19 Sept 2013

Semester 5 & Review D' Arab Cafe

Assalamualaikum.

flashback [08/09/2013]

Hari ni hari daftar kolej. Hari pertama sebagai budak part 5. Masuk-masuk kolej, jalan ala-ala berlagak cool, konon perasan senior. Melampauu. Jalan macam biasa walaupun macam berdebar-debar jugak lah jalan dalam crowd. -..- Ye, aku lemah kalau jalan dekat kawasan yang ramai orang, dari jalan kaki elok-elok straight terus jalan macam entah apa entah.

Dah daftar, so gerak ah pergi kereta. Tiba-tiba ada mamat pegang DSLR hala kamera arah tempat yang aku tengah lalu, mungkin lah dia nak tangkap gambar budak belakang aku ke kan. Tapi tolong lah biar aku lalu dulu, kang tak pasal-pasal rosak terus DSLR beliau bila tertangkap kelibat aku yang agak selebet hari tu. Serius hari tu, aku pakai macam pakai baju dekat rumah. Pakai baju muslimah pastu pakai tudung sarung yang kalau kau tengok terasa macam nak derma tudung sarung lagi satu.HAHHAH. Dah senior kan, peduli hape pakai ape pon.


Kira tudung fav. Banyak kali pakai, lagi-lagi kalau dah lambat pergi class -..-.


Dah daftar, dah angkut barang naik bilik semua, bapak aku ajak pergi makan. Makan pulak Nasi Arab, tak sanggup rasanya untuk aku menolak kalau dipelawa makan Nasi Arab, meskipun aku tengah kawal jumlah kalori intake aku setiap hari. Kalori tak kalori, ah persetankan! Nasi Arab pulak tu. So far, Nasi Arab yang paling best aku pernah rasa adalah di Seksyen 7 Shah Alam bersebelahan dengan Giant. Namanya D' Arab Cafe. Aku kata paling best sebab setakat ni aku memang pernah cuba satu kedai ni je makan Nasi Arab. LOL. Masa tengahari tu, agak pack sikit, so Nasi Arab Kabsah yang family aku selalu order dah habis. Makanya, terpaksalah redhoo try Nasi Arab jenis Mandiy ke Mandey lebih kurang gitu lah ejaan dia. Aku sebut "Mandi".

Nasi Arab Kabsah yang dah habis -..-.


Seriously, makan kat sini dah lah sedap, murah pulak tu. Nasi dia banyak gilaaa. Pastu aku suka dia punya kuah ke sambal pebende entah, susah benar nak klasifikasikan dia. Tapi dia rasa cam masam-masam dan sumpah sedappp bila campur dengan Nasi Arab, buat kau rasa nak mintak lebih untuk makan dengan nasi dekat rumah. 


Nasi Arab ni depends kat korang samada nak pelahap sorang-sorang atau secara berjemaah. Untuk berjemaah, Nasi Arab Kabsah ni ada set untuk 3 orang for RM34.00 untuk Kabsah Chicken/Lamb dan RM38.00 untuk Kabsah Chicken campur Lamb tak silap. Yang berbaloinya, set 3 orang boleh makan untuk 4 orang! Padahal aku ni kaki pelahap jugak. Gila tak gila. Then untuk Nasi Arab Mandiy yang aku try kali ni, untuk set 2 orang, tapi tak perlu risau walaupun masa tu ada 3 orang iaitu aku, mak aku dan bapak aku. Kes dia sama macam tadi, set 2 orang ni cukup untuk 3 orang makan. RM24.00 untuk Mandiy Chicken/Lamb dan RM28.00 untuk Mandiy Lamb campur Chicken. Tak silap aku lah, :P area-area tu je harga dia.


Ini diaa Nasi Arab Mandiy.


Walaupun kecewa tak dapat makan Nasi Arab Kabsah, tapi tak mengapa. Automatik terubat makan Nasi Arab Mandiy ni, sebab sedap jugakkkk! HHAHHAH. Perghh, terbayang-bayang pulak. -..- Nasib baik tengah kenyang lagi ni.



Of course, bapaku yang bermurah hati. ;D

Nanti datang Shah Alam dekat Seksyen 7 ni, jangan lupa singgah makan dekat D' Arab Cafe. Agak-agak tak tahu seksyen 7 dekat mana, masuk je UiTM keluar ikut pintu Seksyen 7 pastu cari KFC and Restoran Bara Bara Bere Bere . LOL. Dah jumpa, masuk arah kanan then straight. Tak jumpa jugak... 

Malu Bertanya Sesat Jalan. HEWHEWHEW.

Habis kat situ cerita pasal Nasi Arab. Balik kolej, aku terkena kejutan budaya kejap sebab ada orang laki naik dekat blok. Abang, Pak Cik, Atok semua diangkutnya naik atas untuk bawak barang. Aku ni bawak barang jugak kot, berat jugak. Siap cakap kat bapak aku jangan naik atas sebab nak jaga aurat budak blok. Kesian bapak aku, tapi orang lain senang-lenang bawak. -..-. Masa tu aku macam...

Aku yang nerd ke selama 4 semester duduk dekat sini?

Kalau boleh bawak pun, fikir sendiri lah, ada jugak kawan yang dah sampai awal. Fikirlah sikit dia nak pergi mandi ke, nak amik wudhu' ke. Duduk pun blok yang ada lif bukan yang blok yang tak de lif. Nak-nak 1 tingkat je. Kalau orang laki yang dia bawak tu, mata tak melilau tak apa. 


Bengang woi, kita sibuk nak jaga aurat orang lain, dia pulak tak prihatin langsung. Sakit hati bila kau dah masuk bilik air, bila kau baru nak keluar tiba-tiba kau perasan ada lelaki tengah lepak dekat luar bilik yang berdekatan dengan bilik air. Dan waktu tu, kau tak bawa tudung, hatta sehelai kain untuk tutup kepala. Solusinya, tarik baju ke atas kepala macam nak masuk jamban. -..-. Tapi nasib baik bila dah lepak kejap dalam bilik air pastu nak keluar tu lelaki tu dah blah.



Roommate aku baik orang nya weee. Setakat ni roommate masa semester 4 je yang aku agak berdendam sikit, yang lain semua baik-baik macam aku jugak.LOL. Mana tak nya, dia mintak aku belikan penyapu, aku belikan walaupun guna duit mak aku.-..- RM 7.00++. Pastu sampai sudah tak guna penyapu tu, entah sekali dua je sepanjang semester tu. Bila waktu clearance, dia balik awal. Aku SMS :

"*****, nampak tak penyapu orang?"

Sampai sudah tak balas. Sampai  aku tengah taip pun tak balas. At least balaslah:

"Tak tahu lah"

"Aaa, terambil, sorry"

Jadi pengajarannya, penyapu pon boleh buat orang tak puas hati dan kalau salah mengaku. Aku okay je, since tu duit mak aku. Ini hilang tanpa berita, kan dah masuk dalam blog. -..-

Kbai.








No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.