Aku sengetkan badan sikit tanda tak selesa. Tak tahu lah dia tak sedar or buat-buat tak faham. Tak lama tu (2 minit kemudian), bila fasi suruh group buat bulatan, baru dia gerak jauh sikit. Cehh.


Kitorang masing-masing diberi task 1. Task negeri kitorang (Selangor), menari tarian budaya luar, contoh Kpop (fasi bagi). Gila kau nak ber'kpop' kat situ. Atas cadangan salah satu ahli kumpulan kitorang,Era cadang buat Chicken Dance. Mula-mula aku macam 'boleh ke'? It turns out well jugak lah, dorang terhibur lepas kitorang menari macam ayam.=..=


Ada group yang buat debat pasal kelebihan negeri masing-masing style MakCik dekat Pasar, ada yang kena nyanyi lagu Negeri Perak (time ni aku speechless, sebab first time dengar) and lastly group Terengganu bincang pasal GST. Yang aku nak highlight dekat sini pasal forum pasal GST tu. Kira dapat menambah ilmu aku yang cetek lah hari tu. Group Terengganu tu ada 3 orang, sorang tu budak lelaki course aktuari, dan aku baru perasan rupanya dia pernah sekelas dengan aku masa kelas third language: Bahasa Arab sem lepas.



Budak aktuari tu cakap perghh. Keluar semua ilmu aktuari yang dia belajar. Konfiden je. Tapi problem nya bila, time aku khusyuk dengar dia cakap, dia buat eye-contact dengan aku. Serba salah jadinya. Ada dalam 3-4 minit dia bercakap sambil pandang aku, konfiden aje gaya dia bagi info. Aku dah serba salah nak pandang mana. Bagi aku, when people talk, kita kena pandang dia, macam tanda hormat lah sikit, tanda kita dengar apa yang dia cakap or boleh motivate orang tu untuk sampaikan hujah dengan konfiden. Dalam rasa tak senang tu, aku tengok dia sambil angguk-angguk sikit untuk motivate lah konon, pastu jeling-jeling tempat lain dengan harapan dia buat eye contact dengan orang lain pulak. Yes, it works, dia buat eye-contact dengan ahli group aku yang lain. Sorry ler, gua cuak sikit bila buat eye-contact ni, sekejap-sekejap boleh leww.


Pastu, task 2. Kitorang kena bina taman tema. Kitorang dapat 4 helai kertas mahjong yang nipis tu. 8 paku tak silap, sehelai kain berwarna ungu (aku tak ukur), 5 biji manik dan tanah liat. Kena buat taman tema guna semua barang tu, tapi barang lain pun dibenarkan guna. Lepastu kena make sure, manik yang diberi tu dapat bergolek-golek dalam taman tema tu. Kitorang dibahagi kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan. Nisbah ahli tak sama sebab tenaga kerja perempuan lebih banyak. Budak lelaki came out dengan idea buat taman tema dekat whiteboard since dorang dekat dengan whiteboard. Budak perempuan pulak, aku ikutkan ajelah dorang nak buat macam mana sebab nak bagi idea pun otak tengah blur-blur lagi pagi Ahad tu.


Dah tamat 10 minit, fasi suruh test whether manik tu dapat bergolek dengan riang ria raya tak atas taman tema kitorang. Kitorang punya taman tema failed, budak lelaki punya hampir berjaya. Bila dua-dua tak berjaya, fasi suruh gabung taman tema group perempuan dengan group lelaki. Macam mustahil. Tapi Alhamdulillah berjaya. Everything is possible when there is a will. Sumpah terasa macam:


"Oh kitorang patut ambil course Architecture dan buat bangunan"










video


Last-last tu, sesi penutup. Kena buat conclusion. Sorang-sorang bagi conclusion. Aku bagi conclusion. Pastu fasi cakap :

"Awak ni boyish eh?"

Apa? Tak dengar.

Dan seterusnya begini...


Memanglah abang tu, lelaki. Disebabkan jawapan yang awkward tu, ramai jugak lah gelak. Ada sorang mamat ni gelak gila-gila. Ye, mamat yang dari KL tu. -_____-

Fasi aku ni belajar psikologi, dia ada belajar baca personaliti and body language orang. Rasanya tak ada lah sampai baca minda orang. Pastu, masa sesi closing tu ada jugaklah dia cakap beberapa orang dalam kelas ni sebenarnya boleh bercakap and sebenarnya bagus but suara tu kengkadang tak cukup kuat dalam menyampaikan sesuatu. Aku salah sorang daripadanya lah. Aku rasa dah cukup kuat kot suara aku. Ah lantak, tapi fasi kali ni sumpahh best dan sempoi. Harap sem depan dapat fasi cenggini jugak.







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.