21 Sep 2013

Final Year Project

Assalamualaikum.

flashback [18092013]

Currently aku dan course mate tengah pening-pening pasal Final Year Project (FYP). Ain sampai tebawak-bawak dalam mimpi. Lecturer pun dalam kelas cakap, ada senior yang sangkut 3-4 semester sebab FYP. Wohhhh. Trauma betull. Nak cari tajuk punyalah susah. Dah ada tajuk, kena reject pulak sebab simple sangat. Kalau dah jumpa tajuk kena cari supervisor yang nak kan kita as supervisee dorang pulak. Aku yang tak ada migrain boleh migrain terus. Oh doakanlah daku. T.T




Aku call mak aku, nangis-nangis sebab tak dapat fikir tajuk. Pastu mak aku marah balik. Aku rasa mesti mak aku menyesal suruh aku amik course ni masa mula-mula dulu sebab aku asyik mengadu kat mak aku pasal course ni je. Kalau aku nangis masa call mak aku, nescaya topik pasal ISE lah yang dibincangkan. LOL. Semester 1, Semester 2 nangis. Semester 3, Semester 4 gagah sikit walaupun busy gila, maintain tak nangis. Semester 5 ni nangis balik. LOL. Bukannya apa, ingat nangis dekat phone tu ingat mak kasi kata-kata semangat sikit ah, cakap:


Chaiyok Chaiyok!

Macam tu lah lebih kurang. Teringin jugak bermanja macam anak perempuan mak. Selama ni fizikal je anak perempuan mak, tapi perangai macam anak lelaki mak. Kasar itu lah dia. Tapi, malangnya expectation tak menjadi realiti, kena marah pulak. Luckily, Kak Lini sudi membantu suggest idea. Moga-moga dipermudahkan lah kali ni.


No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.