6 Sep 2013

Hiking Bukit Saga

Assalamualaikum.


Well tengok gambar pon dah tahu. Peristiwa lama. Recently takde benda yang menarik untuk dikongsi. Blog ni pun kira macam diari since aku tak de actual diary. Dah try buat waktu kecik, tapi hampeh, malas menulis pastu bosan tak ada gambar. 




5 Syawal hari itu, kala ramai manusia yang pergi ziarah rumah sedara-mara melantak kuih raya, aku bersama dua orang bodyguard pergi buat kerja sengal naik bukit Saga. Dah lama nak naik, but asyik tertangguh aje. Bukit Saga ni ada banyak path. Pilih je, nak yang senang, jauh, yang susah. Untuk beginner yang nak try-try aku pilih jalan yang senang je. Lagipon kena balik rumah awal, ada tetamu nak datang petang tu.



Berlakon sangat.

Susah benar nak tangkap gambar dia. Apa dia ingat dia artis?



Senang senang pun merembes jugak peluh. Banyak kali pulak aku pergi pit stop. Bukit ni tak ada lah tinggi sangat. Dah nama pun bukit kan? Tapi tetap termengah-mengah jugak. Why? Sebab trek dia, kau kena naik macam naik tangga. Yang mendatar, sikit je. Lagi satu, ada satu bahagian ni kau kena panjat naik atas guna tali. Bagi yang nak fefeeling konon-konon rasa dia extreme, boleh lah panjat. Tapi kalau cuak, ada tangga kat sebelah tu. As for me, of course nak naik guna tali, walaupun diperkecilkan keupayaan aku oleh bodyguard-bodyguard. Dorang tak tahu, kat Gunung Bubu lagi tali dia panjang, kemain tinggi lagi kena panjat.

Part panjat tali. [Dari bawah]

Part panjat tali. [Dari atas]


Dah sampai atas tu, rehat. Pastu air yang penat-penat aku bawak, abang aku dengan adik aku pulak yang kerjakan. =..= Nasib baik aku tak haus sangat masa tu. Since kitorang kena limitkan masa, tak sempat singgah air terjun. Adik aku kata nak ke air terjun tu ambik masa sikit. Lain kali lah kot. Tapi bila naik atas tu, aku macam...

ini je?

I guess, kalau nak panorama indah sikit, maybe kena pergi air terjun kot. Takpe, next time, InsyaAllah.

Sampai atas.

Boleh tidur kat sini.



Bila naik bukit ni, mostly kau akan jumpa chinese yang naik. Jangan pulak heran bila jumpa pak cik mak cik cina yang umur 60-70 tahun tengah naik bukit ni. Memang banyak pak cik mak cik cina yang aku jumpa hari tu. Ada uncle tu, waktu kitorang  tengah rehat, dia kata dia dari Johor. Alang-alang singgah rumah kawan, dia try naik. Jangan risau uncle auntie yang panjat bukit ni semua mesra-mesra, senyum-senyum. Ada yang siap ucap "Good Morning" dekat aku haa. Teringat pulak zaman kerja kat Parkson dulu. Hahhah. 


Dah lepak-lepak kat atas tu dalam 15 minit, kitorang pun gerak balik. Waktu balik tu terserempak pulak dengan sorang pak cik Melayu ni. Dahsyat pulak aku tengok pak cik ni, turun bukit dia berlari, dah turun bawah dekat tanah rata pun dia continue lari lagi. Aku macam...

Pak cik ni makan apa sampai bertenaga macam tu? Lutut aku pun dah ketaq-ketaq, dia boleh lari pulak?



Aku cakap aku nak tangkap gambar abang aku, maka sudahnya dia pose begitu. Dramatik sungguh.

-END-

No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.