15 Sep 2013

Hoki dan Aku

Assalamualaikum.




Tadi pukul 7:00 malam tadi, tengah jenguk-jenguk tv dekat luar tiba-tiba mak aku tukar channel TV1. Masa tu pulak tengah siaran langsung perlawanan hoki piala apa entah, Tun Abdul Razak camtu nama piala tu. Hai masa tu lah terimbas kenangan lalu, masa main hoki sukan kolej (SUKOL). Masa tu tak reti pon main hoki, bagi nama pun saja-saja nak cuba.


Pernah baca satu majalah, dia cerita yang bintang Taurus ni sesuai dengan sukan hoki, tu yang nak cuba tu, lols. Saje teringin nak cuba, bukan taksub dengan horoskop pun since aku pon jenis suka cuba benda baru. Lagipon, dulu pernah teringin nak masuk kat sekolah tapi takde chance, nak try main masa zaman matrikulasi pun tak berpeluang. Jadi bila peluang dah ada, terus grab aje. Peduli hape reti main ke tidak. HAHHAH.


Bagi nama, pastu since yang bagi nama pun cukup-cukup, aku berjaya layakkan diri pergi lawan dekat Stadium Hoki Bukit Jalil. Padahal, nak pukul bola dia pon banyak kali pukul angin. lols.



Bila sampai je dekat Stadium Hoki Bukit Jalil tu, aku tergamam kejap. Mak aihhh besar bak hang! Disebabkan tergamam, aku tak sempat tangkap gambar. Ada buat latihan sikit untuk panaskan badan before game, pastu menyedari hakikat aku tak mampu nak galas tanggingjawab main dalam stadium hoki sebesar tu, aku mintak jadi pemain simpanan je. Lagipon, aku takut kalau aku tak sedar diri, boleh jadi kolej aku bakal kalah. At the end kolej kitorang dapat jugaklah nombor, tapi aku tak ingat pastu dapat beg untuk kasut, dengan botol ayaq. Tak ingat pulak dapat tempat nombor 2 ke 3 entah.

Balik tu, sementara tunggu bas yang lama gila sempatlah tangkap-tangkap gambar sikit. Bas tu pukul 7:00 malam baru sampai, padahal kitorang keluar pukul 5 petang dah. =..=. Jalan jam katanya, masa tu pon ada perlawanan bola kot, pasukan negeri Kelantan lawan mana entah, Sime Darby kot. Warga Bangladesh pun banyak jugak yang datang. =..=.






Oh ye, sepanjang perlawanan, aku lagi tertarik tengok lelaki main. Gempak gila, bola tu boleh dipukulnya tinggi berterbangan di udara. Ternganga jugaklah aku masa tu, pastu kawan dia belah sana tu boleh sambut pulak. First time aku tengok. Budak perempuan tak main macam tu, paling ganas pun pukul jauh tapi dengan kadar yang laju. Bola dia tak terbang-terbang. Aku pun macam "Whoaaa!". Terasa macam gagah pulak abang hoki itu. XD

Kbai.







No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.