18 Sep 2013

Review: Ahmad Green Tea

Assalamualaikum.

Pernah tak minum green tea? Setelah sekian lama menetap di muka bumi ini, baru aku tahu yang green tea ni banyak gila khasiat dia. Kalau rajin kau boleh google. Patut ler orang jepun, cina dalam drama kat tv tu dok asyik minum teh aje. No wonderlah!


Menyedari hakikat bahawa teh hijau ini bagus untuk kesihatan, maka aku mengambil inisiatif untuk cuba-cuba merasa teh hijau ni. Pertama kali rasa, erggghhh. Tak sedap! Dengan baunya lagi. Actually dia tawar-tawar pahit rasa dia and tak de lah mengganggu sangat. Tapi bila dah dicampur dengan bau dan warna teh tu yang seakan-akan light brown, itu memang mengganggu. Tapi kalau dah kata baik untuk kesihatan, minum aje lah. Padahal dalam hati dok bebel:

Awat semua makanan, minum yang sihat-sihat tak sedap? Awat jajan yang sedap tu tak sihat!

lols.

Baiklah, kat sini aku just letak briefly je, kelebihan green tea ni,

1.Tingkatkan metabolisme badan hang. 

Lagi tinggi metabolisme hang, lagi bagus. Pernah jumpa tak orang yang makan banyak gila daripada kau, pastu badan dia maintain kurus? Ajaib bukan? Itu antara contoh orang yang metabolisme dia tinggi. Jealous kau tahu orang cenggini, aku makan sikit je berat naik, dorang melantak apa pun no problem. =..=. 

2.Kawal kadar glukosa.

Yang ini untuk para penghidap diabetes.Teh hijau ni, dapat elakkan kadar gula dalam darah daripada meningkat bila lepas makan, so peningkatan insulin secara mendadak dalam darah pun dapat dielakkan.

3.Kurangkan kolestrol.

Teh hijau jugak dapat kurangkan kolestrol dalam badan. Jangan ingat hangpa kuruih, hangpa tadak kolestrol. Lagi satu, teh hijau ni dapat kurangkan risiko tekanan darah tinggi tau.

4.Tenang.

Dalam teh hijau ada theanine. Theanine ni bantu untuk seseorang itu berasa lebih tenang. So sesiapa yang jiwa kacau, dah solat semua bolehlah minum teh hijau.

5.Cantik

Bagi sesiapa yang sangat mementingkan penampilan diri, bolehlah try minum teh hijau. InsyaAllah, dengan mengamalkan minum teh hijau ni, kulit muka nampak lagi radiant, berseri dan dapat kurangkan tanda-tanda penuaan sebab ada anti-oksidan. Lemak pon dia buang tau, kalau nak slim, daripada minum air yang manis-manis yang banyak kalori, baik lagi minum air suam takpun teh hijau. Bila makan makanan yang sihat, automatically luaran pun nampak sihat, insyaAllah.

6.Baik untuk Otak

Student adalah digalakkan untuk minum teh hijau ni. Lagi-lagi type pelupa macam aku ni. =.=. Teh hijau ni dapat mengekalkan kecergasan memori dan juga fungsi otak.




Untuk teh hijau, first brand yang aku beli ialah BOH green tea. Sebab murah. Bila dah habis, aku ingat nak tukar brand lah pulak kan kot ada rasa lain ke, lagi sedap ke. Baca blog orang, google semua, discover green tea under jenama AHMAD TEA. Aku pon macam :

"Siapa pulaklah AHMAD ni? Mesti usahawan Melayu yang berjaya."

Pergi je supermarket, capai kotak teh hijau brand AHMAD TEA. Rupanya ia AHMAD dari LONDON bukan Malaysia. =..=. Rasa dia, sama je. Tapi AHMAD TEA ni lagi untung lah kot beli. Eventhough harga dia RM 15.90, tapi dalam dia ada 100 uncang wohh! Lagi satu, teh ni, 2 cal je tau.


Murah dan berkhasiat bukan? So, why not you try dulu minum teh hijau yang banyak sangat manfaat dia ni. Mula-mula memang tak biasa, tapi lama-lama, insyaAllah boleh adapt.



/////errrr takdelah review sangat kan?

Kbai.





19 comments:

Teh Hijau said...

Teh hijau ni kalau minum tak letak gula pun masih sedap jugak.

p/s Sesiapa nak beli green tea brand Ahmad Tea ni boleh order dekat blog saya. [Menjual Teh Hijau Ahmad Tea]

Tini Uqasyah said...

Murahnye 100 uncang rm15.90. Beli kat ne?

nanadhoi said...

@Tini Uqasyah, sorry lambat reply.
Beli dekat Tesco. Selalunya kat Giant, Tesco ada jual dengan harga tu. :))

Tini Uqasyah said...

Tq @nanadhoi for the info. :)

nanadhoi said...

no probs tini. :)

Anonymous said...

Teh ni sgt bagus utk maingain tahap gula dlm badan. minum kosong. jgn letak gula. dapat kontrol ketenangan also. highly recommended. jangan guna air mendidih tapi air 80celcius utk maksimum benefit.

nanadhoi said...

@Anonymous,
betul. Aah selalu minum pun tak letak gula so that dia punya khasiat tu maintain ada. thank for the info :D

Nor Husna said...

Jangan letak gulaaaaa... Oh, btw, kita sama! Sep2. Saya org utara jugak, start minum green tea jenama Boh (pahit gila, kan?) and dah start dengan Ahmad Green Tea. Sy pun ingat dia dari Malaysia :P.

Saya campur green tea dgn 1 teaspoon UNPROCESSED HONEY. Satu teaspoon je, jgn lebih :)

nanadhoi said...

@Nor Husna,

betuiii jangan letak gulaa
eh saya bukan orang utara tapi minat la dengaq orang utagha cakap, comeiiii!


Semua green tea pahit, tapi cekalkan hati je minum, demi kesihatan la katakan.HAHAHHA


Haa bagus bagus minum Ahmad Green Tea, murah sikit. Haaa kan, macam nama orang Malaysia kan? lol


Oh campur dengan madu eh? Tak pernah cuba lagi, tak tahu rasa dia camna, nanti nak try lah,
:D



BALQIS QASEH CLOSET said...

lopton clear green tea hanya 1 cal jek....murah pun murah.....

nanadhoi said...

@BALQIS QASEH CLOSET,

aah lipton pun okay jugak.
Tapi suka Ahmad Tea sebab senang ada 100 sachets terus. Hihhi

Tengku Joe said...

Saya pon guna ahmad green tea..kat speedmart ada jual

ct noor Atyfah said...

Salam. Minum jasmine green tea ok tak ? Sama tak dengan pure green tea? Lagi satu kena masuk kn gula tak eak ?

Hanani Hanafi said...

Selalunya minum waktu bila?

Deekay De' Devilicious said...

Ahmad Tea ni bukan Melayu, tapi ya dia Islam. Dia ni UK-based family business. Teh dia ni teh export dari London. :)

Tak silap aku dia ni ada mix Arab.

nanadhoi said...

Tengku Joe,

Wah, speedmart pun ada? Serius tak pernah tahu, thank you for the info :D

nanadhoi said...

ct noor Atyfah,

Wassalam, hmm saya tak tahu pulak kesnya dengan jasmine green tea. Sama je kot, maybe ada beza dari segi bau. Tapi kalau boleh, amik pure green tea lagi elok. :D

Kalau boleh elakkan masukkan gula, gantikan dengan madu sesuai dengan cadangan Nor Husna kat atas, sebab letak gula nanti jadi kurang khasiat dia nanti. :D

nanadhoi said...

Hanani Hanafi,

Rasanya tak de waktu yang spesifik untuk minum green tea. Tapi lagi elok minum lepas makan, means perut dah diisi dengan something. Sebab saya pernah try, minum waktu perut kosong, pastu badan jadi berangin (Maybe sebab badan sendiri jugak). Tapi by drinking green tea ni, dia tolong kita suppress hunger, so tak de lah cepat lapar balik. :D

nanadhoi said...

Deekay De' Devilicious,

Oh baru tahu, hhihhi. Nice info! Terima kasih ye share info :DDD

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.