23 Sep 2013

19092013

Assalamualaikum.

flashback [19092013]


Pagi tadi cuba tanya Dr. Ariza wether tajuk yang aku amik dari Kak Lini tu dapat digunakan tak untuk tajuk Final Year Project. Ye lah, bukan sebarang-sebarang tajuk boleh buat. Mula-mula cuak jugak nak cakap dengan Dr. Ariza, tapi Ain pujuk suruh pergi. Aku pergi, aku tanya dan tak semena-mena tergagap-gagap, cuak punya pasal kan. HAHHHAH. Nasib baik aku dengan Ain je yang ada dalam kelas tu. Pastu boleh pulak aku terpanggil Dr. Ariza, "Puan". -..-. Cepat-cepat aku betulkan.LOL. Sekarang ni nak kena spesifikkan lagi tajuk ni dan cari supervisor yang sudi terima aku dan tajuk yang aku nak propose. T.T


Petang pulak, sepatutnya kelas habis pukul 4:00 petang hari ni, tapi since aku gatal-gatal nak amik XML Programming punya kelas secara haram, so kelas jadi sampai pukul 6:00 petang. Luckily, lecturer kitorang yang cool gila bagi balik awal so aku memanfaatkan dengan pergi swimming. Aku ingat lecturer ni nak marah lah  kan, dah lah tak register pastu nak masuk kelas dia pulak, tapi sebaliknya Puan Sharifah ni siap risau kot aku penat attend kelas dia. Comel dan sweet sangat lecturer aku ni. :D


Tapi ada satu perkara yang terjadi lepas habis swimming tu membuatkan aku rasa terharu, terperasan dan nak tergelak dalam satu masa. Ia bermula dengan, aku dihampiri seorang perempuan muda, tak tahu lah aku lagi muda ke dia yang muda, dan tak tahu lah jugak dia pelajar ke bukan. Tapi dia nampak dalam 20-an begitu.

Perempuan itu : Hai boleh tanya?

Aku: Ye?

Perempuan itu: Awak atlit apa eh?

Aku: ???

Perempuan itu: Because I saw you just now wearing the T-Shirt with word "Athlete" written on the back.

Aku: Ohhh, saya main indoor rowing.

Perempuan itu: Indoor rowing tu apa eh?

Aku: Sort of cam sukan kayak, cam tu lah, tapi guna dua tangan. *demo guna dua tangan*

Perempuan itu: Main kat mana eh? Tasik Seksyen 2?

Aku: Eh tak, tak main kat Pusat Sukan je, atlit SAF [termengaku atlit pulak padahal...] 

Perempuan itu: SAF tu apa ek?

Aku: Ohhh Sukan Antara Fakulti.


Dia kemudian chow. Aku pun berlalu dengan rasa terperasan sikit.

Do I look like an Athlete to you?

Sumpah rasa nak tergelak pun ada. Mungkin dia pelajar baru or orang luar since dia tak tahu SAF tu stands for what. Akhirnya, ada jugak orang yang ingat aku atlit. Terima kasih tau awak. :D LOL. Selama ni Ain je gelar aku 'Atlit UiTM' sebab suka sangat menapak pergi kelas walaupun bas dah tercongok depan mata. HAHHAH. Ini yang semangat nak pakai baju SAF  selalu nih.





Minta maaf lah awak. Saya memang atlit, tapi atlit tiruan, tak sampai tahap wakil UiTM lagi.



No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.